بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kadang kala ummi sendiri buntu untuk mencari jawapan terhadap suatu persoalan. Sedangkan jawapan itu ummi sudah tahu, hanya mahu mencari kekuatan dalam diri, maka masih suka ummi bertanya pada orang lain, terutama kepada sahabat baik ummi sendiri yang kuat amalan tarikatnya.
MENGAPA GAGAL? MENGAPA DI UJI?
Pak Arab,
Ingin saya nak tahu bagaimana jika, kita sudah buat istikharah ,petunjuk yang didapati itu baik, dan kita buat rancangan berdasarkan petunjuk itu mengikut jalan yang betul , tapi takdirnya berbeza dengan apa yang kita rancang?
Contohnya, kita mahu berkahwin,setelah jumpa calon, kita beristikhrah, merancang ikut petunjuk dari istikharah, hampir bernikah, tapi takdirnya pernikahan tidak jadi. Memang kita redha dengan takdir itu, cuma mahu tahu kenapa? Memang kita tahu itu ujian Allah, perlu sabar ,tabah dan kuat hadapinya,namun kadang kala rapuh jua hati untuk menghadapinya.
Wallahu A'lam
Dan ini jawapan yang dihuraikan panjang lebar oleh Pak Arab.
BAGAIMANA HADAPI UJIAN DAN DUGAAN HIDUP?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukran atas pertanyaan!
MENGAPA GAGAL? MENGAPA DI UJI? BAGAIMANA HADAPI UJIAN DAN DUGAAN HIDUP?
Seorang pelajar SPM belajar sungguh2 siang malam dengan penuh dedikasi. Dia sentiasa menta’ati semua perintah Allah. Sentiasa ta’ati ibubapa tak pernah derhaka. Dia salah seorang yang sangat cemerlang dikalangan pelajar2. Semua orang - guru2, ibubapa dan pelajar2 menjangka dia mendapat 10A1 dalam SPM. Apabila keputusan diumumkan ternyata semua jangkaan meleset. Keputusannya diluar dugaan ; hanya dapat beberapa A manakala yang lainnya B atau C.
Pelajar ini sangat kecewa!
Mengapa terjadi demikian?
Apa salah dia?
Dia sudah melakukan yang terbaik, tetapi kenapa dibalas demikian?
Seorang peniaga berniaga sungguh2 dari kecil-kecilan sehingga akhirnya menjadi jutawan ; memiliki berpuluh2 gudang. Dia orang yang baik dan pemurah ; selalu bersedakah. Sentiasa melakukan solat dan perintah Allah yang lain. Suatu masa, dengan tidak disangka2 seluruh perniagaannya musnah. Dia jatuh muflis. Hati dia hancur musnah. Dia tak dapat menerima kenyataan!
Dia sangat kecewa!
Mengapa terjadi demikian?
Apa salah dia?
Dia sudah melakukan yang terbaik, tetapi kenapa dibalas demikian?
Seorang remaja yang soleh. Zahir dan batinnya untuk agama Islam. Dia ingin berumahtangga. Setelah istikharah, dia mendapat kepastian akan calonnya. Semua persediaan di atur. Ketika waktu pernikahan hampir tiba, calon wanita menarik diri. Hati lelaki ini hancur….dia tak dapat terima kenyataan yang terlalu pahit ini!
Dia bertanya ; Mengapa terjadi demikian?
Mengapa dia diuji begitu rupa?
Apa salah dia?
Dia sentiasa membuat kebaikan dan keta’atan tetapi mengapa terjadi begini?
Paparan diatas adalah sebahagian dari kisah kehidupan manusia, khususnya di sini kita bincangkan berkenaan hal orang2 yang beriman kepada Allah.
Untuk melihat masalah kegagalam insan dalam kehidupan, ujian, cobaan penderitaan, kesakitan dan adab2 menghadapinya sebagai orang2 beriman, ada baiknya kita perhatikan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah darihal ketentuan taqdir, usaha ikhtiar, ubudiyyah, ketaatan dan penyerahan!
1. Allah Ta’ala mengatur segala sesuatu menurut KehendakNya serta ukuran yang telah ditentukan bagi mahkluknya.
2. Manusia tidak berhak bercampur dalam urusan taqdir Ilahi.
3. Semua yang telah ditetapkan di azali akan terlaksana pada masa, tempat dan anasirnya - tidak terdahulu dan tidak tekemudian walau sesaat.
4. Segala usaha dan ikhtiar makhluq tidak dapat mengubah Qadha dan Qadar Ilahi. Manusia hanya diperintah melaksanakan perintah Allah sekuat kemampuannya.
5. Pilihan Allah adalah pilihan terbaik bagi hamba2Nya. Maka setiap orang beriman diperintah bersangka baik dengan Tuhannya.
6. Setiap manusia akan diuji dengan berbagai penderitaan dan kesusahan untuk melihat siapa yang benar2 beriman dan berserah diri kepada Allah.
7. Hamba2 Allah yang berjaya adalah mereka yang melepasi semua ujian Allah Ta’ala serta mendapat keredhaan Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala :
إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[At-Talaq (65) : 3 ]
وَمَا تَشَآءُونَ إِلاَّ أَن يَشَآءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَـلَمِينَ
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
[At-Takwir (81) : 29]
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
[Aal-e-Imran (3) : 74 ]
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَـهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّـبِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَـرَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[Muhammad (47 ; 31 ]
Ibnu 'Abbas رضي الله عه berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi صلى الله عليه وسلم pada suatu hari dan Baginda bersabda:
“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah Allah (pelihara hak-Nya), nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah ALllah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya), nescaya engkau akan mendapati Dia akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada Allah. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat..”(Sahih Tirmizi)
Ketika Nabi صلى الله عليه وسلم berdoa,
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu Baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” -
Sayyidina Umar رضي الله عه bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم :
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."-( Imam Ahmad)
Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه dalam ibarat beliau menghadapi suasana ujian dan dugaan Allah ini, membawa kita kepada suatu pembukaan yang menjadikan kita tetap diatas jalanNya. Beliau menghuraikan ini dalam Kalam Mutiara beliau dengan sangat indah,
“Apa yang dipilihkan oleh Allah adalah yang terbaik untukmu.”
Kata beliau, “Janganlah memilih untuk mendatangkan ni’mat atau menolak musibah. Kerana keni’matan akan datang kepadamu kalau itu memang bahagianmu – baik itu engkau inginkan atau pun tidak.
Adapun musibah ia akan datang kepadamu jika itu memang merupakan ketentuanNya bagimu baik kamu tidak suka atau menolaknya dengan doa, atau berusaha sabar untuk mendapatkan keredhaanNya. Berserahlah kepadanya dalam segala hal, kerana Dialah yang Maha Kuasa atas dirimu.
Apabila engkau mendapatkan ni’mat maka sibukkanlah dirimu dengan bersyukur. Dan jika musibah yang engkau dapatkan, maka sibukkanlah diirimu dengan bersabar, menerima atau meni’matinya, atau tidak meni’matinya dan membuangnya. Sesuai dengan keadaan yang diberikan, maka engkau berubah2 dalam keadaan itu. Engkau berjalan diatas jalan menuju Yang Maha Tinggi, yang telah memerintahkanmu untuk menta’atinya dan engkau terhenti di suatu padang luas yang gersang menuju beberapa maqam, untuk sampai pada Yang Maha Tinggi.
Biarkan musibah itu menghampirimu, biarkan dia berlalu, dan jangan berdoa dalam menghadapinya, tidak usah cemas kerana kedatangannya, kerana panasnya musibah tak sepanas apai neraka.
Musibah datang padamu bukanlah untuk membinasakanmu, akan tetapi dia datang untuk menguji kebenaran Imanmu, dan untuk menguatkan keyakinanmu, dan membawa khabar gembira tentang anugerah yang diberikan oleh Tuhanmu Yang Maha Kuasa.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَـهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّـبِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَـرَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[Muhammad (47 ; 31 ]
Maka apabila, dengan keimananmu, engkau sudah yakin kepada Allah dan menerima segala ketentuannya, dan semua itu terjadi atas taufiqnya, maka jadikanlah engkau saat itu orang yang sentiasa sabar, menerima, dan berserah diri kepadaNya. Jangan ada pembicaraan – baik pada dirimu sendiri maupun yang lainnya – yang keluar dari perintah dan larangan. Apabila datang perintahNya, maka segeralah laksanakan perintahNya dan jangan diam. Jangan berasa cukup dengan mengerjakan, tetapi berusahalah sekuat tenaga untuk menunaikan perintah Nya dengan baik.
Apabila Engkau tak mampu untuk melaksanakannya, maka cepat kembali kepadaNya dan memohon keampunanNya, lalu carilah apa penyebab ketidakmampuanmu untuk melaksanakan perintahNya dan berpaling dari kemuliaan dengan menta’tatinya. Mungkin hal itu disebabkan oleh jeleknya doamu dan akhlakmu dalam ta’at kepadaNya, dan keyakinanmu akan keadaan dan kekuatanmu, dan kekagumanmu akan ilmu yang engaku miliki, dan engkau telah menyekutukanNya dengan dirimu dan makhluknya. Maka Dia telah memalingkanmu dari pintunya, dan telah mengasingkanmu dari ta’at dan pengabdian kepadaNya, dan Dia telah memutus dari mu tali TaufiqNya. Dia telah berpaling darimu, Dia sangat membencimu, da Dia akan mebuatmu sibuk dengan musibah, dunia, hawa nafsu, cita2 dan fitnah.
(tamat petikan kitab Futuhul Ghaib)
Rumusan :
Mereka2 yang telah pun dijalan kebaikan dengan mengamalkan perintah Allah, tetapi berakhir dengan kegagalan, wajib baginya meneliti kembali beberapa perkara :
1. Apakah kita telah melaksanakan perintah Allah dengan keikhlasan atau telah menyekutukan Allah didalam pengabdian tersebut, iaitu berlaku syirik khafi disebabkan merasa hebat diri, atau hebat ilmu atau merasakan luasnya pengalaman. Lau kita merasakan apa yang kita lakukan itu yang tepat dan Tuhan mesti kabulkannya?
2. Sewaktu kita melaksanakan solat istikharah atau permohonan petunjukNya adakah kita telah berserah bulat kepada keputusan Allah Ta’ala atau terselit niat dalam hati bahawa kita menuntut Allah Ta’ala memperkenankan pilihan hati kita?
Ini kerana sering berlaku seseorang yang memohon petunjuk telah pun menetapkan didalam hati akan pilihannya dan berharap itulah yang dikehendaki Allah. Maka demikian Allah Ta’ala memperkenankan niat hatinya bukan pilihan Allah Ta’ala.
3. Ketika kita melaksanakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja mencari rezeki atau mencari jodoh adakah kita telah berusaha sungguh2 menepati syari’at?
Sebagai contoh bagi mereka yang ingin berkahwin, adakah pernah berdua2an dengan bakal isteri? Pernah berjalan ke sana ke mari secara bebas? Pernah melakukan perbuatan2 bercinta yang ditegah?
Atau mereka yang mencari rezeki pernah menipu atau melakukan kezaliman?
4. Ketika kita merancang atau merencanakan sesuatu perkara, adakah kita meletakkan suatu matlamat dengan meletakkan kebergantungan kita kepada Allah Ta’ala atau kita meletakkan kejayaan tersebut atas daya usaha kita atau mengikut kemampuan kita?
5. Jika perkara diatas itu bukan penyebabnya, iaitu kita benar didalam melakukan ubudiyyah, tiada penyekutukan Allah, tidak membuat perkara2 fasiq dan kemungkaran, tiada menzalimi manusia lain, tetapi terjadi juga suatu musibah menimpa diri, maka ketahuilah bahawa :
i) Kemungkinan Allah akan memberi rezeki yang lebih baik kita dari apa yang terlihat.
ii) Kemungkinan pilihan kita membawa keburukan pada jangka masa panjang. Maka Allah Ta’ala menyuruh kita sabar menanti pilihan yang lebih baik dariNya.
iii) Sebagai ujian Allah sejauh mana kepatuhan, ketaatan tawakkal kita kepada Dia.
iv) Allah Ta’ala menggantikan apa yang tidak dapat mencapainya di dunia dengan suatu kebaikan di akhirat.
v) Kesudahan dari semua di atas adalah : Sesiapa yang benar2 serah diri kepada ketentuan Allah serta meredhai apa jua keputusan yang menimpanya mereka itulah yang Berjaya disisi Allah Ta’ala.
Semoga kita tetap didalam Iman dan Islam dalam menghadapi dugaan2 hidup, sentiasa bersangka baik dan serahkan segala urusan kepada ketentuan Allah. Untuk itu kita ikuti doa di yang di ajar oleh Nabi.
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu.”
Wallahu A’lam
Terima kasih Pak Arab kerana sedia menulis ,menghuraikan jawapan panjang lebar buat bacaan,azimat dan penawar kepada saya.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment