Sebenarnya ummi bukan suka mendedah sesuatu cerita dikhalayak umum secara live, tetapi kerana terdesak mempertahankan sesuatu maka ummi terpaksa lakukan. Ummi mempertahankan kerana cinta kepada aqeedah dan iman yang dimilikinya. Akan ummi pertahankan dia hingga akhir hayat ummi.
Tuhanku aku pohon pada MU jangan KAU ambil nyawaku sebelum KAU kurniakan anakku ini bahagia. Jangan KAU ambil aku disaat dia masih memerlukan kasih sayangku. Berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran bersama dia untuk mencari bahagia di dunia yang membawa ke akhirat.
Ya Allah kurniakan dia secebis sinar untuk bahagia hidup di dunia dan akhirat. Berikan dia kekuatan untuk mempertahankan aqeedah dan imannya. Peliharalah aqeedah dan imannya Ya Allah, agar sempurna dan bertambah-tambah nilainya di sisi MU.
Anakku, mak titipkan ini sebagai sumber meningkatkan iman anakku...
Di mana boleh dicari kekuatan, kebahagiaan, ketenangan?
Manusia ini, kehidupannya bukan sentiasa berada di atas. Kehidupan manusia, kembarnya adalah ujian. Akan tiba masanya, manusia akan diuji dari arah yang tidak terjangka. Kadangkala, ujian datang dalam keadaan manusia tidak bersedia.
Ketika ini, manusia akan mula terkapai-kapai. Mencari sesuatu yang dinamakan kekuatan. Mula hendak mendapatkan sesuatu yang bernama kebahagiaan. Cuba menggapai sesuatu yang dipanggil ketenangan. Tetapi, di mana?
Di mana hendak dicari semua itu?
Siapakah yang menyisipkan kekuatan? Siapakah yang memberikan kebahagiaan? Siapakah yang menyusupkan ketenangan?
Siapa?
Allah. Jawapan saya hanya satu itu, dan tiada lain.
Allah SWT berfirman:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah At-Tawbah ayat 40.
Ketika Rasululla SAW, hanya bersama Abu Bakr RA, dikejar dan diburu oleh kaum musyrik Quraiys, hampir dijumpai pula di dalam Gua Tsur, Allah telah menurunkan ketenangan kepada hati mereka berdua. Lihat, betapa berkuasanya Allah. Pada saat mereka sangat tersepit, ketenangan daripada Allah mampu menghilangkan segala resah gelisah.
“Tiadalah kemenangan(pertolongan) itu, selain dari sisi Allah…” Surah Al-Anfal ayat 10.
Itu adalah janji Allah SWT. Kenapa Allah SWT boleh berjanji sedemikian rupa? Kerana Dia adalah pemegang kekuatan. Pada Allah ada qudrah. Dan Dia berhak membantu sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Siapakah yang pernah meminta kepada-Nya kekuatan?
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)” Surah Asy-Syarh ayat 1-2.
Allah. Akhirnya, Allah jugalah sumber kepada semua yang dikehendaki oleh kita tadi. Kekuatan, ketenangan, kebahagiaan, semuanya adalah daripada Allah. Allah yang memberikannya, Allah yang menariknya semula.
Siapakah antara kita yang bergerak ke arah-Nya?
Hubungan kita dengan Allah SWT
Ada orang, masa dia susah sahaja baru dia ingat kepada Allah SWT. Masa dia ada sesuatu hajat, baru dia mencari Allah SWT. Semasa dia kaya, semasa dia berharta, semasa dia bahagia, semasa dia senang hati, dia lupa pada Allah SWT, malah bongkak kepada-Nya.
Siapakah antara kita yang berusaha menjaga hubungannya dengan Allah SWT? Atau sebenarnya kita ini, langsung tidak merasakan keterikatan kita dengan Allah SWT? Adakah kita hanya nampak, Allah itu di masjid sahaja? Adakah di masjid sahaja baru kita sibuk menjaga hubungan kita dengan Allah? Bagaimana di pejabat? Bagaimana di sekolah? Bagaimana di tempat anda berada sekarang? Adakah anda merasai keterikatan anda dengan Allah SWT?
Hubungan dengan Allah SWT ini, adalah hubungan yang unik. Hal ini kerana, kita berhubung dengan Allah yang ghaib dari pandangan kita. Tetapi untuk manusia yang beriman, dia akan sentiasa merasakan bahawa Allah SWT itu amat dekat dengan-Nya.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” Surah Qaaf ayat 16.
Hatta, yang kita bisikkan di dalam hati pun, Allah mengetahuinya.
Apakah pantas semasa bekerja kita memutuskan hubungan kita dengan-Nya? Apakah pantas semasa belajar, kita memutuskan hubungan kita dengan-Nya? Sebab itu, bagi mereka yang menghubungkan dirinya dengan Allah setiap masa, mereka akan serius dalam pekerjaan mereka. Mereka tidak akan sengaja curi tulang, tidak akan korup, tidak akan pecah amanah, tidak akan melakukan perkara-perkara yang Allah larang sepanjang pekerjaan mereka.
Mereka berusaha, menjaga segala apa yang Allah perintahkan sebaik mungkin setiap masa.
Semuanya untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.” Surah Asy-Syuara ayat 30-31.
Saya mendekati Allah, tetapi kenapa tidak bahagia?
Ini soalan yang popular. Ya, ada kalangan kita yang mendekati Allah, tetapi tetap tidak bahagia. Hidup tetap sukar. Malah, masih terasa sempit dan tidak tenang.
Adakah ini bermakna, mendekati Allah SWT itu tidak memberikan apa-apa?
Saya hanya tersenyum. Sudah Allah SWT katakan tadi, segala keburukan itu daripada diri manusia sendiri.
Cuba lihat semula, tidak tenang itu kenapa. Tidak bahagia itu kenapa. Tidak rasa mempunyai kekuatan itu kenapa. Walaupun sudah mendekati Allah, semua itu tidak datang kenapa? Antara sebab paling besar adalah:
“Kita mendekati Allah SWT, meminta kepada-Nya, pada masa yang sama kita mendekati apa yang dimurkai-Nya, dan mencintai pula kemungkaran itu”
Di sinilah punca, penghalang kepada kebahagiaan kita, kekuatan kita, ketenangan kita. Dosa ibaarat bintik hitam yang melekat di dalam hati. Semakin banyak dosa, semakin banyak bintik hitam. Akhirnya, hati gelap dan keras. Kita mendekati Allah, tetapi kita mencintai kemaksiatan. Kita tidak membuang punca keresahan kita, kita tidak membuang punca kelemahan kita, kita tidak membuang punca kegelisahan kita, macam mana hendak mencapai kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan?
Kita perlu lihat semula.
Adalah mustahil menggabungkan dua cinta ini dalam satu masa.
Cinta kepada Allah, dan cinta kepada kemurkaan-Nya.
Hairan apabila kita melihat kembali kehidupan sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang miskin, dan serba kekurangan seperti Bilal bin Rabah RH, Abu Hurairah RH, hatta Rasulullah SAW sendiri, tetapi mereka semua bahagia dan penuh dengan ketenangan. Tiada sahabat Rasulullah rumahnya banglo macam rumah kebanyakan kita. Rasulullah SAW sendiri tidur di atas pelepah tamar sehingga berbirat belakang tubuhnya. Kita paling kurang pun akan tidur di atas tilam.
Tetapi mereka bahagia. Bahagia. Mereka kuat. Sangat kuat. Mereka tenang. Menenangkan pula sesiapa yang melihat mereka.
Kenapa?
Mereka mendekati Allah SWT. Kerana mereka beriman dengan Allah SWT.
“Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.” Surah Al-Anfal ayat 64.
Ya, Allah sudah cukup untuk mereka.
Saya teringat dahulu, orang selalu baca: “Hasbi rabbi jallallah, ma fi qalbi ghairullah” yang maksudnya, “Cukuplah untuk aku Tuhanku Allah yang agung, tiada di dalam kalbuku melainkan Allah” Di mana agaknya pembumian kata-kata ini dalam kehidupan kita hari ini?
Apa punca kelemahan kita? Apa punca kegelisahan kita? Apa punca keresahan kita?
Kita menjauhi Allah SWT. Lihatlah, apabila manusia tidak mengambil Islam, apa yang berlaku kepada dunia? Huru-hara.
Kenapa manusia tidak memerhatikan ini?
Kenapa kita, tidak memerhatikan perkara ini?
Dunia ini, bukan terpagar dalam alam materialistik sahaja.
Dan Akhir kalam, Syariat Islam adalah penjara buat orang Mukmin...
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment