بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kasih sayang |
Siapa pun yang mendengar akan tersentuh hati. Apa yang mampu saya jawap hanyalah begini, agar kita faham apa yang dikatakan kasih sayang Allah itu.
Sebenarnya kasih sayang Allah pada hambaNYA meluas dan dalam berbagai bentuk. Allah kasih dan sayang hambaNYA. Sebab itu diberikan ujian demi ujian untuk meningkatkan kualiti iman.
Setiap orang diberikan ujian dan masalah, namun ujian dan masalah itu berbeza antara satu sama lain.
Begitu juga dengan kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Bukan semuanya bentuk kasih sayang yang Allah beri itu sama pada setiap orang. Ada orang dilapangkan rezeki, dilapangkan fikiran, direhatkan minda dari memikir perkara-perkara yang lagha. Itu pun merupakan bentuk kasih sayang Allah.
Bagi saya, setiap kali terbangun waktu malam, katakan jam 3.00 pagi, bila terjaga saja, saya terus kata, alhamdullilah, Allah masih sayang aku, masih ingat aku, masih pandang aku, maka dibangunkan pada waktu ni, supaya aku dapat solat malam , aku dapat menyediakan makanan bersahur untuk keluarga.
Kalau Allah tak sayang dan tak pandang, dibiarkan saja , tidorlah puas-puas, tak payah bangun solat, tak payah sediakan makanan untuk bersahur. Tidakkah rasa sedih? Untuk terjaga waktu tu bukanlah mudah, sedap tidor atas tilam empuk, tapi bila dah terjaga, kerana ingatkan kasih sayang Allah , maka terus bangun. Kalau ikut hati mahu saja sambung lagi lena.
Tanda Allah sayang, dipeliharanya keselamatan diri kita dari ancaman bahaya, contohnya, pernahkah tuan /puan rasa tersentap waktu memandu tiba-tiba ada orang melintas atau waktu kita keluar simpang, sedikit cuai tak lihat sebelah kiri , terus menonong keluar, tiba-tiba ada kereta hon dan memotong kita. Rasanya masa itu berderau darah, kerana cuai kemalangan berlaku. Tetapi tak berlaku kemalangan tu, siapa yang pelihara kita? Masa tu, kalau ada ayah atau suami pun, belum tentu dapat menjaga kita dari berlaku kemalangan. Bukankah itu tanda kasih sayang Allah, kita selalu dalam pandangan Allah, dipelihara diri kita dari mara bahaya dan bencana.
Peringatan -peringatan yang diberikan juga merupakan kasih sayang Allah. Diberikan peluang bertaubat setelah melakukan kesilapan dan kemungkaran juga merupakan kasih sayang Allah. Kalau tidak sayang, biarlah kamu terus bermaksiat, nanti kamu ditempat dineraka.
Seperti mana, mak ayah marah kita, marah mereka adalah tanda sayang dan kasih kepada anak-anak. Jika tak sayang, biarlah anak tu jadi apa pun, buatlah apa anak tu suka. Jika salah, polis tangkap masuk pusat pemulihan akhlak atau masuk penjara.
Makanya selalulah bersyukur atas nikmat kurnianya kepada kita. Diberikan masalah kesihatan, diberikan juga kaedah rawatan. Diberikan bebanan masalah, ditunjukkan jalan keluar. Ini juga tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA.
Namun ada yang menyuarakan rasa , " dah tak tahu nak buat camana, orang lain tu tak solat pun tapi diberikan harta, anak isteri dan sebagainya, kita yang solat ni, yang buat baik, tak dapat-dapat apa yang dihajatkan."
Satu lagi, sebagai anak tidak boleh banding-bandingkan kasih sayang ibu ayah. Kita tak boleh iri hati , dengki atau cemburu akan kasih sayang ibu ayah pada adik beradik kita kerana kasih sayang mereka sebenarnya sama saja.
Apatah lagi dengan Allah. Kita tidak boleh banding-bandingkan kasih sayang yang Allah berikan antara hamba-hambaNYA. Kita mana tahu mana kasih yang Allah berikan dengan redha atau dalam murka. Itu kita kena ingat. Kita mungkin kata, aku dah buat baik, dah solat dan puasa, tapi akan masih belum temu jodoh. Aku dah usaha macam-macam tapi sinar bahagia berumah tangga belum juga tiba.
Kenapa Allah tidak berikan hajat yang satu tapi beribu hajat lain yang Allah beri kita dah rasa Allah tak kasih dan sayang. Dimana rasa syukur kita? Dalam bulan Ramadhan ni, kalau bersolat terawikh, doa selepas solat tarawikh ada dihayati? Ingatlah jodoh ini rahsia Allah. Akan disampaikan hajat pada masa yang Allah kehendaki bukan pada masa yang kita kehendaki. Maka kemampuan kita ialah berdoa, maka teruskan usaha untuk berdoa. Doa juga merupakan ibadah, maka ibadah yang dalam pandangan Allah, teruslah diamalkan.
Pada rakaat ke empat, kita lafazkan doakan doa ini,
Sila klik image untuk baca dengan jelas |
dan selepas selesai solat tarawikh, selalu Imam baca doa yang panjang. Pernahkah cuba kita hayati doa itu? Di sini dipaparkan sebahagian awal doa itu dalam terjemahan bahasa melayu. Saya hanya baca doa dalam bahasa melayu. Moga-moga dengan memahami makna doa, kita boleh hadirkan hati ketika membaca doa ini.
"Ya Allah,
Semoga Engkau beri aku iman yang sempurna, semua yang Engkau fardhukan dapat aku pelihara, amal zakat semoga dapat aku laksanakan, kasih sayangMU dan kemaafanMU selalu aku harapkan, dengan petunjuk MU moga aku dapat berzuhud, terhadap perkara akhirat semoga aku mencintainya, dengan takdir MU semoga aku selalu redha, terhadap nikmatMu semoga aku selalu bersyukur, dan segala pujianMU aku dapat bersabar."
Hayati sungguh-sungguh makna doa ini, biar meresap dalam jiwa dan kalbu.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment