Monday, 18 January 2010

JanganGerhanakan hidup dengan Masalah Yang Melanda

 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pernah ada di antara manusia ini hidup tanpa dilanda masalah dan kesukaran? Adakah manusia yang berjaya,kaya raya,cemerlang di dalam kehidupan,bahagia tidak pernah dilanda masalah? Tidak pernah berlaku gerhana di dalam hidupnya? Sepatutnya sesiapa yang dilanda masalah itu boleh mengambil iktibar melalui kejadian gerhana bulan dan gerhana matahari.

Alangkan alam yang bergerak menurut apa yang diperintah dan ditetapkan oleh Allah pada orbitnya,pun ada ketika berlaku gerhana apabila kedudukan bumi,bulan dan matahari berada di dalam atu garisan.Ini kan pula kita manusia yang sentiasa bergerak dalam berbagai arah.

Samada pahit atau manis, duka, suka, bahagia atau kecewa,semua itu adalah masalah yang melanda untuk mewarnai kehidupan agar ceria. Ceriakah hidup jika hanya tersenyum sahaja? Atau ketawa sahaja? atau menangis sahaja? Maka usahlah duka bila ada masanya dugaan datang tak kira masa. Usahlah merintih atau mengeluh bila pelangi semakin sirna warnanya.Itu semua adalah bunga-bunga hati yang menceriakan kehidupan. Dalam kenyataan hidup semua yang di sangka indah pada bayangan dan khayalan adakalanya hanya kunjung sementara.


Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta.

Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.

Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.

Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu.

Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati.

Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu?

Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?

Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?

Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.

Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.

Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

4 comments:

  1. Assalamualaikum semua,
    Wah hebatnya kak Ummi, saya kagum dan sangat setuju dengan kak Ummi. Izinkan saya gunakan/ambil sedikit ungkapan-ungkapan yang saya suka, untuk blog saya.

    Terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Silakan nisha...ambillah mana-mana yang bermanfaat. Semoga kita semua mendapat redha, rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam kak ummi,kadang kala terasa diri ini sukarnya menjadi isteri solehah...

    ReplyDelete
  4. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

    Ummu Masyitah...
    Untuk menjadi isteri solehah ibarat memakan buah durian. Kulitnya berduri, perlu dibuka dengan susah payah, kemudian barulah dapat memakan isi durian yang manis dan lazat.

    Bila sahaja, kita bercita-cita menjadi isteri solehah, bertekad untuk meraihnya, serta merta dugaan Allah datang menguji kita. Diuji hanya dengan perkara remeh sahaja. Akhirnya jika kita berjaya melalui dengan sabar dan redha, kemanisan itu yang kita dapat.

    Berusahalah...

    Kita tidak perlu hingga berjihad di medan tempur untuk mendapatkannya, asalkan suami redha kita sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya, itu sudah cukup,redhalah Allah kepada kita.

    Semoga kita sentiada berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete