بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.
Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.
Masa terus berlalu, tiba hari yang dijanjikan untuk jalani pembedahan kecik ke atas jari ummi yang bengkok ini. Mulanya ummi pun tak tahu apa punca,kenapa terjadi dan bagaimana rawatannya.
Setelah bertemu 'the right person' untuk menerangkannya, barulah ummi tahu apa nama penyakit ini dan apa yang terjadi pada jari ini.
Jari manis yang bengkok sebelum pembedahan
Ia dikenali sebagai trigger finger. Apa itu trigger finger? Selama ini, ummi pun tak pernah dengar,tahu dan lihat.
Ia bermula apabila jari manis ini seperti tersangkut disendi apabila diluruskan. Ia akan mengeluarkan bunyi apabila cuba diluruskan. Dan apabila dibiarkan,lama-lama jadi makin teruk , jari tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok.
Bagaimana ianya berlaku?
Trigger finger adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Tendon akan membengkak (tendinitis) dan akan terjadinya pengumpulan cairan disekitar tendon dan sendi. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat.
Peratusan lebih kepada kaum wanita, dalam usia 40-60. Kebiasaannya, ia brlaku pada jari manis, ibu jari dan jari hantu. Kesakitan dan jari membengkok selalunya berlaku selepas tidur dan tangan dalam keadaan genggaman untuk jangka masa yang lama.
A disorder characterized by catching, snapping or locking of the involved finger flexor tendon ( tendon pada jari yang berfungsi untuk membengkokkan jari-jari ). Ia akan menyebabkan kehilangan fungsi tangan dan kesakitan yang amat sangat.
Bagaimana rawatannya?
Pertama kali ummi bertemu doktor di Pusat Rawatan UTM. Rupanya bukan semua doktor tahu keadaan ini. (Pernah belajar tapi jarang merawat dan mungkin terlupa term penyakit ini ). Selepas di x-ray dan ujian darah, semuanya normal untuk RA. Ummi di rujuk ke Jabatan orthopedik , Klinik Pakar HSAJB.
Oleh kerana , doktor yang pakar melihat kedaan jari ummi, terus dapat tahu keadaan jari ummi dan diberikan rawatan yang betul. Dikenali A1 Pulley Release. Rawatan ini memerlukan tangan ummi dibedah untuk melonggarkan tendon-tendon yang terjerut.
Pagi Isnin, 11 April 2011, jam 7.15 , zauj hantar ke HSAJB. Minggu lepas semasa temujanji, ummi pergi naik bas sahaja. Kali ini, zauj tidak izinkan naik bas. Setelah tiba di HSAJB, beratur untuk ambik nombor dan menunggu kad diberikan.
Jam 9.20 pagi, ummi dibawa ke Dewan Bedah Kecil , Klinik Pakar. Menunggu giliran lagi di sini. Jam 11.10 pagi, baru giliran masuk ke dalam ruang dewan untuk mempersiapkan diri. Ingatkan pembedahan kecik, tak perlu tukar baju dan segalanya. Rupanya, sama seperti menjalani pembedahan major, baju ditukar, semua barang kemas ditanggalkan.
Doktor bertugas mendapatkan tanda tangan dan bertanya history kesihatan lalu. Terpegun doktor, bila tahu ummi sudah jalani beberapa kali siri pembedahan. Jadi bagi dia, pembedahan kecil ini, 'is nothing to me'. Walaupun begitu, apabila dicucuk oleh jarum suntikan untuk memasukkan cecair anestatik (ubat bius) tetap rasa sakit.
Sakit sangat...kalau ada skala kesakitan 1 hingga 10 darjahnya, dari 1 tidak sakit dan 10 sangat sakit, ummi kata 9/10 ksakitan tu.
Selepas tangan kebas dan tak rasa apa-apa lagi , baru tapak tangan ditoreh dengan pisau yang tajam. Seterusnya, ummi tidak dibenarkan lagi melihat kerja mereka. Cumanya ummi dapat terus berbual dengan doktor yang melakukan pembedahan itu. Ummi diterang dengan jelas, kenapa berlaku trigger finger dan kaedah rawatan yang dilakukan ditapak tangan .
Malah setiap langkah ketika pembedahan berlangsung , doktor itu bercakap dan terangkan pada ummi disebalik hijab/tabir kain yang menutup pandangan mata ummi.
Etiologi atau Sebab
- idiopathic / tidak diketahui...
- systemic causes : Collagen-vascular diseases, including RA, DM, psoriatic arthritis, amyloidosis, hypothyroidism, sarcoidosis, and pigmented villonodular synovitis.
- faktor pekerjaan / aktiviti seharian : golongan yg byk menggunakan tgn ( mengenggam) dalam kadar yang lama.
Tanda dan Gejala
Jari yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi, bengkakan yang kecil pada jari yang terlibat tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan. Bunyi "klik" semasa pergerakan jari.
Rawatan
Rawatan trigger finger bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit.
Rawatan daripada doktor :
- steroid injection
- Non Steroidal Anti-inflammatory drug ( NSAID )
- Trigger release surgery: Dikenali sebagai A1 Pulley Release >>> Rawatan yang ummi jalani.
*Open release of the A1 pulley
*Percutaneous A1 pulley release
Keputusan untuk pembedahan kecil bergantung kepada keputusan pesakit yang selalunya pada peringkat akhir. Pembedahan akan membuka saluran tendon yang sempit itu supaya tendon dapat bergerak dengan mudah.
Rawatan fisioterapi :
- splinting ~ digunakan utk mengelakkan jari2 membengkok semasa tidur terutamanya.
- ice ~ untuk mengurangkan bengkak, jika ada. 15-20 min
- ultrasound ~ untuk mengurangkan kesakitan dan inflammation 20 min
- wax therapy ~ untuk mengurangkan kesakitan dan inflammation 20 min
- massage ~ untuk mengurangkan kesakitan dan improve skin condition
- hand strengthening exercise ~ untuk kuatkan otot-otot tangan.
- hand stretching exercise ~ untuk regangkan otot-otot tangan.
Selepas pembedahan,jari manis telah lurus
PencegahanBerehat semasa bekerja adalah digalakkan untuk individu yang menggunakan jari untuk pergerakan berulang ( menjahit, menaip komputer atau menulis )
Begitulah ceritanya. Maaf kepada pembaca kerana entri akhir-akhir ini lebih kepada kisah mengenai jari ummi sahaja. (Suatu ilmu baru dalam bidang perubatan untuk pengetahuan ummi)
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Ingin saya kongsi di sini iaitu saya pernah mengalami symptom sama dan jari yg sama seperti Ummi. Doktor merawat saya di klinik pun memberitahu saya sebagaimana rawatan yg telah Ummi jalani.
ReplyDeleteTapi saya memang takut operate kat tangan. Berbagai minyak saya urut tapi masih tiada beza kakadang bertambah sakit.
Dgn dorongan Allah suatu pg selepas bangun tidur saya meramas ais didlm peti ais tempat beku tiba2 sakit menjadi kurang. Kemudian besok apabila bangun pagi terus saya meramas ais sakit semakin bertambah kurang dan hari ketiga sakit jari saya hampir normal tiada lock lagi.
Jiran saya begitu juga sakitnya, sekarang ni dah baik dgn rawatan tersebut. Selamat mencuba lain kali. Alhamdulillah.
Hiii sis ... Nak tanya ambil ais ketul ke ramas²...skrg sy tgh alami sakit..
DeleteBole saya tau tak kos pembedahannya berapa
ReplyDeleteAnak saya berumur 4 tahun akan menjalani pembedahan trigger finger utk meluriskan jari telunjuknya pada hari jumaat ni. Mohon doa daripada semula.
ReplyDeleteAnak saya berumur 4 tahun akan menjalani pembedahan trigger finger utk meluriskan jari telunjuknya pada hari jumaat ni. Mohon doa daripada semula.
ReplyDeleteSalam sis..sebelum sis operate kena puasakah..anak sy skrg 16 bulan..sy suspect trigger thumb sbb jari dia bend..bila di btulkn bunyi pop..then bila sy urut dia back to normal..x jumpa orthopedic lg sbb bru perasan..sis boleh kongsikan x treatment yg sesuai untuk bayi n bahaya atau x trigger fingger ni?fyi baby x sakit..
ReplyDeleteLepas operate tu ok tak kak?
ReplyDelete