Jam 3:30 am baru mampu bangun untuk bertaharah dan terus berwudhuk. Selesai bermonolog dengan sang Khalik, sambil menunggu waktu subuh, berhalaqah sebentar. Maintance forum. Lihat posting dan mesej di inbox halaqah dan email di yahoo.
Jam 7:00 selesai berdoa selepas solat berjamaah dengan zauj dan anak-anak, turun ke bawah, menyiapkan barang-barang yang Mahfuz ingin bawa balik ke kolej. Hari ini, Mahfuz berangkat kembali ke Seri Iskandar kerana hari Sabtu, 2 Januari 2010, pendaftaran pelajar senior di UiTM Seri Iskandar. Semester ini, Mahfuz tidak ditawarkan untuk tinggal di kolej kediaman kerana ada satu blok sedang dalam penyelenggaraan. Maka ramai pelajar lelaku semester 6 perlu duduk di luar, tinggal di rumah sewa. Itu sebab Mahfuz balik awal sedikit untuk mengemas rumah sewa.
Ummi bekalkan Mahfuz dengan dapur masak, rice cooker, peralatan memasak dan bahan masakan. Ummi berikan juga Mahfuz bawa balik kereta sport Ford Link , kereta kesayangan ummi tu. Mahfuz lebih memerlukan kereta dari ummi yang lebih banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Mahfuz, walaupun lelaki, dia pandai memasak. Lebih gemar makan makanan yang dimasak sendiri dari dibeli di kedai atau gerai. Lauk yang dimasak dan dimakan oleh Mahfuz juga simple sahaja, nasi dan sayur. atau nasi dengan sambal dan ulam-ulaman. Tak ada ikan, tak ada ayam atau daging, tidak menjadi masalah Mahfuz untuk makan. Dia boleh hidp seadanya dari kecik lagi, makan apa yang ada.
Mahfuz memang jimat berbelanja. Belajar di UiTM pun tanpa biaya mana-mana, harap ummi ayah yang berikan. Sebab itu dia pandai berjimat dalam berbelanja. Memang ibu bapa perlu terapkan sifat jimat cermat dan hidup seadanya kepada anak-anak dari kecil lagi. Bukan ummi ajar mereka kedekut, tapi ummi ajar mereka bijak berbelanja dan berjimat cermat. Bijak menguruskan kewangan yang sedikit.Jadi bila dah terbiasa begini, mereka tidak menjadi gabra bila tiba-tiba kesusahan melanda dalam hidup. Ummi selalu berpesan jika, terputus bekalan, apa nak buat, jangan melatah, meminta ke sana ke mari. Bertenang dan berfikir, mencari jalan dan peluang rezeki.
Setiap menusia ada kemahiran, ada bakat , ada kelebihan yang boleh digunakan untuk mencari rezeki. Ummi masih ingat, selepas tamat hafalan 30 juzuk al-quran,bergelar al-hafiz, Mahfuz balik rumah tinggal bersama ummi untuk meneruskan pengajian akademik. Mahfuz yang tidak pernah bersekolah menengah bercadang untuk mengambil SPM tanpa memiliki PMR. Oleh kerana ummi memang tahu prosedurnya, maka mudah urusan untuk pendaftaran sebagai calon SPM selepas memohon secara rasmi kebenaran menduduki SPM dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Semasa tinggal bersama ummi, sambil belajar sendiri sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM, Mahfuz mengajar kanak-kanak mengaji iqra' dan al-quran dari rumah ke rumah. Berapa hadiah saguhati yang diberikan oleh ibu bapa tersebut, diterima dengan penuh syukur. Mahfuz tidak menetapkan bayaran apa-apa, terpulang kepada ibu bapa untuk memberikan sumbangan saguhati kepadanya.
Semasa di UiTM, Mahfuz yang tidak pernah belajar IT secara formal, boleh membuat design baju T. Dikenakan sedikit bayaran untuk kos cetak. Jadi duit yang terkumpul inilah, yang dijimat cermatkan nya untuk menampung kos sara hidup selain dari duit poket dari ummi ayah.
Sebab itu, bila Mahfuz meminta izin untuk berkahwin semasa belajar, ummi tidak banyak soal berkaitan rezeki, kerana ummi yakin setiap manusia memang telah ditetapkan oleh Allah sumber rezekinya. Yang penting hanyalah berusaha. Jika dalam berusaha itu melalui jalan ini, tidak ada juga ada rezeki, bermakna, bukan itu jalan rezekinya, kena usaha cara lain pula. Yang penting usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal.
Ummi bawakan satu cerita yang mungkin semua orang dah biasa baca, setakat baca tapi tidak menyakini. Moga cerita ini menjadi iktibar dan teladan buat kita semua berkaitan rezeki itu datangnya dari Allah SWT.
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezekiku di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan hanya setengah biji gandum ".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?" Jawab Imam Suffian: " Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Itulah pegajaran dari iman sang semut dengan iman manusia yang yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Maka ambillah iktibar dari kisah ini dalam kita berjalan menuju kepada Allah SWT.
Impianku menjadi isteri solehah
No comments:
Post a Comment