بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa, dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Surah an-Nahl : 128)
Kita biasa mengungkap perkataan rahmat dan ada orang yang memahaminya manakala yang lain tidak faham. Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya merujuk kepada lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup subur.
Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat, hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji.
Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat bukan saja berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepadanya, malah berbuat baik juga kepada mereka yang buat jahat.
Orang yang macam mana mendapat rahmat? Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.
Perkataan rahmat pula disebut 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul 'rahmatan lil alamin' iaitu memberikan rahmat kepada seluruh isi alam.
Hati yang mendapat rahmat ialah hati yang mencintai Allah. Apabila Allah sudah dicintai, segala suruhan-Nya akan dilakukan dengan mudah.
Bukankah begitu? Orang, kalau dah bercinta yang seronok memanglah seronok, tetapi yang kurang seronok pun akan menjadi seronok juga. Itulah ajaibnya cinta.
Solat menjadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa, tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda mendapat rahmat. Perkataan rahmat juga sering digandingkan dengan al-Quran.
Jadi, untuk mendapat rahmat juga kita sepatutnya mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti dan memahami, kemudian melaksanakannya.
Bagaimana hendak mendapat rahmat, kalau baca pun kita tidak suka, cepat jemu dan kalau baca pun banyak salah? Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham, tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham, tetapi kadangkala tidak ikut pula.
Tanda lain untuk mendapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintah mereka, gembirakan mereka, tunaikan segala hajat mereka selagi termampu dan penuhi keperluan mereka. Jangan sesekali menyakiti mereka, baik perasaan atau fizikal, malah sentiasa berdoa sewaktu mereka hidup atau mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Reda Allah akan bersama dengan reda ibu bapa."
Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan dan mendapat takwa yang menjadi mercu tanda ikhlas.
Hari ini jam 11:30 pagi ada temujanji dengan Mr Masjudin, pakar orthopedik di HSAJB. zauj balik jam 10:00 dan hantar ke sana. Jam 11:00 sampai terus ambik nombor giliran. Dah dapat nombor giliran , jam 12:20 baru dapat jumpa Mr.Masjudin. Oleh kerana kaki masih bengkak, Mr.Masjudin arahkan jalani x-ray untuk melihat keadaan di dalam tulang.
Alhamdullilah , tidak ada apa komplikasi dalaman disekitar tulang. Bengkak yang hanya disebabkan oleh darah beku sahaja. Di hospital ummi bergerak menggunakan 'walk frame' sahaja, berjalan perlahan-lahan sendirian. Ummi faham, zauj ada urusan lagi untuk mengambil dan menghantar anak-anak dari sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Lepas tu, ummi ambik ubat, MasyaAllah kali ini banyak lagi ubat yang perlu di makan termasuk ubat bengkak dan ubat saraf. Ini kerana sebahagian sisi sebelah kiri luka pembedahan rasa kebas, menunjukkan saraf tidak berfungsi dengan baik.
Selesai dapat ubat, jam menunjukkan 1:30 tengah hari, memikirkan zauj sedang bergelut untuk mengambil dan menghantar ke sekolah, ummi ambik keputusan balik menaiki teksi sahaja. Lepas tu ummi teringat ada beberapa urusan di Bank Rakyat yang belum selesai. Jadi ummi minta teksi hantar ke Bank Rakyat. Sampai di Bank Rakyat bertemu dengan beberapa kawan sekolah.
Bila ummi selesai urusan, kawan tu hantar balik ke rumah, tak jadi lah ummi telefon zauj minta jemput. Dah sampai rumah, keletihan, lesu, penat , migrain dan kelaparan. Begitulah perjalanan dan urusan hidup hari ini. Semoga urusan hari sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment