Setiap minggu Naemah jumpa ibu untuk ambik susu ibu yang diperah setiap hari dan disejukbekukan di tempat ibunya belajar. Walau pun Naemah tidak dapat tinggal dengan ibunya, tetapi Naemah tetap dapat menyusu susu ibu melalui kaedah dan teknik penyimpanan sejuk beku. Hari -hari ibu Naemah memerah susu ibu ke dalam botol susu dan disimpan ditempat pembekuan, menumpang peti sejuk beku sebuah cafetaria di kawasan apartment Nilai 3.
Bila petang Jumaat, saya bersama zauj dengan Naemah akan ke Nilai untuk Naemah menyusu susu ibunya. Dan bila hari Ahad saya balik ke rumah di Johor Bahru, bawa balik semua stok susu ibu yang masih beku dan dimasukkan ke dalam tong ais agar tetap beku untuk disimpan di rumah sehingga habis digunakan. 2 jam sebelum penyusuan , susu beku ini akan dikeluarkan, dan 1/2 jam sebelum penyusuan, susu ini diremdam ke dalam air panas. Menggunakan teknik dan kaedah ini memerlukan banyak botol susu, sebab setiap kali pemerahan susu, digunakan untuk sekali kadar penyusuan.
Begitulah rutin hidup Naemah sehingga berusia 1 tahun. Selepas itu, ayah naemah dah dapat berpindah ke Semenanjung, dan Naemah tinggal bersama ayahnya bila waktu malam.
Kaedah penyusuan begini hanya berjaya jika minda dan keinginan seorang ibu mahu menyusukan anaknya, walaupun anaknya berada jauh darinya. Kedua , mesti dapat sokongan ahli keluarga untuk membantu menjayakan keinginan seorang ibu yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu. Sebab itu di dalam post saya di Laman Baitul Muslim, saya menulis jika seorang anak berkahwin ketika belajar, disamping bijak menguruskan masa, sokongan keluarga amat penting .
Bila jodoh dah sampai tiada siapa dapat menolak. Mungkin juga telah tersurat, keturunan saya ini kebanyakkannya berkahwin awal,arwah mak kahwin ketika usia 15 tahun, saya berkahwin ketika usia 19 tahun dan ibu Naemah berkahwin ketika usia 17 tahun. Ibu Naemah berkahwin sebaik sahaja selepas peperiksaan SPM tamat.
Sewaktu peperiksaan SPM baru seminggu bermula, tiba-tiba ibu Naemah dipinang orang, 3 dalam 1, terus bertunang dan membincangkan tarikh bernikah. Kiranya ibu Naemah cuma bertunang selama 3 minggu.
Ayah dan Ibu Naemah tidak pernah berkawan sebelum bertunang, hanya saya dan zauj kenali ayah Naemah sebagai seorang pelajar kursus Sarjana Muda Pengajian Islam di sebuah IPTA. Masa di tahun akhir pengajian, beliau melamar ibu Naemah kepada kami. Masa itu ibu Naemah masih ditingkatan 5 dan memang tidak kenal pun beliau. Ketika peperiksaan SPM baru seminggu berlangsug, baru beliau datang membawa ibu bapanya meminang, terus kami membuat sedikit majlis kecil bertunang dan diikuti perbincangan untuk walimah dalam tempoh 3 minggu kemudiannya.
Kenapa pihak lelaki mohon bernikah awal, sebab sementara menunggu keputusan SPM, boleh mereka tinggal bersama-sama kerana dalam ikrar sebelum bertunang, didepan saya dan zauj dan di depan ayah ibu beliau, telah berjanji jika anak perempuan kami mendapat keputusan peperiksaan SPM yang baik dan berpeluang untuk melanjutkkan pelajaran, beliau perlu mengizinkan. Alhamdullilah, anak kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPMnya dan ditawarkan memasuki sebuah IPTA tempatan dalam bidang perubatan.
Semasa mendaftar pengajian, anak kami sedang hamil 7 bulan. Namun kegigihan serta pengorbanan semua pihak, saya, zauj, ibu dan ayah Naemah, kesukaran dapat diatasi. Pengorbanan ketika ini, adalah pengorbanan untuk mengatasi rasa rindu. Memang hanya orang yang kuat dapat melaluinya. Setelah berjauhan, seorang di Sarawak dan seorang di Nilai, mereka ini ibarat orang bercinta. cinta selepas bernikah, asyik dan mengasyikkan. Ada peluang mereka akan melepaskan rindu dendam.
Doaku semoga semua anak-anak ku mendapat jodoh yang baik disisi Allah dan dikurniakan kerukunan, kedamaian, ketenangan, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka hingga akhir hayat membawa keakhirat.
Dalam apa jua keadaan dugaan dan ujian memang ada, maka aku berdoa agar anak-anak ku terus sabar, tabah dankuat menghadapi cabaran dan ujian hidup.
Berikut adalah paparan intan payungku, permata hati ayah bonda Nurul Naemah.
'Pukong' orang banjar
bayi rasa seperti dipeluk sahaja, jika terus dibuai, akan tertidur dalam kadar yang lama
bayi rasa seperti dipeluk sahaja, jika terus dibuai, akan tertidur dalam kadar yang lama
Nurul Naemah sejurus dilahirkan , selepas dimandi dan di azankan oleh ayahnya
Impianku menjadi isteri solehah
Salam Ummi.. comel la cucu ummi ni.. Patutla jadi intan payung opahnya..
ReplyDeleteSaya suka tengok gambar budak-budak..hehe.. Moga Nurul Naimah jadi anak soleh dan pintar, Insya Allah..