Thursday, 4 February 2010

Antara Takut dan Harapan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk menjalani pembedahan hari ini.Sekiranya panjang umur itu baik untuk dunia dan akhiratku, maka ringankan sakit ku di dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU. Sekiranya mati itu baik untuk dunia dan akhiratku maka, matikan aku di dalam keluasan rahmat MU.






Maha Suci Allah,
Sakit ini milik MU
Sihat juga milik MU
Tubuhku ini milik MU
Hidup ku ini kerana MU
Mati ku kembali kepada MU

Wahai Allah Cintaku,
Hidupkan aku,
Matikan aku
dalam
Iman dan Islam yang sempurna
Aku serah diri kepada MU
Aku bertawakal kepada MU
Sucikan hati ku
Bersihkan jiwaku
Murnikan kalbu ku

Jadikan aku hamba yang redha
di atas segala yang Engkau takdirkan untuk ku
Wahai Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Segala puji untuk MU,
Engkau yang mencipta langit dan bumi
dan apa yang ada diantaranya,
Engkau Maharaja di langit dan di bumi
dan segala yang ada diantaranya,
Engkau yang memiliki cahaya di langit dan di bumi
dan apa yang ada diantaranya,
Ampunkan aku Ya Allah.



Hari ini genap juga usiaku 45 tahun. 
Tarikh aku dilahirkan 4/2/1965 - 4/2/2010. 
Semoga aku terus dilimpahkan dengan keluasan Rahmat dan
Kasih Sayang Allah di dunia dan akhirat.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

4 comments:

  1. Assalamualaikum semua,
    Semoga kak Ummi selamat dunia dan akhirat. Ameen.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nisha. Semoga kita sentiasa berada di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam ummi,semoga tabah menghadapi dugaan sakit. Saya kagum dgn segala catatan hidup ummi dan sgt memberi inspirasi kpd sya. Saya doakan ummi akn segera sembuh dan terus memberi dan berkongsi ilmu dan cerita.Semoga Allah lindungi dan rahmati ummi. Selamat hari lahir ke 45.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih izzati . Semoga kita sentiasa berada di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete