بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)
Tak pernah ummi pergi lagi ke 'Car Boot Sales' sebelum ini. Pagi Ahad, 2 minggu lepas, tiba-tiba angah ajak ummi pergi Pasar Kabus. Mula-mula itulah perkataan yang ummi dengar. Pelik nama pasar ni. Jadi bila angah ajak,ummi pun suka nak pergi sebab tujuannya nak cari pakaian bayi untuk anak angah dan Nazihah yang akan lahir tak lama lagi. Bukan kabus rupanya tapi 'car boot'.
Pasar kabus ini di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Luasnya sejauh mata memandang. Ramainya manusia, selaut ikan di teluk. Dimana-mana saja orang boleh letak kereta. Sebab yang penganjurkan pasar ini dibawah MBSA, penguatkuasa tak kompaun letak kereta di mana-mana pun. Nak kompaun apanya, dah tempat letak kereta dijadikan tapak pasar. Sewa tapak mereka juga yang kaut. Kepentingan sendiri, tak akan denda orang lain buat salah pun.
Yang berniaga majoritinya orang melayu. Yang datang sebagai pembeli atau pengguna juga melayu. Berbagai-bagai barang ada dijual di sini. Nak tergelak pun ada bila ummi jumpa ada yang berjual barang-barang dari rumah sendiri. Ya lah,nama pun 'car boot sales', sapa-sapa pun boleh bawa barang letak dalam boot kereta dan jual kat situ.
Terfikir ummi, orang kafir berlumba - lumba buka pasar besar seperti Tesco, Gaint, Extra, Carefour dan lain hyper pasar, tapi kelebihan orang melayu cuma buka payung dan buka bot kereta untuk berniaga.
Hyper pasar orang kafir, untung juta-juta, tempat mereka ada aircond, pasar orang melayu panas bak duduk dalam sauna, untung sekupang dua saja. Macamana orang melayu nak maju ekomoninya? Ada pemimpin negara lihat keadaan ni?
Ummi tak mahu kata orang melayu tu orang islam sebab ramai yang tak amalkan islam. Penjual tudung, dok promosi pakai tudung, tapi dia tak bertudung. Penjual pakaian seperti jubah, abaya tetapi dia yang jual pakai baju ketat bak nangka. Dia pakai cuma tutup urat dan kulit saja bukan tutup aurat.
anak tudung yang diletakkan
gumpalan kain supaya kelihatan
seperti rambut yang disanggul
Ada juga trend zaman ini, anak tudung yang telah diletakkan gumpalan kain agar bila dipakai seperti sanggul tinggi di kepala. Apa yang dilarang oleh Allah itu yang dibuat. Telah jelas hadis Rasullulah :
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:"سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ" - المعجم الكبير للطبرانى
“Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah bin Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku perempuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.
Dimana-mana zaman ini, ramai wanita suka memakai tudung kain jersey yang ada awning. Dibelakangnya letak pin supaya kelihatan sanggul di kepala. Jika dilihat pin itu tidak ada kepentingan melainkan untuk menunjukkan sanggul , dan kelihatan lebih menawan.
Ini adalah fesyen jahiliah yang tidak disedari meresap secara perlahan ke dalam wanita Islam. Hadith ini telah lama ada, dan itulah yang dikatakan seperti bonggol unta.
Macam-macam lah lagi yang ummi belum pernah lihat dan jumpa sebelum ini. Ummi memang jarang suka keluar ke tempat awam begini. Tak suka bersesak-sesak dan bercampur lelaki dan perempuan. Ini pergi kerana mencari pakaian bayi yang angah kata murah.
Rupanya memang benar murah. Jual longgok, datang dari kilang. Pandai-pandai kita memilih yang berkualiti baik.
Ummi rasa semua benda ada dijual di sini. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar benda seperti kereta. Bibik kata apa, "Bu, kereta tu harganya rm 3 ya, sebab boleh jual longgok gitu?" Tergelak ummi bila bibik tanya. Bibik pun tak pernah lagi pergi ke pasar begitu.
Memang ummi tak pernah bawa bibik ke Pasar Malam selama 7 tahun bibik tinggal dengan ummi. Lebih suka pergi Pasar Mini Oarng islam yang ada di sekitar taman-taman perumahan. Yang pasti nak membantu mereka berniaga dan jika mereka untung, pasti mereka bayar zakat. Tak suka pergi pasar malam sebab waktu malam dan kedudukan pasar malam yang sempit dan berasak-asak.
Kalau zauj memang langsung tak suka ke pasar kecuali berhajat membeli bahan masakan. Ada hadith :
Telah datang dari Salman radiyallohu ‘anhu, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2451) dan selainnya berkata :
لا تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها فإنها معركة الشيطان وبها ينصب رايته
"Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya pasar karena pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan disanalah ditancapkan benderanya.”
Oleh karena itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Allah Subhaanahu wata’ala. Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda:
أ حب البلا د إلى الله مساجدها وأبغض البلا د إلى الله أ سواقها
"Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (671) dan selainnya dari hadits Abu Hurairah radiyallohu ‘anhu.
Sekian peringatan untuk entri ini. Jagalah diri dan keluarga dari kemungkaran dan maksiat tanpa disedari.Jangan bersuka-suka ke tempat berkumpulnya syaitan laknatullah. Jika tiada keperluan hindari tempat-tempat begini.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Alhamdulillah.Terlalu banyak benda yg masih iffah tak tahu rupanya. Terima kasih ummi. Rupanya pasar pun tak bagus ya...
ReplyDelete