Friday, 31 May 2013

Kemahiran Menguruskan Rumah Tangga


Hendaklah Selalu Ingat Allah

Ta'alim subuh ini yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman membicarakan tentang hadith Qudsi, “Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaKu, Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya”

"Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (al-baqarah:152)

Berkata Thabit al-Bunani rahimahullah: Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azzawajalla akan mengingatiku.

Orang ramai bertanya dengan hairannya: Bagaimana kamu tahu semua itu?

Jawabnya: Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku.

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)

"Apabila kamu bertolak balik dari padang Arafah, hendaklah ingat akan Allah di Masy'aril Haram(nama bukit). Dan ingatlah akan Allah sebagaimana Dia menunjuki kamu. Sesungguhnya kamu sebelumnya termasuk orang-orang yang sesat." (al-baqarah:198)

"Maka apabila kamu telah selesai menunaikan amalan haji, ingatlah akan Allah seperti kamu mengingati bapa-bapamu malah lebihkan lagi mengingatiNya." (al-baqarah:200)


"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)


Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring (an-nisa’:103)

Allah Ta’ala juga mencela orang munafiq iaitu:


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedang Allah menipu mereka itu (membalas tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas serta riya' terhadap manusia dan mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali." (an-nisa’:142)

Allah ‘Azzawajalla juga menyuruh kita menghormatiNya dalam firmanNya yang lain.


"Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang yang lalai." (al-a’raf:205)

Sebagaimana mana Allah memberi tahu kita juga,
"Sesungguhnya mengingati Allah lebih besar (faedahnya)." (al-ankabut:45)

“Orang yang menyebut Allah sedang dia lalai sama seperti pohon yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering”


Kemahiran di dapur

Selesai Ta'alim Subuh, terus bersiap-siap menghantar seorang anak BS ke Pusat Kesihatan untuk ujian gula dalam darah.

Turunkan di PKTU, singgah pasar awam yang terletak berdepan PKTU saja. Beli kerang, ikan tongkol, ikan belanak, udang, timun, sengkuang, terung, bayam merah,kacang panjang, jambu batu, ubi kayu, kacang tanah, ikan bilis, kelapa dan lain-lain bahan masakan.

Sorang teringin nak makan rojak tu beli bahan buat rojak buah, petang nanti ummi buatkan. Sorang nak makan jemput-jemput bilis, nak makan kuih ketayap. Dah beli semua bahan tinggal nak masak saja lagi.

Beli kerang dengan ikan tongkol nak bagi tambah darah. Ada yang baru tiba, (sebelum ni takde sapa jaga pemakanannya) hb darah bawah 10. Kena usaha beri makanan berkhasiat yang boleh menambah hb darah. Sayur bayam merah juga baik untuk kesihatan.

Sama-sama bantu membantu di dapur. Sama-sama makan. Alhamdullilah...

Kemahiran rumahtangga tetap diserapkan agar mereka tahu menguruskan rumah tangga apabila mempunyai rumahtangga sendiri ditakdir mereka bertemu jodoh selepas ini.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment