Friday, 10 May 2013

Procedur bernikah ketika hamil



Mahu bernikah
Subhanallah, Alhamdullilah, masyaAllah, Allahuakbar... Pengalaman sentiasa seiring dengan usia. Namun bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman begini.

Petang tadi saya ke Pejabat Agama Daerah untuk menguruskan permohonan bernikah seorang penghuni Baitus Solehah. Setelah saya melaluinya, padanlah tak ramai orang suka berurusan dengan Pejabat Agama kecuali terpaksa.

Tidak hairan mereka yang telah ingin berpoligami atau bernikah segera lebih memilih untuk bernikah di sempadan Malaysia Thai dari berurusan dengan pejabat agama.

Memang kita akur dengan peraturan dalam syariat Islam ada enekman tertentu yang perlu diikuti dan dipatuhi agar sesuatu urusan berjalan ikut procedur yang ditetapkan.

Namun apabila ada kes terpinggir yang perlu diberi keutamaan, apakah tidak ada budibiacara? Peraturan yang Allah tetapkan mampu dipenuhi, tetapi masih lagi mahu menguatkuasakan protokol sedia ada.

Syarat seseorang itu mahu bernikah cuma perlu ada:
1.pengantin lelaki (ada)
2. Pengantin perempuan (ada)
3. wali mujbir (ada)
4. saksi (ada)
5. ijab dan kabul

Alasan di KIV ialah pengantin perempuan baru 2 hari tinggal di sini. Setelah saya berbicara dengan kadhi daerah, dia mohon kes ni diajukan kepada kadhi besar.Dia tidak boleh memberikan keizinan bernikah di daerah ini jika kadhi besar tidak benarkan.

Saya terfikir, kenapa boleh bernikah disempadan walaupun ada yang hanya pergi balik hari (pergi pagi ke pejabat agama sempadan, dan selepas majlis akad nikah terus balik semula ke tempat tinggal asal). saya tak nampak relatednya alasan itu.

Saya berusaha untuk menikahkan gadis ini dengan pasangan kerana tidak mahu maksiat berterusan terjadi. Saya tak boleh rantai kaki manusia. Mana tahu orang yang mengalami depression begini bertindak nekad. Lari tengah malam setelah berjanji pasangan tunggu hujung jalan, selamanyalah mereka bersekedudukan.

Biarlah saya berusaha turun naik pejabat asalkan maksiat tidak berterusan. Jika Allah tanya, saya sudah berusaha mencegah dengan membantu menguruskan pernikahan di sini, tetapi pihak berwajib nak ikut protokol dan enekman yang mereka kuatkuasakan.


Temubual dengan tuan kadhi


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment