بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini kiranya dah 2 minggu genap ummi telah lalui pembedahan sendi kaki. Balutan luka 17 cm di kaki ni masih belum di buka. Last cuci luka dan jahitan ini ialah pada hari Sabtu, sebelum balik ke rumah. Tiap kali mandi, kawasan balutan ini, ummi pakaikan 'shower cap' supaya tidak basah.
Kiranya dari hari Sabtu, dah 5 hari balutan tidak ditukar dan luka tidak di cuci. Hari ni, zauj bawa ummi ke Pusat Kesihatan UTM, untuk buat 'dressing' luka dan jahitan bekas pembedahan ni. Masa buat 'dressing' tu zauj masuk juga dan lihat luka dan bekas jahitan pembedahan. dia pun rasa ngeri bila lihat panjangnya lebih kurang 17 cm merentasi kepala lutut. Zauj kata, padanlah ummi sentiasa rasa sakit, sebab bila luka nak bercantum, ummi terpaksa berjalan. jadi luka tu agak susah dan lambat mahu sembuh.
Itu luka yang kelihatan. yang tidak kelihatan , dibahagian dalam tu, lagi besar tempat daging-daging dilapah, lagilah sakit. Baru sahaja nak bercantum, ummi kena gerakkan kaki dan sendi. Ummi perlu bergerak , lakukan excersise dan berjalan agar implant tu tidak kaku.
Jadi berlaku pro dan kontra di sini. Tidak digerakkan kaki, implant yang di pasang akan kaku dan lama-lama keberkesanan fungsi akan berkurang. Tapi luka akan cepat sembuh. Jika digerakkan kaki dan buat exercises, buat latihan berjalan, fungsi implant akan baik, tetapi luka lambat sembuh pula.
Begitulah keadaan nya, pro dan kontra, tetapi hidup tetap perlu diteruskan. Hati perlu tabah, semangat perlu kuat dan sabar mesti menguasai diri. Sokongan dari orang-orang yang disayang adalah faktor utama ummi mampu lalui semua susah payah dan kesakitan ini.
Lepas luka dan jahitan luka pembedahan di cuci, zauj bawa ummi ke pejabat Fakulti sekejap, untuk ambik beberapa surat. Sementara di sana, ummi ditemui beberapa staf FTI untuk mereka bertanyakan khabar. Ummi berjalan gunakan 'walk frame' .
Lepas tu, zauj kata lapar dan cari warung untuk makan.Dah lama tidak pergi 'warung Seri Menanti' ,ummi teringin nak makan mee rebusnya. Turun masuk warung, tak guna 'walk frame' , jalan berpaut dengan zauj sahaja, cukup romantik. Sampai di meja makan, zauj tarikkan kerusi untuk duduk, dan zauj dudukkan, betul-betul macam cerita love story, orang bercouple.
Walaupun kat warung tu penuh dan ramai orang, zauj tidak pernah kisah dengan apa yang orang pandang. Dari dulu lagi, zauj selalu beri ummi layanan yang terbaik. Zauj akan ambikkan makanan, tisu, air untuk ummi, bila makan di luar.
Pernah dulu, masa ummi sakit, memerlukan rawatan panjang di unit psiaktri, tiap kali pergi bertemu pakar psiaktri, zauj yang akan temankan. Pernah ummi tanya, "abang tak malu kah, jika orang kata isteri abang ni gila?" Zauj jawap " nak malu apa, yang abang peluk, yang abang pimpin, yang abang temankan ni isteri sendiri, bukannya isteri orang, isteri abang bukan gila, tetapi sakit yang memerlukan rawatan ."
Begitulah pengorbanan zauj ummi dari dulu hingga sekarang, yang kasih sayang dan cintanya tidak pernah berkurang walaupun sedikit. Allah telah uji kasih sayang dan cinta zauj terhadap ummi dan zauj telah membuktikan kasih sayang dan cintanya utuh kerana sentiasa ada bersama ummi ketika ummi sakit, derita dan berdukacita. Tapi kasih sayang dan cinta ummi pada zauj belum Allah uji apakah ummi mampu berbuat begitu terhadapnya. Semoga ummi juga mampu berbuat begitu terhadap zauj.
Masih ummi ingat, tiap kali ummi terlantar sakit, zauj yang suapkan makanan ke mulut ummi, mandikan ummi, pakaikan baju ke badan ummi, dan bantu ummi untuk berwuduk atau bertayamum.
Kalau ummi bersalin, dah 8 kali bersalin, 2 kali 'keguguran', zauj tidak pernah izinkan ummi balik kampung. Zauj yang akan jaga ummi siang malam di rumah sendiri sehingga lepas tempoh berpantang. Bayi yang baru lahir pun, zauj yang urus dan mandikan. 3 anak pertama, ummi cuma bersalin di rumah , zauj sambut bayi, dibantu oleh seorang bidan atau jururawat desa. Anak ke 4 barulah ummi mula bersalin di hospital, itu pun sebab, kes pendarahan dan lewat dari 'date due'.
Dua kali pergi menunaikan haji di Makkah Al-Mukaramah, sudah cukup untuk ummi merasainya betapa nikmat berbulan madu dan hidup bagaikan di syurga bersama zauj . Sangat indah kenangan-kenangan kami semasa di sana.
Syukur Ya Allah , Anugerah MU kepada ku, seorang suami yang membahagiakan aku, yang mendidik dan membimbing aku menuju kepada MU. Moga kerukunan, kedamaian, ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan ini hingga akhir hayat ku membawa ke akhirat sana. Ameen....
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesyahdunya baca tulisan ummi ni. memang romantik. diluar sana ramai isteri yang diuji zauj yang tidak bertanggungjawab. walaupun Allah uji ummi dengan sakit, namun Allah anugerahkan ummi zauj yang baik. alhamdulillah....
ReplyDeleteSyukur kepada yang Maha Agung dan Maha Adil. Diberikan ummi pelbagai ujian kesihatan disamping dikurniakan seorang suami dan keluarga yang penyayang. Itu lah harta ummi di dunia dan akhirat.
ReplyDelete19 Feb 10, 05:37
ReplyDeletemuslihah: salam, seronok baca entri baru ummi, romantik, semoga bahagia berpanjangan insya Allah
Assalammualaikum Ummi...
ReplyDeleteSubhanaAllah...
Semoga Ummi dan Ustaz Othman dilimpahkan rahmat dariNya amin..
Barakallahufikum...
Terima kasih Anazahra di atas doanya. Tak tahu bagaimana untuk ummi letakkan penghargaan ummi buat buah hati ummi.Terlalu besar pengorbanannya kepada ummi.
ReplyDelete