بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hadis riwayat al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"
Seterusnya kesinambungan dari adap-adap dan syarat bertaubat, kita lihat pula bagaimana untuk menguatka diri untuk menjauhi maksiat. Segala perkara maksiat berlaku disekitar kita. Samada kita rela atau tidak kadang kala kita turut terlibat.
Melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat,berpakaian seksi, terlibat dalam urusan jualbeli yang diharamkan tanpa sedar, terlibat dalam perbanking riba yang tidak dapat dielakkan,memberikan sokongan kepada kaum kafir di dalam kekejaman ke atas umat Islam dan berbagai-bagai lagi maksiat yang dilakukan tanpa disedari dan tidak dapat di elak.
Pertama :
Tanamkan didalam ingatan dan leburkan didalam hati bahawa kita manusia adalah makhluk dan hambaNya. Sifat hamba adalah sentiasa patuh kepada Tuhannya.
Kedua :
Allah Ta’ala memberi Ni’mat yang terlalu banyak. Ni’mat rezeki, kesihatan, harta kekayaan…banyak lagi yang tidak terhitung. Lazimkan bertanya didalam hati, sanggupkah kita menderhaka pada Dia Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.
Ketiga :
Banyak2 zikrullah. Kalau boleh dalam setiap keadaan….berdiri, baring , duduk, berjalan, naik kenderaan….dalam semua masa. Ini memang sukar dilakukan pada permulaan. Tetapi jika lazimkan dengan zikrullah ini, lama2 ianya akan sebati didalam hati dan perasaan. Keadaan hati yang hidup dengan zikrullah akan menyelamatkan kita didalam berbagai kebinasaan nafsu syahwat.
Keempat :
Sentiasa ingat bahawa MAUT itu akan datang menjemput bila2 masa…..tanpa mengira usia, tanpa mengira pangkat dan kekayaan. Apabila MAUT datang, tiada siapa boleh menghalang. …samada Raja atau Sultan, kaya atau miskin, muda atau tua. Jangan menganggap dan mengira bahwa kita boleh taubat bila sudah tua atau bila sudah pencen. Berapa ramai dizaman ini yang mati pada usia remaja. Jadi sedialah diri dengan TAUBAT dan AMAL yang baik.
Ya Allah, Tuhan yang menjadikan insan dan bekalkan hati di dadanya.
Ya Allah Ya Tuhan yang menjadikan nafsu didalam hati itu.
Selamatkanlah kami dari dari segala macam kedurjanaan dan kecelakaan nafsu .
Jauhkanlah kami dari sekalian dosa besar dan kecil, zahir dan batin.
Ampunkanlah kami dan sucikanlah kami, wahai Tuhan Yang Maha Memiliki Arasy.
Wallahu A’lam
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Assalamualaikum ummi. Terima kasih atas posting ini. Jiwa anak muda. Sedang membara. Kini saya sedang merasainya. Maka, nasihat tadi amat berguna.
ReplyDeletew'salam. terima kasih kerana sudi menziarahi laman ini.
ReplyDelete