Monday, 14 December 2009

Meminang Calon Isteri buat anak-anak Ummi

BismillahirRahmanirRaheem
Assalamu 'Alaykum WaRahmatullahi WaBarakatuh

Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat. Jika niat kita baik, berdoa dengan penuh pengharapan, bahawa kita ini lemah, segala apa yang ingin kita lakukan mohon keredhaan Allah, rahmat Allah,maka Allah jua yang membantu akan memudahkan urusan kita.

3 hari ni ummi ibuk tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Sibuk membuat persiapan untuk meminang dan menghadiri jemputan walimah. Dalam tempoh dua hari berturut-turut, ummi pergi meminang. Hari Sabtu,12/12/2009 ummi pergi ke Baling ,Kedah,meminang seorang gadis disana untuk ditunangkan dengan angah,anak ke 2 ummi.

Hari Ahad,13/12/2009, ummi ke Negeri Sembilan, meminang seorang gadis untuk anak sulong ummi pula. Dikedua-dua majlis ini, Allah memudahkan segala urusannya.


Kunjungan peminangan 1

Sebaik tiba di rumah anak gadis meminang untuk angah, ummi datang bersama dengan anak beranak ummi dan 3 orang adik ummi. Ummi disambut oleh keluarga mereka dengan baik sekali.Dipersilakan masuk dan diperilakan duduk.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis yang mengalu-alukan kedatangan rombongan ummi.Rancangan asal ummi, ummi datang hanya sekeluarga iaitu ummi bersama zauj dan anak-anak.Tetapi bila ummi tiba di rumah adik ummi di Seberang Kedah,Bandar Baru, 3 orang adik ummi nak turut serta menghadiri majlis. Untuk tidak menghampakan perasaan adik yang ingin turut serta,ummi ajak mereka sekali ikut.

Selepa dipersilakan untuk menyampaikan hajat, zauj pun berucap, di dahului dengan merisik bertanya khabar mengenai gadis yang ingin dipinang. Setelah dijawap oleh ibu bapa gadis, yang masih belum berpunya, zauj menyampaikan hajat untuk meminang. Alhamdullilah, mudah urusan, pinangan diterima.

Perbincangan seterusnya adalah menetapkan tarikh pernikahan. Untuk kadar maskahwin atau mahar, telah dilakukan perbincangan awal di telefon, antara ummi dengan ibu gadis, dan dipersetujui nilainya. Mereka tidak menetapkan apa-apa nilai, sebaliknya, terserah di pihak anak ummi mahu memberikan mereka berapa sahaja yang termampu , asalkan tidak membebankan mana-mana pihak. Hanya mereka menyebut nilai mahar, sebab itu memang hak gadis untuk dirinya. Mereka setuju untuk diberikan mahar 1 Dinar sahaja.

Oleh kerana anak ummi ini masih belajar, maka ditetapkan tarikh pernikahan mereka pada bulan Mei 2010, dalam cuti semester.Masa ummi datang bertandang meminang ini, ummi bawa buah tangan dengan 5 dulang hadiah. Ummi buat simple sahaja. Islam sendiri mengalakkan bila kita datang berkunjung, bawalah buah tangan. Ummi bawa telekong yang ummi masukkan dalam kotak hadiah, sejadah, buku-buku,kuih,dan sebakul buah-buahan.Sebagai tanda ikatan pertunangan, ummi berikan sebentuk cincin emas yang anak ummi beli sendiri. Sewaktu ummi minta diri untuk pulang, ummi diberikan juga buah tangan sebagai kenangan.

Kunjung Peminangan 2

Kali ini, 13/12/2009, hari Ahad ummi ke Port Dickson ,meminang gadis ke dua untuk anak sulung ummi. Kedatangan kami disambut baik dan dipersilakan masuk. Setelah berbual-bual melepaskan penat lelah kami yang datang dari jauh, barulah majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan diatas kehadiran kami.

Zauj pun berucap menyatakan hasrat kedatangan, didahului dengan merisik gadis seterusnya dengan peminangan. Cara ummi mudah, tak ada pantun,tak ada sirih junjung ataupun tepak sirih.Setelah peminangan diterima, dibincangankan pula nilai hadiah hantaran. Kali ini pun sama, pihak perempuan tidak meminta dan menetapkan sebarang nilai, terserah kepada pihak lelaki untuk memberikan beberapa hadiah yang ikhlas mengikut kemampuan masing-masing.

Hanya nilai maskahwin atau mahar sahaja yang mereka tetapkan, itu pun mengikut kadar nilai yang jabatan Agama Negeri Sembilan. Maharnya sebanyak RM 200 sahaja.Syukur, betapa mudahnya urusan peminangan anak -anak ummi. Ummi berharap urusan perkahwinan mereka ini akan terus dipermudahkan oleh Allah.

Hadiah buah tangan yang ummi bawa juga ringkas, sama seperti peminangan satu, ummi bawa buah tangan, telekong yang dimasukkan dalam kotak hadiah, sejadah dan buku,kuih dan sebakul buah-buahan. Ummi memang tidak bawa barang-barang seperti bunga rampai atau pot porri yang bagi itu hanya membazir dan tiada faedah. Kalau ummi nak beri hadiah, hadiah itu meti bermanafaat dan digunakan, bukan untuk dijadikan perhiasan.

Tarikh pernikahan juga telah ditetapkan, dimana pihak perempuan menetapkan bulan Mei 2010 untuk bernikah. Dan ummi juga merancang untuk majlis sambut menantu pada Jun 2010. Ummi memohon dan berharap kepada Allah agar dimudahkan urusan ini di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Memang selama ini, tidak kira apa jua waktu, selepas solat tahajjud, di depan Kaabah, waktu wukuf di Arafah atau bila-bila waktu mustajab doa, apa yang ummi turut minta pada Allah ialah dikurniakan anak-anak yang soleh, dipertemukan anak-anak ummi ini dengan jodoh yang baik disisi Allah.Dan sekiranya mereka di uji dalam jodoh mereka, moga Allah memberikan mereka ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan itu. Ujian Allah akan datang tidak kira masa dan dimana. Mengharapkan anak-anak ummi ini sentiasa redha dengan apa yang Allah telah takdirkan buat mereka.

Kasih ummi kepada mereka bukan setakat di dunia ini sahaja, tetapi hingga ke akhirat. Ummi mahu anak-anak ummi bersatu, hidup berkasih sayang kerana Allah di dalam satu aqeedah.


Impian ku melihat anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh

8 comments:

  1. Salam ummi...


    Semoga Allah memberikan kemudahan seiring dengan keberkatan hidup buat ummi dan anak-anak ummi. Semoga bertambahnya ummat Rasulullah akan bertambah ketakwaan di hati kita semua...

    Tahniah..Tahniah ummi..(",)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam ukhti,terima kasih Ukhti Atirah. Semoga hidup ukhti juga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Semoga urusan Ummi dan keluarga yang tersayang di permudahkan Allah.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Nurqaseh. Moga hidup nurqaseh juga di dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam ummi...mudahnya urusan peminangan ummi..mmg contoh terbaik utk diikuti..semoga kelak ibu bapa sy jgak akn lakukan mcm cara ummi ni..

    ReplyDelete
  6. Perkara yang mudah,perlu dimudahkan. Jangan menyukarkan sesuatu yang telah Allah mudahkan.

    ReplyDelete
  7. salam....
    sangat tersentuh hati bila membaca entry ummi ni...sesungguhnya keberkatan perkahwinan itu terletak pada nilai mahar yg sdikit...x menyusahkan mana2 pihak....moga perkahwinan anak2 ummi diberkati....

    ReplyDelete
  8. Semoga antikapel juga dipermudahkan oleh Allah di dalam semua urusan hidup di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete