بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita di Malaysia, boleh terus ikuti perkembangan umat di Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya tetapi jangan kita lupa dan tanya diri apakah usaha aku untuk membantu mereka.
Sejauh mana sekali pun risau dan prihatin perihal isu Gaza, pastikan berkemampuan untuk berjuang mengangkat selimut di awal pagi bagi menggarap pertolongan dan kasih sayang Ilahi...
Yang penting, setiap malam jangan lupa berwudhu sebelum tidur, bangun di awal pagi dan solat subuh berjamaah.
Ya, berjihad untuk bersolat subuh berjamaah di masjid wahai teman...
Dari Abu Hurairah ra, menyatakan bahwa Rasulullah bersabda, yang artinya ,” Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhan-nya saat ia sujud. Karena itu perbanyaklah berdoa saat itu ,” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Kita akan termasuk di kalangan orang yang rugi miski pun sangat bersemangat untuk berjuang sekiranya gagal bangkit awal untuk mendekatkan diri denganNya...
Apabila bermunajat kepada Allah swt, seelok-eloknya kita meluaskan skop hajat kita untuk kebaikan kepada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat dan masyarakat, negara sendiri dan juga kepada umat sejagat.
Isu Palestin adalah isu perdana umat di abad dan di saat ini. Namun sertai sama doa kebaikan untuk umat islam di Syria, Rohingya dan di dunia antarabangsa lainnya serta di watan sendiri.
Semoga kita dipilih Allah swt sebagai pencinta kebaikan dan pendokong kebenaran sebagaimana generasi yang unggul di zaman awal kemunculan cahaya al haq.
Isu Gaza dan Palestin bukanlah sekadar pemasalahan kekejaman dan kezaliman Israel kepada penduduk Gaza semata-mata.
Banyak perkara lain yang boleh dikongsikan selain daripada anak-anak dan wanita yang terkorban mahu pun masjid dan kemudahan awam yang dibom.
Dalam usaha beberapa NGO pergi ke Gaza, masih ada juga suara-suara sinis yang mempertikaikan. Ini saya paparkan ayat-ayat tersebut buat kita renung dan fikirkan.
Isu mempertikaikan kenapa pergi ke Gaza |
Bagi saya isu Gaza ini adalah isu sejagat, isu umat yang mengaku dirinya Islam. Palestin bukanlah isu bermusim, bukanlah isu biasa tetapi Palestin adalah isu saudara kita, isu saudara seakidah kita, isu kita bersama.
Misi Solidariti Gaza |
Adakah kamu ingat aktivis yang pergi ke Palestine tu ditanggung oleh persatuan, NGO atau duit sumbangan orang ramai? Jangan ada sesiapa terfikir duit sumbangan Bantuan Palestine tu untuk biaya aktivis ke sana. Aktivis yang pergi ke sana bayar sendiri tau. Setiap peserta Misi Solidariti Gaza menggunakan wang sendiri.
Seperti baru-baru ini ( pada 6 disember 2012), 120 aktivis pergi bersama Aman Palestine. Mereka pergi dari KLIA transit di Bangkok sebelum tiba di Kaherah. Kos yang mereka belanjakan setiap seorang ialah RM 7500.
Ini tulisan seorang aktivis yang ikut serta, kenapa perlu bayar sebanyak RM 7500, kenapa duit tu tak disedekahkan saja terus ke rakyat Palestine.
Ada yg bertanya kenapa perlu bayar rm7500. Kan lebih baik sedekah jer. Ini jawapan saya sendiri, pandangan saya yg tak seberapa:-
1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita peruntuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.
2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah satu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, Tunisia, Libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia.
3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar.
4) RM 7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di Gaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing?
This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Gaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai.
Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu.
Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka.
Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.
Kembali komen saya dengan saudara yang mempertikaikan mereka yang pergi ke Gaza.5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.
Samakah berkirim salam dengan berziarah? Apa sunnah Rasullulah SAW? Galakkan menghubung silaturahim, galakkan saling berziarah dan galakkan bantu membantu.
Cuba ambil contoh yang baik, ambik yang sangat-sangat bermanafaat untuk membina generasi akan datang.
Bila kita pergi ke Gaza, kita akan dapat lihat cara kehidupan mereka di sana, kita akan bersemangat untuk membina generasi itu. Generasi bagaimana? Adakah generasi yang asyik main game, mengadap komputer setengah malam, setengah hari atau generasi yang suka merayau-rayau di shopping kompleks?
Anak-anak Gaza sedang menghafal Quran |
Ini tulisan seorang aktivis yang kerap pergi ke Gaza. Misi kali ini, beliau tidak dapat pergi, dan dihantarnya dua orang anak beliau bernama Zaid. Dua Zaid ke sana mengikut MSG bersama Aman Palestine.
Dr Zainur Rashid Zainuddin ~ Rahsia dari Gaza.....Di antara sebab saya mewakilkan anakanda Zaid ke Gaza adalah untuk dia menyaksikan sendiri situasi yang ada di bumi istimewa ini.
Rahsia 1 :
Pada musim panas tahun 2011, kira-kira 15,000 remaja dan para pemuda telah menyertai program tahfiz musim panas (3-4 bulan). Sebahagian daripada mereka (kira-kira 3,000+) telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh tersebut (3-4 bulan).
Rahsia 2 :
Anakanda Zaid telah bertemu dengan pemuda sebaya dengannya yang bernama Yusof (19 tahun) yang telah menyertai program tersebut. Yusof amat berbangga dengan sistem pendidikan yang ada dan beliau sendiri telah menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh 2 bulan (beliau menghafaz 10 muka surat al Qur'an sehari)
Tambahan - Anda harus faham bahawa remaja dan anak muda di Gaza ini juga adalah pelajar-pelajar menengah atau universiti yang mempelajari bidang akademik yang lain (bukan hanya tahfiz al Qur'an).
Mereka bukan sahaja menghafaz al Qur'an dan hadith semata-mata bahkan mereka menghayati ajaran-ajaran al Quran dalam kehidupan nereka.
Satu perkara lagi yang dapat diperhatikan di Gaza ialah orang-orang lelaki,pemuda dan remaja menunaikan solat fardhu berjemaah. setiap waktu.
Di negara kita ni, kat sini berapa ramai yang mahu solat berjemaah tiap waktu walau rumah depan surau?
Berapa saf solat yang dapat didirikan oleh para jemaah di surau dan masjid tiap waktu? Samakah keadaan kita kat sini dengan kat sana?
Janji RasulullahNabi s.a.w telah memberikan berita gembira kepada kita tentang kemuliaan tempat ini. Antaranya dalam satu hadith baginda yang bermaksud “ Akan berterusan ada sekolompok dari umatku yang berjuang diatas kebenaran dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh golongan musuh”. Para sahabat bertanya dimanakah mereka wahai Rasulullah. Baginda menjawab “ Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
Hadith ini telah mendorong generasi dahulu berjuang untuk membebaskan Al Quds dan bumi Palestin keseluruhannya dan ia juga telah memberi kekuatan untuk mereka di Palestin menjadi barisan hadapan umat ini berjuang mempertahankannya. Mereka juga berharap agar saudara-saudara mereka yang berada diluar Palestin berusaha memahami hadith ini dan tidak membiarkan mereka bersendirian berjuang menentang penjajahan Israel yang sedang berlaku sekarang.
Siapa saudara mereka di luar Palestine? Bukankah kita ini, saudara seakidah? Adakah kita sanggup biarkan mereka sendirian berjuang pembebasan al-Quds? Atau sebenarnya ramai tak tahu isu, hak dan tanggungjawab untuk membebaskan al-Quds yang ada terqalam dalam al-quran.
Kita kata kita jadi al-Quran dan sunnah sebagai rujukan, nah ini memang yang terqalam dan al-Quran dan dalam sabda Rasullulah. Ini adalah isu sejagat...isu universal...
Kalau nak tahu lebih banyak rahsia tentang Gaza ... jom kumpul duit untuk ke Gaza pada misi-misi akan datang ye !
Sumber rujukan: Dr Zainur Rashid Zainuddin , Aman Palestine, Farrah Adeeba , Aman Palestine Mesir
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment