Thursday, 4 March 2010

SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semalam ummi memetik tulisan Pak Arab berkaitan "ADAKAH SAH TAUBAT ORANG YANG MENGULANGI KEJAHATANNYA?", hari ini ummi sambung lagi berkaitan dengan syarat-syarat dan adap bertaubat untuk menjadi ingatan dan panduan kepada kita. Sebenarnya setiap hari kita melakukan dosa samada disedari atau tidak disedari.Dosa yang disengajakan atau tidak disengajakan. Maka sewajarnya setiap hari juga kita mesti bertaubat.


Rasullulah yang maksum, menjadi kekasih Allah pun setiap hari memohon ampun kepada Allah dan beristigfar 70 kali sehari. Apatah lagi kita yang setiap hari sering lalai dan leka dari mengingati Allah dengan sebaik-baiknya.


Maka sewajarnya di dalam doa ketika selesai solat tahajud dilafazkan doa ini, 

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu,
dan dosa-dosa yang akan datang,
dosa yang aku sembunyi dan dosa yang aku nampakkan,
dosa yang aku ketahui atau yang tidak aku sedari,
dan dosa yang hanya Engkau yang mengetahuinya,
Engkau yang tidak berawal dan berakhir,
Tiada yang patut disembah selain Engkau,
Tiada padaku daya dan kekuatanMu,
Ya Allah Tuhan ku yang Maha Tinggi dan Maha Besar.


Dan doa ini juga dibaca setiap hari. Doa ini ialah doa yang dibaca ketika tawaf pusingan ke 6 tidak kira ketika tawaf sunat, tawaf qudum, tawah umrah atau tawaf haji.

Ya Allah, Ya Tuhan ku,
Sesungguhnya banyak tanggunganku (dosaku) terhadap MU dan di antara aku dengan makhluk MU. Ya Allah, Ya Tuhanku, apa-apa jua kesalahanku terhadap MU maka ampunkan lah. Apa-apa jua kesalahan diantara aku dan makhluk MU maka aku minta Engkau tanggungkan untuk ku. Dan kayakan lah aku dengan yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari maksiat dan dengan kurniaan MU dari kurniaan selain MU. Ya Allah, Tuhan yang Maha Luas Keampunan, Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Baca lah doa ini berulang kali setiap hari...

Sebelum bertaubat seseorang wajib mengetahui syarat2 taubat supaya taubatnya benar2 berkesan didalam jiwa dan diterima oleh Allah.

SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya

4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).


Setelah semua ini dilakukan oleh seorang hamba dengan penuh keinsafan, penyesalan dan air mata taubat yang sungguh2 maka berdasarkan keterangan para Ulama2 yang siddiq,  taubatnya di terima.  Perlu diingat bahwa di sana terdapat syarat2 yang ketat diantaranya berazam sungguh2 tidak ulangi lagi.....disini TITIK PALING PENTING!

Tetapi timbul persoalan ;  Pada zaman kemudian daripda taubat itu, bagaimana kalau orang ini melakukan lagi kesalahan tersebut.?   Dalam hal ini wajiblah atasnya bertaubat lagi sepertimana tadi juga.  Iaitu benar2 berazam dan mohon merayu kepada Allah DAN BERAZAM tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

Bagaimana setelah taubat yang sungguh2 tersebut dia buat lagi dosa yang sama juga......?  Maka jawapanya sama juag ,,,,Taubatlah lagi dengan sungguh2 seperti permulaan!

Jika ada yang bertanya ; Bukankah ini bermain2 namanya?

Kita menjawab :  Perbuatan ini akan dikira mempermain2kan Allah jika semasa taubatnya terlintas dihatinya bahwa dia akan buat lagi ma'siat tersebut.  Tetapi jika dia benar2 bertaubat sebagaimana syarat2 diatas sah taubatnya,  dan telah suci dirinya pada ketika itu.


Semoga Allah memberi kedamaian hati kepada kita semua agar sentiasa didalam kesucian!


Wallahu A'lam


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment