بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kiblat disebelah kanan ummiSemoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ingin ummi berkongsi di sini berkaitan solat menghormati waktu. Ummi melakukan solat ini ketika di dewan pembedahan. Pada pembedahan yang ke 3 ke atas kaki ummi, ummi dihantar ke dewan bedah pada pukul 11:00 pagi. Sudah pasti belum masuk waktu zohor.
Selesai proses pembedahan dan pemulihan di dalam dewan bedah pada pukul 4:00 petang. Ummi jangkakan untuk menguruskan ummi kembali ke wad juga akan ambil masa. Mengenangkan takut terlepas waktu zohor, terus sahaja ummi lakukan solat menghormati waktu tanpa berwuduk kerana ketika itu sudah pasti tak ada siapa yang mahu membantu ummi bertayamum atau berwuduk. (Mana boleh bawa debu tayamum ke dewan bedah )
Ummi masih dalam keadaan sedar kerana pembedahan bahagian kaki hanya menggunakan bius separuh badan. Dari pinggang ke kaki sahaja, ummi merasa kebas. Rasanya ibarat lumpuh separuh badan. Jadi semasa di dalam dewan bedah,ummi boleh bertanyakan masa kepada petugas di sana,walaupun ketika itu pembedahan sedang berjalan.
Ummi akan lakukan solat di dalam keadaan terlantar baring mengunakkan isyarat mata, tanpa menghadap ke arah kiblat kerana sudah pasti katil dewan bedah tidak mudah untuk digerakkan bagi mengarah kan wajah ummi ke kiblat. Yang pasti ummi perlu menunaikan solat di dalam waktunya, dan paling ummi takuti sekiranya terlepas waktu solat.
Pada jam 4:40 petang baru ummi dihantar ke wad. Sampai di wad, ummi mengalami keadaan yang tidak stabil,apabila berlaku penurunan suhu badan dan tekanan darah. Mereka mengambil masa juga untuk memulihkan keadaan ummi. (Sekiranya doktor atau jururwat tidak menyedari keadaan ummi begitu , risikonya adalah 'koma', takdir berlaku, ummi dah lakukan kewajiban solat zohor didalam waktunya) . Keadaan ummi stabil semula pada jam 6:15 petang, dan ummi teringat ummi belum melakukan solat asar. Sekali lagi, ummi lakukan solat menghormati waktu didalam keaadan terlantar dengan menggunkan isyarat mata sahaja dan kali ini ummi dapat menghadapkan wajah ummi ke arah kiblat.
Dan apabila ummi mampu sahaja diwudukkan atau bertayamum, terus ummi buat solat qada keatas solat menghormati waktu yang telah ummi lakukan.
Dan apabila ummi mampu sahaja diwudukkan atau bertayamum, terus ummi buat solat qada keatas solat menghormati waktu yang telah ummi lakukan.
Kenapa perlu melakukan solat menghormati waktu? Ini kerana waktu solat yang luput tidak dapat dikembalikan lagi.
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
Timbul persoalan tentang solat menghormati waktu, apakah ia wujud? Solat menghormati waktu sebenarnya telah dibincangkan oleh para ulama’ silam dan tidak sepatutnya ditolak mentah-mentah oleh ilmuwan pada zaman sekarang. Sebenarnya ia merujuk kepada solat yang dilakukan bagi menghormati waktu yang akan luput sedangkan pada waktu itu terdapat sesuatu yang menghalang daripadanya sahnya solat seperti ketiadaan wuduk.
Contohnya ialah seseorang yang sedang berada dalam waktu Asar tetapi tidak dapat menunaikan solat Asar dengan sempurna kerana tidak dapat berwuduk atau bertayammum untuk memenuhi syarat wajib solat. Justeru, dia dikehendaki menunaikan solat Asar tersebut dalam keadaan tidak berwuduk ‘sebagai menghormati Asar’ yang akan luput. Ini kerana waktu yang luput tidak dapat dikembalikan lagi. Setelah itu, dia hendaklah mengqada solat Asarnya pada waktu yang lain apabila sudah dapat memenuhi syarat berwuduk atau bertayammum. (Sila rujuk kitab Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib Syarbaini untuk keterangan lanjut).
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan tentang solat bagi menghormati waktu. Antara dalil tersebut ialah seperti berikut:
‘A’isyah r.a mengatakan bahawa ia pernah meminjam kalung daripada Asma’, lalu kalung itu hilang. Rasulullah saw mengutus seseorang untuk mencarinya dan kebetulan ia mendapatkannya. Ketika datang waktu solat dan mereka tidak menemui air, maka mereka pun melakukan solat. Lalu mereka memberitahu perbuatannya itu kepada Rasulullah saw. Maka Allah SWT menurunkan ayat mengenai bolehnya tayamum. Demikian diriwayatkan al-Bukhari dan yang lainnya.
Dalam peristiwa yang lain, sahabat-sahabat Rasulullah saw pernah melakukan solat tanpa wuduk dan tanpa tayamum kerana mereka melakukan solat untuk menghormati waktu ibadat. Akan tetapi, sewajarnya diingat bahawa solat tanpa bersuci tidak sah, oleh itu mereka wajib mengulanginya atau menggantikannya. Perkara ini diisyaratkan oleh Rasulullah saw selepas sabdanya, “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”(Hadis Riwayat Muslim ).
Inilah pengalaman-pengalaman yang jarang orang temui. Selalunya solat menghormati waktu ini, dilakukan samada ketika musafir, di dalam kenderaan awam atau ketiadaan debu tayamum atau air untuk berwuduk. Tetapi kes ummi ini lain dari yang lain. Bagi ummi walau apa jua keadaan, selagi ingatan masih ada dan waras, solat tidak boleh ditinggalkan. Sebab itu ada berbagai kemudahan bersolat mengikut keupayaan diri. Ummi nasihatkan, belajarlah mengerjakan solat di dalam pelbagai keadaan kerana kita tidak tahu, apa yang akan berlaku di dalam hidup kita pada masa depan. Syukur, ummi diilhamkan oleh Allah untuk mengetahui bersolat di dalam keadaan 'darurat' begini, disamping ada zauj tempat untuk ummi bertanya.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
18 Feb 10, 19:23
ReplyDeletebintajauzaa: salam ummi, besarnya ujian yang ummi hadapi..ketabahan ummi menginsafkan diri ini..
http://halaqah.net/v10/index.php?action=profile;u=11409
http://kalamsufi84.blogspot.com/