Sekarang ni selalu rasa macam pedih di ulu hati. Gastrik agaknya. Rasa pedih di dalam perut ni, seseolah macam minta di isi makanan. Nanti kalau dah makan pun, 1/2 jam lepas tu pedih lagi.
Paling kerap terjadi waktu lewat malam dan dinihari( jika bangun awal). Tak mao lah dah lewat makan atau awal-awal subuh makan. Tak sanggup menyelongkar dapur cari makanan masa tu.
Dulu pernah juga rasa macam ni, atas nasihat (dah tak ingat sapa,moga Allah melimpah rahmat kepadanya), katanya minum madu sehari 2 sudu,pagi sekali,malam sekali. Ummi amalkan selama 6 bulan,alhamdullilah, hilang rasa pedih perut.
Tapi sekarang sakit tu berulang semula...
Sejak 3 tahun ni banyak sangat ubat-ubatan yang ditelan, sampai doktor bekalkan ubat gastrik. Doktor pesan , ada jenis ubat yang bila ummi makan, perlu makan bersama ubat gastrik ini. Dan ubatan-ubatan yang ummi ambik ini, secara tak langsung memberi kesan kepada hati. Nak buat camana?
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment