Saturday, 3 July 2010

Hadiah Buat Imran


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semalam 2 Julai adalah hari lahir anakku yang ke 10, Muhammad Imran. Dari malam 1 hb tu lagi Imran sudah ingatkan bahawa esok hari lahir dia. Dia nak hadiah jam tangan digital kalis air.


Apabila bangun pagi sahaja, terus dia tanya, " mana jam tangan?"


"Nantilah Imran balik sekolah ummi bagi."


Ingatkan pagi tu sempatlah ummi keluar ke Jusco atau Gaint, mencari jam tangan yang Imran cita-citakan. Tapi pagi tu, sebuk pula sebab angah berkemas nak balik ke Setia Alam. Balik je Imran dari sekolah kebangsaan, terus dia tanya "mana jam tangan?"


Reka lagi alasan, " lepas Imran balik sekolah agama , ya."


Mujur Imran masih mahu terima alasan tu, terus dia pun bersiap-siap ke masjid untuk solat Jumaat. Balik solat Jumaat, dia makan tengah hari dan ke sekolah agama. Ummi pun bercadang nak ke Taman Univeristi untuk beli jam tangan.


Tak ada sapa pulak nak bawa sebab, angah dah nak berangkat ke Setia Alam, along pula nak hantar Abdullah ke sekolah agama. Lepas along hantar Abdullah dan jemput Imran dari sekolah agama, masuk saja rumah, terus dia minta jam tangan.


Apa akal ummi lagi ni, sat gi mesti mengamok punya budak ni, jika jam tangan yang dia nak tu tak ada. Imran bukan jenis budak yang selalu minta benda-benda. Mainan pun jarang dia minta dibelikan, apatah lagi pakaian budak yang ikut trend semasa.


Memang ummi tidak memanjakan anak-anak atau memewahkan mereka dengan harta benda. Ummi memang ajar mereka untuk hidup susah dan menghargai ssuatu benda. Biar rasa susah nak dapat, jadi bila dapat mereka akan menghargainya.


Tiap kali hari raya, dari kecik lagi, semua anak-anak ummi cuma belikan sepasang selipar getah yang harga paling mahal RM 4.00. Baju sepasang seorang, itu pun ummi beli sehari lagi nak raya atau malam raya. Ketika ini, harga baju dah less 70 %. Baju ni ummi memang surver kat Jusco atau Gaint, dari awal puasa dah di jual dengan harga tanpa diskuan. Seminggu nak raya, harga baju tu dah diberikan potongan diskaun 20% atau 30 %. Maka ummi tunggu sehingga satu hari lagi nak raya,potongan baju tu akan jadi 50 % - 70%.


Semua anak, dari yang kecik sampai yang besar,ummi buat begitu. Anak-anak yang besar dah faham akan cara ummi, berhemah dalam perbelanjaan. Ummi lebih suka ajar anak selalu infak dari belanja tanpa tak tentu hala. Sebab tu anak-anak,kalau mereka mahu membeli sesuatu,mereka akan kumpul duit belanja sendiri, dan bila dah cukup, baru mereka beli. Itu pun kena tanya ummi,samada boleh atau tidak.


Ada juga yang cuba buat sesuatu dengan membeli tanpa maklumkan pada ummi, walaupun duit sendiri. Raya tahun lepas...


Lepas raya, sebuk Abdullah minta dibawa ke kedai Seven Eleven,katanya nak beli barang. Bila ditanya tak mahu berterus terang,cuma kata nak beli "kertas bernilai". Bila Abdullah masuk semula ke dalam kereta,ummi tanya,mana barangnya, Abdullah jawap, "ada lah". "mana? tunjukkan pada ummi."


Nak tak nak, Abdullah pun terpaksa tunjukkan apa yang dibelinya itu. Rupanya apa yang dibeli oleh Abdullah ialah kertas top up. Ummi baca,kertas tu kertas reload top up maxis bernilai RM 30. Ummi jadi heran, Abdullah nak buat apa dengan topi up tu, sebab Abdullah mana ada handphone.


Tanya punya tanya, nak buat apa dengan top up tu,baru dia cerita,nak buat beli pedang dengan pistol game internet. Dia tak tahu sebenarnya macam mana nak beli. Nak guna kredit kad, dia tak ada. Bila di ceritakan dengan abang-abang dan kakaknya, semua ketawa dan ejek Abdullah. Itu lah,beli barang tak mahu cakap dengan ummi,kan dah salah beli. Melayang duit RM 30.


Kerana simpati pada Abdullah,Nazihah ambik top up tu untuk top up nombor maxisnya. " Wah! tak pernah top up handphone sebanyak ini, tetiba hari ni dapat rezeki kerana ada orang tak mahu berterus terang dan bertanya pada ummi,kan dah kantoi." Selepas tu selalu Abdullah di ejek kerana percubaan pertama menyembunyikan sesuatu dari ummi. Mereka akan ingat kan sesama adik beradik,jangan membelakangkan ummi,ummi mesti tahu nanti. Kalau buat juga ,nanti ada je yang tak kena.


Itulah pengajaran yang mereka dapat dan jadikan iktibar. Banyak lagi kisah anak-anak semasa kecik. InsyaAllah akan ummi coretkan di sini sebelum ummi menutup mata, untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.


Berbalik kisah Imran tadi tu, bila balik sekali lagi dari sekolah agama,masih tak ada jam tangan, terus dia menangis. Ummi pun bersegera solat asar dan minta along hantarkan ke Jusco. Ummi pergi dengan Imran, Naimah dan bibik. Di Jusco, terus pergi bahagian jam, dan tanya harga untuk jam tangan digital kalis air. Yang ada jenama Casio. Mak ai...harganya hampir RM 200. Imran dengar pun terkejut,ummi lagi lah.


Imran pun cakap,mahal pulak,kawan Imran beli cuma RM 30 je. Ummi pun kata," kita beli kat tempat lain lah ya." Kat sini mahal sangat,ummi tak cukup duit lah nak beli mahal macam tu. Lagi pun, Imran memang tahu,ummi dah bersara,tak ada gaji.Jadi memanglah ummi tak ada duit. Harapkan duit yang ayah berikan sahaja,itu pun jika ada duit belanja dapur yang terlebih.



Ummi pun telefon zauj,bagitahu,tak boleh nak beli di Jusco sebab mahal,jadi ummi ajak zauj pergi cari di kedai-kedai jam tangan sahaja. Pergilah kami meronda di kedai-kedai sekitar Taman Universiti. Jumpalah satu kedai kecik jualjam tangan.


Ummi singgah dengan Imran,tanya jensi jam tangan yang Imran cita-citakan tu,tapi untuk budak-budak yang guna. Apek tua pun tunjukkan satu jenama biasa jam tangan digital kalis air berharga RM 25. Tawar menawar ,ummi dapat beli dengan harga RM 20 sahaja. Suka tidak terkira Imran dengan jam tangan itu.


Itulah bagi seorang kanak-kanak, bukan harga yang dinilainya,tetapi keinginannya tercapai. Harga murah pun asalkan menepati apa yang dia inginkan. Dah cukup dia menghargainya. Diciumnya berkali-kali jam tangan tu.


Bila lihat Imran memakai jam tangan tu, ummi teringat kembali kisah silam, yang along (masa tu umurnya 10 tahun)juga pernah nak jam tangan begitu. Tapi tidak cakap pada ummi. Dia kumpul duit belanja sekolah dan duit raya. Lepas tu dia beli sendiri sebab masa tu ,rumah ummi memang di Taman Sri Pulai berdekatan dengan kedai-kedai. Jadi along boleh pergi sendiri naik basikal. Memang along pergi sekolah kebangsaan naik basikal. Kedai tu lebih dekat dengan rumah ummi dari sekolah.


Ummi lihat jam tu dah ada dibiliknya. Bila ditanya,baru dia bagitahu di kedai mana dia beli. Tapi, yang beli tu budak , tak adalah dia perhatikan dengan teliti jam tangan itu berfungsi dengan baik atau tidak. Jadi bila balik rumah, jam tangan tu rupanya dah rosak. Tapi along tidak berani cakap pada ummi dan tak tahu buat apa. Bila ummi tanya,barulah dia bagitahu.


Esoknya ummi pun ajak along tunjukkan kedai mana yang dia beli jam itu. Ummi pergi dan tanya apek tua tu. Apek kata memang ada budak beli jam tangan dengan dia. Ummi tunjukkan jam tangan tu,apek tu mengaku, tetapi apek tu kata masa beli jam tangan tu masih elok. Ummi minta tukar semula sebab ummi kata jam tangan tu dah rosak fungsinya, apek tu tak mahu ganti. Berkeras apek tu kata tak mahu, sebab dia kata tak ada stok. Ummi kata tak apalah,tunggu stok baru sampai, dan ummi tinggalkan jam tangan tu kat kedai apek. Ummi pesan apek,kalau stok sampai bagitahulah.


Tetapi sampai hari ni,apek tu tak hubungi ummi. Pernah juga along pergi beberapa kali tanya tentang jam tangan tu, tapi tetap tak ada. Lama-lama along pun jemu nak tanya. Jadi pengajaran pada dia, supaya kalau nak beli apa-apa walaupun duit sendiri,kena bagitahu ummi. Kena bincang dengan ummi. Itulah iktibar untuk dia ingat hingga sekarang. Sehinggakan nak kahwin pun , minta ummi carikan.


Rupanya impian along mahu jam tangan digital ini tidak hilang,bila dia berpeluang pergi umrah sebaik hafal Al-Quran 30 juzuk, (pakej umrah ini hadiah dari ayahnya) dia beli jam tangan G-Shock. Sebelum tu dia dengan ummi pernah tanya harga jam tangan tu di Plaza Angsana,harga masa tu lebih kurang RM 300. Tapi tidak pula dia membeli,sekadar bertanya sahaja. Sebab itu,semasa di Makkah, bila di tanya harga jam tangan yang sama jenama dan modelnya cuma SR 150, terus dia beli. Ketika usia dia hampir 18 tahun,barulah dia dapat apa yang dah lama dia inginkan sejak zaman kanak-kanak lagi.


Alhamdullilah, pengajaran itu menjadi iktibar buat dirinya dan anak-anak yang lain di dalam menjalani kehidupan ini.


Sekian, entri kali ini,kisah pendidikan anak-anak untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Anak-anak perlu dimarahi,perlu dirotan dan ditegur untuk kemaslahatan dunia dan akhirat mereka.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



No comments:

Post a Comment