Saturday, 20 November 2010

Memburu Cinta Fatamorgana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Memburu Cinta Fatamorgana
Sejak akhir-akhir ini,di Laman Forum Halaqahnet sering dihujani dengan berbagai kisah rumah tangga yang menuju ke arah kemusnahan. Ini semua gara-gara memburu cinta fatamorgana samada oleh si suami atau si isteri.


Pedih, payau, tawar, kelat telah bersemi di dalam rumah tangga gara-gara cinta fatamorgana ini. Bunga Cinta yang telah tersemai di depan mata tidak lagi dihiraukan dengan alasan tidak mampu membeli  baja dan tidak cukup air  untuk hidup subur.


Dalam kekhilafan ini, tidak perlu menuding jari siapa salah siapa benar. Sepatutnya kedua-dua pihak berusaha untuk menyuburkan kembali bunga cinta yang telah dihalalkan melalui ijab dan kabul. Jangan diburu cinta fatamorgana yang haram dan tidak bernoktah.


Tajuk-tajuk yang menjadi penghias Kiriman Terkini seperti   Isteri Mohon Cerai Untuk Bersama Kekasih Baru, Bantulah Saya Menghadapi Suami Curang, Ingin Kekasih Kembali Semula , Suami Tidak Cinta,dan Mahu Berpoligami. , Di Ambang Keretakkan Rumah Tangga  dan beberapa lagi topik yang lebih kurang begitu kisahnya. Semuanya berkisar memburu cinta fatamorgana walaupun cinta realiti telah bersemi di mahligai sendiri.


Aduh...sakit kepala ummi untuk memikirkan bagaimana jawapan terbaik untuk mereka. Harapan ummi cuma satu, mengurangkan kadar perceraian  dan dalam masa yang sama sebolehnya ingin menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.  Tapi bagaimana?





Saya nak minta pendapat kalau seorang isteri ada kekasih walhal sekarang dia masih bergelar isteri dan suami nya maengetahuinya,tp suaminye hanye marah sebentar dan berbaikan semula..tp yg sy nk tau isteri sudah membuat solat istikharah dan sudah mendapat jawapan dr tuhan dimana berat memihak kepada untuk memilih kekasih baru itu bkn suaminya..hubungan suami isteri tidak sangat bermasalah cuma kehidupan agak sempit dan kewangan tidak mencukupi dan dibebani hutang..kekasih baru itu sangat baik dan berpengatahuan agama juga berpangkat.adakah wajar isteri meminta cerai untuk bersama kekasih baru?.


Ini salah satu contoh luahan hati seorang isteri yang memburu cinta fatamorgana. Apa lagi yang mahu diburu? Tidak bersyukurkah dengan apa yang telah dimiliki? Sekadar Allah datangkan ujian yang kecil, telah menarik diri untuk mengejar cinta yang lain semata-mata keindahan cinta fatamorgana yang nun jauh kelihatan indah tapi bila kita hampiri  cinta itu makin jauh...dan jauh.

Ini nasihat ummi...

Saya tidak setuju jika puan minta cerai dengan suami yang ada sekarang ini. Suami mengambil puan melalui akad nikah, ada perjanjian dengan Allah.

Suami telah menegur, tetapi kenapa puan tidak taat kepada perintah suami? Kenapa puan masih lagi berkasih dengan lelaki lain.Sebaiknya puan tinggalkan lelaki itu dan taati suami puan.


Mana puan tahu jawapan istikharah itu dari Tuhan? Bolehkah puan bezakan, antara petunjuk dengan tipu daya syaitan.

Cuba puan baca dengan tenang,mimpi yang bagaimanakah yang dikatakan petunjuk dari Allah.





Bagi hamba-hamba Allah SWT, yang selalu patuh dan taat pada menjalankan ajaran-ajaran agamanya, di dalam hidupnya pasti akan timbul sewaktu-waktu suatu "keputusan hati" atau dengan kata lain "ketetapan hati" pada sesuatu yang tidak bertentangan dengan agama.


Contohnya,ketetapan hati untuk berkahwin dengan seorang yang menurut kita adalah baik pada pandangan agama, untuk menjaga kita jangan sampai jatuh pada sesuatu yang tidak diridhai oleh agama. Ketetapan hati yang kita buat adalah berdasarkan kepada dalil-dalil seperti petunjuk melalui mimpi yang bukan dikacau atau diganggu syaitan dan Iblis. Seseolah mimpi itu datangnya dari Malaikat.


