بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sering kali kita dihadapkan pada suatu masalah. Kita telah berusaha semaksima mungkin namun masalah yang kita hadapi tidak kunjung juga terselesaikan. Ada)rasa lelah, gundah, gelisah, dan lain–lain. Dan berharap–harap datangnya pertolongan dari Allah-Rabb semesta alam Yang bersemayam di atas Arhsy. Bagaimana caranya agar turun pertolongan Allah ?
Di ayat ini dijelaskan bahwa syarat mendapatkan pertolongan Allah adalah dengan cara menolong Agama Allah.
Selain itu,kita juga perlu bersabar diketika ujian, dugaan dan masalah melanda hidup kita. Bagaimana untuk kita mendapat sabar dan menerima ujian dengan sabar?
Di dalam Al Quran, Tuhan berfirman: Maksudnya:
Ertinya oleh kerana untuk mendapat sabar itu sangat susah dan berat, para hamba diperintahkan supaya meminta pertolongan Tuhan untuk bersabar.
Mintalah pertolongan Tuhan agar lahir dan batin kita didalam sembahyang dipimpin dan diberi kekuatan oleh Tuhan. Mintalah pertolongan Tuhan untuk dapat kita memiliki sifat sabar.
Disamping itu kita juga selalu mohon ampun kepada Allah atas segala salah silap yang kita sedari atau tidak sedari selama menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini. Lafaz istighfar yang terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari:
Rasullullah telah bersabda: Penghulu segala “istighfar” adalah dengan berkata;
اَللّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لَاْ اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَاْ عَبْدُ كَ وَأنَا عَلَىْ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اسْتَطَعْتُ؛ أَعُوْذْبِكَ مِنْ شَرِّ مَاْ صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ، فَاغْفِرْلِىْ فَاِنَّهُ لَاْ يَغْفِرُ الذُنُوْبَ اِلّا اَنْتَ.
Ya Allah, engkau adalah tuhanku, tidak ada tuhan selain MU. Engkau yang menciptakanku dan aku adalah hambaMU. Dan aku berada dalam perjanjian denganMU yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMU dari segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui dengan sebenar-benarnya nikmatMU kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa melainkanMU..
Sabda Rasulullah: sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan kemudian dia mati sebelum malam maka dia tergolong daripada ahli syurga. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan kemudian dia mati sebelum siang maka dia tergolong daripada ahli syurga.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbaq r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w besabda:
Mafhumnya: sesiapa yang melazimi istighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan mengatasinya, dan setiap kesedihan ada kegembiraan, dan Allah akan kurniakannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Sabda Rasulullah lagi: Allah swt berfirman,(mafhumnya) wahai manusia, walau dosamu sebanyak awan sekalipun kemudian kamu memohon keampunan kepadaKU (istighfar) nescaya akan aku mengampunimu...
Dengan itu jika kita mahu selalu mendapat pertolongan)Allah dalam apa jua urusan hidup kita, selain kita berusaha, berdoa, bertawakkal kita juga perlu memastikan apakah jalan atau laluan menuju keredhaan Allah itu berada di landasan atau jalan yang benar. Bagaimana kita mahu menuju kepada Allah , memohon pertolongan Allah tapi jalan kita salah. (contohnya, mahu berbuat kebaikan seperti bersedekah membantu anak yatim, wang nya diperolehi melalui judi, atau merompak.)
Berdasarkan firman Allah dalam ayat 2 surah al-Maidah yang bermaksud; Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam kebajikan dan jangan bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan kejahatan, adakah kita akan menerima 'saham' dosa jika apa yang kita lakukan itu boleh mendorong orang melakukan kejahatan? Semestinya jawapan adalah Ya!
Maka jadilah kita "bila orang memandang kita, akan mendorong dia mengingati Allah".
Banyakkanlah berdoa kpd Allah: Ya ALLAH jadikanlah aku dan zuriatku orang2 yang mendirikan solat...berdoalah dengan penuh harapan dan keyakinan kpd ALLAH kerana ALLAH tidak akan menyalahi janjinya...
Mafhum dari firman ALLAH: "berdoalah kepadaKU, nescaya akan aku kabulkan".
Bila, bagaimana, dan di mana itu terletak pada ilmu Allah swt..kita sebagai hambanya teruskanlah berdoa...amin.
Entri peringatan buat diri sendiri, agar terus kuat, tabah dan sabar bila hati diuji dengan kasih sayang yang selalu membuah rasa rindu dihati.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Assalamualaikum Ummi,
ReplyDeleteTerima kasih Allah di atas ilham yang Engkau berikan kepada Ummi.
Terima kasih Ummi kerana sudi ingat mengingati, saya telah berdoa(dan insyaAllah akan terus berdoa) semoga Allah memberikan peringatan di dalam bentuk yg sebegini.
Ya Allah, hamba Mu ini mohon agar Engkau terus memberikan rahmat ke atas Ummi sekeluarga, amin.
terima kasih kerana ilmu ini...
ReplyDeletewsalam Rohaya...sekadar peringatan buat sendiri Rohaya. agar diri kita sentiasa tabah, sabar dan redha dengan apa yang dilalui dalam perjalanan menuju tempat yang abadi. Semoga Allah juga memberi berbagai rahmat buar rohaya sekeluarga.
ReplyDeletesama-sama Nasrum, semoga Allah Ta'ala akan menabahkan hati kita, apabila ujian Allah datang bagi meningkatkan kualiti iman dan beroleh meraih kemanisan iman.
ReplyDelete