بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seperti inikah api yang membakar nanti? |
Herannya, ramai tulis status di laman sosial yang mengambarkan takut akhirat. Namun hakikat kehidupan harian tidak berubah juga. Masih lagi tidak ada perubahan menuju ke akhirat dengan membuat beberapa bekalan.
Hati rasa gerun dan ngeri takut-takut tak sempat nak perbaiki keadaan sementara peluang dan ruang masih ada ini.
Maha Suci Engkau Ya Allah, berilah mereka hidayah untuk berubah. Takut-takut status yang mereka tulis tu cuma hiasan cantik di dinding rumah. Cuma perhiasan yang tidak dijadikan amalan dan iktibar.
Berkata yang sia-sia, borak entah apa-apa masih juga perkara biasa. Masih juga memaparkan rahsia diri untuk tontonan umum.
Dan yang paling duka bila melihat mereka melancong ke sana sini sedangkan kewajiban sebagai seorang muslim, menunaikan rukun Islam yang ke5 masih tertangguh dengan alasan tak cukup simpanan.
Apakah tidak berkemampuan itu sebagai alasan jika perbelanjaannya untuk ke sana tidak ditabung? Jika alasan pergi melancong tu pakejnya murah aja, tak banyak mana. Menabung memanglah bermula dari sikit dulu. Lama-lama jadi bukit.
Tapi jika bukit tu belum sempat jadi busut, dah tarah sana -sini, bila nak jadi bukitnya? Takutnya...
"Ya Allah berilah hidayah MU kepada mereka,kurniakanlah mereka kesedaran untuk mengabdikan diri kepada MU,mencintaiMU dan merasai kasih sayangMU."
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Sekarang ni ada yang beri alasan tunggu dapat panggilan dari Tabung Haji dulu baru boleh kumpul duit untuk ke sana.
ReplyDeleteTerus terang saya tidak bersetuju. Saya hanya boleh doakan agar si pemberi alasan tu berubah pemikirannya.