Tuesday, 9 April 2013

Tinggalkan Perkara Yang Melalaikan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ketika santai-santai menunggu jemaah lain berkumpul di lobby untuk program ziarah luar di Jabal Noor (ada Gua Hira'), Jabar Thur (ada Gua Thur, tempat Rasullulah transit sebelum berhijrah ke Madinah), Mina, Arafah dan lain-lain, sempat saya membuka al-quran dan membaca surah sad.

Tertarik dengan kisah Nabi Sulaiman.


Jika kita minat sesuatu hingga apa yang kita minat itu telah melalaikan kita dari mengingati Allah. Kita jadi khayal dan asyik dengan kesukaan kita itu. Apa tindakan kita supaya ia tidak berterusan lalai dan asyik?

Nabi Sulaiman suka kepada kuda, asyik dengan kuda sehinggalah matahari terbenam. Bila dia sedar akan hal itu, dia minta dibawakan kuda itu kepadanya. Nabi Sulaiman mengambil pedang dan memenggal leher dan kaki kuda tersebut.

Kalau kita bagaimana? Jika asyik dengan internet hingga lalai mengingati Allah, adakah kita sanggup potong line internet?

Kisah Nabi Sulaiman di atas ada diceritakan dalam Surah Sad,ayat 31 hingga ayat 35.

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (29)

Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman dia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). (30)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (31)

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam. (32)

(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): Bawa balik kuda itu kepadaku; maka dia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (33)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian dia kembali (merayu kepada Kami): (34)

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (35)


Bukanlah semua perkara boleh melalaikan contohnya internet ni. Ini cuma contoh saja.

Allah suruh kita berfikir, mana baik-mana tidak. Internet jika kita guna untuk mengajak kebaikkan, mengajak mengingati Allah dan mengajak orang melakukan amal soleh, ia bukan sesuatu yang melalaikan.Tetapi jika hingga malas bangun awal untuk solat subuh kerana asyik berchatting hingga lewat malam, lalai solat kerana asyik dengan games... itu yang patut kena potong aja line tenet atau jika ada bb, patut kena terminated.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment