بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kitab Minhajul 'Abidin cetakan 1 Muharam 1400 H |
Saya hadir bersama beberapa orang rakan yang dahagakan ilmu. Dari asrama UTM cuma 15 minit menaiki bas mini. Tambang masa tu cuma 50 sen saja. Kuliah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 , adakala berlanjutan hingga azan zuhur jika banyak pertanyaan.
Tuan guru yang menyampaikan bergilir-gilir mengikut Kitab yang dihuraikan. Untuk Kitab Minhajul 'Abidin ini disampaikan oleh Tuan Guru Muhammad Ismail. Sayangnya saya tidak mengenali atau tidak pernah melihat wajahnya. Ini kerana ruang antara muslimin dan muslimat ada hijab yang memisahkan. Memang sangat ramai muridin yang menghadiri kuliah penggajian ini setiap minggu.
Zaman dulu mana ada layar besar untuk dipaparkan untuk ruangan muslimat untuk melihat wajah tuan guru. Para muslimat cuma kenal nama dan dengar suara saja. Bagus juga bila ruangan terpisah dan ada hijab memisahkan muslimin dan muslimat. Sekurang-kurangnya para muslimat boleh membuka niqab dan duduk berlunjur bila penat bersila atau bersimpuh.
Kitab ini merupakan karya terakhir Imam Al-Ghazali. MINHAJUL 'ABIDIN (Jalan Para Ahli Ibadah) adalah dikategorikan kitab ilmu tasawwuf.
Jalan ibadah adalah jalan karunia, pahala, nikmat abadi, dan jalan tol menuju syurga yang kekal. Semua terasa indah, seindah hati para 'abidin (ahli ibadah) yang menjalaninya dengan ikhlas dan ihsan. Inilah jalan para nabi, para auliya, para shalihin dan mukhlisin.
Tapi, jalan menuju ke syurga-Nya itu bukanlah jalan yang mudah dilalui oleh hamba-hamba yang mudah tergoda dunia dan lainnya. Berbagai jebakan menghadang, siap menarik seorang hamba ke lubang maksiat, hingga terus menjauh dari tujuan ibadahnya. Rasulullah saw. bersabda: "Ketahuilah, bahwa (jalan menuju) syurga itu penuh rintangan dan liku-liku, sedangkan jalan ke neraka itu mudah dan rata."
Melalui kitab MINHAJUL 'ABIDIN ini, Imam Al-Ghazali, ulama besar di bidang ilmu tasawwuf dan fiqih, membagi perjalanan seorang ahli ibadah itu dalam tujuh tahapan. Ini adalah risalah bimbingan yang menjadi wasiat terakhirnya bagi umat ini, karena tak lama kemudian Hujjatul Islam ini meninggalkan dunia, menghadap Tuhan yang terus-menerus ia rindukan.
Imam Al-Ghazali memaparkan tips-tips penting bagi kita agar selalu waspada terhadap setiap jebakan yang ada, dan agar dapat segera keluar bila kita telah masuk ke dalam perangkap itu.
BAB I : Tahapan Pertama: ILMU DAN MAKRIFAT
- Menuntut Ilmu adalah Wajib
BAB II : Tahapan Kedua: TAUBAT
- Makna Taubat Nashuha dan Batasannya
- Tiga Prasyarat Taubat
- Menjauhkan Diri dari Dosa
- Taubat dan Mengulang Dosa
BAB III : Tahapan Ketiga: GODAAN-GODAAN
A. Ragam Godaan terhadap Manusia
a. Godaan Pertama: Dunia
b. Godaan Kedua: Manusia
c. Godaan Ketiga:Syaitan
d. Godaan Keempat: Hawa Nafsu
B. Takwa: Senjata Melawan Godaan Syaitan dan Nafsu
a. Manfaat takwa
b. Makna takwa
c. Anggota tubuh yang harus dilindungi dari dosa
C. Cara Mengatasi Berbagai Godaan
BAB IV : Tahapan Keempat: RANJAU-RANJAU DI JALAN IBADAH
A. Rezeki dan Tuntutan Nafsu
B. Ragu dan Khuwatir
C. Qadha' Allah
D. Musibah dan Kesulitan Hidup
BAB V : Tahapan Kelima: DORONGAN DAN MOTIVASI
A. Rasa Takut (Khauf) dan Harapan (Raja')
B. Rasa Takut dan Harapan: Jalan Tengah yang Menyelamatkan
BAB VI : Tahapan Keenam: MENGHINDARI FAKTOR-FAKTOR PEROSAK IBADAH
A. Riya' dan 'Ujub: Faktor Utama Perosak Ibadah
B. Mengubati Riya' dan 'Ujub
C. Meremehkan Khusyu' dan Istiqamah
BAB VII : Tahapan Ketujuh : PUJIAN DAN SYUKUR
A. Makna Pujian dan Syukur
B. Nilai Sebuah Pemberian
C. Cermin Keperluan Hamba yang Lemah
D. Empat Puluh Kemuliaan di Dunia dan Akhirat
E. Penutup
Begitulah isikandungan yang diterangkan di dalam setiap minggu pengajian. Menamatkan sebuah kitab bukan mengambil masa sebulan dua tetapi menjangkau 6 bulan agar benar-benar faham dan mengamalkan.
Satu yang saya tidak lupa ialah bila tuan guru bercerita tentang suatu nikmat. Nikmat terbesar seorang hamba ialah apabila dapat melihat keindahan Ilahi-Robbi. Lidah akan terikat, pena akan patah untuk menggambarkan dengan lisan dan tulisan , sampai dimana nikmat. lazat dan bahagianya orang yang telah sampai kepada makrifat akan Allah SWT.
Bukan ingin syurga atau takut neraka yang mendorongnya kepada taat dan memperhambakan diri kepadaNYA tetapi hanya karena cinta dan rindu kepada NYA.
Robi'ah Al-Adawiyyah, wanita pencinta Allah berkata dalam syairnya;
Cintaku padaMU dua:Cinta asmara dan cinta hak,hatiku penuh dengan asmara,Hijab terbuka melihat DIKAU,Itu semua aku tak berjasa,Engkau sendiri yang terpuji.
Jangan tanya saya makna bait-bait syair di atas kerana saya juga masih belum terbuka hijab untuk memahami kerana hati saya pun masih berdebu dan kelabu.
Nikmat melihat keindahan Ilahi itu sebagaimana yang digambarkan oleh Rasullulah SAW dalam sabdanya : "Allah berkata, bagi hamba-hambaKu yang soleh telah Ku sediakan apa yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, bahkan tak pernah terlintas di hati insani."
Nikmat ini akan lebih sempurna di akhirat kelak.
Sekian, hanya kepada Allah SWT saya memohon baraqoh melalui pengarang Kitab MINHAJUL 'ABIDIN iaitu Imam Al-Ghazali.
Wabillahit taufiq wal hidayat.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment