بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berat mata memandang, berat telinga mendengar, berat lagi diri yang menanggung masalahnya. Ujian ALLAH datang tanpa signal dan amaran. Bila sudah depan mata,suka atau tidak,wajib terima dengan redha.
Redha dan sabar, itu gandingannya. Orang lain hanya bijak berkata-kata, menulis itu, menyarankan ini, tapi bila mohon tindakan, mohon perbuatan, semuanya menyepi dan menuding tangan sana -sini.
Dakwah itu memerlukan komitment yang bukan sedikit , yang bukan kecil dan bukan ringan. Bukan semudah melangkah melalui flyover untuk menuju ke syurga.
Dengan sepenuh kekuatan, sepenuh ketabahan mesti rempuh juga demi memudahkan laluan meniti sirajtulmustakim. Dengan khalimah La illah ha illah, teman dalam jiwa untuk memberatkan mizan ketika dihisab.
Semoga aku, suami,anak-anakku,anak-anak angkatku tabah dalam melalui liku-liku hidup yang penuh onak,duri dan ranjau ini.
Doa tulus yang penuh haraplah yang menjadi penawar di kala sendirian memohon rahmat dari Tuhan. Mata ini sentiasa basah mengukir titis-titis mutiara di penjuru mata.
Nasihat buat Yang Baru Menerima Hidayah dan kepada yang telah lama mendapat hidayah...
Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.
Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.
Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.
Selain itu cara untuk mengukuhkan akidah, menikahi mereka juga merupakan satu cara membantu mengukuhkan akidah mereka. Apabila mereka mengESAKan Allah, ada ibu bapa yang membuang mereka. Sedangkan mereka ada hati,ada perasaan, ingin berkasih sayang, ingin berkeluarga dan memiliki keluarga. Maka sewajarnya,kita yang menyokong dan membantu mereka. Bantulah dengan apajua,selaian kewangan, tenaga dan sokongan agar mereka mampu menjalani kehidupan seperti insan lain.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment