Sunday, 23 May 2010

Hati Yang Terluka dari jari Yang tidak bersuara

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



MENJAGA LIDAH Rasulullah bersabda: “Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” ( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim )



Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (Al-Qur`an: Al-Ahzab ayat 70)




Umat Islam dituntut menjaga lidah


Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam al-Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta.” (al-Hajj: 30)

Peribahasa lama Melayu menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut (lidah) badan binasa” memberikan satu ingatan yang tegas.

Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya Iebih bersopan. Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada Si pembohong itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Malah tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah “syirik” menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua ibu dan ayah. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah, Rasulullah menjelaskan: Mensekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya (ada lagi) iaitu perkataan dusta.” (Muttafaq ‘Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia.

Buah fikirannya akan tetap harum semerbak malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun dituangkannya lebih setengah abad lalu. Katanya:

“Sesekali bukan merdeka seorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dan fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang busuk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang.”

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong. Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 30)

lngatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran menerusi dua buah hadis yang bermaksud:

“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dengan barat.” (Riwayat Muslim)

“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)

Daripada Muaz, katanya, Rasulullah s.a.w memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda (yang bermaksud):

“Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin, bertafakur memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki-hamun orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! lngatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang terang secara terang.” (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafik mengenai isterinya yang paling dicintai dikatakan telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan Aisyah daripada tuduhan yang hina itu menerusi wahyunya dalam surah an-Nur, ayat 11 hingga 23.

lnilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafik dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudaratannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam

Sekarang zaman IT, bukan lidah sahaja perlu dijaga,tapi jari-jari yang menaip di papan kekunci juga perlu dijaga. Jari-jari yang tidak punya hati,menaip dari garapan idea yang tercetus dari fikiran tuannya. Jari-jari itu bisa melukakan hati-hati yang sedang berduka dan tambah melukakan.

Jika tidak bisa memahami perasaan orang lain dikala berduka,tidak perlu untuk menambahkan lukanya. Cukup sekadar membaca,tanpa perlu menambah perisa.

Jika perisa itu mendatang keenakkan tidak mengapa, sebaliknya perisa itu menambah kepahitan sedia ada. Menjarakkan hubungan yang telah berdarah. Pilu dan sendu kian terasa.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment