Wednesday, 6 January 2010

Indahnya Poligami Kerana Allah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Alhamdulillah, semoga kita semua didalam RahmatNya.

Memang sesuatu yang jarang berlaku di dalam masyarakat apabila seorang isteri menyarankan kepada suaminya agar berpoligami. Dan sesuatu yang jarang juga berlaku apabila seorang gadis menyediakan dirinya untuk bersedia berpoligami.

Isteri menyarankan suaminya berpolgami bukan kerana mempunyai kekurangan diri, bukan kerana kehambaran berkasih sayang, tetapi kerana Allah semata-mata. Menyarankan suaminya berpoligami sebagai jalan untuk menambah amal. Menjadikan suatu ibadah yang bernilai disisi Allah SWT.

Bagaimana dikatakan sebagai suatu ibadah? Dengan mendidik hati dari sifat tercela yang memang menjadi fitrah manusia kerana kerja syaitan dan iblis, maka ini juga dikira ibadah. Pasti akan ada sifat cemburu, iri hati, hasad dengki, tamak, ingin menguasai dan sebagainya terjadi di dalam hubungan sesama manusia yang berpoligami.Maka jika segala sifat ini dapat dijaga, pintu-pintu untuk syaitan masuk ke dalam hati ini dipelihara, jadilah ia sebagai ibadah. Ibadah yang berkualiti , ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah.

Baik isteri atau suami, memang tidak ada sebab kenapa mahu berpoligami melainkan kerana Allah semata-mata. Hubungan kasih sayang yang intim,kehangatan dalam berasmara, kasih sayang yang utuh tanpa pernah ada curiga menjadikan sesuatu yang amat bahagia dan mengasyikkan didalam rumah tangga sedia ada. Sifat saling mempercayai, saling bekerjasama, bertolak ansur, bantu membantu menjadikan rumah tangga ibarat syurga. Maka dengan berpoligami,akan menambahkan lagi kebahagiaan sedia ada jika semua sifat di atas turut dididik dalam hati isteri itu nanti.

Dan sesuatu yang jarang berlaku, seorang gadis melihat keindahan poligami ketika dia belajar mendalami ilmu syariah Islam. Keinginan gadis untuk berpoligami bukan kerana dia bercinta atau mengenali lelaki tersebut. Keinginannya untuk berpoligami semata-mata melihat keindahan yang dipelajari dan diamalkan dengan betul menurut syariat Islam. Moga cita-cita gadis itu tercapai dengan bimbingan dan didikan pasangan suami isteri yang juga ingin melihat keindahan berpoligami.

Wahai tuhan yang memiliki Arasy yang tinggi, Engkau teguhkan lah hati pasangan suami dan isteri-isteri ini berada dijalan yang benar,mantap dan tetap menuju kepada MU.

dan buat isteri,   ini adalah doa dari seorang sahabatnya...


Ya Allah!  Engkau lebih mengetahui hamba engkau ini! Perjuangan, jihad dan pengorbanan dia. Tetapkanlah dia didalam jalan kesucian Engkau sehingga akhir hayatnya.


Ya Allah!  Engkau Maha Mendengar rayuan dan tangisan dia setiap hari. Ampunkanlah semua kesalahan nyata atau yang tidak nyata daripada dia. Terimalah dia bagaikan bidadari syurga.


Ya Allah!  Engkau Maha Melihat kepatuhan dan kesetiaan dia kepada suaminya sebagai seorang isteri yang baik. Engkau telah berjanji akan persilakan isteri-isteri  yang solehah untuk memasuki Syurga dari mana-mana  pintu syurga yang mereka kehendaki.....Sesungguhnya Engkau Maha Menyempurnakan janji !


Ya Allah Engkau Maha Menyaksikan dia termasuk hamba-hamba  Engkau yang berpegang kepada pewaris Nabi Engkau. Tetapkanlah hati dia dan masukkanlah dia ke dalam golongan yang masuk syurga bertali-tali tanpa hisab!


Hai Tuhan Yang Maha Memenuhi Janji!


Allahu Akbar! WaLillahil Hamd!





Impianku menjadi isteri solehah
Selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta, kasih dan sayangku hanya pada zaujku ini.

2 comments:

  1. Amin...mulia hati seorang sahabat,mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.

    Poligami memang indah jika berlandaskan syariat. Allah berada pada apa yang kita sangka...

    Alhamdullilah...

    ReplyDelete
  2. Amin...

    Catatan yang sangat menarik...membuatkan saya kembali ke jalan Allah...

    ReplyDelete