Cuma yang terang hal keadaan itu kita terima dari hamba Allah yang soleh dan taat, ataupun keputusan hati itu datang dengan perantaraan ilham yang betul-betul dari Allah SWT.  (Kalam Hikmah Imam Ibnu Atta'illah Askandary)


Mimpi yang benar dari petunjuk Allah adalah mimpi yang diberikan kepada mereka yang benar-benar soleh dan taat, patuh kepada ajaran-ajaran agama. Selain dari itu, mimpi hanyalah mainan tidor sahaja. Puan boleh menilai diri puan adakah termasuk kedalam golongan hamba Allah yang benar-benar taat dan patuh kepada ajaran-ajaran agama Islam atau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari ajaran-ajaran agama.


hubungan suami isteri tidak sangat bermasalah cuma kehidupan agak sempit dan kewangan tidak mencukupi dan dibebani hutang...



Apakah masalah kewangan yang melanda dalam rumah tangga puan ini dari awal perkahwinan? Atau hanya sekarang? Tergamak puan,semasa senang pada awla perkahwinan puan sanggup bersama suami,tetapi bial suami susah dan dibebani hutang, puan mahu meninggalkan dia. Jangan puan ibarat kacang lupakan kulit. Kasihan suami yang dari awal susah dan terus susah apabila puan tinggalkan dia. Bukanlah mudah untuk suami mengahwini puan suatu ketika dulu.


Tentu sedikit sebanyak, tentu suami berikan maskahwin, duit hantaran dan hadiah iringian ketika bertunang dan menikah, tentu suami juga buat majlis kenduri. Bukan kah suami banyak bersusah payah untuk mengambil puan sebagai isteri. Apakah bukan sedikit duit yang digunakan untuk menikahi puan suatu ketika dulu?


kekasih baru itu sangat baik dan berpengatahuan agama juga berpangkat.adakah wajar isteri meminta cerai untuk bersama kekasih baru?


Berpengetahuan agamakah jika sanggup berkasih dengan isteri orang? Itu bukan beragama, tetapi tidak beragama dan beriman kerana jika beragama dia tidak akan ganggu isteri orang.

Oh...dia berpangkat?

Mata duitan rupanya puan ini. Tergamak tinggalkan suami kerana mengejar dunia. Mengejar harta dan wang ringgit. Adakah jika suatu hari nanti ,kekasih ini tidak ada duit dan pangkat, puan akan tinggalkan dia?


Kesimpulannya: TIDAK wajar puan minta cerai dari suami yang baik semata-mata kerana megejar seorang lelaki yang tidak beragama dan kerana dia berpangkat. Suami puan seribu labih baik kerana tidak memukul puan, hanya marah-marah sekali sekala sahaja. suami puan tidak berlaku curang dengan puan. Sanggup suami bersusah payah untuk menikahi puan, tetapi puan pulak tergamak mahu meninggalkan dia.


Begitulah salah satu nasihat ummi kepada mereka-mereka yang mengejar cint fatamorgana. Sepatutnya cinta  yang telah tersemai itu dibaja, bukannya mengejar yang tidak pasti. Hidup ini tidak boleh memikirkan diri sendiri sahaja. Suami , anak-anak, ibu bapa dan mertua itu merupakan mereka-mereka yang utama dijaga hatinya.


Apabila kita diberikan cubaan oleh Allah, bersabarlah,  jika di uji dengan dunia,  janganlah kita  mudah terpikat dengan dunia dan  isinya. Teruskan hidup dengan  seadanya. Perbaiki hubungan dengan Tuhan. InsyaAllah ada jalan nya dimudahkan  dalam kehidupan kita.  Banyakkan berdoa  dan bersabar dengan kesusahan yang  ada. Cuba kita  baca Sirah kehidupan Siti Fatimah, anak Rasullulah  lagilah susah. Nak makan roti, kena kisar gandum dulu, uli  tepung,  dicanai   kemudian baru digoreng. Adakah sebegitu susahnya hidup kita  zaman ini?



 

Bersabarlah...ada pertolongan Allah jika kita redha dan baiki hubungan dengan Allah. Selalu solat, baca quran dan berpuasa.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment