Bekal ke alam barzakh |
Semalam dapat panggilan telefon dari pemanggil lelaki yang merahsiakan identiti diri dan menggunakan private number. Katanya panggilan dari Kuala Lumpur dan cuma memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad.
Panjang lebar dia bertanya tentang Baitus Solehah. Tujuan, matlamat, bilangan ,lokasi dan dana.
Lama jugalah perbualan berlangsung. Saya tanya apa tujuan dia bertanya tentang Baitus Solehah. Dia mahu tahu lebih lanjut tentang Baitus Solehah kerana sebelum ini, dia cuma tahu tempat-tempat untuk melakukan infak dan jariah di rumah anak yatim dan wargaemas .
Dia belum pernah dengar Rumah Perlindungan Wanita. Memang tidak ada di dalam al-quran dan zaman Rasullulah atau zaman sahabat yang dikatakan rumah perlindungan wanita. Zaman dulu tidak ada berlaku penganiyaan ke atas wanita apabila Islam tersebar di bumi dan diamalkan.
Islam telah mengangkat darjat kaum wanita semulia-mulianya. Baik wanita itu sendiri yang memuliakan dirinya dengan menjaga maruah diri, menutup aurat dengan sempurna dan kaum lelaki juga sangat bertanggungjawap atas tanggungannya. Darjat wanita ditinggikan oleh syariat Islam.
Tetapi zaman ini, wanita sendiri telah merendahkan maruah dirinya dengan meletakkan diri ketempat sehina-hinanya, membuka aurat seperti tak cukup kain nak tutup aurat, dan kaum lelaki yang memijak maruah wanita dengan mengabaikan tanggungjawap.
Bila berlaku penganiyaan keatas wanita seperti menghamilkan mereka kemudian tidak mahu bertanggungjawap untuk memikul tanggungjawap, memperkosa dan meninggal mereka terkontang kanting tanpa halatuju, kemana gadis-gadis ini hendak berlindung? Ada ibu bapa pulak tak dapat terima hakikat yang anak gadis yang ditatang seperti emas hamil sebelum bernikah.
Ibubapa yang pengasih tidak halau, pukul dan marah anak-anak yang telah terlanjur, tetapi mencari suatu tempat lain untuk diberikan tarbiyah, didikan selain pokok utama ialah menjaga maruah anak dan keluarga. Anak yang telah melakukan kesilapan masih diberi peluang untuk bertaubat. Kita tidak boleh memandai menghukum kesalahan seseorang jika pemerintah belum melaksanakan hudud.
Peluang mereka bertaubat terbuka luas. Di rumah perlindungan, mereka ditarbiyah , diberikan santapan rohani dan pengurusan rumah tangga. Ilmu dan amalan seiring dikerjakan.
Bila tiba saja, perkara pertama ialah mandi taubat. selain memastikan mereka mengerjakan solat fardhu, mereka juga diajar agar sentiasa melaksanak solat taubat, solat tahajud, solat dhuha dan solat witir.
Setiap selepas solat fardhu , beristigfar paling kurang 100 kali. Santapan rohani yang boleh mengalirkan airmata supaya hati mereka selalu lembut.
Bukan sukatan modul yang dikejar supaya tamatl tetapi penghayatan yang diutamakan. Santapan rohani yang diberikan itu biarlah mereka dapat kunyah dan telan supaya ia menjadi darah daging.
"Bilangan penghuni sikit aja ya." Saya katakan bahawa rumah perlindungan ini bukan seperti taska atau tadika. Sentiasa datang dan pergi. Datang ketika hamil, dah beranak pergilah. Kita bukan seperti pusat jagaan harian yang bilangan penghuni ramai dan tetap. Baitus Solehah ini seperti rumah kediaman, suasana sebuah rumah, bukan asrama jauh sekali hotel.
Penghuni yang tinggal di sini ditanggung segalanya dari makan , pakaian dan rawatan. Perlu mendapat rawatan antenatal setiap 2 minggu dan bila sudah menjelang 8 bulan kehamilan mesti menjalani pemeriksaan setiap minggu.
Makanan berkhasiat, susu untuk ibu hamil dan penjagaan selepas bersalin. Semua memerlukan perhatian dan kos. Jikalah bilangan pernghuni seperti bilangan anak-anak ditaska atau ditadika, maka memang runtuh sudah institusi kekeluargaan.
Kita tak mau bilngan itu makin bertambah, kita kena usaha untuk mendakwah masyarakat agar tahu menjaga maruah diri.
Last pertanyaan lelaki itu ialah tentang DANA Baitus Solehah.
Saya katakan, baitus solehah ditubuhkan atas dasar taqwa dan ikhlas orang ramai.
Itulah DANA baitus solehah.
DANAnya ialah taqwa dan ikhlas
jika tidak ikhlas mereka tak akan infak ke dalam akaun Baitus Solehah
Bukan saya ada meminta-minta macam minta sedekah
saya cuma war-warkan kisah, ajak melakukan amal soleh sebagai bekal untuk ke alam barzakh hingga perbicaraan di mahsyar. kita masuk syurga dengan rahmat Allah berdasarkan apa yang pernah kita lakukan ketika di dunia.
Saya cuma ingatkan kita perlu bekal untuk perjalanan jauh, sebab kita tidak tahu bila kiamat akan berlaku.
Lagi , saya juga sudah baca beberapa surah di dalam al-quran, terdapat banyak ayat gandingan "beriman dan beramal soleh"
Sila rujuk surat al-asr
Surat al tin ayat 4 hingga 6
Surah Insyiqaq ayat 25
Surah al-kahfi ayat 110
Surah maryam ayat 96
Sebenarnya banyak lagi, cukup sekadar itu yang saya berikan untuk dirujuk kenapa sebagai manusia, kita diwajibkan melakukan amal soleh.
Semua orang beriman untuk layak ke syurga dengan rahmat Allah Ta'ala tetapi apa bekal ketika di alam barzakh, di mahsyar sebelum kita dihisab dan dimizan?
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment