Sunday, 7 February 2010

Jangan Anggap Sakit itu Kifarah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Hari ini hari ke 6 ummi berada di HSAJB dan hari ke 4 selepas pembedahan Left Total Knee Replecement. Ummi masih tidak boleh bangun dan duduk sendiri kecuali dibangunkan dan disandarkan bantal dibelakang.

Kesakitan masih terasa. Pada Hari Kedua selepas pembedahan, sakit teramat dirasai di bahagian luka pembedahan. Memandang skor kesakitan mencapai 9/10, pemberian bius melalui epidural diberhentikan dan digantikan dengan pemberian 'morphine' melalui saluran darah menggunakan mesin 'omnifue pca' ( Syringe Pump Systems ). Mesin ini di'programmed'kan  untuk menyalurkan 'cecair morphine' kesaluran darah apabila pesakit (ummi) picit buttonnya. Button ini tidak boleh dipicit oleh sesiapa pun, walaupun doktor atau jururawat. Button ini juga dipicit secara berkala agar tidak berlebihan dose ke atas pesakit.(Omnifuse drug protocol management software will assist with medication error prevention.)

 


Omnifuse pca (Syringe Pump Systems)

Bermakna sudah 3 hari ummi berusaha dan ikhtiar mengatasi  rasa sakit dengan izin Allah menggunakan 'morphine' .Sebelum menggunakan 'morphine' doktor sudah cuba bantu dengan menggunakan 'pain killer' yang terbaik dimiliki oleh hospital seperti 'taramaldol', 'mobic',' celebrex' dll...tetapi keberkesanan untuk melegakan rasa sakit yang ummi alami selepas pembedahan itu kurang. Langkah terakhir doktor adalah 'morphine'.Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan.

Sedikit fakta berkaitan penggunaan dadah morphine. Reseptor μ adalah yang paling penting (μ mewakili morfin). Rangsangan ke atas reseptor μ oleh agonis seperti morfin boleh menyebabkan analgesia, sedasi, penurunan tekanan darah, kegatalan, loya, euforia, penurunan kadar pernafasan, miosis (pengecutan anak mata), dan sembelit. Sesetengah kesan seperti sedasi, euforia dan penurunan kadar pernafasan selalunya akan hilang apabila badan berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Walaupun penurunan kadar pernafasan mudah hilang, kesan ini merupakan kesan paling buruk jika opium digunakan secara berlebihan. Opium pada dos berlebihan boleh dibalikkan dengan menggunakan antagonis, sejenis dadah yang terikat lebih kuat kepada reseptor μ daripada kebanyakan agonis. Antagonis akan mengganti dadah agonis dan mengubah kesan-kesan buruk agonis.

Kesan dari penggunaan morphine ini seperti penurunan tekanan darah, loya, pening, dan penurunan kadar pernafasan memang ummi alami menyebabkan ummi tidak berselera untuk makan. Ummi cuma memaksa diri untuk minum air milo dan sedikit buah-buahan. Makanan yang disediakan oleh pihak hospital amat menyelerakan sebab ummi 'order'  'western food' sepanjang ummi tinggal di wad. Jadi ia menjadi rezeki sesiapa yang menemani ummi. Tiada hidangan nasi atau masakan melayu.

Malam pertama dan kedua ummi tinggal di wad, tak ada sesiapa yang dapat menemani, lagi pun masa itu ummi belum jalani pembedahan. Malam ketiga, kiranya malam pertama selepas pembedahan, oleh kerana esoknya hari bekerja, zauj datang selepas maghrib dan balik lewat malam selepas ummi tidor.

Pada hari pembedahan akan dijalankan , pagi zauj dah sampai selepas 'punch card' di pejabat dan memaklumkan kepada dekan, zauj datang. Zauj sampai 5 minit sebelum ummi di bawa ke Dewan Pembedahan. Jadual ummi ditukar lagi secara mengejut, makluman awal ummi terima, jangkaan ummi ke Dewan Bedah adalah pada pukul 2 petang. Tiba-tiba ditukar ke jam 10 :00 pagi. Ingatkan pagi tu, zauj dapat lama menemani ummi.

Zauj turut mengiringi ummi hingga ke Dewan Bedah. Di saat ummi akan disorong masuk kedalam Dewan, masih sempat zauj peluk, cium ummi dan membisikkan kata-kata hikmah dan redhanya pada ummi. Kiranya jika berlaku apa-apa pada ummi pun, ummi tidak rasa terkilan atau sayu setelah redha suami ke atas isterinya.

Ketika di Dewan Pembedahan, jam menunjukkan pukul 10:25 pagi.Ummi di sorong ke DB 6. Para petugas mula menjalankan tugas masing-masing, dengan dimulai oleh bahagian anestatik. Suntikan bius 'epidural' dibahagian tulang belakang. Ketika suntuikan ini dibuat air mata ummi dah mula mengalir. Bagi ummi apa jua suntikan atau jarum yang ditusuk ke kulit daging ummi amat menyakitkan. Pasti air mata akan melelah. Tambahan doktor selalu menceritakan risiko bagi setiap rawatan. Begitu juga risiko menggunakan suntikan annestatik epidural yang boleh menyebabkan lumpuh. Apabila menggunakan epidural ini, bahagian pinggang ke bawah akan rasa kebas.

Suntikan pertama meresap membuatkan ummi seperti terkejut dan tersentak apabila kaki kanan seseolah terkena renjatan. Seterusnya dos kedua menyebabkan kedua-dua kaki rasa kebas. Akhirnya ummi tidak merasai apa-apa lagi yang berlaku pada kaki.

Kemudian ummi dipindahkan ke katil tempat pembedahan. Petugas mula memasang tiub-tiub dan wayar di badan ummi. Dimulai dengan tiub oksigen, wayar ECG, tekanan darah , drip ,tiub urin dan satu klip berlampu dihujung jari. Klip ini yang ummi masih belum tahu apa fungsinya. Tiub epidural di bahagian tulang belakang di pasang dan di sambung hingga ke bahu kiri. Semasa pembedahan berlangsung, pakar bius yang bertugas akan berkala menyuntik cecair annestatik masuk ke tubuh ummi melalui sauran epidural ini agar fungsi kaki ummi kebas berterusan.

Semasa di Dewan Bedah

Oleh kerana bilik ini sangat sejuk, suhu di bawah 16 darjah celcius, ummi diselimuti dengan selimut tebal dan di masukkan 'warmer' udara panas dialirkan di bawah selimut ke tubuh ummi, agar ummi tidak kesejukkan. Kalau tidak , pasti tubuh ummi mengigil-gigil hingga gigi berlaga-laga menahan sejuk.

Walaupun ummi dalam keadaan sedar, ummi tidak dibenarkan melihat prosdur pembedahan dijalankan. Satu kain 'hijab' dipasang di dada ummi untuk memisahkan pandangan ummi ke kaki. Tetapi telinga ummi mendengar sahaja apa yang doktor pakar bedah lakukan. Pembedahan di ketuai oleh Pakar Surgeon Mr Masjudin Tomin, Dato Zahir dan Dr Ida dan ada beberapa orang doktor lain yang terlibat tetapi ummi tidak tahu namanya kerana tidak diperkenalkan kepada ummi.

 
ini bukan ummi

Ummi tahu , ada sekumpulan  doktor pelatih orthopedik yang hadir ketika pembedahan dijalankan, dibawah bimbingan Dr Dato' Zahir. Ummi tidak ada hak untuk melarang dari orang lain melihat pembedahan ke atas ummi kerana mereka mungkin belajar untuk mengubati orang lain di masa akan datang. Ummi mendengar bunyi gergaji elektrik untuk memotong tulang, bunyi gerudi untuk gerudi tulang, ada bau seperti bau tulang terbakar. Ummi dengar bunyi cecair di sedut masuk ke balang, bunyi cecair di siram ke luka pembedahan dan macam-macam bunyi lagi. Ummi dapat bayangkan apa doktor sedang buat ketika itu, walaupun ummi tidak melihatnya.

Hati ummi tidak putus daripada berdoa dan berzikir memohon keluasan rahmat Allah Ta'ala. Ummi sudah hilang rasa takut kecuali mengharap redha, rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala. Apa-apa yang berlaku dengan kehendak Allah, ummi redha juga. Ummi memang tidak mempunyai daya upaya melainkan berserah kepada Allah Ta'ala sahaja.

Mungkin juga ketika pembedahan berlangsung, ummi terlelap sekali sekala. Sehingga ummi ditepuk bahu, "ok, kakak, pembedahan telah selesai". Terus ummi bertanyakan pukul berapa,"pukul 2:25 petang". Sempat Mr Masjudin bertemu ummi semula dan menunjukkan beberapa keping gambar yang diambil ketika pembedahan berlangsung dan menceritakan keadaan kerosakkan tulang-tulang ummi.

"Kerosakkan tulang-tulang kaki kakak kali ini lebih teruk dari kaki kanan hari tu. dah berongga dan pecah-pecah. Itu yang membuat kakak sentiasa rasa sakit dalam apa jua keadaan. Dan suntikan suplysyn yang kita berikan pun tidak memberikan apa-apa kesan lagi. Cuma ada sebahagian meniskusnya masih dalam keadaan baik. Mana-mana bahagian yang masih baik,kita tidak usik, sebaliknya kita berhati-hati dibahagian itu, agar dapat mengekalkan yang original."

Selesai prosedur di Dewan bedah, ummi ditempatkan di tempat pemulihan terlebih dahulu sebelum dihantar ke wad. Semasa di tempat pemerhatian ini, ummi dipantau dari tekanan darah, jantung , nadi dan suhu badan. Sama kes pembedahan pertama dan kedua dahulu, ummi mengalami penurunan suhu badan. Ummi diberikan 'warmer' berterusan,agar suhu badan meningkat. Risiko jika tiada seorang pegawai perubatan sedar akan penurunan suhu ke atas pesakit dan tidak diberikan rawatan segera ialah  pesakit akan mengalami 'koma'. Disamping itu ummi juga kesakitan kesan pembedahan dan muntah-muntah. Tekanan darah juga telah menurun.

Apabila keadaan agak stabil, jam 4:30 petang, ummi dihantar balik ke wad. Di wad, ummi diberikan perhatian oleh doktor bertugas dan jururawat. Suhu badan, tekanan darah sentiasa diambil dan dipantau. Ummi masih lagi mengalami muntah -muntah, walaupun ummi tidak makan sejak 14jam yang lalu. Muntah yang keluar cuma air yang pahit sahaja. Sakit perut untuk mengeluarkan muntah itu, namun apabila telah dimuntahkan rasa lega. Bergilir-gilir jururawat menunggu ummi sehingga zauj datang selepas maghrib.

Petang itu, ada jururawat, (semua jururawat ke kelas 1, wad ummi ditempatkan) telah mengenali ummi. (sebab dah kerap sangat duduk sini). Ada yang baik hati, sebaik ummi dah kelihatan stabil, tolong pasangkan laptop ummi, dan online halaqah. Tu yang nak tergelak pun ada. Baru lepas jalani pembedahan, dah boleh online. Tapi ummi tidak menjawap pertanyaan halaqain, sekadar membaca sahaja. Jika panggilan telefon, ummi jawaplah.

Namun malam itu keadaan ummi agak kurang stabil juga, setiap jam tekanan darah di ambik kerana tekanan darah berada dilingkungan 72/50, 74/52, 73/51 dan denyutan nadi dalam kadar 90 ++ seminit, agak laju dari biasa. Tidur pun tidak lena dan masih ada rasa mahu muntah.Sebelum jam 6 petang, Kawan sekolah  ummi Intan Badariah datang bersama dengan anak murid sekolah ummi dulu , Rubiah. Selepas zauj suapkan makan malan, Zauj terpaksa balik juga kerana esok pagi perlu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun pagi lagi zauj dah sampai untuk suapkan sarapan pagi. Kebetulan hari kedua selepas pembedahan , adalah hari Jumaat.  Malamnya zauj datang semula untuk suapkan ummi makan.

Oleh kerana Lya datang, dan bertujuan nak bermalam, zauj balik selepas beri ummi makan. Lya temankan ummi hingga petang Sabtu. Tengah hari tu, Badry (halaqian yang tinggal di JB) datang ziarah ummi. Petangnya , kawan ummi Hanizah bersama suami pun ada datang. Pada hari kedua, sehari sebelum pembedahan, halaqian AisyahKhadijah , anak angkat ummi Maizatul Ikmar dan Izatul Asykin. Selepas itu bekas anak murid ummi Norsyuhada juga ada datang.

Petang semalam ummi dah mula jalani exersice menggerakkan kaki menggunakan mesin. Kaki digerakkan bengkok/ boleh dilipat sebnayak 60 darjah selama 20 minit. Hari ini pun begitu juga, exersice akan dijalan kan setiap hari dengan kadar darjah lipatan dinaikkan 10 darjah setiap hari sehingga boleh dilipat sebanyak 120 darjah.


Begitulah catatan sehingga hari ke 6 ummi berada di wad ini. Semoga apa yang ummi lalui ini menjadi iktibar, panduan dan pengalaman kepada pembaca budiman. Sakit dan kesakitan itu adalah anugerah Allah Ta'ala, mesti ditempuh dan dilalui dengan sabar, redha dan syukur. Jangan anggap sakit dan kesakitan itu satu kifarah, kerana jika anggap ia kifarah, bermakna Allah membalas dendam atas kesalahan manusia atas apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Anggaplah sakit dan kesakitan itu sebagai anugerah untuk menguji dan meningkatkan iman kita disamping meraih kemanisan iman. Bila rasa sakit, kita berusaha dan berikhtiar untuk melegakan rasa sakit dan berharap dengan izin Allah rasa sakit itu akan ringan dan hilang.


Masa sakit ini juga kita boleh melihat kasih sayang orang-orang yang ada di sekeliling kita. Zauj dan anak-anak ummi, mereka terlalu banyak memahami dan berkorban untuk ummi dan bersama-sama membantu meringankan sakit ini. Merekalah  nyawa ummi di dunia dan harta ummi diakhirat nanti.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

9 comments:

  1. Salam Ummi..

    Harap Ummi semakin baik.. Dr Ida yg membedah Ummi tu rakan sekuliah sy dulu Ummi.. malam sblm Ummi dibedah tu sy tanya dia macam mana.. dia cakaplah serba sedikit..

    p/s: Klip kat jari tu namanya SPO2 monitor.. lampu merah tu adalah infrared yg detect berapa persen oksigen dalam darah Ummi.. untuk tau cukup atau tak oksigen dalam darah Ummi.. sebab Ummi guna PCA Morphine yg ade risiko respiratory depression, kt dpt tau samada Ummi ok atau tak melalui klip tu la.. kalau machine tu baca SPO2 > 95%, maka Ummi tak perlu oksigen tambahan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Dr Fahmi. Sebelum ummi dibedah, Dr Ida datang jumpa ummi,kenalkan diri, siap tanya, ada kenal ke Fahmi Syukur? Masa tu fikiran ummi dah lupa hal dunia, tetapi bila dia sebut nama Fahmi Syukur, terus ummi ingat. Dr Ida kata, saya kawan Fahmi masa di Unimas dulu. Oh..best juga ada kawan doktor di sini.

    Klip guna intrared tu memang ummi tak tahu nama dan fungsinya.Sebab tak tahu nama,ummi tak tahu nak gooogle cari maklumat. Kalau tahu nama memang ummi google cari apa fungsinya macam ummi google cari fungsi PCA Morphine ni. PCA Morphine ni pun pertama kali ummi tengok, sringe pump yang siap dikunci. Syirnge pump yang mengandungi cecair morphine dikunci dalam 'cashing' agar tidak dilarikan orang. Lepas tu, diprogrammed agar dose yang masuk ke saluran darah tidak berlebihan di dalam satu satu masa. Tak boleh usik programmednya , nanti suspended,susah nak cari petugas yang memegang kunci tu.Kat HSAJB ni, petugas yang pegang kunci dan jururawat bahagian ini cuma ada 8 orang sahaja untuk satu hospital.

    Banyak maklumat perubatan yang ummi perolehi sepanjang ummi jalani rawatan di HSAJB. Syukur kepada Allah yang mengurniakan ummi kelebihan ini dari orang lain,walaupun ummi bukan doktor, bukan jururawat dan bukan petugas kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Ini komen di chatbox ummi dari seorang secret admirer laman 'Field of Dream'

    http://sayangsicomel.blogspot.com/
    7 Feb 10, 09:48
    ahsanitaqwiim: salam ummi,ana atiqah dari new zealand. ana secret admire blog ummi sejak tahun lepas. ummi bersabar ye.

    7 Feb 10, 09:49
    ahsanitaqwiim: jika diikutkan hati ana, ana mahu trbang balik ke Malaysia, dan memeluk ummi, ana rasa DEKAT dgn ummi.

    7 Feb 10, 09:49
    ahsanitaqwiim: insyaAllah, moga Allah gantikan sakit ummi dgn harga syurga yg tak ternilai, ameen ya RABB. SYG UMMI.

    ReplyDelete
  4. Ehe.. dia tanya sape Ummi dgn sy.. then tanya cemana bleh kenal.. then sy xtau nak ckp ape.. sy kata Ummi mak mertua kawan sy.. hehe

    ReplyDelete
  5. Mak Mertua kawan saya? Hehehe...Betul juga ye Dr Fahmi, camana nak create cerita macamana kita kenal? Moga silaturahim kita berpanjangan hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  6. Ye lah Ummi.. takkan sy nak cakap sy kenal dlm internet.. huhu.. nanti pelik pulak bunyinye..

    ReplyDelete
  7. Tak sangkakan,kenal kat internet pun boleh rasa mesra dan dekat di hati. Semoga kita langsungkan silaturahim ini ke alam nyatahingga ke anak cucu.Bilalah doktor nak ada anak? Dan semoga dapat bertemu suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. Your curгеnt ρost feаtures ѵeгified benefісial to mе ρersonаlly.

    It’ѕ quіte useful аnd you're certainly quite experienced in this region. You have got exposed our sight to various thoughts about this matter using intriguing, notable and solid content material.
    Here is my site :: Buy Valium Online

    ReplyDelete
  9. Your own ωгitе-up has veгified bеneficial to myself.
    It’s really informative and you are clearlу гeаlly well-infoгmed іn thіѕ fіeld.
    Υou have oрened ouг eyes fοr you to numеrous views on thіs kinԁ of subject with intriguing аnd sοund articlеs.
    Also visit my web site : buy viagra online

    ReplyDelete