بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rumah Anak Yatim dan Anak Miskin BAAYam |
Saya berjiran dengan Rumah Anak Yatim BAAYam, baru je sehari. Masa saya pergi ke Perak tempoh hari , rumah tu belum ada penghuni, hari ni dah ada.
Anak-anak sekitar usia 7 hingga 14 tahun.
Boleh saya merancang sesuatu untuk anak-anak ini. Jadilah, saya tak upaya nak buka , rupanya Allah datangkan ia hampir kepada saya.
Mesti Allah nak suruh lakukan sesuatu. "Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"
Sebenarnya sesiapa yang dikurniakan anak Yatim adalah bonus. Memiliki anak yatim untuk dipelihara juga bonus, berdasarkan sabda Rasullulah,
"Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah. Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."
Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).
Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam
Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.
Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
assalamualaikum ummi, saya pelajar tahun 4 UTM SKUDAI, Fatin Nurul Habsyah.Saya pernah menjadi tenaga pengajar kepada anak anak yatim yang ummi sebutkan ni 2 tahun yang lalu. Kebetulan saya ada banyak baju yang nak diberikan pada mereka, tetapi saya lost contact number cikgu nasir. Niat nak sedekahkan baju baju ni dah lama tertangguh. Saya harap ummi dapat kongsikan dgn saya alamat rumah anak anak yatim ni dengan saya.
ReplyDeleteBoleh dapatkn alamat...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya berminat untuk melawat ke rumah anak yatim ni. Boleh tolong beri alamat rumah ni ?
ReplyDeleteTerima kasih.
nak alamat
ReplyDeleteBerapa org penghuni sekarang...
ReplyDeleteBoleh bagi alamatnye ??
ReplyDeleteBoleh bagi alamatnye ??
ReplyDeleteBoleh bagi alamatnye ??
ReplyDeleteBoleh saya dpat kan alamat
ReplyDeleteboleh sy dpt kn alamat?
ReplyDeleteNo 11 Jalan Pulai 54
ReplyDeleteTmn Pulai Utama
81300 Skudai
Johor
PIC Cikgu Nasir 014 9827909
No 11 Jalan Pulai 54
ReplyDeleteTmn Pulai Utama
81300 Skudai
Johor
PIC Cikgu Nasir 014 9827909