بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Gambar di atas merupakan tapak tanah yang akan dibina sekolah tahfiz tersebut. |
Wakafkan harta anda untuk melahirkan huffaz dan pejuang di Gaza....
Darul Quran wa Sunnah telah diasaskan pada 1992 oleh Sheikh Dr Abdul Rahman Jamal dengan hanya 14 orang pelajar (7 putera & 7 puteri). Namun kini, pusat pendidikan ini telah berkembang dengan pesat dan mempunyai seramai 22,000 pelajar.
Kebanyakan pelajarnya adalah remaja kebanyakan yang bersekolah rendah atau awal menengah samada sesi pagi atau petang. Mereka akan mempelajari al Qur'an dan hadith selama 2 jam sehari.
Menjelang umur mereka 12 tahun, majoriti di kalangan remaja ini telah pun hafaz 30 juzuk al Qur'an dan 500 buah hadith.
Mereka akan meneruskan pengajian menengah dan kemudiannya ke salah sebuah universiti daripada 8 universiti di Gaza sebelum lulus sebagai jurutera, doktor, pendidik, peniaga, sukarelawan kemanusiaan dan sebahagian daripada mereka membuat keputusan untuk bersama pasukan keselamatan atau ketenteraan (al Qassam).
Mereka adalah remaja yang istimewa dan berpotensi tinggi. Mereka adalah generasi huffaz yang melaksanakan Islam di dalam kehidupan mereka secara praktikal melalui apa jua kerjaya mereka.
Sumbangan anda ini sangat besar hargakan di sisi Allah....
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment