بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.
Semalam 2/2/2010 kira-kira jam 2:25 petang, ummi dapat panggilan telefon dari Dr Ida ,Jabatan Orthopedik, memberikan arahan untuk mendaftar masuk wad. Arahan itu dari Pakar Surgeon Mr. Masjudin untuk menjalani pembedahan pada hari Khamis ini 4/2/2010.
Tarikh sepatutnya pada pertemuan dan pemeriksaan terakhir pada 22/1/2010 ialah 18/2/2010. Tetapi tiba-tiab diarah masuk ke wad untuk jalani pembedahan dalam keadaan tidak ready. Belum kuat persediaan dalaman untuk jalani pembedahan kali ini. Sebaik mendengar berita arah masuk wad petang semalam, belum kering lagi air mata ni.
Rasa macam banyak perkara yang belum disiapkan. Lagi pun tak ada seorang anak pun tahu. Anak-anak yang di rumah, Ahmad Baihaqi dan Abdullah Mubarak seperti terpinga-pinga dan tidak faham. Berulang kali bertanya, kenapa dan apa. Buat panggilan telefon pada zauj yang ketika itu berada di pejabat untuk meminta menyediakan surat jaminan masuk wad (GL) dari majikan pun dia terkejut. Zauj terkejut dapat berita tu. Mungkin zauj juga belum sedia untuk izinkan isteri menjalani pembedahan yang sepatutnya 2minggu lagi.
Dalam masa yang sama ummi teringat surat kelulusan pembiayaan peralatan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia belum diambil dari sekolah. Surat kelulusan tu dah sampai ke sekolah, tapi pihak sekolah belum hantar kepada ummi sebab mereka pun menyangka tarikh pembedahan tu 2 minggu lagi.
Pergilah ummi ke sekolah untuk ambik surat tu sambil menghantar Ahmad Baihaqi untuk menjalani latihan rumah sukan. Sepanjang perjalanan ke sekolah tu, ummi menangis sambil memandu. Mata ni kelabu dengan air mata. Sampai sekolah, Baihaqi naik ke pejabat ambik surat, ummi bertemu 3 kawan baik yang masih mengajar di sekolah tu. Berpelukan ummi, menangis seseolah ummi nak pergi jauh dan lama. Tak pernah ummi macam ni. Menangis sungguh-sungguh di bahu kawan-kawan, lebih dasyat tangisan prpisahan ketika nak pergi menunaikan haji.
Balik rumah, kemas apa yang patut, tak banyak pun dikemaskan kerana masih seperti kebingungan, ummi utamakan kemas laptop ini, pastikan broadband ada,wayar-wayarnya cukup. Beg pakaian ummi balik dari KL hari Ahad lepas tu masih di kerusi sofa, belum pun dibawa naik ke atas, terus di angkat masuk kereta semula. Ambik tongkat kaki 4, peralatan mandi dan kebersihan diri, dan bekas air masak terus masukkan dalam kereta. Tidak banyak barang-barang yang ummi bawa kali ini. Kalau yang lepas-lepas tu, siap dengan karpet, bakul bunga, bantal, selimut untuk orang yang teman ummi selama tinggal di wad.
Tiba di Kaunter pendaftaran masuk wad HSAJB, pada jam 4: 20 petang, terdapat karenah birokrasi pula di kaunter pendaftaran. Tak tahulah apa yang mereka bisingkan berkaitan bil masuk wad 2 minggu lepas yang belum dibuat tuntutan lagi dari majikan suami. Ummi dah la sakit, tak larat nak berdiri lama, banyak pula karenah tu, hingga zauj call tanya kenapa lama berada di sana. Bila zauj dengar je suara tangisan ummi, terus zauj datang ke tempat tu. Rupanya, zauj dah tunggu di tingkat bawah wad kelas satu, yang bersebelah Kauter Pendaftaran tu setelah meletakkan kereta. Zauj yang selesaikan karenah birokrasi tu.
Dengan menggunakan kerusi roda, zauj sorong ummi hingga ke katil wad. Kini berada di tingkat 3, bilik 22, wad kelas satu HSAJB. Di sebabkan ummi masuk wad secara mengejut atas arahan 'urgent', rupanya mereka telah menyediakan segalanya dengan baik.Jururawat pun sudah sedia menanti ummi. Bilik penginapan ummi selama berada di wad telah disediakan.
Selesai solat asar, zauj mohon izin balik untuk uruskan anak-anak di rumah pula. Abdullah Mubarak bersekolah agama petang akan balik pada jam 6:30 petang. Saat berpisah dengan zauj, rasa amat sayu dan pilu. Beria-ia ummi menangis sekali lagi. Rasa berat nak berjauhan dengan zauj pada kali ini. Zauj peluk untuk tenangkan ummi sambil berbisik "redhalah dengan apa yang telah Allah tetapkan, abang redhakan ummi sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak abang. Allah ada bersama ummi." Itulah kata-kata azimat buat ummi yang berseorangan kini di wad.
Dah selesai solat isya', baru ummi telefon anak-anak ummi seorang demi seorang. Nazihah yang berada di Shah Alam, Ali Mahfuz di Seri Iskandar. Ummi tidak hubungi Omar Abdul Aziz di SBPI Rawang. Tunggu Omar call ummi baru boleh dikhabarkan berita ini sebab Omar tidak ada kemudahan telefon untuk dihubungi. Najdah dan Nasrum, ummi harap zauj yang hubungi. Aqbar, angah yang hubungi.
Lepas tu, ummi hubungi adik ummi di Perak. Ummi cuma khabarkan pada adik Jesmin sahaja. Biar dia yang menghubungi adik-adik lain kerana bukan lah mudah ummi nak bercakap dengan tiap orang kalau diiringi dengan tangisan samada dipihak ummi dan adik juga. Ummi belum khabarkan pada abah lagi sebab nak khabarkan abah yang amat berat pada ummi. Untuk khabarkan pada abah, ummi yang kena kuat, kalau boleh bercakap tanpa suara sebak dek tangisan kerana bila abah dengar saja suara ummi, pasti abah yang menangis dulu. Namun, bila ummi dengar suara tangisan abah, pasti ummi menangis juga. Sama saja anak beranak dan adik beradik ni, sedih bila dengar salah seorang anak, adik,mak jalani pembedahan.
Walaupun pembedahan cuma di kaki, 'TKR', total knee replecemant disebabkan oleh 'Severe deparmental Knee Osteoartritis ' tahap 4 namun risiko nya yang ummi selalu kalah. Sejarah pembedahan lalu,( ini kali ke 7 ummi di bawa ke Dewan Bedah ) selepas sahaja di bawah keluar dari Dewan Pembedahan (OT), ada kes yang ummi ditempatkan di ICU beberapa hari kerana keadaan tidak stabil, ada kes penurunan suhu badan yang mendadak sehingga doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa. Berapa kali melalui keadaan kritikal selepas pembedahan menyebab keyakinan kita kadang kala tergugat juga walau sekuat mana kita ini. Selalu terdetik di hati ummi, berapa kali kah 'nasib baik' 'tuah diri' akan diberikan peluang oleh Allah walaupun selagi belum ajal berpantang maut. Sekritikal mana pun, jika belum masanya roh menghadap ke hadirat Allah, maka usia itu tetap ada dan peluang ummi bertemu anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan anak-anak halaqah tetap ada. Pembedahan TKR Pertama.
Malam tadi bermula episod sebagai pesakit bermula dengan menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah. Mulalah di cucuk sana -sini nak sedut darah sebanyak 5 tabung uji. Rupanya masih tak cukup, pagi tadi ambik lagi satu tabung uji darah. Ambik urine.
Didapati tekanan darah sejak masuk semalam sentiasa tinggi , 169/107, 159/105, hingga hari ni. Doktor dah risau, kenapa pulak jadi macam ni sebab sebelum ini tak pernah ada tekanan darah tinggi dalam sejarah rawatan ummi. Yang selalu tu tekanan darah rendah. Hingga saat ini, tekanan darah masih belum ke tahap yang dikehendaki oleh doktor bedah.
Tadi pagi,jam 8:10 ummi dah dibawa bersiar ke Jabatan X-Ray yang jauhnya dari wad ummi lebih kurang 500 m. Sambil disorong atas kerusi roda, turun naik melalui lif, laptop ini tetap online Forum Halaqah.net sambil berkumandang suara ustaz alhaudhie mengaji. Ummi ditegur oleh seorang doktor, "kakak, kenapa kuatnya kerja, dah duduk di wad pun, sakit macam ni, masih komitment dengan kerja." Doktor tu ingat ummi menaip kertas kerja, yang sebenarnya ummi tengah chatting di chatbox Halaqah.net.
Menunggu di Jabatan X-ray untuk melakukan x-ray ke atas kaki kiri ini, ambik masa juga menunggu giliran, jadi sekurangnya ummi tidak merasa bosan. Sementara dalam bilik x-ray tu, ummi letakkan laptop ini atas katil tempat pembaring. Ummi buat biasa dan tak kisah pada orang yang tengok dan perhatikan ummi dengan laptopnya.
Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menjalani pembedahan esok. Sekiranya hidup itu lebih baik bagi ku sentiasa di dalam redha dan rahmat MU, maka panjangkan umurku, jika mati itu lebih baik bagi ku maka matikan aku didalam keluasan rahmat dan kasih sayang MU.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Salam Ummi..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan Ummi.. sy ingat nak chat dgn Ummi mlm nie.. tp tak tau pulak Ummi masuk ke wad..
salam ummi, lame nye tak de kabar.. maaf ummi aishah sentiasa ingat ummi tapi dek kekangan masa aishah tak sempat nak luang kan masa unt tny kabar ummi dan kawan2 lain. emm.. sedihnye,ummi kuatkan semangat ye..bykkan doa ye.. rindu sgt ummi. smg sentiasa dlm perlindungan kasih sayangNya
ReplyDeleteTerima kasih doa kalian...Mohon maafkan segala salah dan silap ummi, tersalah kata, tersilap bahasa, terguris rasa dan tertinggi nada dalam masa ummi menasihati dan memberikan teguran.
ReplyDelete