بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sawah hijau menyegarkan |
Kehidupan masa kecik yang payah tanpa sumber air bersih, tanpa bekalan eletrik dan tanpa perhubungan jalan raya.
kepok padi |
Tapikan, masih dalam ingatan, yuran persekolahan RM 3 , pun masih payah nak dibayar kerana tidak mampu. Seorang anak RM 3, 4 orang anak bersekolah, RM 12. Besar nilainya pada masa itu. Pergi sekolah cuma bawa bekal duit 5 sen aja. Ntah tak tahu untuk beli apa. Hari-hari pergi sekolah bawa bekal nasi dan air sejuk dari rumah.
Bekalan untuk memasak dan minuman harian bersumberkan air tadahan hujan yang ditakung dalam tempayan. Mandi , mencuci pinggang mangkuk dan pakaian pula menggunakan air dari telaga atau air parit yang mengalir di depan rumah.
lampu gasoline |
pelita yang aku guna untuk study |
Jalan perhubungan cuma batu blok sekeping di susun melintang. Seluas lalaun rel keretapi tu saja. nak tunjuk gambar pun dah takde tempatnya nak diambil. Anehnya, semua orang kampung cekap berselisih ketika berbasikal tanpa perlu berhenti macam sekarang pandu kereta dan berselisih dengan kereta lain dilaluan sempit.
berbasikal di ban tali air |
Yang tak cekap, cuma aku saja, selalu jatuh dalam parit dengan basikal. Seperti luncai terjun dengan labunya. aku terjun parit dengan basikal , dengan beg sekolah dan berpakaian sekolah. Bila dah kuyup begitu, alamatnya tak dapat ke sekolah. Sorong basikal balik rumah.
Untuk ke sekolah, dari rumah kena berbasikal sejauh 3 km, hingga ke tepi jalan raya. Lepas tu kena tunggu bas. Jadinya mesti keluar rumah seawal jam 6 pagi , cahaya fajar masih berbalam-balam, selepas saja solat subuh. Itu bila dah tingkatan 3 , persekolahan sessi pagi. Ketika tingkatan 1 dan 2, persekolahan sessi petang, pergi jam 10.30 pagi, balik pulak jam 7 .15 malam. Dah gelap kena berbasikal. Basikal tak pernah ada lampu, namun mata masih dapat melihat jalan dalam rembang senja. Alhamdulllilah Allah mengurniakan ketajaman pandangan mata dalam remang senja dan fajar subuh yang berbalam-balam.
dipanggil atang kayu sebagai tempat memasak |
Masak, masih menggunakan kayu api. Aktiviti harian, kena angkut kayu api ke ruang dapur rumah. Masih menggunakan atang untuk memasak makanan. Debu , bara dan arang adalah mainan ketika itu bila nak memasak makanan. Dari kecik, tak kira anak lelaki atau perempuan memang kena rajin cari kayu api, angkut air guna baldi untuk memasak dan cuci pinggan mangkuk. Aktiviti hujung minggu ialah mencari kayu. Ambik pelepah kelapa kering, daun kering disasap orang banjar kata "nyasap daun nyiur" ulah umpan api. Pelepah kering untuk gagas api menyala. Tempurung dan sabut untuk bara.
aksi di sawah padi |
Umur 7 tahun dah kena pergi sawah, bantu mak abah. Paling mampu dibuat ialah kena menarik puntalan rumput dibawa ke perenggan supaya sawah jadi lapang. Bila sawah dah lapang takde rumput, barulah boleh ditanam semai/anak padi.
Jika diberikan sekeping tanah sawah, memang aku mampu melakukannya dari menabur benih ditapak semaian hingga menuai. Zaman dulu semuanya dilakukan secara manual menggunakan kudrat tulang 4 kerat.
Jentera membajak tanah |
Zaman dah berubah, dah takde lagi orang mengerjakan sawah padi secara manual. Semua guna jentera pembajak untuk gembur tanah, guna mesin tabur benih dan mesin tuai. Air pula dari sumber tali air. Zaman dulu guna air hujan saja untuk mengerjakan sawah. Ada taliair tapi tidak sepenuhnya kerana masih bergantung hujan juga di Kolam Takungan Bukit Merah. Jika Empangan Air di Kolam Bukit Merah surut airnya, macamana pintu air nak dibuka dan dari mana air nak dialirkan masuk dalam tali air.
laluan kerikil yang ditar nipis cukup untuk laluan satu lorong kereta |
Semuanya tinggal kenangan. Namun jalan di kampung masih lagi batu kerikil dan laluannya cuma boleh lepas satu kereta saja. masih lagi berlopak sana sini kerana keadaan struktur tanah yang mudah mendap. Jika kereta nak berselisih, sebuah kereta kena berhenti dahulu di mana-mana laman rumah orang, tunggu kereta di hadapan melepasi laluan.
jambatan merentasi tali air menghubungkan orang hujung dengan orang pangkal |
Perhubungan telefon dah ada tapi lebih kepada telefon tangan saja. Sebabnya vadalisme pulak. Sekejab ketika arwah mak masih ada, boleh guna line telefon ke rumah. Lepas tu kabel telefon asyik kena curi, Telekom dan malas nak sambung mana-mana kabel yang dicuri. Pasal depa tak nak curi kabel eletrik ya?
berkubang dalam tali air |
Berenang berbagai gaya |
seronok tak terkira dapat berkubang dalam tali air |
Anak bongsu tu, lebih cekap berenang dari naik basikal. Imran dah berusia 10 tahun, tapi masih tak reti berbasikal. Berenang? Sangatlah mahir.
anak ayam jadi mangsa buat mainan |
Bila balik kampung, anak-anak tak pernah rasa jemu. duduk sebulan pun mereka takde rasa bosan walaupun takde TV. Sebabnya aktiviti harian mereka ialah tangkap belut, pancing ikan, kejar ayam , main layang-layang atau main kejar-kejar di sawah padi. Anak-anak dah biasa survival hidup di kampung. memancing tak kira tempat bukan kolam berbayar sebaliknya di sungai, di sawah padi, di tepi telaga atau parit. Pendek kata, asal ada air je mereka terus tahan unjun atau pancing.
ayah yang ajar anak-anak memancing |
Amat jauh berbeza dengan kehidupan kanak-kanak zaman ini. Duduk dalam rumah, hanya lakukan senaman jari. Lagi canggih yang guna touch screen, hanya guna satu jari saja. Langsung tak de aktiviti yang menyihatkan tubuh badan supaya keluar peluh. Rasa tak best langsung jadi kanak-kanak zaman ini.
petang-petang boleh rehat dalam buai bawah pokok |
Itulah sedikit catatan dari orang kampung. Anak-anak masih merasai kehidupan cara kampung hingga kini. Kampung aku masih tidak jauh berubah walaupun zaman berubah sekian dekad.
1972 hingga 1977 bersekolah kebangsaan. 1978 - 1982 bersekolah menengah. 1983 dapat masuk IPTA. 1984 bertemu jodoh, kahwin. Masa kahwin tu masih lagi tiada perhubungan jalan raya di kampung, masih guna bekalan air hujan untuk masak dan minum, masih lagi gunakan pelita untuk menerangi waktu malam. 1987 , rumah pusaka arwah mak abah terbakar, tinggal sehelai sepinggang saja lagi. Rumah kayu beratap zink buruk yang reput dan atap nipah. Mudah sangat terbakar ketika musim kering yang berangin. Hilang lenyap segala kenangan bila semua benda terbakar hangus kecuali al-quran yang elok terletak atas tunggul-tunggul kayu yang telah jadi arang.
Macamana tak habis terbakar, macamana jentera bomba nak datang sampai ke rumah , lalaun jalan untuk kereta pun tak ada, cuma boleh lalu atas ban taliair saja, ahli bomba berjalan kaki angkut jentera pam air , dan pam air secara manual. Kesukaran lagi ketika itu musim kering, aras air dalam parit cetek, nak ambik sumber air dari mana nak dipancut padamkan api? Tengok ajalah sampai rumah tu habis terbakar jadi arang. Bomba cuma boleh buat laporan saja datang tengok api dan mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain. Nak merebak apanya, rumah di kampung sebuah-sebuah, jauh pulak jaraknya. Takdelah sempat api tu nak merebak ke rumah lain.
menikmati keindahan alam di tepi sawah padi |
Oh..banyak kenangan nak ditulis buat bacaan anak cucu, tunggulah opah ada idea nak menulis lagi. Kemiskinan bukan untuk diwarisi bagi yang sentiasa rajin berusaha, doa, yakin dan tawakal pada rahmat Allah Ta'ala.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Aku juga orang kampung, Kampung Baru di Kuala Lumpur.
ReplyDeletekampung yang duhutani dengan batu bata. Udara panas sentiasa.
Tak ada kehijauan yang menyegarkan mata.
Yang ada cuma aliran lesu Sungai Klang di tepi pusara .
Takde keriangan zaman kanak-kanak untuk ditulis kerana kekangan tempat bermain.