بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ingin saya berkongsi suatu mutiara yang bernilai dalam pandangan Allah. Jika niat hanya kerana Allah rupanya, amat mudah untuk dilaksanakan. Segalanya bermula dari hati sanubari untuk melakukan dan Allah memudahkan urusannya.
Dalam Laman Forum Halaqahnet, ada seorang forumer yang berkongsi ilmu tentang Teknologi Zikir Hiper Metafizik. Ia merupakan kaedah rawatan dalaman untuk diri sendiri membersihkan hati. Ini adalah penawar dan ubat untuk penyakit hati. Apabila penyakit-penyakit dalaman dapat dirawat, insyaAllah apa-apa penyakit fizikal turut akan hilang begitu saja.
Keutamaan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Rawatan
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim
Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). Amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.
Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160
Tekonologi Zikir Hiper Metafizik ini ialah Zikir yang mampu menjana energi positif kepada tubuh diri kita sendiri.Kesannya seseorang itu akan lebih positif dari sudut tingkah laku serta mampu mengharungi rintangan hidup dunia yang penuh cabaran dan pancaroba.
RECHARGE POSITIVE ENERGY
- Mengucap 2 kalimah Syahadah 3 x
- Selawat nabi 3 x
- Ta'awudz : 1x
A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim
- Istighfar : 1x
Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul qoyyum wa'atubu ilaih
- Haukallah : 1x
Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adziim
- Al fatihah 1x
- Al Ikhlas 1x
- Al Falaq 1x
- An naas 1x
- Ayat kursy 1x
- ALLAHU AKBAR (saat mengucap Allahu Akbar, tarik nafas panjang, tahan nafas sambil mengucap Allahu Akbar 7x. Ulangi proses ini sebanyak 9x atau 11x )
* Power Positif untuk stamina, kesegaran, ketenangan yang efektif selama 8 jam
KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN AMALAN ZIKIR
Mengapa kita perlu berzikir? Apa faedah berzikir?
Terlalu banyak untuk disebut satu persatu, sebahagian daripadanya adalah sebagai berikut:
• Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya, ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah dan reda-Nya.
• Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.
• Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada Khaliqnya.
• Zikir merupakan tanda-tanda orang-orang yang ingin berjalan menuju Allah dan ia adalah kekuatan hati, makanan hati, cahaya dan penerang penglihatan.
• Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang-orang yang terpilih.
• Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, cahaya bagi setiap mukmin di dalam kuburnya.
• Zikir adalah pakaian bagi orang mulia dan agung.
• Zikir adalah penerang wajah dan hati.
• Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh dan badan.
• Zikir merupakan penghilang kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.
• Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat, sehingga apabila syaitan mendekat, sedangkan hamba sedang berzikir kepada Allah, maka syaitan akan menjerit ketakutan.
• Zikir merupakan penghilang kesedihan, kesusahan, menolak segala penyakit, melenyapkan kesedihan dan bala. Apabila mereka ditimpa bala, maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu.
• Zikir merupakan taman di dalam syurga, satu tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan, yang membuat hati merasa senang dan gembira.
• Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.
• Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa, rahmat dariAllah dan kehadiran para malaikat. Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah.
• Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan menghilangkan ketakutan, sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.
• Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki, kebaikan dan pemberian.
• Zikir adalah roh kepada perbuatan amal soleh. Apabila pada amal tidak terdapat zikir, nescaya ia seperti tubuh yang tidak mempunyai roh.
• Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkanmu dengan Allah dan menjadikanmu selalu diingat Tuhanmu.
Semoga usaha sedikit kita ini dipandang Allah dan sebagai bekalan untuk satu perjalanan jauh menuju tempat yang kekal abadi.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment