Thursday, 30 July 2009
Jejak ke Raudhah
Raudhah artinya taman. Ini adalah suatu tempat di dalam Masjid Nabawi di Madinah yang letaknya berada diantara bilik Nabi / rumah Nabi (sekarang menjadi makam Rasulullah SAW) sampai mimbar masjid. Di situlah dahulu Nabi biasa membacakan wahyu dan mengajarkan tentang Islam didepan para sahabat terdekatnya. Mengingat besarnya makna tempat ini, Nabi pernah bersabda, " Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bagian dari taman surga".
Memahami sabda Nabi tersebut, tidak menghairankan jika umat Islam dari seluruh penjuru dunia berebut untuk ikut menikmati 'bagian dari taman surga' itu. Akibatnya tempat ini selalu menjadi tempat yang penuh sesak. Karena diyakini pula setiap doa dan munajat kepada Sang pencipta memiliki nilai afdhaliyah yang tinggi, dengan kata lain tempat ini sangat mustajab untuk memohonkan sesuatu keinginan kepada Allah SWT.
Mengenali Raudhah sangatlah mudah, Raudhah berupa ruangan dengan luas kurang lebih 144 meter persegi yang areanya ditandai dengan tiang-tiang berwarna putih dengan kaligrafi yang khas. Ada sekitar 5 tiang disekeliling Raudhah. Raudhah juga ditandai dengan karpet / ambal berwarna putih dengan ornamen khas. Warna karpet yang menutupi ruangan Raudhah berbeza dengan warna karpet di ruangan lain di dalam masjid Nabawi ini.
Ketika baru tiba di Madinah, setelah mendapatkan kamar di hotel terdekat kemudian menuju masjid Nabawi tentu saja berhajat ingin terus menuju kawasan Raudhah ini untuk melakukan sholat tahyatul masjid namun untuk dapat ke Raudhah tidaklah mudah karena ramainya orang yang berada di situ dan terpaksa bersesak-sesak maka akan terjadi tolak menolak yang dapat mengakibatkan kita menyakiti orang. Jadi niat ke Raudhah saat itu diurungkan dan diganti dengan shalat sunnah 2 rakaat di dalam masjid (di Bawah kubah yang dapat selalu terbuka di kala lepas asar hingga ke waktu subuh dan tertutup di kala waktu zuhur.). Karena kalau kita tahu bila waktu yang tepat untuk ke Raudhah maka sebenarnya cukup mudah juga.
Untuk seorang lelaki , mereka boleh pergi bila-bila masa, kerana kawasa Raudhah ini memang terlatak di kawasan ruang solat untuk lelaki. Bagi jemaah perempuan , untuk ke raudhah mesti mengikut masa –masa yang ditetapkan oleh petugas Masjid Nabawi. Waktu nya adalah selepas solat subuh hingga ke waktu Dhuha, selepas solat zuhur hingga ke asar dan selepas waktu isyak. Untuk sampai ke tempat ini, jemaah mesti menunggu ikut giliran, yang dikawal oleh petugas –petugas Masjid. Tidak ada siapa pun yang akan terlepas pergi mengikut sesuka hati. Mungkin untuk sampai ke Raudhah selepas solat subuh adalah 1 jam. Jadi sementara menuggu giliran, kita boleh melakukan solat-solat sunat, membaca al-quran dan berdoa. Selama berada di sini, banyakkan lah berdoa, berselawat kerana kita berada terlalu hampir dengan Rasullulah.
Sabda Nabi : “Sesiapa yang menziarahi setelah aku wafat, samalah dia menziarahi ketika aku masih hidup”
Apabila giliran telah tiba, pasti bersesak juga untuk dapat memijakkkan kaki ke ruangan Raudhah ini. Kawasan raudhah ini kecik sahaja kerana di kawasan Raudhah itu diletakkan pengadang memisahkan kawasan untuk jemaah lelaki dan jemaah perempuan. Hanya 3 tiang sahaja yang ada di bahagian perempuan. Mimbar juga terletak di bahagian lelaki. Maka di kawasan 3 tiang ini, kita perlu cepat-cepat untuk bersolat, tak kira solat apa pun, yang dibenarkan Cuma 2 rakaat sahaja. Maka kita yang perlu bijak, untuk mengambil peluang masa yang singkat ini, dengan bersujud yang agak panjang sambil berdoa. Itu pun, nanti petugas Masjid akan datang mengusap-usap belakang kita yang sedang sujud dengan kata-kata “ makbul-makbul, insyaAllah”. Kenapa? Sebab tak boleh lama-lama, kerana perlu memberikan peluang dan ruang pada orang lain juga untuk bersolat dan berdoa.
Sesiapa yang berada di sini, sekeras mana pun hatinya, pasti airmata akan mengalir dan tumpah. Tambahlah aku yang terkenal dengan ratu airmata, maka aku menangis sepuasnya di sini, terasa rindu dan syahdu. Kebesaran Allah, ketika kunjungan haji kali ini,aku sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan dapat berkunjung menziarahi Makam Rasullulah yang terletak di Raudhah setiap hari. Kalau jemaah lain mungkin cuma dapat 1 atau 2 kali ke sana dalam tempoh 8 hari tu , tapi aku diberikan peluang oleh Allah dapat pergi setiap hari . Aku sendiri merasa seperti tidak percaya dengan peluang ini. Peluang ini diberikan untuk aku bagaikan hadiah dari Allah . Allah yang menganugerahkan kepada hamba yang tidak berupaya untuk bergerak seperti orang lain.
Rupanya, setiap kali aku berniat untuk ke Raudhah seusai solat, maka aku dengan tongkat sebatang ini, akan dipermudahkan jalan untuk warga uzur ke Raudhah melalui jalan khas. Rupanya dalam kekurangan ada keistimewaan yang Allah sediakan. Dan munajatku, jika aku diberikan peluang melancong, tempat yang ingin aku pergi cuma 2 tempat sahaja, ia itu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/30/2009 09:57:00 am 0 comments
Labels: Perjalanan haji 2009
Wednesday, 29 July 2009
Heart attck yang ke 4
Subhanallah hi wabihamdih....
Sejak dua malam ni ,aku tidur jam 4.30 pagi. Ada saja perkara yang aku buat di internet ini. Malam semalam aku layan tangisan ku yang tak mahu surut, air mata mengalir tanpa henti hingga jam 3 pagi. Lepas tu dah 2/3 malam aku teruskan dengan bersolat hingga jam 4.30. Nak tunggu masuk waktu subuh terasa lambat pula,maka aku pun baring dan tidur. Sebelum itu aku makan sahur sebab aku memang belum makan seharian kerana melayan sedih dan pilu aku tu. Jam 6 aku tetap terbangun, syukur Allah tetap membangunkan aku, untuk melaksanakan kewajiban ku pada NYA.
Aku tunggu anak-anak bersalam dengan aku sebelum mereka ke sekolah. Lepas tu, aku berjalan ke meja makan dan nampak kentang goreng, dan tanpa sedar aku ambik kentang dan menjamah. Potongan yang kedua aku baru teringat yang aku dah niat untuk berpuasa. Namun air teh yang ada dalam mulut ni, terus ku telan, maka terbatal lah puasa aku.
Malam berikutnya, aku masih tidur lewat , jam 3 aku bersolat, lepas tu aku makan sahur. Sekali lagi aku niat untuk berpuasa. jam 4.30, aku rebahkan badan menanti waktu subuh. Alhamdulillah, jam 6 aku tetap terbangun untuk melaksanakan solat subuh. Seusai solat subuh aku terus mengadap laptop ini hingga ke waktu dhuha. Aku mengemaskini ruangan isu semasa dan sambil membaca posting yang dihantar oleh halaqaian di forum.
Menjelang jam 1, aku terasa teramat mengantuk , berbaring dan tidur. jam 2 aku terbangun, dan terus solat zuhur. Lepas tu aku bangun mengadap laptop setia ni hingga menjelang asar. Lepas waktu asar, aku rehat sebentar dan bila hampir waktu maghrib aku memasak jaudah berbuka puasa. Selepas berbuka, aku solat maghrib. Oleh kerana aku ni cuma mampu bersolat duduk, aku terasa mengantuk selepas solat maghrib, maka aku pun berjalan perlahan ke dapur untuk mengoreng keropok keping dari Terengganu. Sedang aku meletakkan kuali di atas dapur dan menuang minyak kedalam kuali.
Tiba2 , dada ku terasa sakit teramat. Bergegasa aku jalan perlahan ke depan (anjung) untuk mencari tempat selesa duduk, sambil mengurut.Rupanya genap seminggu dari serangan ke 4 pada jantung aku, dan sekali ini serangan itu datangl agi. Terasa sakit setiap degupang jantung , aku rasakan. Menjelang isyak sakit telah berkurang dan aku masih boleh berkomunikasi dengan orang lain. Sekarang dah rasa lega, aku coretkan ini sebagai catatan...
Penyakit Jantung !!
Bahawa jantung adalah anggota badan yang bekerja untuk mengepam darah.Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, orang itu dikatakan mengidap "sakit jantung".Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup kerana
-saluran darah menjadi sempit. Ini disebabkan dinding sebelah dalam, saluran darah
dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Akibatnya :
Bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang cukup, menyebabkan seseorang merasa "sakit dada".
Apakah yang berlaku?
-Pesakit akan merasa dadanya seperti "diikat". Rasa sakit mungkin akan merebak ke bahagian tengkuk dan tangan.
Serangan Sakit Jantung
-Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak.
-Sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".Apabila merasa sakit dada, segeralah ke hospital. Serangan sakit jantung dapat membawa kematian.
Sakit Jantung : faktor penyebab
1.Sebab utama sakit jantung. Asap rokok akan
-mempercepatkan pembekuan darah.
-menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
-mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
2.Tekanan Perasaan
-Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.
3. Kandungan Lemak Yang Tinggi
-Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
4.Kurang bersenam
-Senaman penting untuk menguatkan jantung.
-Juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.Jadi,bersenamlah.
5.Darah Tinggi
-Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
-Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
-Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
6.Kencing Manis
-Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Jantung : Tiada Gantinya
Jantung itu terlalu berharga. Lakukanlah perkara-perkara berikut sebelum terlambat
-Berusahalah untuk tidak merokok
-Selalulah bersenam
-Dapatkan rehat yang cukup
-Makanlah ubat seperti yang diarahkan (sekiranya anda pesakit darah tinggi atau kencing manis).
Tapi aku belum ada ubat... baru ini aku pergi ke HSAJB hanya diberikan tarikh temujanji dengan pakar Kardiologi, Tarikh temujanji hanya pada bulan november nanti, baru dapat jumpa. Sempatkah aku menemui tarikh ini?
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/29/2009 09:02:00 pm 0 comments
Labels: sakit jantung
Tuesday, 28 July 2009
Luahan hati ku yang sendu
Aku juga manusia biasa... kadang perlu juga berkongsi cerita hati, tapi aku ini jenis sukar untuk mempercayai seseorang. Aku perlu ambik masa, hanya dengan gerak hati saja, aku boleh membuka cerita di dada ini. memang aku seorang yang sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku sanggup menelan segalanya dari aku meluahkan pada orang yang aku tidak percayai.
Tergeraknya hati ku, menulis email pada Kakak Radhiah adalah kerana dia menceritakan latar belakang dirinya adalah bekas kaunselor dan telah bersara. Mungkin dari sini baru terbit keyakinan diri ku untuk mempercayai dirinya meluahkan rasa hati berkongsi cerita apa yang terbuku di hati. Inilah email dari ku untuknya....
Assalamualaikum...
Kepada Pn.Radhiah Binti Ismail, semoga di dalam rahmat Allah jua. Saya ini di Halaqah dikenali sebagai ibu, guru, rakan, kaunselor dan berbagai lagi gelaran. Mereka memandang saya sebagai seorang yang tabah, kuat dan sabar apabila mereka membaca coretan pengalaman saya. Namun kakak, saya ini hanyalah manusia biasa. Ada masa saya kuat, ada masa saya juga lemah apabila berhadapan dengan ujian.
Atas semangat yang ada, saya berusaha agar tidak terzahir bahawa saya ini ada masa sangat lemah dan perlukan nasihat , bimbingan dan perasaan ingin meluahkan yang terbuku dihati. Sebenarnya saya ini kuat menangis, sering menangis. Saya jarang dapat meluahkan apa yang ada dihati kerana saya berfikir saya tak boleh menunjukkan saya lemah di depan anak-anak atau anak-anak halaqah. Saya mahu mereka ambik semangat saya untuk mereka jadikan panduan dalam menghrungi ujian kehidupan.
Tapi saat ini saya sendiri berada di dua persimpangan namun saya tekad memilih antara dua itu. Cuma dalam saya membuat kata putus ini, saya tiada teman langsung untuk berbincang. Saya tekad untuk merahsiakan pilihan saya ini. Namun suatu saat apabila umum dapat mengetahui ianya menjadi kejutan pada mereka.
Boleh saya mohon nasihat dari kakak? Dan saya lebih suka meluahkan secara live dengan berbual,walaupun sekadar di telefon. Sudi kakak berkngsi cerita dengan saya? Jika sudi kakak beriakn nombortelefon kakak pada saya, untuk saya hubungi. Terima kasih kakak.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/28/2009 06:53:00 pm 0 comments
Labels: luahan hati ku
AIR MATA dan MANFAATnya
Bila aku ingat yang aku ni suka menangis, maka aku pun carilah sedikit fakta untuk dikongsi berkaitan dengan tangisan dan airmata. kajian ini yang aku jumpai...
Harun Yahya pernah mengatakan pada tulisannya tentang ”MIRACLE OF EYE” bahwa Tears are perfect eyedrops. Banyak orang yang mengira bahwa air mata kita adalah hanya sekedar cairan yang mengalir apabila kita menangis. Padahal sebenarnya, air mata adalah cairan ciptaan Allah yang sangat bervariasi kandungan dan fungsinya. Subhanallah.
Airmata melindungi mata dari kuman dan mengandung Lyzosime yang dapat membunuh berbagai macam mikroba. Lyzosime ini sendiri adalah zat desinfektan yang lebih keras dari zat-zat kimia yang digunakan untuk mendesinfeksi seluruh tubuh.
Subhanallah, marilah kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bagaimana mungkin, mata yang merupakan organ yang sangat halus, dapat ”tahan” dengan kandungan zat kimia sekeras Lyzosime tersebut tanpa menimbulkan iritasi dan lain sebagainya. Jawabannya sudah sangat jelas, bahwa ini adalah salah satu bukti penciptaan Allah SWT.
Katakanlah. ”Adakah kamu perhatikan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru selain dari Allah? Perlihatkanlah kepada-Ku apakah yang mereka telah ciptakan di bumi, ataupun mereka berserikat dalam penciptaan langit? Ataukah Kami telah memberikan Kitab kepada mereka, lalu mereka mendapatkan keterangan-keterangan yang jelas daripadanya? Bahkan orang-orang zalim itu tidak menjanikan sebahagian terhadap sebahagian yang lain melainkan tipu daya. (QS. Faathir : 40)
Lapisan air mata sendiri terdiri dari tiga lapisan yaitu : Lapisan minyak, Lapisan air dan Lapisan Lendir. Lapisan minyak merupakan lapisan terluar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata.
Lapisan minyak merupakan lapisan terluar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata. Lapisan minyak merupakan lapisan terluar yang dihasilkan. Lapisan air merupakan lapisan tengah yang dihasilkan oleh sel sel yang tersebar pada konjungtiva (selaput bening mata). Lapisan ini berfungsi membersihkan mata dan mengeluarkan benda-benda asing ataupun iritan yang masuk ke dalam mata. Lapisan terdalam adalah lapisan lendir. Lapisan ini membantu agar air mata tersebar rata pada permukaan mata dan membantu agar mata tetap lembab.
Pada sebagian orang, ternyata air mata tidak tersedia dalam jumlah yang cukup untuk menjaga agar mata tetap lembab dan nyaman. Pada orang-orang ini akan dirasakan gejala seperti mata panas, nyeri, berlendir, dan mudah teriritasi.
Pengurangan jumlah air mata ini dapat disebabkan oleh meningkatnya usia, terutama setelah menopause. Mata kering dapat pula terjadi berkaitan dengan penyakit radang sendi. Selain itu, mata kering dapat juga disebabkan oleh penggunaan berbagai obat seperti obat-obatan hipertensi, obat-obatan KB maupun obat anti alergi
Nah, dasar dari penanggulangan mata kering ini adalah pemberian air mata buatan. Tetes air mata buatan ini dapat digunakan sebagai pelumas mata dan menggantikan lapisan air mata yang hilang. Air mata buatan ini dapat dipakai sesering mungkin bergantung pada gejala yang dirasakan.
Pada penderita yang derajat mata keringnya lebih parah, dapat dilakukan penyumbatan pada saluran air mata, sehingga air mata tidak keluar melalui saluran ini dan mata lebih lembab. Bagi para pengguna komputer, karena pancaran radiasi komputer dan akomodasi berlebihan karena komputer, disarankan untuk menetesi mata dengan air mata buatan setiap 4-5 jam sekali dan melakukan RULES OF 20
Apa itu RULES of 20?
Yaitu setiap 20 menit dihadapan komputer, pejamkan mata selama 20 detik atau lemparkan pandangan ke arah jauh (minimal 20 feet) .Hal ini untuk memberi kesempatan pada otot mata agar istirahat dari akomodasinya, dan juga memberi kesempatan berkedip ( menutup mata) agar lapisan air mata dapat terbentuk.
Dokter akan mendeteksi kekeringan air mata ini dengan berbagai macam tes dan alat. Pada stadium awal, penyakit mata kering (DRY EYE SYNDROME) ini sama sekali tidak berbahaya, namun pada fase yang lanjut (sangat kering) dapat menimbulkan kerusakan serius di bola mata.
Jadi kiranya tidak lah mudarat jika aku ini memang suka menangis. Tambah ia dijadikan sebagai cecair yang membesihkan mata. Jangan menangis sampai mata jadi buta dah la, atau menangis sampai keluar air mata darah.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/28/2009 09:18:00 am 0 comments
Labels: air mata / tangisan
Kenapa aku suka menangis?
Agaknya aku ini dilahirkan ketika hujan lebat? Mudah benar aku ini menangis. Kadang tu hari-hari aku menangis. Kalau aku dah mula menangis, payah la nak berenti. Bunyi tak kedengaran tapi, air mata tu meleleh tak henti.
Aku ini mudah benar tersentuh hati dengan perkara yang remeh pada orang tapi cukup bermakna bagi aku. Aku sensetif, dan mudah terasa hati. Walaupun sebenarnya aku cuba untuk berlakon yang aku ini seorang yang kuat, tabah dan sabar.
Memang hakikatnya dilihat dari mata kasar, aku ini seorang yang kuat, penyabar dan tabah. dan ini yang aku tunjukkan pada semua orang. Sebab tu aku menangis cara sembunyi-sembunyi saja.
Aku suka menangis ketika berseorangan, (memang aku sering berseorangan pun) jadi keraplah aku menangis. Aku sebolehnya tak mahu ada orang nampak aku menangis, (tapi anak aku, kawan akau selalu nampak aku nangis, dan mereka tahu aku menangis.) Walaupun kawan aku, anak-anak aku jauh ,mereka tahu juga, sebab bila mereka call, suara aku jadi lain. Sebab tu kalau aku tengah nangis, aku tak mahu jawap panggilan kecuali panggilan dari zauj aku. Panggilan zauj wajib aku jawap, sebab aku tak mahu zauj susah hati dengan aku. Dah memang jadi rutin zauj akan call aku hari-hari selang beberapa jam. Zauj memang nak dengar suara aku. Jadi bila zauj telefon, aku mesti berusaha ceriakan suara aku, jawap sambil gurau gurau senda. Memang aku kena berlakon habis dengan zauj. Aku memang tidak pernah tunjuk dengan zauj yang aku ni sedang menangis. Kalau di rumah aku akan sembunyikan tagisan aku jangan sampai teresak-esak. Nanti tak tentu pasal aku disoal siasat punca aku menangis.
Sedang kan tangisan aku tu tiada kaitan dengan dia. Selama hampir 25 tahun ni, zauj sentiasa membahagiakan hati aku. Memang benar, rumah tangga aku bahagia, yang buat aku menangis puncanya selalu adalah jalinan ukhuwwah aku dengan rakan, sahabat, anak-anak angkat dan penyakit aku ini. Tapi penyakit aku ni, antara aku dengan tuhan, aku dah redha, dan aku cuma menangis bila lepas solat, bila lepas munajat dengan NYA. Yang selalu jadi punca aku menangis ialah bila hubungan ukhuwwah aku dengan seseorang ada masalah. Bukan masalah besar pun, kadang tu sekadar salah faham, kekeliruan, salah anggapan dan silap tafsir. Itu saja. tapi disebabkan aku ni mudah terasa, dan satu pihak pula merajuk, maka berpanjanganlah konflik tu. Tu yang buat aku sedih , pilu,sendu, hiba dan dukacita. Ntahla apa istilah yang boleh aku senaraikan untuk inform pada orang betapa sedihnya aku ni.
Sebenarnya aku selalu juga soal, "" adakah air mata aku ini berharga hingga boleh memadamkan api neraka?" aku tak mahu menangis yang sia-sia. Sebab tu kalau aku menangis pun aku tidak pernah merintih atau meraung, sebaliknya aku menyesali segala apa yang dah berlaku dan terjadi, dan aku tak mahu ia berulang lagi.
Firman Allah surah An Najm ayat 43 "...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." "Semoga aku tergolong dalam orang-orang yang suka menangis kerana takutkan Allah SWT.
Ameen...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/28/2009 08:08:00 am 0 comments
Labels: air mata / tangisan
Kerjaya ku guru
1 Disember 2009 ini genap 20 tahun perkhidmatan ku sebagai pendidik. Banyak suka duka ku sebagai pendidik. 5 tahun pertama aku ditugaskan mengajar di sekolah menengah yang pelajar 90% adalah bangsa cina, 5 % india dan 5% melayu. Telah lumrah, apabila mengajar di sekolah yang peratusan Melayu rendah, maka bahasa ibunda mereka lebih dikuasai dan difahami. Namun itu hanya sebahagian kecil cabaran di dunia pendidikan. Aku tetap berusaha mendidik mereka dengan menggunakan bahasa melayu walaupun mereka agak sukar untuk memahami apa yang ingin aku sampaikan.
10 tahun kemudian aku menjadi Penyelaras Pusat Sumber sekolah yang baru dibuka di sebuah taman berhampiran sebuah pusat pengajian tinggi di Skudai, dan disamping mengajar subjek Geografi Tingkatan 3 yang mesti didik dan bimbing pelajar hasil kerja kursus geografi PMR. Disamping itu aku buat stady group discussion secara percuma di rumah bagi subjek Fizik, Matematik Tambahan, Matematik, Kimia, sains dan Biologi. Tiap malam rumah ni sentiasa penuh dengan pelajar yang nak ambik SPM. Begitu juga bila cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti penggal. Rumah ini jadi tempat kebanyakkan pelajar samada pelajar yang bersekolah asrama penuh, MRSM dan pelajar sekolah harian melepak sambil belajar dan berbincang. Bukan seorang dua, tapi hampir 10 - 15 orang setiap hari.
Mereka seronok belajar kerana ada yang membimbing dan memberikan perhatian. Akhirnya aku puas, kebanyakan pelajar yang aku bimbing di rumah telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka tidak melupakan aku, tiap kali yang belajar di luar negara balik bercuti, pasti mereka akan datang menziarahi aku, samada di rumah atau di sekolah, yang bernikah pasti akan menghantar kad jemputan walimatul urus. Hinggakan ada seorang anak didikku akan pergi pelajar di Perancis, sebelum pergi, dia buatkan akaun email yahoo untuk aku supaya dia dapat berhubung dengan aku bila tiba di sana. Alamat email itu masih aku gunakan hingga hari ini.
Dia juga yang ajar aku bagaimana menggunakan kemudahan internet ini, menggunkan YM. Ada anak murid yang belajar di UK, ambil perubatan, sanggup telefon masa aku sakit untuk berbual-bual menemani aku ketika di hospital. Bila tiba hari raya, mereka pasti tak lupa untuk mengucapakan melalui telefon. Mana-mana pelajar yang hardcore juga masih ingat pada aku. Suatu hari aku ditegur oleh seorang yang kerja sebagai "pemasang wayar elektrik", cikgu, masih ingat saya? Saya khairul, cikgu ingat, hari tu saya bergaduh dengan budak cina, cikgu tolong leraikan tapi sampai saya terpukul cikgu... saya minta maaf ya, cikgu, Dah lama saya nak cari cikgu sebab nak minta maaf... hari ni baru terjumpa."
Kalau tengok di laman friendster aku, "fren" aku tu sebenarnya adalah anak-anak murid aku semuanya. Bukan rakan atau kawan satu kerjaya.. Sebab tu testi comment aku banyak dipenuhi oleh ucapan dan sapaan khabar dari mereka. Mereka yang cadangkan aku buka frienster tu, sebab nak tahu khabar aku. "kadang kami sibuk, cikgu free, kadang cikgu sibuk ,kami free. Jadi kalau ada laman friendster, bolehlah kami jenguk cikgu bila-bila masa kami free dan tinggalkan pesan kat cikgu. Tapi cikgu mesti update selalu keadaan diri cikgu ya..." Baru ni aku terjumpa seorang lagi pelajar "hardcore" dia bekerja sebagai PAR (kalau dulu istilahnya budak pejabat atau peon sekolah) tengah tunggu cuci kereta. Masa tu aku berdiri di depan bank rakyat TU, tengah aku berkira-kira nak naik apa untuk ke CIMB bank, dia menyapa, " eh..cikgu, buat apa kat sini? Kenapa cikgu berjalan guna tongkat?" Sebab aku berdiri dengan memegang tongkat. Aku pun cerita pada dia hasrat aku nak ke CIMB Bank, tapi tak ada transport, jarak CIMB Bank dengan bank rakyat hanya sekitar 500 meter, tapi mana aku sampai nak berjalan sejauh itu dengan keterbatasan aku untuk bergerak. Maka dia pun tumpangkan aku naik keretanya, dan hantar aku ke tempat yang di tuju. Tak sangka, ini adalah anak murid aku yang dah lebih 15 tahun aku ajar. Mereka masih ingat wajah dan rupa aku...sebab itu mereka menegur aku.
Kadang tu, kalau aku ke JUSCO atau Gaint, dua buah shopping kompleks terbesar ada di kawasan perumahan aku, mesti ada saja anak murid yang menyapa. Ada yang bekerja secara sambilan atau sepenuh masa di sini. Aku pulak, memang situlah tempat aku membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah tangga. Jadinya, selalulah aku di sapa bila ke sana. Yang tak boleh aku lupa bila anak-anak murid ku terkejut dengan kehadiran aku sekarang di JUSCO atau Gaint berkerusi roda. Mereka tak sangka, seorang guru mereka yang aktif suatu ketika dulu, tapi hari ini hanya mampu duduk di kerusi roda saja lagi.
Itu kenangan aku sebagai guru. ini cuma 1 % coretan suka duka sebagai guru selama hampir 20 tahun. Bermakna ada 99% lagi coretan suka duka sebagai guru.
Ada masa akan ditulis lagi, memang blog ini hanya cerita peribadi saja, nak hasil kan novel belum reti lagi...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/28/2009 12:56:00 am 0 comments
Labels: kerjaya
Sunday, 26 July 2009
Remaja Ku
Ketika aku remaja, aku juga seperti gadis yang lain, ingin mempunyai pasangan untuk bercinta.Namun Allah yang memelihara diri ini, Allah yang merancang segalanya yang terbaik buat diriku.Semasa aku di tingkatan satu lagi, sudah ada yang mengutus surat untuk berkenalan.Aku di hubungi oleh ketua pelajar melalui surat untuk berkenalan. Maka, aku terima dia sebagai sahabat.Sukar untuk aku menerima ucapan cintanya kerana hati ku belum terbuka untuk itu.
Semasa di tingkatan 2, seorang ustaz yang mengajar Pendidikan Islam, telah jatuh cinta juga dengan aku, dan menyuarakan hasrat untuk menyunting diriku. Atas nasihat teman-teman, ustaz itu kemudian nya menarik diri dengan memohon bertukar ke sekolah lain kerana mengelakkan dari terus ingin mendekati diriku sedangkan dirinya sudah beristeri dan mempunyai 2 anak yang kecil. (Teringat kisah "Ustaz terjatuh hati dengan muridnya " ditulis oleh anonymous di Halaqah net).
Selepas itu datang pulak sepasang suami isteri merisik aku untuk anaknya yang bekerja sebagai askar. Aduh...aku baru berumur 14 tahun, sudah dilamar kali kedua. Macam mana nak tolak ni, aku kata pada mak, rasa nak belajar dulu. Maka pun bagitahu,aku nak belajar. Selamat...
Semasa aku di tingkatan 3, aku aktif dalam persatuan agama Islam. Pengerusi Persatuan Agama Islam ialah ketua Pelajar itu, aku menjadi AJK, hubungan aku dengan ketua pelajar masih berjalan seperti biasa, aku tetap kekok untuk bercakap dan bertemu wajah. Aku langsung tidak berani untuk memandang wajahnya. Tiba di pertengahan tahun ada seorang ustaz baru posting mengajar pendidikan Islam di sekolah Ku dan dilantik pula menjadi guru penasihat persatuan agama Islam.Persatuan ini aktif, dan banyaklah masa aku terpaksa berhubung dengan pengerusi dan guru penasihat PAI. Rupanya Keramahan ku dengan ustaz itu, menyebabkan ustaz itu berhasrat untuk datang ke rumah tujuan melamar. Hasratnya dinyatakan pada pengerusi merangkap ketua pelajar merangkap lelaki pertama yang tetap masih menuggu jawapan dariku tentang cintanya. Ustaz ini orang Kedah, masih bujang, baru balik dari Universiti Azhar.
Apabila hasrat itu aku ketahui melalui ketua pelajar itu, aku hanya terdiam. Yang melenting dan cemburu pastilah dia. Aku tak boleh kata apa, dan sebagai menghormati guru agamanya, ketua pelajar itu tetap bawa juga ustaz itu berkunjung ke rumah ku untuk berkenalan dengan keluarga ku. Rupanya dalam perjalanan balik , ketua pelajar itu berterus terang dengan ustaz itu bahawa, sebenar dia lebih dahulu jatuh cinta denganku. Apabila ustaz itu mengetahui, maka adalah tidak wajar dia mengambil aku dari seseorang yang dikenali memang mencintai aku. Maka ustaz itu mengundur diri dan mohon bertukar ke sekolah lain.
Aku tak tahu kenapa begitu awal sudah ada yang melamar aku buat jadi isteri. Mungkin penampilan aku ke sekolah agak berbeza dengan rakan lain ketika itu. Aku ke sekolah dengan berbaju kurung, dan bertudung. Bukan tudung datin tapi ketika zaman itu dipanggil tudung dakwah (mini telekung saja) Aku seorang saja berpakaian ganjil seperti itu. Pelajar perempuan lain pakai uniform skrit biru dan kameja putih tanpa tudung. Selepas itu aku pula ditempatkan di kelas A. Rakan sekalas pun sebenarnya cuba nak ber’couple’dengan aku, tapi aku memang tak layan. Dengan ketua pelajar tu pun aku berhubung sekadar melalui surat sahaja.
Apabila tamat tingkatan 3, dan aku diumumkan sebagai pelajar cemerlang terbaik peperiksaan SRP, aku mengambil keputusan untuk bertukar sekolah. Melalui datok saudara, aku dapat bertukar sekolah ke Sekolah Perempuan St George,Pulau Pinang. Aku rasa dah tak larat nak bersekolah di sekolah campuran lelaki perempuan kerana dugaan yang banyak. Aku nak berkawan ramai orang, tapi orang selalu salah anggap dengan aku, mudah nak jadikan aku isteri sedang usia aku baru 15 tahun. Di sekolah ini aku aman dari gangguan sebarang lelaki, kecuali yang masih mengahantar surat kepada ku hanyalah ketua pelajar itu. Walaupun isi suratnya membuai rasa tapi aku tak layan perasaannya itu. Aku anggap kawan, maka aku layan sebagai kawan, balas surat isi kandungan untuk kawan sahaja.
Semasa duduk asrama ketika tingkatan 5, rakan satu dorm selalu merasa cemburu bila aku selalu dapat surat dari ketua pelajar tu . Beza umur aku dengan ketua pelajar tu 2 tahun. Masa dia pertama kali hantar surat pada aku ialah umur aku 13 tahun ditingkatan 1, bermakna dia 15 tahun berada di tingakatn 3.
Kini aku di tingkatan 5, masih berhubung dengannya walaupun berlainan sekolah, aku nak ambil SPM dan dia nak ambik STPM. Suatu hari, samada aku mengigau, atau bermimpi, esoknya aku bercerita dengan rakan aku, aku kata aku telah berpunya, aku sebenarnya dimiliki oleh seorang lelaki yang masih lagi berada di luar Negara, sedang belajar. Beza umur aku dengan lelaki itu adalah 7 tahun. Maka aku pun terus berangan-angan yang aku akan berkahwin dengan lelaki itu. Masa itu sebenarnya aku seorang yang rajin membaca buku –buku agama dan bersolat malam. Secara beransur aku mula menjauhi diri (yang sebenarnya memang jauh dan jarang terjumpa) ketua pelajar itu. Aku dah kurang menjawap suratnya, dan berhasrat untuk memutuskan hubungan dengannya.
Apabila keputusan SPM diumumkan, aku berjaya dan ditawarkan belajar ke Universiti, aku segera terima dengan satu niat mencari Islam. Semua kisah silam , aku lupakan. Dan dengan ketua pelajar itu aku nyatakan tidak mahu dihubungi lagi kerana hubungan itu tiada matlamat. Aku terus terang bahawa aku tak dapat terima cintanya, walaupun aku telah berhubung sebagai rakan surat selama 5 tahun. Maka bila aku menjejak saja kaki ke university, aku teruskan keinginan ku mencari Islam, dengan mengikuti semua program agama dan kerohanian. Aku gali segala ilmu, aku tuntut semua ilmu untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup ku, aku pakai jubah dan niqap. Aku temui kebahagiaan yang aku sendiri cari. Memang aku bahagia dengan dunia ku.
Namun dugaan datang lagi, semasa di sem 2 tahun satu, rakan sekelas pula menyatakan hasrat untuk melamar pulak. Maka aku tolak dengan baik. Tak mahu terikat lagi sebab aku takut “couple”. Namun ketika sem 1 tahun 2, aku dilamar sekali lagi oleh seorang pensyarah Pengajian Islam , aku tidak mampu menolaknya kerana, ustaz ini terus datang meminang kepada ibu bapa ku di kampong tanpa pengetahuan aku. Aku hanya mengetahui pinangan itu apabila mak telefon bagitahu ada orang dating meminang, orang itu adalah pensyarah satu “U” tempat aku belajar. Semasa bertunang barulah kami berkenalan melalui surat. Baru bertanya latar belakang keluarga dan biodata diri. Dan yang buat aku terfana ialah, beza umur aku dengan bakal zauj adalah 7 tahun, dan semasa aku bercerita degan rakan se dorm dulu memang dia sedang menuntut di luar Negara. Kiranya dia baru sahaja balik ke Malaysia sekitar 9 bulan. Dan ketika meminang aku , dia baru bekerja 5 bulan. 3 bulan bertunang, terus kami bernikah. Rupanya ini jodoh yang telah ditetapkan buat aku, walaupun dari usia 13 tahun aku telah mula dilamar orang, usia 19 tahun baru aku bernikah. Inilah rancangan Allah jodoh buatku.
Dengan jodoh ini aku menikmati kebahagian berumah tangga,
disayangi, dicintai kerana Allah dan Rasulnya.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/26/2009 09:20:00 pm 0 comments
Labels: Jodoh
Manusia akan diuji sesuai dengan kadar imannya
Firman Allah S.W.T.:
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk" (67) : 2
Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:
Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?
Baginda menjawab:" Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan." – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." – al-Baqarah (2) : 157
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/26/2009 02:08:00 am 0 comments
Labels: Ujian
Pengalaman menjadi ibu
Ummi mulakan dengan pengalaman ummi sebagai ibu...
Ketika seorang ibu mahu melahirkan seorang insan ke dunia, kesakitan nya tiada terungkap dengan kata-kata. Menitis airmata menahan rasa sakit yang datang silih berganti. Sebab itu Allah berikan ganjaran syahid jika meninggal dunia kepada seorang ibu yang melahirkan seorang anak.
Walaupun begitu, tempoh masa kesakitan melahirkan seorang anak bagi setiap perempuan tidak sama. Ada yang sekejap ada yang berhari-hari. Ada yang mudah ada yang susah. Segala adalah kurniaan Allah.
Pengalaman ummi melahirkan 10 orang anak, berbeza antara satu sama lain. Kurniaan Allah, tempoh masa sakit hanya sekejap lebih kurang 2 jam. Tetapi rasa sakit itu tidak dapat digambarkan disini. Senang tulis, sangat sangat sakit.
Anak pertama, kedua dan ketiga semua dilahirkan di rumah, disambut oleh suami dan seorang bidan bersara. Masa tahun 80an masih belum ramai doktor wanita di hospital atau klinik swasta.
Mulai anak keempat, mula bersalin di hospital kerana abang kakak sudah besar dan mula sibuk ambil tahu, macamana adik dilahirkan. Dan mereka sibuk hendak tunggu dan tengok bagaimana proses kelahiran adik mereka. Anak nombor 4 ini, cuma sempat masuk 5 minit ke dewan bersalin, terus dilahirkan.
Anak kelima, bersalin pada hari Deepavali. Kebanyakan doktor bercuti, hanya ada doktor oncall sahaja. Oleh kerana pesakit tidak ramai, mereka bawa awal ke Dewan Bersalin ajak berbual takut saya keseorangan di bilik wad. Sedang berbual, rasa sakit terus nak bersalin, doktor baru nak pakai sarung tangan, bayi dah lahir.
Anak keenam, telah berdegup jantungnya, tetapi dijemput kerahmatullah kerana turun darah tanpa henti disebabkan tanggungjawab kerjaya yang dibuat tanpa rehat mencukupi.
Anak ketujuh, dari awal kandungan ada masalah, asyik dirawat oleh doktor pakar Hospital Besar, tapi akhirnya saya pergi bersalin di Hospital Daerah yang kecil sahaja. Rasa sakit sekejap sahaja, melahirkan anak ini di atas katil wad. Huru hara jadinya doktor dengan ururawat, kerana cadar dan selimut berlumuran darah. Mujur saya ditempatkan dalam bilik satu orang.
Anak kelapan, pengalaman anak ketujuh bersalin di katil, jadi awal-awal bila rasa sakit makin kuat terus beritahu jururawat, sampai dewan Bersalin, tetapi baby dah keluar atas troli.
Anak kesembilan tidak sempat ditiup roh oleh Allah, dijemput kembali ke rahmatullah, kerana saya diserang denggi berdarah yang kritikal.
Anak kesepuluh, dugaan yang hebat, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, baby dikeluarkan secara pembedahan kecemasan demi menyelamat nyawa seorang ibu yang kelemasan. Bertarung antara hidup dengan mati, namun Allah Maha Pengasih, saya masih ada hingga hari ini.
Bermula hari ini, hospital telah menjadi rumah kedua saya yang mengalami berbagai masalah kesihatan. Syukur dengan kurniaan Allah ini,kerana Dia begitu hampir dengan saya dan sentiasa dihati saya. Disinilah saya sangat merasai bahawa Allah sangat sayang pada saya, saya dapat melihat keadilan Allah pada manusia,Allah Maha Gagah dan Perkasa dan dengan KemurahanNya saya menikmati hidup penuh rasa cinta hanya padaNya.
"Pengalaman menjadi ibu"
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/26/2009 01:38:00 am 0 comments
Labels: Ibu
Pernikahan ku
Kahwin ketika usia muda...
ummi mulakan...
sebab ummi kahwin ketika umur 19 tahun,
masa tu berada tahun 2 di universiti...
suami ummi masa pensyarah pengajian Islam,
masuk mengajar untuk ganti pensyarh sebenar tak datang,
ternampak ummi sekali, duduk paling belakang,
Rupanya...
keluar je kelas, dia merisik mencari maklumat,
minggu depan ada orang panggil ummi untuk majlis taaruf,
minggu depan lagi,dia pergi sendiri meminang pada mak ayah,
3 bulan pastu bernikah.Semua keluarga suami datang bertandang.
Buat majlis walimah di rumah ummi saja,
hantaran tak tinggi,hadiah iringan sebuah al-quran dan sehelai sejadah.
tak ada pelamin,tak ada sanding,tak ada makan beradap.
Kiranya ummi pecahkan tradisi kampung,
majlis walimah besar
tapi
tak ada ghazal, tak ada kompang.
Majlis bersiram pun tak ada apa tah lagi mandi puteri.
Sebulan pastu bunting pelamin,walaupun tak ada pelamin.
Genap 9 bulan 10 hari lahirkan putera.
masa ni lah yang nak jadi cerita...
Dah ada anak,tak ada pembantu,ummi duduk luar,bukan asrama lagi,
Bila pergi kuliah,anak kena bawa,sebab anak tak pandai menyusu lembu,
bila ummi masuk kelas,bagi anak pada kawan yang duduk asrama,
tolong jaga,tolong asuh sementara ummi ada kuliah,
bila kawan tu ada kuliah juga, passing lagi pada kawan lain...
nanti ummi habis kuliah,
ummi kena keliling blok cari anak ummi di mana...
masa tu mana ada handphone...
tunggu dia menangis baru tahu di bilik mana dia berada...
Bila malam nak buat report lab, nak study,
Nasib baik hubby yang baik hati,bertimbang rasa,
Makan minum ummi dia yang sediakan...
Cuci kain baju tentulah mesin...
benda pertama dibeli bila dah kahwin...
biar tak ada katil atau kerusi meja...
Alhamdullilah tamat gak ummi belajar...
Berumah tangga dan anak tak jadi masalah...
Yang jadi masalah...
Ummi digantung pengajian kerana purdah...
Last...masalah ini settle juga...
Sekarang ummi masih menyambung pengajian,
walaupun anak dah ada 10 0rang,dah ada cucu...
Semoga cerita ummi menjadi semangat untuk kahwin awal...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/26/2009 01:33:00 am 5 comments
Labels: Pernikahan ku
Jodoh ku
Namun, geng-2 ustaz ini jugalah yang menjadi pilihan hati
kebanyakan muslimat-2 solehah "
Pengalaman yang dilalui, mungkin benar petikan di atas pada muslimat yang dia rasa dirinya layak untuk itu, kerana mungkin juga dia dari latar belakang pendidikan sekolah agama. Berbeza dengan saya, saya langsung tidak pernah ke sekolah agama, sepatah bahasa arab tidak pernah belajar, zaman itu mana ada KAFA atau sewaktu dengan nya. Dengan sekolah aliran menengah biasa, kemudian melanjutkan keperingkat menengah atas (tingkatan 4 dan 5) di sekolah St Georges Girls School, saya berjaya menjejaki UTM sebaik lepas SPM. Kerana sebelum itu telah terbiasa dengan keperitan hidup dalam kemiskinan, dan dalam hati sentiasa ada cita-cita ingin mencari ilmu dan mendalami agama Islam, kerana dari kecil peluang itu tidak terbuka untuk saya. Maka sebaik saya mendapat tawaran untuk menyambung belajar di UTM, doa dan munajat saya pada Allah hanya ingin mencari Islam. Saya menerima tawaran masuk ke UTM hanya dengan satu niat, ingin mencari Islam, dan ingin menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Di sini, selain mengahdiri kuliah, saban malam saya akan keluar mendengar dan mencari ilmu, tidak kira wadah apa yang di dukung oleh majlis itu. ABIM, HIZBI ISLAMI, TABLIGH, ARQAM dan JIM semua saya ikuti majlis ilmunya. Tak cukup dalam kampus, hujung minggu saya keluar lagi Ke Rumah Pak Yazid di Kg Baru ,KL. Bila akhir semester, apa jua program yang di adakan seperti Kursus Kefahaman Islam, Latihan Dakwah, Kursus Kepimpinan Islam semua saya ikuti walaupun ia khusus untuk pelajar baru. Saya merasakan diri saya ini terlalu kerdil dan tiada ilmu. Makin banyak pengajian yang saya ikuti, makin saya terasa, saya tak berilmu. Saya langsung tidak berkomunikasi dengan lelaki kecuali rakan satu kelas sahaja. Akhirnya,semasa di tahun 2 saya bertekad untuk memakai niqab. Bila berniqab, rupanya saya lebih mudah bergerak, ertinya bila saya pergi majlis ilmu manapun tak ada sapa yang perasan terutama bila saya ke SG Pencala, mereka tidak meminggirkan saya. Saya tidak pernah mengimpikan untuk mencari lelaki yang hebat agamanya kerana saya rasa diri saya tidak layak kepada mereka yang berilmu begitu. (ertinya saya sedar dirilah...)
Saya tidak pernah bercita-cita untuk berkahwin awal atau bertemu jodoh semasa di pusat pengajian, namum sesungguhnya Allah itu mengetahui niat hambanya. Semasa di tahun 2, akhir semester 1, tiba-tiba saya dilamar orang.Tanpa ada hint , saya di soal adakah telah berpunya? Memang saya tiada yang punya, maka dengan jujur saya jawap, belum berpunya. Rupanya minggu berikutnya saya dipanggil ke satu majlis Taaruf, untuk diperkenalkan dengan seseorang. Semasa di majlis ini, saya di minta buka niqab untuk dilihat oleh lelaki itu. Saya memang tidak berilmu dan tidak ada pengalaman, maka bila saya diminta tunjuk kan wajah sekejab, maka saya buka untuk diperlihatkan kepada lelaki itu. Terus terang, saya langsung tidak bertanya walau satu soalan pun siapa lelaki itu. Apatah lagi ingin menguji keilmuan nya, atau fikrahnya. Saya pulak di tanya, rumah ibu bapa di mana. Saya berikn alamat rumah, tanpa mengetahui apa niat mereka.
Minggu berikutnya saya mendapat panggilan telefon dari ibu bapa saya, bertanya apa kah saya kenal orang yang datang merisik ke rumah. Saya terkejut, dan mohon sedikit masa untuk beristiharah. Setelah 3 hari, baru saya berikan jawapan pada ibu bapa saya. Setelah dapat jawapan dari saya, ibubapa saya memberikan jawapan pada pihak lelaki hanya melalui panggilan telefon sahaja tentang jawapan saya. Maka minggu berikutnya keluarga lelaki datang ke rumah membawa cincin dan terus berbincang menetapkan tarikh walimah.
3 bulan selepas di tunangkan saya dinikahkan. Selepas bernikah, baru saya tahu siapa zauj saya ini. Rupanya zauj saya adalah idaman muslimat solehah yang berpendidikan latar belakang agama. Ini lah anugerah Allah kepada saya
yang niat memasuki UTM untuk mencari Islam, dan mahu menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.Rupanya Allah anugerah kan saya seorang suami yang berlatar pendidikan agama, pondok dan berkelulusan dibidang usuluddin dan tasawuf. Saya dikurniakan seorang suami untuk mendidik , membimbing saya dan kami berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Semoga suami ini lah yang bersama saya hingga hujung nyawa di dunia dan akhirat. Berdoa saban waktu agar saya meninggal dipangkuannya dalam penuh keredhaan seorang suami diselimuti kasih sayang yang amat utuh...
Bapanya dari seorang yang zuhud dan waraq, meninggalnya seperti kisah ulama' sejarah, walaupun dia bukan ulama', tahu saat kematian tiba dan terus berwuduk ,solat dan menyatakan selamat jalan.
Jadi tidak perlu kita untuk menguji lelaki itu samada kuat agamanya atau tidak. Semuanya adalah bergantung pada hati, niat dan hubungan kita dengan Allah. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah sebaiknya, maka Allah juga akan menjaga hati, dan diri kita sepanjang hayat yang ada. Tidak kiralah bagaimana caranya kurniaan Allah itu.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/26/2009 01:23:00 am 2 comments
Labels: CINTA
Thursday, 23 July 2009
Ujian buat Diri Ku
Selagi dinamakan hidup, ujian belum berakhir, banyak cerita dan banyak dugaan. Segala paparan di blog ini bukanlah meraih simpati tapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, agar bila kita rasa di uji, kita akan melihat ada orang lain yang lebih hebat ujiannya dan dia tetap tabah, sabar dan kuat serta redha .
Jadikan kesakitan dan penyakit yang didatangkan pada kita itu sebagai anugerah, redha dan sabar. Jangan sesekali kita merintih dan mengeluh, sebaliknya berdoalah agar Allah jadikan kita hamba yang redha di atas segala apa yang ditakdirkan kepada oleh Allah itu.
Dan supaya hati kita selalu ceria dan bahagia, kita bina sendiri ceria itu dan bahagia itu.Jangan kita biarkan hari-hari yang indah berlalu begitu sahaja tanpa di manafaatkan dibandingkan jika kita asyik merintih dan mengeluh akan ujian yang diberikan oleh Allah itu.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/23/2009 11:03:00 am 0 comments
Labels: rasa hatiku...
Perkhabaran Hari ini heart attack ke 3
Kisah hari ini, tanpa di duga dan dijangka, sedang mengajar anak-anak khas geografi, tajuk graf, sambil tu chatting dengan beberapa orang anak-anak, sebab ajar anak khas ni, lambat, lepas kita tunjuk satu satu langkah kita kena tunggu dia buat dulu baru boleh ke langkah seterusnya, maka sementara tunggu mereka
lakar graf palang, chattinglah dulu dengan anak-anak di YM. Laptop ni memang sentiasa online, ada kerja buat dulu, bila tak der baru chatt....
Tiba-tiba, rasa sakit yang teramat di dada, hingga tersandar menahan sakit, airmata terus berlinangan, badan mengigil menahan sakit dan mata jadi gelap. Lama bertenang manahan sakit hingga ada kawan lain tanya nak buat macamana ni? Mereka minta telefon zauj sahaja, kerana zauj lebih tahu apa nak buat, maka zauj datang bawa terus ke Pusat Kesihatan UTM. Terus dibawa jumpa doktor dan buat pemeriksaan jantung ECG (Electrocardiograph ) .
Apakah ECG? An electrocardiogram (EKG or ECG) is a recording of the hearts electrical activity as a graph or series of wave lines on a moving strip of paper. This gives the physician important information about the heart. For example, it can show the hearts rate and rhythm. It can also detect decreased blood flow (cardiac ischemia), enlargement (hypertrophy) of the heart or the presence of either current or past heart attacks.
Maka setelah di ambil ujian darah dan keputusan dikeluarkan, perlu jumpa sekali dengan doktor. Maka doktor memberikan satu perkhabaran yang memang tak di duga, walaupun sebelum itu sudah 2 kali aku mendapat serangan sakit ini. dan sebelum ini, aku telah pernah di diagnosa, bahawa aku ada masalah jantung. Tapi aku ini jenis ambil mudah, dan buat tak kisah. Tak adalah aku nak buat pemeriksaan jantung...
Tapi sakit hari ini ketika di sekolah, maka terpaksalah aku ke Pusat Rawatan untuk diperiksa, kalau tidak dalam keadaan sakit begitu, aku tetap perlu bertugas. Doktor kata saluran darah ke jantung dibahagian kiri telah tersumbat. Sebab itu aku akan rasa sakit yang tiba-tiba tanpa di duga. Perlukan rawatan lanjut di Hospital. Selepas doktor bagitahu, boleh doktor buat lawak..." apa perasaan awak sekarang"...
Maka aku pun tersenyum, dan jawap "redha doktor, ini anugerah Tuhan, maknanya Tuhan tetap sayang pada saya dan Tuhan tetap hampir pada saya dan bersama saya."
Lepas diberikan surat rujukan ke hospital, aku pun terus balik rumah dan berehat bersama kekasih ku ini.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/23/2009 10:08:00 am 0 comments
Labels: sakit jantung
Wednesday, 15 July 2009
Nostalgia yang merindu...
Bilakah aku akan bertemu dengan orang yang benar-benar mengasihi aku sebagai ibu,yang membawa seribu makna dalam hidupnya?
Malam ni aku merasa cukup sedih.?
tapi diri,kenapa nak sedih ? bukankah apa yang dilakukan kerana Allah. Disini syaitan telah mula masuk dalam hatimu, membolak-balikkan hati mu. Ingat, pertolongan mu ikhlas, mereka tak ingat ,tak kenang bukan urusan mu.
Bukan, aku hanya nak orang menganggap kehadiran ku membawa erti buat diri mereka. Mereka boleh berubah menjadi yang lebih baik,bertakwa kepada yang Esa.
Jangan, hati yang ikhlas kerana Allah tidak mengharap apa-apa dari manusia walaupun ingatan dan kenangan dari mereka. Kau tak perlukan penghargaan dari manusia. Yang kau harapkan moga apa yang kau lakukan didalam keredhaan Allah ,dirahmati Allah dan dalam kasih sayang Allah. Ingatlah, bertaubat dan selalu bersyukur.
01:20 pagi 14 jun 2006,
Entah kenapa tiba-tiba aku merindui Rasullulah , Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar. Kenapa aku melihat pintu makam mereka di Raudah,Masjid Nabawi ?
Hati ku tiba-tiba merindui mereka dan aku menangis keran rindukan mereka. Disaat kematian selepas Umar ditikam,Umar masih sempat untuk meminta izin dari Aisyah minta dikuburkan disisi dua sahabatnya.
Wahai tuhan ampunkan lah diriku ini,besar dosa silamku,banyak dosa-dosaku, moga dengan rahmat dan kasih sayang Mu dapat mengampunkan dosa-dosa ku itu. Amin……….
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/15/2009 04:49:00 pm 0 comments
Labels: rindu
Wednesday, 8 July 2009
Aku Mula Sakit
Apa yang ingin dipaparkan di dalam buah-buah rindu yang berkelipan membawa rindu sepanjang perjalanan ini adalah sebuah kisah dan pengalaman yang dilalui aku sepanjang hayat sebagai seorang pesakit. Bermula usia yang muda hingga tua. Kesakitan dan penyakit adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan hambaNya.
Apabila kesakitan dan penyakit ini mampu dihadapi dengan sabar dan tabah,ia menjadi nikmat dan menganggap suatu anugerah. Bukan ramai manusia yang mampu dan menerima ujian ini bertimpa-timpa dengan tabah dan sabar. "Dan sesungguhnya Allah tidak akan membeban seseorang itu dengan bebanan yang dia tidak mampu pikul"
Jadikan kisah ini sebagai panduan dan teladan jika ianya baik dan menjadi sempadan dan pengajaran pada manusia yang menghargai kesihatan.
Dari Umur 11 tahun,aku telah di uji tuhan dengan pelbagai kesakitan dan penyakit. Pengalaman pertama, asalnya sakit belakang sahaja... berlarutan hingga aku lumpuh seluruh tubuh tanpa mampu mengerakkan apa-apa kecuali mengelip mata. Dalam keadan begitu,ibu tetap berusaha menyuapkan air minuman, kerana aku tidak di bawa ke hospital. Ibu menjaga aku yang lumpuh di rumah dan berikhtiar mengubati secara urutan tradisional sahaja.
Berkat sabar seorang ibu, usaha, iktiar dan doa serta tawakkal, setelah 5 bulan aku boleh bangun semula dan mula jalan bertatih. Semasa lumpuh aku sentiasa sedar,tetapi tidak mampu berkata-kata, hanya memandang dan melihat sahaja. Akhirnya aku sembuh dan boleh menduduki peperiksaan penilaian darjah 5.
Ketika aku berumur 14 tahun,sakit lain pula yang aku hidapi. Bermula batuk dan selsema yang tidak surutnya, aku berjumpa doktor dan disahkan mengidap paru-paru berair.Aku berusaha mengubati diri sendiri,pergi ke Pusat Kesihatan Kecil Tanah Kebun dengan berbasikal.Sebelum mengesahkan aku mendidap paru-paru berair, aku perlu menghantar sample kahak setiap hari bagi memastikan jenis bakteria yang ada di dalam kahak menyebabkan batuk dan selsema yang tidak baik-baik walaupun berbagai antibiotik ditelan.Berkat usaha aku lebih kurang setahun berjumpa doktor dan makan ubat yang diberikan mengikut aturan, sakit ini sembuh.
Menjangkau usia 18 tahun,aku mula diserang migrain. Bila rasa sakit menyerang, kesakitannya tidak terucap, sehingga aku muntah,badan jadi lemah dan terdampar dikatil. Bila migrain menyerang sebahagian kepala samada di bahagian depan , atau sebelah kanan,atau sebelah kiri,atau di bahagian belakang kepala akan sakit berdenyut-denyut. Tak tahu apa puncanya kenapa, migrain sering menyerang diri ini. Bila selalu sangat migrain menyerang, aku jadi malas ke klinik untuk berjumpa doktor, sebaliknya hanya menelan 'pain killer' postant sahaja. Sebelum itu,aku sudah memakan panadol sahaja tetapi kemujarabannya lambat bertindak hingga aku menjadi lemah longai menahan sakit. Migrain yang datang sekali sekala ini berlarutan hingga sekarang.
Setelah melahirkan anak kedua, migrain yang menyerang semakin teruk dan suami bertindak membawa bertemu doktor pakar, dan aku menjalani scan otak dan x-ray di kepala. Doktor menemui keabnormalan pada bahagian otak aku. Doktor memberi pilihan samada mahu meneruskan rawatan dengan tinggal di wad untuk beberapa hari bagi penyiasatan dijalankan. Memandang anak kedua masih kecil dan menyusu badan, aku memilih untuk tidak meneruskan rawatan dan terus mengamalkan makan 'pain killer' postant bila migrain menyerang.
Mengandung anak kelima doktor mengesahkan uri (plasenta) berada di bahagian bawah rahim. Ini bermakna, bila mahu melahirkan bayi, uri yang berada di bahagian bawah rahim akan menutup jalan bayi dilahirkan secara normal. Menjelang minggu akhir bermula minggu ke36 kandungan, aku terpaksa berulang-alik ke klinik Gynekology setiap 2 kali seminggu untuk memeriksa kandungan agar jangan sampai aku mengalami tumpah darah. Doa dan solat hajat tidak pernah putus aku panjatkan kepada Allah agar membantu aku. Aku sentiasa bersabar bila terpaksa berulang ke klinik gyne, menunggu giliran yang lama di samping penyakit migrain yang sering menyerang tidak tentu masa. Alhamdullilah, bila tiba saat melahirkan, dengan pertolongan Allah, uri telah bergerak ke atas dan membuka jalan untuk bayi di lahirkan secara
normal. Bayi ini di lahirkan pada hari Deepavali, 13 November 1993.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:28:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit.
Tahun 1995,aku terlalu sibuk dengan tugas sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Mana mahu mengendalikan perpustakaan dan bilik alat pandang dengar, aku terpaksa juga mengendalikan peralatan siaraya sekolah. Pada masa itu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti baru di buka. Yang ada hanya sebuah perpustakaan yang kosong dengan rak-rak buku serta kerusi meja. Aku terpaksa mencari dan membeli buku-buku dan bahan bacaan bagi kelengkapan sebuah perpustakaan. Aku tidak sedar telah hamil, sehingga mengalami tumpah darah yang banyak tanpa henti.Bila di bawa ku unit kecemasan hospital, kandungan aku yang berusia 9 minggu telah mengalami kegagalan untuk diteruskan bernyawa dan keguguran berlaku. Aku di bawa ke Dewan Bedah untuk dibuat D&C bagi membersihkan rahim dari saki baki kandungan yangtelah gugur.
Suatu hari aku merasa kesakitan di bahagian abdomen. Aku di bawa berjumpa doktor, dan doktor mengesahkan aku hamil anak ke tujuh, tetapi bersama dengan kandungan itu di dalam rahim dikesan ada fibroid dan di dalam ovari ada cyst. Doktor menyaran kepada aku agar mengugurkan kandungan yang telah berusia 12 minggu itu. Setelah melakukan solat istiharah dan mohon petunjuk dari Allah SWT, aku pasrah untuk meneruskan kandungan.
Dalam susah payah dan kesakitan yang sering dialami dibahagian abdomen, aku melahirkan anak ke enam ini hanya di atas katil wad Hospital Daerah Kulai sahaja. Sedangkan rancangan doktor pakar perbidanan Hospital Besar yang memeriksa sepanjang tempoh kandungan adalah melahirkan melalui pembedahan. Tetapi manusia hanya merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah yang terbaik.
Selepas melahirkan anak ketujuh, aku memulakan rawatan dengan pakar perbidanan dan sakit puan untuk berbincang membuang fibroid dalam rahim dan cyst dalam ovari. Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang tidak diperlukan didalam tubuh badan manusia. Kenapa doktor menyaran anak digugurkan semasa hamil ke tujuh lalu adalah kerana fibroid ini sifatnya seperti parasit. Disamping dia menumpang dia juga mengambil makanan unutk dia tumbuh dan membunuh perumah itu akhirnya. Maka jika ada anak yang dikandung bersama fibroid,selalunya anak yang di kandung akan kalah dan mengalami kecacatan kerana darah yang menyalurkan makanan melalui plasenta kepada bayi turut menyalur makanan kepada fibroid. Dalam kes aku di atas, keyakinan pada pertolongan Allah ,doa dan tawakal memberi kelebihan kepada aku dapat melahir anak dengan sempurna akal fikiran dan sempurna anggota tubuh badan.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:24:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit.
Doktor telah menetapkan tarikh pembedahan pembuangan rahim kerana bentuk fibroid yang ada di dalam rahim melebar melekap kepada sebahagian besar dinding rahim. Jika fibroid sahaja dibuang,dinding rahim akan mengalami luka yang besar, dan risiko pendarahan amat tinggi. Jadi doktor mengambil keputusan untuk membuang rahim sekali,kerana pembedahan begini lebih mudah
dan risikonya lebih rendah dibandingkan jika hanya fibroid sahaja dibuang. Pada hari yang telah ditetapkan aku masuk wad, hati aku masih berbelah bagi, nak buat pembedahan atau tidak.
Berhari-hari bahkan berminggu aku memikir dan membuat permohonan kepada Allah agar diberi petunjuk adakah menjalani pembedahan itu lebih baik atau tidak. Bagi aku ketetapan hati adalah petunjuk dari Allah agar perjalanan hidupku sentiasa di dalam rahmatNYa.
Tiba hari pembedahan dijalankan suami diarah menjalankan tugas diluar kawasan, dan tiada siapa yang boleh menghantar aku ke hospital serta menolong menjaga anak di rumah. Oleh kerana tugas itu sangat penting, suami pergi ke luar kawasan. Bila suami tiada, aku tidak mahu ke hospital, dan menelefon pihak hospital agar membatalkan pembedahan yang sepatutnya dijalankan pada 11 Mei 1997. Setelah pembedahan itu aku batal,bermakna aku tidak boleh lagi merujuk sebarang kesakitan di hospital berkenaan. Aku mencari perubatan alternatif, dengan memakan ubat herba bagi mengecutkan fibroid. Alhamdullilah, setelah 3 tahun aku makan ubat herba melayu dengan konsistan, didapati fibroid itu mengecut sedikit demi sedikit.
Itulah petolongan Allah kepada aku setelah aku memohon petunjuk dan ketetapan hati samada perlu rahim dibuang atau tidak. Jika rahim dibuang bermakna aku tidak boleh lagi hamil. Aku amat bersyukur dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah, walaupun nampak seseolah suami macam tidak mahu membantu dan bertanggung jawap pada kesihatan isteri, tetapi rupanya Allah memberi jalan agar aku tidak perlu membuang rahim. Setahun selepas aku membatalkan pembedahan aku mula hamil anak yang ke lapan. aku menjalani rawatan antenatal di Poliklinik yang lain dan tidak mahu menceritakan sebarang sejarah kehamilan yang lalu. Aku yakin dengan pertolongan Allah jika aku berhadapan dengan sebarang masalah. Jangkaan pakar sebelum ini menyatakan yang aku tidak boleh hamil lagi sekiranya fibroid tidak dibuang adalah meleset. 41 minggu kemudian aku selamat melahirkan anak di atas troli sahaja, kerana aku memang mudah bersalin.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:19:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit.
Ketika anak kelapan berusia 1 tahun 3 bulan, masih menyusu ibu, aku mendapat tawaran pergi menunaikan haji ke Baitullah. Ketika ini usia aku 35 tahun.Aku mempersiapkan diri dan menjalani kursus mengerjakan haji selama setahun agar ibadah yang aku jalankan menepati hukum syarak. Sebelum tarikh berangkat, aku teringin untuk menderma darah. Aku pergi dengan suami ke Bank Darah sebuah hospital besar di Johor Bahru. 2 minggu selepas menderma darah aku mendapat panggilan telefon urgent dari Bank Darah tersebut.
Aku dan suami bergegas pergi dan aku diminta menjalani peperiksaan ujian darah semula. Melalui sample darah yang aku derma, rupanya mereka dapat mengesan sesuatu bendasing ujud di dalam darah yang kesan jangka panjang, aku akan mendapat penyakit kronik. Setelah ujian kedua di lakukan, mereka mengesahkan keujudan bendasing itu benar ada dan aku dikehendaki mula menjalani rawatan. Oleh kerana tarikh keberangkatan menunaikan haji
hampir tiba, aku berjanji akan memulakan rawatan sebaik balik dari Makkah nanti.
Sekembalinya aku dari tanah suci, dimana dengan rahmat dan kasih sayangnya, selama aku di sana, keadaan kesihatan aku sangat baik dan nikmat mengerjakan ibadah haji dapat aku laksanakan dengan baik dan sempurna. Pengalaman aku di sana selama 42 hari ibarat pergi berbulan madu. Betap indah dan nikmat berada di rumah Allah dan menjadi tetamuNya. Akan dikisahkan dalam bab lain pengalaman mengerjakan haji. 2 minggu setelah tiba di tanah air, pihak hospital telah pun menelefon menuntut janji kepada aku agar memulakan rawatan. Melalui ujian darah, kompenan darah, mendapati ada yang tidak kena dengan darah dan organ yang ada kaitan darah. aku dikehendaki tinggal di wad untuk memudahkan penyiasat/mengdiagnosa penyakit darah aku ini. 2 minggu di wad, aku telah menjalani biopsy hati.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:16:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit.
Setelah menjalani ujian biopsy hati, aku dibenarkan keluar wad. Balik sahaja ke rumah, aku jalani kehidupan seperti biasa. Tetapi 10 hari selepas balik rumah, tiba-tiba aku diserang demam dan sakit kepala yang teruk. Seluruh sendi sakit, tekak sakit sehingga menelan nasi seseolah menelan pasir. Meneguk air seperti meneguk jadam pahitnya. Bila berbaring, aku terasa seperti berbaring di atas pasir. Sudahnya aku tidak makan. Setelah 4 hari demam tidak pulih, aku pergi sekali lagi ke klinik untuk mengambil sample dan ujian darah.
Hari pertama demam sample darah telah diambil juga. Bila doktor membuat bandingan keputusan ujian darah, di dapati paras platlet aku menurun dengan mendadak di samping white blood count meningkat. Doktor mengesyaki sesuatu.
Bilangan platlet di hari pertama demam ialah 270,000 dan di hari ke 4 ialah 70,000.
Pada hari ke 5 demam, aku membuat ujian darah lagi, paras platlet makin menurun kepada 35,000 penurunan yang sangat pantas. Kesan kekurangan platlet dalam darah akan menyebabkan darah menjadi cair dan bila luka darah tidak beku. Sebelum ke klinik pagi itu, aku dapati ada darah keluar bila aku memberus gigi, hidung dan tempat lain. Darah segar ini keluar tanpa sebab.Ianya bukan luka.
Doktor mengarahkan segera masuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tun Aminah Johor Bahru. Dalam ujian darah pagi itu , telah dapat dikesan virus yang menyebabkan aku demam. Rupanya aku dijangkiti demam denggi berdarah. Sampai di unit kecemasan HSAJB, darah sekali lagi diambil dan diperiksa,paras platlet telah menurun ke paras 26,000. Ketika ini darah sudah ada yang
keluar seperti seorang perempuan tumpah darah. Kulit telah berwarna terang, bintik seperti ruam kelihatan jelas diseluruh tubuh badan. Saat ini adalah saat kritikal bagi seorang pesakit denggi berdarah,jika lambat diselamatkan akan mengakibatkan kematian.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:13:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit.
Di Unit Kecemasan, para petugas sibuk menyiasat untuk mengenal pasti kenapa darah banyak keluar seperti perempuan mengalami keguguran. Darah yang keluar adalah darah segar, kerana paras platlet yang rendah, darah sudah tidah membeku lagi. Melalui ujian urine dan scan di bahagian abdomen, mereka mendapati aku hamil 6 minggu dan sedang mengalami tumpah darah kerana virus denggi tadi telah dapat membunuh janin yang baru berkembang.
Sebenarnya aku tidak tahu yang aku hamil, dan dengan segera aku di tempat di kawasan jagaan rapi sementara menunggu persiapan ke Dewan Bedah. Di sini platlet mula dimasukkan ketubuh aku bagi menambah platlet yang makin menurun.
Sebanyak 4 beg platlet telah dimasukkan ketubuh aku, dan aku di bawa ke Dewan Bedah, untuk mengeluarkan janin yang telah mati bagi menghentikan tumpah darah. Sampai di Dewan Bedah, sebelum general anestatik bertindak sepenuhnya, aku sempat lagi melihat para petugas memasukkan platlet ke tubuh aku dengan menggunakan picagari melalui saluran drip yang sedia terpasang ditangan sebelah lagi. Tujuan nya agar paras platlet meningkat dengan lebih cepat. Selepas itu aku tidak sedar lagi kerana anestatik telah bertindak sepenuhnya keatas tubuh aku.
Keesokkannya,bila aku sedar, aku telah pun ditempatkan di wad kelas pertama, dengan pengawasan seorang jururawat. Aku diberitahu bahawa anak yang dikandung tidak dapat dapat diselamatkan, para doktor bertindak membuat D&C keatas rahim aku, bertujuan untuk menghentikan darah yang keluar. Aliran darah keluar perlu dihentikan segera agar paras platlet tidak terus menurun.
Aku dimaklumkan oleh doktor bertugas, bahawa kulit aku yang berwarna merah jambu terang di seluruh tubuh adalah disebabkan darah yang cair tadi telah berada dibawah lapisan kulit dan bersedia keluar mengikut liang-liang roma . (Disini aku kurang faham adakah kapilari darah akan pecah maka menyebabkan darah akan keluar ikut liang roma.). Semasa di wad ini aku masih melihat
platlet masih dimasukkan ketubuh aku melalui drip.
Satelah 5 hari berada di bawah pengawasan doktor dan paras platlet menunjukkan kadar peningkatan dan drip air yang banyak di masukkan ke tubuh, kadar bilangan virus denggi dalam darah berkurang kerana telah larut dalam air dan dibuang melalui sistem perkumuhan. Sebanyak 8 beg platlet dan 25 botol air di masukan ke tubuh aku, aku dibenarkan keluar dan balik ke rumah pada hari ke 6. Doktor melanjutkan cuti rehat di rumah selama 2 minggu
lagi untuk berehat kerana keadaan diri aku yang masih lemah. Pada masa itu diri ini memang sangat tidak berdaya, tapi aku suka berada di rumah, walaupun tidak dapat melakukan apa apa, tapi aku dapat bersama-sama anak di rumah.Pada masa aku demam ini dan dirawat di wad aku telah terlupa temujanji untuk mengambil keputusan biopsy hati.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:08:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit...
Memang orang kata demam denggi merbahaya, jika denggi berdarah lagi bahaya kerana boleh membawa maut. Betul, kerana virus denggi telah membunuh janin yang aku kandung , dan aku terselamat. Segalanya adalah ketetapan Allah sejak azali ke atas diri aku. Aku redha apa sahaja yang telah ditakdirkan Allah ke atas diri ini. Selepas 1 bulan aku pulih dari sakit ini, aku mula mengalami kegatalan kulit di seluruh tubuh badan dan mengalami keguguran rambut yang banyak.
Di dalam rumah rambut aku bersepah merata tempat. Mulanya aku tidak sedar akan rambut yang banyak gugur, sehingga suami menegur, kenapa rumah kita sekarang banyak sangat rambut, rambut siapa yang gugur begini banyak. Aku pun tersedar, ya..bila aku sikat rambut banyak yang gugur. Baru lah aku sedar aku mengalami keguguran rambut yang sangat ketara. Tapi kenapa?
Untuk mengetahui kenapa aku mengalami kegatalan di seluruh tubuh, warna kulit seakan bertukar kegelapan, (kerana kulit aku berwarna kunig langsat,orang kata putih) maka warna kulit yang gelap dapat dikesan dengan mudah. Pada masa ini aku prihatin dengan warna urine yang pekat seperti nescafe o, warna najis yang kuning cair, aku tahu perubahan pigmen warna ini mesti berkaitan
dengan hati. Baru aku ingat, aku tidak menemui doktor yang membuat biopsy hati pada hari yang dijanjikan. Maka aku tidak tahu keputusan biopsy itu. Aku pergi menemui doktor panel keluarga. Doktor memaklumkan aku, keadaan aku yang gatal dan rambut gugur itu ada kaitan dengan hati. Adakah hati aku berfungsi dengan baik?
Aku perlu menjalani ujian fungsi hati melalui sample darah. Ketika keputusan dimaklumkan kepada aku, doktor berkata, "setiap manusia dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga, sepasang buah pinggang, sepasang payu dara dan sepasang paru-paru. Tetapi hati hanya satu sahaja. Oleh itu, sifat hati yang satu ini, walaupun ia rosak, ia tetap berfungsi dengan baik sehingga kerosakkan itu mencapai 95% barulah gejala kuning pada kulit kelihatan. Tapi jika diperingkat ini adalah terlewat untuk dirawat. Maka sebelum terlewat, gejala awal akan timbul seperti kegatalan kulit, keguguran rambut, warna pigmen najis dan urine akan bertukar. Diperingkat awal, kerosakkan hati masih boleh di rawat. Bagaimana jika puncanya dari darah yang mengandungi virus hepatitis B positif? Sedangkan virus Hep B tiada penawarnya?
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/08/2009 11:04:00 pm 0 comments
Labels: sakit