بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
airmata yang bukan sia-sia |
Pemuda yang cinta kepada solat berjemaah, mengutamakan solat berjemaah di surau atau masjid. Pemuda yang mampu menghadap TuhanNYA di awal waktu dengan mengenepikan apa jua pekerjaan di ketika itu.
Sebaik mendengar seruan dari TuhanNYA, pemuda itu mampu bangkit dan bersegera melangkah ke masjid atau surau. Pemuda yang bersiap sedia awal -awal untuk bertemu kekasihnya jika jauh dari masjid. Pemuda yang sanggup merempuh panas dan dingin untuk menemui Tuhannya.
Dan lebih unik dan dicemburu jika mendengar suara esakkan ketika solat dan mampu menangis ketika sujud. Alangkah indah rasa itu.
Ini bermakna airmatanya bukan airmata yang sia-sia. Pastinya airmata itu mampu mendinginkan tubuhnya dari bahang panas ketika di mahsyar nanti. Saya juga bercita-cita moga-moga ada zuriat saya menjadi seperti pemuda ini. Pemuda unik yang istimewa. Mungkin tidak perlu tahu ketika hidup, tetapi saya merasi nikmatnya di barzakh sana.
Pemuda Unik yang Istimewa |
Tertarik dengan catatan Dr Zainur Rasyid ketika dia bermusafir ke Scodland, saya kongsikan catatannya di sini. Catatn ini ditulis ketika Dr Zainur Rasyid diberikan peluang berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan lebih dekat bersama 160 orang anak muda mahasiswa Malaysia yang belajar di Eropah di dalam program Jalinan Musim Sejuk (JUMS 2012) di Edinburgh.
Pemuda yang ku hormati, pemuda yang ku cemburui...
Aku mengambil keputusan untuk menuruti kehendak sang mata yang tidak mampu ku lawan lagi. Apatah lagi suhu sejuk semakin mencengkam tubuhku yang telah biasa dengan kenikmatan cuaca di bumi Malaysia yang begitu merehatkan.
Aku tidur dengan agak lena miski pun kedinginan udara bumi Scotland masih tetap dirasa. Ketika lampu masjid dipadamkan satu persatu untuk memberikan ruang kepada para pemuda ini merehatkan tubuh dan mindanya, aku dikejutkan dengan rasa hangat yang menyelimuti tubuhku. Rupa-rupanya ada seorang anak muda yang menyelimutkanku dengan ‘dovet’ (selimut tebal). Alhamdulillah, nikmat sunnguh beradu dalam kesejukan dan diselimutkan pula dengan kelengkapan sedemikian. Cuma yang menjadi pertanyaan di kepalaku ialah ‘siapakah anak muda’ yang begitu baik hati ini. Ya, aku sangat menghormatimu wahai anak muda dengan ukhuwah yang kau tunjukkan…..
Aku meneruskan kehendak sang mata sehinggalah ianya segar kembali. Tidak mengejutkanku apabila secara tiba-tiba sang mata mula terjaga seawal pukul 3.30 pagi dan berdegil tidak mahu meneruskan sesi ‘beradu’. Apa peliknya, sistem biologi ini masih mencintai jam di bumi yang telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. (8 jam perbezaan waktu Malaysia dengan UK).
Sang mata bertegas untuk bertugas miski pun masih berbaki 3 jam sebelum masuk waktu subuh di Scotland ini. Ada baiknya untuk aku memanfaatkan masa keemasan ini untuk bersolat malam dan mendampingi naskhah al Qur’an yang ku bawa bersama dari Malaysia.
Dalam kesamaran penghujung malam yang dinginnya mencengkam, ku dapati beberapa anak muda bangkit meredahi kesejukan bagi mendambakan dirinya kepada Rabbul Izzati. Subhanallah, hebatnya beberapa pemuda istimewa yang terpilih ini.
Aku meneruskan tugasanku untuk menghayati keindahan pengajaran daripada surah ar Rahman, di antara surah dalam al Quran yang kerap aku damping. Sayu hatiku dan sebak dadaku ketika menghayati inti pati daripada surah ar Rahman ini. Lelehan air mata hangat mengalir sedikit demi sedikit bersama keinsafan diri.
Saat paling hampir dengan Allah |
Subhanallah, inilah di antara saat-saat manis yang sangat aku cemburui dalam hidup ini.
Apakah rahsianya apabila seorang pemuda ini mampu untuk bangkit di awal pagi sambil meredahi kedinginannya yang mencengkam tulang untuk bersolat tahajjud? Apakah rahsia hatinya apabila pemuda ini mampu menyatakan rasa cinta yang tidak berbelah bagi bersama ‘Kekasih’nya ketika insan-insan lain sedang memenuhi keperluan diri?
Subhanallah, aku menghormati dan sangat mencemburuimu wahai pemuda...
Semoga Allah mengurniakan kita zuriat dan pewaris yang sentiasa menyejukkan hati dengan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada perjuanganNya dan sentiasa berkorban untukNya.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment