بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan Kasih SayangNya.
Hari ini, ummi terasa sayu, menunggu khabar dan berita seorang saudara yang baik, bila ummi membaca email atau postingnya di Halaqah.net akan melahirkan ghairah dan rasa cinta ummi kepada Allah SWT semakin meningkat.
Sudah beberapa hari sejak ummi lepas menjalani angiogram , dia tidak menzahirkan diri. Sebelum ini , dialah yang banyak memberikan kata dorongan dan semangat kepada ummi selain zauj, anak-anak, saudara mara dan warga halaqah semua.
Sihat kah dia? Bersuluk? Sebuk dengan urusan hidup lain? Walau di manapun dia, moga Allah memelihara dia bersama keluarganya di dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah.
Email dari seorang saudara di Halaqah.net kepada ummi
Manusia yang hidup atas muka bumi sentiasa menghadapi dua pantai....! Satu menghadap ke muka dunia satu lagi menghadap ke wajah Akhirat. Sedang dia bertarung ditengah2nya melalui berbagai dugaan dan cobaan. Bagi orang2 yang benar2 beriman ada ketikanya datang rindu pada Tuhan Rabbul Jalil....dia ingin kembali kepadaNya. Dia tidak pedulikan dunia ini dan isinya. Dia ingin sekali dibawa alunan ombak kesucian ke pantai Ilahi. Adakalanya perasaan lain menguasai dirinya. Dia merasakan dia perlu lagi berusaha beramal lagi. Dia merasakan dirinya terlalu lemah. Dia terlalu takut untuk menghadap Wajah Rabbul Jalil....!
Perasaan ini silih berganti mengikut keadaan dan berbagai dugaan yang Allah Ta'ala sediakan untuknya. Bukan memandang dugaan itu sebagai gangguan tetapi dengan dugaan itu sering menjadikannya tertanya2 bagaimana kesudahannya, bagaimana keadaan dirinya bila dipanggil kembali, terbayang dirinya menghadap Raja segala Raja.
Pada ketika ini, datang perasaan khauf dan Raja' seiringan, yang memeliharanya daripada kegelinciran Imannya.
Insya Allah Ummi akan selamat.....samada selamat kembali ke pantai dunia yang memerlukan mujahadah yang berterusan atau kembali ke pantai Ilahi yang menunggu kekasihnya! Bukankah itu sama sahaja bagi orang beriman. Kerana Allah Ta'ala Maha Penyayang. Ummi telah melakukan yang terbaik pada suami, anak2 , ibubapa dan Ummat Islam. Insya Allah Ummi akan selamat!
Wassalam
Doa dari sudara ini juga
Ya Allah! Engkau lebih mengetahui hamba engkau Ummi Munaliza! Perjuangan, jihad dan pengorbanan dia. Tetapkanlah dia didalam jalan kesucian Engkau sehingga akhir hayatnya.
Ya Allah Engkau Maha Mendengar rayuan dan tangisan dia setiap hari. Ampunkanlah semua kesalahan nyata atau yang tidak nyata daripada dia. Terimalah dia bagaikan bidadari syurga.!
Ya Allah Engkau Maha Melihat kepatuhan dan kesetiaan dia kepada suaminya sebagai seorang isteri yang baik. Engkau telah berjanji akan persilakan isteri2 yang solehah untuk memasuki Syurga dari mana2 pintu syurga yang mereka kehendaki.....Sesungguhnya Engkau Maha Menyempurnakan janji !
Ya Allah Engkau Maha Menyaksikan dia termasuk hamba2 engkau yang berpegang kepada pewaris Nabi Engkau. Tetapkanlah hati dia dan masukkanlah dia ke dalam golongan yang masuk syurga bertali-tali tanpa hisab!
Hai Tuhan Yang Maha Memenuhi Janji!
Allahu Akbar! WaLillahil Hamd!
Inilah kata - kata nasihat yang sering dilontarkan pada ummi, memberikan kekuatan pada ummi...
Kata Nasihat pada January 01, 2010, 12:40:56 AM.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menurut Ummi ibadah tidak terganggu dan hati tetap tenang, tiada gangguan syaitan. Kalau begitu tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.
Berdasarkan pengalaman saya didalam keruhanian, perasaan SAYU YANG MERUNTUN HATI yang datang tanpa sebab sedangkan hati tetap tenang, hubungan dengan Allah tiada terganggu bahkan sangat kuat, ini adalah membawa beberapa tanda :
1. Kita makin hampir dengan Allah Ta'ala disebabkan keasyikan dengan Allah.
2. Gambaran bayangan perasaan dan rasa gerun mengahdap Allah di Mahsyar.
Tetapi itu bukan perasaan sedih, tapi perasaan sayu. Jadi mungkin berbeza dengan keadaan Ummi yang berasa sedih sekarang.
Sekian Wassalam
Kata-kata Nasihat ke dua pada January 01, 2010, 05:35:49 PM.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia beberapa saat lagi oleh Allah. Semoga.... jika dipanggil kembali oleh Allah, semoga kita ditarik oleh Allah dengan penuh belas IhsanNya.
Quote
"Ada bezakah sayu dan sedih? kalau begitu ia lebih merujuk kepada sayu?"
Benar jauh bezanya antara sayu yang meruntun jiwa dengan perasaan 'sedih'.
Perasaan 'sayu yang mencengkam jiwa adalah perasaan yang penuh dengan 'takut' dan 'khauf' kepada Allah Ta'ala. Ianya datang secara tak dijangka2 bukan disebabkan oleh unsur2 kekurangan atau kepayahan duniawi. Sebaliknya ia adalah termasuk 'zauk' dan 'wijdan' yang karam didalam lautan Ahadiyyah disebabkan wujudnya zikir yang melimpah2 dari hati memenuhi seluruh tubuh bahkan memenuhi antara langit dan bumi. Ianya tidak dapat dita'rifkan dengan tepat oleh perkataan. Hanya semata2 perasaan yang dijelmakan oleh Allah kedalam hati hamba2Nya yang kasih kepadaNya.
Samada kasih kepada Allah itu dengan sebab banyak zikrullah atau banyak solwat atas Nabi atau mujahadah melakukan kebajikan kepada hamba2 Allah. Semua ini akan menerbitkan dan mendatangkan perasaan2 seperti itu.
Sedangkan 'sedih' adalah perasaan insan yang lazimnya disebabkan sesuatu yang luput daripada "dunia" atau suatu musibah yang tidak dapat ditanggung. Ia berbeza2 bergantung kepada sejauh mana akibat daripada musibah tersebut. Perasaan2 ini terjadi kepada semua insan...orang beriman, Islam awam atau orang kafir.
Quote
1. menegur seseorang secara berhemah. saya rasa apabila saya mahu menegur masih lagi terisi dengan emosi, menyebabkan orang terasa hati. Bila menegur dengan emosi,pasti syaitan berada di dalam ayat saya, menyebab ayat saya dipenuhi kata-kata sinis yang tajam. Macamana saya nak atasi ini?"
Sebenarnya sudah lama saya ingin menegur bab ini. Bahkan semalam pun saya terasa ingin menegur, tapi padam semula takut mengganggu lagi fikiran Ummi. Tapi Alhamdulillah apa yang saya nak tegur semalam tu jadi kenyataan kerana Ummi sendiri sudah sedar keadaan tersebut. Tidak salah kita akui kesilapan/kelemahan kita kerana itulah yang dituntut dalam agama. Syaitan pula berkehendakkan kita tidak menyesal/mengakui kesilapan.
Sungguh Iblis dan syaitan masukkan jarum dia dalam keadaan yang kita sedari.
Ye benar, apabila kita menegur dengan emosi, maka disitu nafsu dan syaitan akan mengambil peluang. Keadaan ini tidak kita sedari. Pada perasaan kita, kita buat yang baik. Maka kita tidak akan terasa apabila kita menghamburkan perkataan tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Berdasarkan pengalaman saya didalam Da'wah dan Tarbiyyah, Keadaan seperi ini banyak berlaku dikalangan para penda'wah muslimah. Kadang pendekatan ini terbawa2 sampai kerumah dan ketika menghadapi suami mereka sendiri. Mereka tak sedar mereka sakiti suami mereka dengan kata2 tegas dan keras (kerana terbawa2 dengan pendekatan Da'wah diluar). Moga ini tidak berlaku kepada Ummi.
Punca berlakunya keadaan ini banyak. Saya sebut beberapa perkara penting :
1. Perasaan bahawa kita sudah mengetahui banyak perkara secara praktikal bukan teori lagi.
2. Perasaan ingin menyampaikan sesuatu sehingga orang mesti menerimanya.
3. Perasaan bahawa orang2 lain sudah berada pada pemahaman yang sama dengan tahap dengan pemahaman kita.
4. Kesungguhan dan keazaman menyampaikan seruan sehingga tidak menyedari 'wasail' dan 'mad'u" yang menerima da'wah.
5. Kurangnya kesedaran bahawa kita sebenarnya didalam genggaman Af'al Allah dan kita sedang diuji dengan Ilmu, Amal serta kesabaran oleh Allah Ta'ala.
Sebenarnya banyak lagi sebab2 lain, tetapi yang lain2 adalah cabang2 daripada ini. Tidak semestinya seseorang itu mempunyai semua sifat2 tersebut. Ada kalanya sebahagian sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu berlawanan dengan sikap2 bersebut:
1. Sentiasa sedar dan hidupkan hati bahawa kita didalam genggaman Af'al Allah serta kita sedang diuji oleh Allah Ta'ala.
Sentiasa hidupkan hati bahawa seluruh Ilmu adalah anugerah Allah. Kita tidak memiliki suatu apa pun. Kita hanya diberi pinjaman oleh Allah. Bahkan dalam perkataan yang benar....kita sedang menanggung Amanah Allah Ta'ala.
2. Sentiasa memerhatikan mad'u yang menerima da'wah.
Jika mereka itu baharu sedar dan tidak tahu, maka Perlu kepada pendekatan memujuk dan membelai laksana bayi yang baru lahir. Jika mereka sudah biasa seperti kawan2 yang rapat maka pendekatan yang drastik diperlukan. Bahkan pendekatan lemah lembut kurang berkesan pada mereka2 ini.
3. Kesungguhan dan keazaman disertai kesedaran bahawa yang sebenarnya yang mendatangkan hamba2 tersebut kepada kita adalah Allah Ta'ala dan terserah kepada Allah Ta'ala untuk memberi petunjuk.
Ummi sudah lama didalam Da'wah sudah tentu banyak pengalaman. Insya Allah dengan pengalaman luas disertai tanzim yang sesuai akan menjadikan kita hamba2 Allah yang sebenarnya menunaikan Amanah atas muka bumi.
Itu antara pengalaman saya didalam Da'wah dan Tarbiyyah. Moga kita diberi pertolongan oleh Allah Ta'ala agar tetap istiqamah didalam Iman dan mati didalam Iman!
Wallahu A'lam
Kata-kata Nasihat ke 3 pada January 02, 2010, 01:04:24 AM
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Insya Allah Ummi, sama2lah kita ingat memperingati satu sama lain demi meninggikan syiar Ilahi. Anggaplah saya sebagai saudara Ummi yang sama2 mengharapkan keredhaan Allah.
Tiada daya upaya melainkan Allah.
Wassalam
NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!
No comments:
Post a Comment