Wednesday, 5 May 2010

Mengapa Anda Gagal?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tabiat selalu memfokuskan minda kita kepada apa yang kita tidak mahu, maka ini masanya untuk menyedari bahawa ia hanya akan membawa kita lebih jauh daripada apa yang kita mahu.

Yang nyata, kita sedar apa yang kita fikirkan adalah satu langkah yang besar kehadapan. Kebanyakkan orang tidak tahu apa yang mereka fikirkan, sebaliknya mereka hanya terus bertindak mengikut pemikiran mereka itu.

Walau bagaimanapun penelitian dan pemerhatian ke atas apa yang kita fokuskan terhadap pemikiran kita pada setiap masa adalah KUNCI untuk mencipta kehidupan yang kita idamkan.

Semua orang mahu kehidupan yang lebih baik. Dalam percubaan untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik, kita sering membeli buku motivasi, menghadiri seminar pembangunan diri dan juga kursus untuk memulakan perniagaan, tetapi mengapa percubaan ini selalu gagal.

Mungkin kita telah beberapa kali menghadiri kursus dan seminar, mendengar keset, CD dan membaca buku, sistem, kaedah, teknik tentang motivasi, program pembangunan diri dan juga peluang-peluang untuk berjaya, tapi pada akhirnya ia tidak dapat menghasilkan keputusan yang kita harapkn.


Kenapa ia tidak berhasil?

Kenapa kebanyakkan program pembangunan gagal untuk diaplikasikan?


1. Kita takut untuk berubah

Dalam Program strategi pembangunan diri yang kita gunakan, kita perlu ada satu titik keputusan untuk mengambil satu tindakan PERUBAHAN. Ia mungkin perubahan yang kecil atau perubahan besar. Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk keluar dari ZON SELESA.

Untuk betul-betul berubah, kita perlu keluar dari kepompong itu. Kejayaan hanya milik orang-orang yang berani untuk berubah.

Minda bawah sedar kita dalam keadaan biasa tidak suka pada perubahan. Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan, dalam keadaan biasa, ia tidak suka pada perubahan.

Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan dan membiarkan kita untuk terus seperti keadaan dimana kita sekarang. Ini disebabkan minda bawah sedar adalah satu mekanisme survival (kelangsungan hidup) yang menjadi fungsi utamanya. Ia mengerti apa sahaja jenis perubahan sebagai amaran untuk kelangsungan hidup kita.


2. Kita mahu keputusan segera / cepat.

Masyarakat sekarang banyak dipengaruhi oleh media dan pengiklanan yang mengharapkan keputusan yang cepat dan segera. Maka kita mahukan ia SEKARANG dan ingin melihat keputusan serta-merta dalam satu sessi, satu hari, satu minggu, satu tajuk buku dan lain-lain lagi. Jika kita tidak dapat keputusan segera, mereka hilang semangat dan berputus asa.

Keputusan segara adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala kita memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga kita dengan keinginan kita. Jika kita tidak dapat selarikan tenaga kita dengan betul, kita mungkin tidak dapat mencapai matlamat (target).

Kemahuan untuk mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga kita. Jadi sebenarnya ia mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat yang kita inginkan.


3. Kita berputus asa terlalu cepat.

Hampir semua orang terlalu cepat untuk berputus asa. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil, ganjaran dan keputusan yang segera. Bagaimanapun salah satu daripada sebab mengapa kita berputus asa terlalu cepat adalah kerana kita melihat kepada halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan alasan, mengapa kita tidak boleh mencapai matlamat kita.

Apabila ianya terjadi kita menyalahkan diri kita sendiri, ataupun program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku, keset dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan kita untuk mencapai matlamat dan kita akan berputus asa dengan cepat.


4. Kita Hanya MENCUBA, sepatutnya kita perlu LAKUKAN.

Kebanyakkan orang hanya mencuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali kita mencuba, kita sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri kita.

Realitinya kita tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada kita mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah mencuba untuk berjaya.

Minda kita mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Kita mungkin berkata, saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga. Okey, anda berjaya apabila anda berhenti mencuba dan mula melakukannya.

Kita telah lakukan apa yang kita perlu lakukan untuk mencapai matlamat kita. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah kita tidak boleh berjaya selagi kita mencuba. Tetapi apabila kita berhenti mencuba dan mula lakukan kita boleh mula mengharapkan keputusannya.

Bila seseorang mencuba program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan binaan-dalam kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba. Tetapi itu menunjukkan kita tidak dapat apa yang kita mahukan.

Masalahnya di situ ialah, kita hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada anda memiliki apa yang kita mahukan atau kita memiliki sebab atau alasan mengapa kita tidak dapat memiliki apa yang kita mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.

Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan mana-man program pembangunan diri (atau perkara-perkara lain) ini adalah berdasarkan kepada tindakan kitaa samada kita terus melakukan atau hanya mencuba untuk lakukan.

Mereka yang mencuba ummi jamin akan gagal. Mereka yang lakukan (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.


5. Kita hanya focus kepada APA dan BAGAIMANA sepatutnya KENAPA (IMPIAN).

Hampir semua orang yang gagal dalam usaha membangunkan diri, perniagaan, kejaya, kewangan dan lain-lain adalah kerana mereka hanya terlalu focus kepada APA dan BAGAIMANA mereka perlu lakukan untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

Sepatutnya mereka perlu lebih memberi focus yang khusus KENAPA mereka mahukannya. Jika kita hilang fokus kepada KENAPA kita mahu apa yang kita mahu, (why you want what tou want) daripada kita fokus kepada APA dan BAGAIMANA ia perlu diselesaikan, kita akan hilang motivasi dan semangat kita serta berputus asa bila keadaan menjadi bertambah sukar dan getir.

Kecuali kita secara berterusan fokus kepada KENAPA (WHY). Faedah atau apa yang akan kita perolehi apabila kita mencapai matlamat kita . Kitaa tidak akan boleh untuk membuat perubahan yang kita idamkan dan kita akan putus asa secepat mungkin bila halangan yang datang bertali arus.

Apa yang perlu dilakukan ialah kita membuat keputusan betapa PENTINGNYA kita mempunyai sebab kenapa kita mahu. KENAPA kita mahu apa yang kita mahu? Lupakan tentang apa yang perlu kita LAKUKAN untuk mendapatkannya. Ia akan menjaga dirinya sendiri.

Jika kita tidak jelas KENAPA kita mahu, apa yang kita mahu (why you want what you want) (faedahnya kita akan perolehi bila kita mencapai matlamat kita) dan kita tidak serius mengambil tindakan terus sehingga kita mencapainya.

Lebih baik kita tidak perlu membuang masa kita untuk membaca pelajaran yang selanjutnya. Sebaliknya kita duduk di dalam zon selesa kita dengan berehat di atas sofa, tonton TV sambil minum coke dan makan kacang atau pun keropok lekor dan hanya lakukan apa yang biasa kita lakukan dan ummi jamin kita akan dapat apa yang kita biasa dapat sekarang ini.

Tetapi jika kita ghairah ataupun ada rangsangan yang hebat dalam diri kita tentang membuat perubahan yang besar dalam hidup kita, jika kita betul-betul bersedia untuk menarik apa yang kita idamkan selama ini, dan kita tidak akan berasa berputus asa sehingga kita mencapainya, maka sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup kita.

Namun ingatlah kita hanya mampu merancang, segala yang terjadi, keputusannya telah tercatat di Loh Mahfuz sana sejak azali. Sebelum roh di tiupkan di jasad kita, telah ada perjanjian tentang rezeki, jodoh dan ajal kita dengan yang Maha Pencipta. Maha Pencipta yang memiliki sifat Kesempurnaan.


Maha Suci Allah,
Sepenuh timbangan,
Sejauh ilmu,
Sebanyak keredhaan,
Setinggi Arasy'

Tidak ada tempat ku bersandar,
Dan tidak ada tempat untuk ku berpegang,
Melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Kepada Allah sebaik-baik ku Mohon Pertolongan.

1 comment:

  1. Salam Ummi...

    Saya nak tanya... saya ada menyimpan impian untuk melahirkan zuriat, tapi saya tak tahu kenapa.

    seperti dalam artikel tu, saya cuba praktikkan, saya cari kenapa saya berimpian begitu.. soalan kenapa tu saya nak jawab supaya saya bermotivasi untuk berusaha melakukan segala yang perlu untuk ke arah itu sampai saya berjaya.

    kalau salah pemahaman saya harap diperbetulkan.

    yang meminta sedikit nasihat.
    biskut

    Terima kasih.

    ReplyDelete