Friday, 31 May 2013

Kuliah Zuhur: Bumi dan Hari Menjadi Saksi


Bumi dan Hari Menjadi Saksi


Alhamdullilah, hari ini diteruskan lagi kuliah zuhur harian mengupas bab dari buku TG Nik Aziz , "Bertemu Janji Allah". Kupasan hari ini berkaitan 'Bumi dan Hari Menjadi Saksi'


Imam At-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasullulah SAW telah membaca firman Allah SWT:

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَ


"Pada hari ini (hari kiamat) bumi menceritakan beritanya." (Surah Al-Zalzalah ayat 4)

Ketika berada perbicaaran untuk timbangan amal di Mahsyar nanti, semua menjadi saksi atas segala perbuatan ketika di dunia ini. Bumi akan memberikan kesaksian dengan apa yang kita lakukan semasa di dunia.

Walaupun malaikat sudah menjalankan tugas dengan sempurna, segala amal perbuatan baik dan buruk/mungkar sudah dicatatkan dengan terperinci, rekod peribadi manusia disediakan oleh malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu sebagai orang yang mempunyai amal soleh atau sebaliknya. Walaubagaimana pun Allah tetap mendatangkan saksi bagi melengkapkan pertuduhan terhadap hambaNYA di mahkamah akhirat nanti. Selain anggota tubuh menjadi saksi, bumi juga memberikan kesaksiannya.

Pernah kita disarankan perbanyakkan solat walaupun dimana berada. Jika kita selalu bersolat diruang tamu, alih-alihkan tempat solat kita supaya semua kawasan menjadi saksi. Walau dimana kita berpijak ia tetap bumi Allah jua.

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan sebuah hadith daripada Abdullah bin Amru bin Al-'Ash
katanya, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,"barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok ataupun di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat."

Mengenai hari pula, setiap hari adalah hari baru. Hari yang telah berlalu tidak mungkin akan berulang. Hari akan menjadi saksi di akhirat nanti apa yang telah kita lakukan di masa ini , dihari ini. Kita tidak mampu memadam apa yang telah berlaku di hari semalam. Maka selalu kita baca atau dengar orang berkata atau menulis, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Apa maknanya tu?

Ini kerana hari akan menjadi saksi dengan apa yang telah kita lakukan.

Begitulah kehidupan insan di muka bumi sungguh indah ini. Hampir semua benda yang ada di atas muka bumi ini akan menjadi saksi kepada manusia diakhirat nanti. Mereka saling menawarkan diri untuk menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah SWT.

Ahli neraka akan berpuashati dengan peranan saksi-saksi , mereka tidak rasa teraniya kerana semua saksi itu berkata benar. Mereka bersaksi atas perintah Allah SWT.

Saksi-saksi yang jujur akan mengembirakan orang yang kehidupannya dihiasi kebaikkan, tetapi akan menjadi sebaliknya kepada mereka yang kehidupannya dipenuhi kejahatan dan dosa.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

No comments:

Post a Comment