Thursday, 11 March 2010

Adakah Allah Masih Menerima Taubatku?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







"Barangsiapa yg mengetahui sesungguhnya AKUlah yg mempunyai kekuasaan untuk mengampuni segala dosa,nescaya dia KU ampuni dan AKU tidak peduli (walau banyak atau besar dosanya) asal tidak menyekutukan sesuatu pun dengan AKU." (HQR Hakim dan Thabarani dalam al-Kabir yg bersumber dari Ibnu Abbas R.A.)



Apabila seseorang hamba itu bertaubat dengan taubat yang Nasuha dan terlihat tanda2 pada diri dia, bahwa dia telah insaf dengan sebenar maka menjadi tanggungjawab kita untuk menerima dia dan tidak boleh lagi mengutuk dia lagi.  Kita wajib menerima dia dengan bersangka baik kerana Allah Ta’ala telah menyucikan orang2 yang bertaubat dengan Taubat Nasuha!

Imam Jailani     ضي الله عنه  menulis didalam kitab beliau Al-Ghinyah, :

“Dan mereka yang bertemu dengan orang2 yang memilki tanda2 tersebut (iaitu tanda2 orang itu telah Taubat dengan sebenar),  maka wajib mereka melakukan empat hal (terhadap orang tersebut) :

Pertama, mereka harus mencintainya kerana Allah juga mencintainya.

Kedua, mereka harus mendoakannya agar selalu diteguhkan oleh Allah didalam Taubatnya.

Ketiga, tidak mencelanya atas dosa dan kesalahan yang dahulu pernah dilakukannya.
Hal ini didasarkan pada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم,  Baginda bersabda, :  Barangsiapa mencela seorang Mu’min dengan suatu kekejian, maka pencelaan itu menjadi kaffarah bagi orang Mu’min yang dicela itu, dan menjadi Haq Allah untuk mencampakkan  si pencela didalam kekejian.  Dan barangsiapa mencela seorang Mu’min dengan suatu kesalahan, maka dia tidak akan mati sampai dia melakukan kesalahan tersebut dan namanya tercoreng kerananya.”

dan Allah berfirman :

وَلَـكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الايمَـنَ وَزَيَّنَهُ فِى قُلُوبِكُمْ  وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kalian benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.   [Al-Hujraat, (49) : 7 ]



Dalam ayat tersebut  Allah mengkhabarkan bahwa Dia telah menanmkan kebencian pada kemaksiatan didalam diri kaum Mu’min. Sebab itu tidak boleh seorang pun mencela mereka  jika mereka bertaubat dan kembali kepadaNya.  Sebaliknya hendaklah dia harus didoakan supaya diberi keteguhan didalam taubatnya.

Keempat, berteman dengannya dan menolongnya.

(petikan dari Al-Ghunyah Li Talibi Toriqil-Haqq)



Demikian anjuran supaya kita menerima dengan hati yang lapang terhadap hamba2 Allah yang telah bertaubat dengan Taubat yang benar serta telah kembali melakukan kebajikan.

Semoga kita mengambil I’tibar.


Wallahu A’lam



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment