بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menunggu cek in |
Bila dapat, tarikhnya ditengah minggu, hari Rabu. Nak tak nak, jika hari Rabu, kena bawa Nu'man, jika tidak nu'man nak dititipkan kepada siapa di rumah. Excited 2,3 hari sebelum naik kapal terbang, Nu'man Al-Farisy demam. Sebelum berangkat dari rumah, opah dah beri makan paracetamol. Tiap 8 jam beri makan ubat, namun tak kebah-kebah juga.
Malam tiba di Sg Petani tu, tumpang menginap di rumah rakan halaqahnet, tak lena tidor sebab paracetamol dah habis. Opah bangun buat air, baca al-fatihah dan baca 4 Bismillah, mohon Allah sembuhkan Nu'man. Kepada sapa lagi nak gantungkan harapan, dah la tengah-tengah malam di rumah orang, takde usaha ikhtiar lain dah nak kurangkan panas suhu badan Nu'man.
Suhu makin tinggi walaupun tidor dalam bilik ada aircond, opah buka baju Nu'man dan siram air dalam bilik air. Opah takut dia tarik-tarik (sawan). Anak-anak lelaki memang mudah kena, sebab itu ibu bapa kena hati-hati jika anak demam panas.
demam |
Beri Nu'man banyak minum air. Dia minta air teh. Pukul 2.05 pagi bancuh sekole teh untuk Nu'man. Tak apa, asalkan dia banyak minum supaya suhu badan turun.
Lama rasa menunggu hari siang. Tak boleh doa saja, usaha ikhtiar wajib ada. Lepas saja solat subuh, nenek cheese balik dari hantar baby sekolah, terus ajak pi klinik 24 jam. Cari klinik di bandar Sg Petani, Klinik Bersatu. Jumpa doktor lelaki melayu . Doktor pun prihatin bila budak lelaki demam. Lama juga dia buat pemeriksaan.
Beri antibiotik, paracetamol, ceret beret, minum mineral. Lepas dapat ubat, di klinik tu juga opah beri Nu'man makan ubat supaya suhu badan turun segera.
Selalu pagi-pagi paling kurang 5 keping biskut cap pingpong Nu'man makan, hari ni suku keping pun tak luak, sebab takde selera katanya.
Balik rumah, terus Nu'man baring atas sofa depan TV, tapi tak lama, lepas tu muntah. Muntah air saja. Dah la tak makan muntah pulak. Tak apalah Nu'man, ada hikmah dsebalik semua peristiwa ni.
Dalam kapalterbang |
Selepas chek in untuk dapat boarding pass, dapat nombor 26 A dan 25A. Haah...Nu'man duduk seat depan , opah duduk seat belakang. Namun ada penumpang baik hati, dia rela tukar seat 26 B beri pada Nu'man Al-Farisy. Penumpang tu ambik seat Nu'man 25A. Dapatlah Nu'man duduk bersebelah dengan opah.
Oleh kerana Nu'man kurang sihat, dia tak lasak. Dia cuma duduk dan main-main dengan talipinggang saja. Sebelum naik kapalterbang dah beri Nu'man makan paracetamol takut suhu badanya tinggi. Belikan ayam KFC seketul, dia duduk diam saja ketika menunggu kapalterbang.
Jelas nampak ketidakcerdasan Nu'man kerana tidak sihat. Mungkin Allah yang mempermudahkan opah mengawal Nu'man ketika sifat ingin tahu dan ingin cuba tinggi di dalam mindanya.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
No comments:
Post a Comment