Tuesday, 27 October 2009

Demam Denggi lagi

Cerita ini sambungan dari Hari-hari yang dilalui seorang pesakit (7.7.2009),nak sambung semula ni.Lama aku terhenti menulis catatan seorang pesakit ini. Kesibukkan , masa yang terhad, menguruskan anak-anak ke sekolah menyebabkan hampir aku tiada masa untuk berehat. Awal-awal catatan hari tu aku tulis ketika masih di wad,maka adaalah banyak entri boleh aku tulis.

Sekembalinya suami ku dari mengerjakan umrah bersama anak sulung ku, aku tidak dibenarkan terus belajar memandu kerana kuatir, pendarahan di awal kandungan akan menyebabkan aku akan mengalami keguguran. Aku banyak berehat untuk memastikan kandungan selamat dan stabil.

Apabila kandungan telah melepasi 20 minggu, aku mula aktif semula, ligat sebagai ketua sebuah organisasi di sekolah. Datang sekolah sebelum jam 7 pagi, tetapi balik jam 7 petang. banya kerja yang perlu dibuat selaku seorang ketua yang meminati dan mencintai kerjayanya. Aku tidak pernah menganggap kerja yang diarahkan oleh pentadbir sebagai bebanan, sebaliknya aku menanggapnya sebagai tanggung jawap.

Apa bila kandungan aku mencapai 36 minggu, aku di kehendaki menghadiri kursus Literasi dan Maklumat Pusat Sumber , anjuran Bahagian Teknologi Pendidkian ,KPM ,peringkat kebangsaan . Kursus dan Bengkel ini berlangsung di Kuala Terengganu selama seminggu. Memandangkan suami pun sibuk dan suami pun perlu melakukan kerja luar di Perlis, temuduga pengambilan pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam kawasan Utara maka aku pergi ke Kuala Terengganu hanya menaiki bas berseorang diri. Alhamdullilah, aku selamat.Selama seminggu di KT, perserta lain kagum dgn diri ku yang masih kuat bergerak dan aktif dalam penglibatan program, pada hal kandungan aku sudah cukup bulan dan kandungan ini merupakan kandungan yang ke10.

Selepas seminggu berkursus, aku perlu pula mengadakan kursus di peringkat negeri. Memanggil peserta di peringkat daerah seluruh Negeri Johor untuk diberi tunjuk ajar dan bimbingan sesuatu yang maklumat baru yang aku perolehi semasa kursus peringkat kebangsaan. Masa ini kandungan aku telah mencapai usia 39 minggu. Semasa mendaftar di Hotel Seri Malaysia , JB, aku bawa sekali barang-barang keperluan untuk ibu bersalin dan bayi. Mana tahu, ketika aku sibuk sebagai urusetia, akan tiba masa untuk beranak. Jadi aku buat persiapan awal,lagi pun Hotel Seri Malaysia ni dah dekat dengan hospital besar.

Alhamdullilah kursus selesai, hari Jumaat 28 Jun 2002. Aku segera balik ke rumah kerana esoknya di sekolah aku terlibat dengan Hari KO-KQ,unit PA System.Selama 10 tahun aku di sekolah ini, peralatan siaraya sekolah adalah dibawah tanggungjawap aku. Aku datang seperti biasa, tiba-tiba jam 10 pagi aku merasai kelainan. Aku mengalami migrain,mungkin kerana penat seminggu berkursus belum pun hilang dah disambung kerja di sekolah,segera aku telefon suami minta dijemput awal sebelum progam berakhir kerana ingin ke Klinik. Tiba di Klinik , pemeriksaan dibuat, doktor mengarahkan supaya aku segera ke hospital. Dengan segala surat rujukan, suami terus menghantar ke hospital, namum aku mahu singgah di rumah dahulu untuk mengambil keperluan diri dan bayi. Bila tiba di rumah, aku yang kepenatan, terus saja berbaring dan tertidur. Bila dah petang rasa malas pula mahu terus ke hospital. Aku tangguhkan hingga ke pagi Ahad baru pergi.

Esok paginya, hari Ahad, sebaik sampai di Unit Kecemasan, akau dibawa ke Unit saringan bersalin, bila doktor yang memeriksa itu terbaca surat rujukan klinik dan tarikh nya adalah semalam, aku ditegur... "kenapa lewat datang?" Mujur tiada apa yang berlaku mlm tadi. Aku cuma diam, dan terus doktor merekodkan dan memberi arahan aku perlu daftar wad segera. Sebaik tinggal di wad aku mulai diperiksa secara rapi. Kebetulan kali ini, agaknya aku penat, maka aku kurang bertanya, adakah sesuatu kelainan pada kesihatan tubuh ku.

Tiba esoknya, 1 Julai 2002, aku mengalami vertiago, mata berpinar seperti ada bintang...

Melihat keadaan darah aku yang jadi tidak stabil, doktor terus mengarahkan aku dihantar ke Unit Rawatan Rapi serta dibuat persediaan untuk menjalani pembedahan ceasarian untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi menyelamatkan aku. Doktor bimbang aku akan mengalami keradangan otak. Selepas pembedahan berakhir, aku terus di tempatkan di ICU. Aku melahirkan anak lelaki,pada 2 Julai 2002, diberikan nama Muhammad Imran. Kuasa yang pencipta, walau di ICU,aku sebenarnya masih sedar dan tahu diri aku di mana. Hati aku tetap tidak lekang dengan pergantungan dan harapan dengan Allah.

Aku berjaya melepasi 24 jam masa kritikal, dan ditempatkan wad biasa kelas 1.Selepas 48 jam melahirkan anak, baru itu kali pertama aku menatap wajahnya. Anak aku ini sebaik dilahirkan , telah diberi satu suntikan khas, apabila doktor mendapati anak aku bebas dari virus HepB + yang telah lama aku hidapi. Inilah keajaiban yang dikurniakan Allah, hanya 10% sahaja bayi yang dikandung oleh ibu yang ada virus HepB tidak mewarisi. Anak aku ini tergolongan yang 10% terhindar kerana pertolongan dan kasih sayang Allah.

Virus HepB + ini yang sebenar merosakkan hati aku. Sebelum ini, pada tahun 2000, aku pernah jalani Biopsy Liver. Setelah aku beransur sihat, aku di benarkan pulang selepas 8 hari dirawat di HSAJB.

Sampai di rumah pada petang itu,aku berehat sambil menyusukan anak. Kebetulan pula pembantu rumah juga tidak sihat, maka keadaan rumah tidak terurus dengan baik. Keesokkan harinya,ketika di rumah aku dapati jahitan bekas pembedahan csesarian itu terbuka. Banyak air dan darah keluar melalui celah -celah jahitan itu. Jahitan itu terbuka dgn sendirinya. Suami bawa aku ke Pusat Rawatan UTM, dan luka ini perlu di buat "dressing" setiap hari. Maka berulang alik lah aku setiap hari dari rumah ke Pusat Rawatan.

Bila usia anak aku 21 hari, aku mengalami demam pada kadar suhu yang tinggi.Badan menggigil dan mula tidak berselera makan. Aku rasa pelik, demam lagi kah aku ni? Silap makan atau serangan sakit lain. Muka pucat dan badan lemah. Oleh kerana luka pembedahan perlu dicuci setiap hari, maka ketika aku ke Pusat Rawatan di UTM, doktor telah mengambil sample darah bila aku beritahu ketika itu aku demam. Selama 5 hari darah aku diambil setiap hari dan dilakukan saringan platlet, di dapati bila dibuat bandingan, paras platlet menurun. Pada hari ke 6, melalui ujian darah, juruanalisis darah makmal telah menemui virus denggi dalam darah yang meyebab platlet menurun. Oh...kiranya aku diserang virus denggi sekali lagi.

Aku terkedu, terfana dengan dugaan Allah kali ini. Dengan bayi yang masih merah berusia 26 hari, aku dikehendaki mendaftar masuk wad di HSAJB bagi menjalani rawatan. Kali ini pun sama, aku mendapat demam denggi berdarah. Platlet perlu dimasukkan ke dalam tubuh untuk membantu platlet yang makin menurun kerana dimusnahkan oleh virus denggi.

"Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus)."

Jika di hitung hari aku mula demam, Jumaat, Hari Isnin berikutnya,mula menjalani ujian darah hingga hari Jumaat, disahkan demam denggi bila ujian darah di makmal menemui virus denggi. Di arah masuk wad pada hari berkenaan, tapi aku tidak masuk wad. Aku rasa, terlalu lemah pada kali ini, pasrah dan terasa seperti tidak dapat meneruskan hidup lagi. Aku beri kata putus pada suami, sekiranya aku masih bernyawa pada hari Isnin, barulah aku di bawa ke hospital. Aku seseolah merasakan ajal aku telah sampai kerana dalam tempoh tidak sampai sebulan, berbagai dugaan kesakitan aku alami. Aku hilang keyakinan dan kekuatan serta semangat untuk hidup. Bila aku tidak mahu ke hospital, suami aku telah memisahkan bayi yang berusia 27 hari itu dari aku, bayi ini menyusu ibu, maka takut kiranya virus yang ada di dalam tubuh aku mengalir masuk dalam air susu yang dihisap oleh bayi kecil ini.

Selama 2 hari aku tidak dibenarkan menyusukan bayi, suami memisahkan bayi dari aku sebab aku menolak untuk menerima rawatan di hospital. Hingga pagi Isnin, aku masih bernyawa, suami menuntut janji, aku dibawa ke hospital. bayi di tinggalkan dirumah bersama-sama dengan pembantu rumah. Di wad, aku diberi rawatan dengan menambah platlet dan drip air. Bila malam , suami datang bawa bayi, dan doktor membenarkan aku menyusukan bayi semula.

Setelah beberapa hari menjalani rawatan, pendarahan luka pembedahan beransur sembuh, paras platlet dan bilangan kuantiti darah putih menurun, aku dibenarkan pulang. Umur ku masih ada. Allah cuma mahu menguji. Aku mula muhasabah diri, kiranya walaupun kritikal mana sakit ku,jika ajal belum sampai, sakaratul maut tidka akan datang menjemput.

Sejak dari inilah , aku mula tabah dan kuat dengan ujian dan dugaan Allah. Tidak menyerah diri dengan penyakit. Biar ap jebis dugaan penyakit datang, aku akan terima, lalui diiringi usahah dan ikhtiar agar rasa sakit tidak dirasai. Aku menjadi seorang penyabar , cekal, tabah, kuat dan bersemangat untuk hidup dalam keceriaan.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.


Impianku menjadi isteri solehah

2 comments:

  1. Boleh tanya.. Saya pregnant 8 bln.. Tp anak sulung 1 tahun 4 bln still breastfeed... Tp sikit2.. Sbb die isap botol... Bby bole menyusu ke klu mama die suspect denggi??? Harap penjelasan... Nk tau...

    ReplyDelete
  2. Boleh tanya.. Saya pregnant 8 bln.. Tp anak sulung 1 tahun 4 bln still breastfeed... Tp sikit2.. Sbb die isap botol... Bby bole menyusu ke klu mama die suspect denggi??? Harap penjelasan... Nk tau...

    ReplyDelete