Coretan Rasa Seorang Ibu
"Apa hadiah ummi nak beri pada An?" ( Ali Imran)
"Tiket kapal terbang."
"Pergi mana?"
"Mana-mana destinasi yang an suka nak pergi."
"Dengan ummi ke?"
"Ummi dan Ayah sekali."
#yang sebenarnya tiket kapalterbang nak pi Guntor.
13 orang pelajar dari SKTU 3 mendapat 5A. Terima kasih kepada semua guru-guru SKTU 3 yang dedikasi mendidik anak-anak murid mengenal Allah dan taat kepada suruhan dan larangan Allah.
Tahniah kepada semua, bilangan A atau B atau C hanyalah huruf dan angka sahaja, kejayaan sebenar adalah apabila seseorang itu berjaya taat kepada Allah dan RasulNYA.
· Raden Mooks Saya lebih sesuai pondok traditional macam Lirboyo, Temboro, Payaman, dan lain2, bukan pondok Modern. Kalau modern tu sama je mcm masukkan dia di Ma'ahad Muhammadi. Btw, Gontor xbermazhab khusus. Kitab Soleh Fawzan Wahabi pun jadi silibus akidah mereka. Wallahu a'lam.
November 26, 2014 at 5:32pm · Like · 1
· Mak Liza Boleh berikan sesiapa untuk kami hubungi antara pondok2 yang dicadangkan?
November 26, 2014 at 5:33pm · Like
· Raden Mooks Contact number ni, nama beliau Haikal Ibn Latif akan berangkat Lirboyo pada January. Surat tawaran utk buat visa dah ready utk dia. +60139976404
November 26, 2014 at 5:37pm · Unlike · 2
· Mak Liza Alhamdullilah...Allah mempermudahkan urusan untuk ke Lirboyo. Sudah hubungi Ustaz Haikal Ibn Latif , esok nak buat passport untuk Ali Imran.
November 26, 2014 at 5:45pm · Like · 2
· Raden Mooks Bagus! Bittaufiq! Semoga jadi ulama!!!
"Ummi, dimana ummi dapat tenaga dan kekuatan?"
"Dari Allah."
"Utamakan Allah dalam semua perkara, bila berlaku sesuatu, ingat Allah, bila datang berita gembira ingat Allah. Dan jaga hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknya dengan menunaikan hak-hak hamba kepada Tuhannya."
Selama zaman anak-anak sekolah, mereka cuma ada sepasang kasut kanvas putih dalam 1 masa. Pakai kasut hingga koyak. Selagi boleh digunakan untuk alas kaki, mereka pakai untuk pergi sekolah kebangsaan dan petang untuk ke sekolah agama.
Ada seorang anak tu, kasut kanvasnya koyak macam mulut buaya ternganga, pernah kena tangkap dengan guru displin sebab pakai kasut buruk dan koyak sekolah.
Tu belum lagi kena tangkap pakai stokin lain-lain warna, sebelah hitam, sebelah putih sebab tak jumpa pasangan. Alasan dia pakai stokin lain warna, bukan cikgu nampak pun, seluar panjang, lagi pun stokin dalam kasut. Tak sangka hari tu, cikgu displin nak selak kaki seluar semata-mata nak tengok pelajar pakai stokin atau tidak.
Dapat anak jenis tidak kisah, tidak bagitahu keperluannya dah koyak, memang kita pun tak kisah. Lagi pun memang nak didik menjadi qanaah. Bersyukur apa yang ada supaya tidak pembaziran. Selagi boleh guna dan dimanafaatkan, gunalah. Mereka pun tidak pernah merungut kadut buruk dan koyak. Bila tapak haus dan berlubang, barulah diganti yang baru.
#Maaf jika gambar ni meloyakan tekak. Kasut ni selamat masuk tong sampah. Dah tamat zaman persekolahan yang kena pakai kasut kanvas putih.
Passport dah siap, tunggu surat tawaran dan buat visa, lepas tu baru beli tiket kapal terbang, hadiah seperti yang dijanjikan , dapat 5A dalam UPSR.
"Kalau belum bisa BACA Ihya' tidak boleh pulang! ! Kalian pulang harus jadi SIROJUL UMMAH (tempat rujukan dan pemberi petunjuk umat). Karena zaman sekarang SEDIKIT sekali orang yang mahu mengaji." ~ KH. M. Anwar Manshur, Lirboyo.
— with Othman Al-Banjari and Ali Imran.
Sepanjang Disember, ikuti pengajian hafal al-quran di Madrasah Umar Farouk di Taman Pulai Indah.
Memulai kelas bahasa jawa dengan Bibik Harti, persediaan ke Madrasah Hidayatul Mutadbilin Lirboyo, Kediri, Januari nanti. Kelas intensif bahasa Jawa, bukan Ali Imran seorang yang kena belajar, sudahnya semua orang pun ikut belajar bahasa jawa.
Kenapa saya suka kongsi cerita keluarga saya? Dulu, ketika usia saya 35 tahun, sudah mempunyai 7 orang anak dan yang paling kecil ialah Abdullah, umur Abdullah Mubarak baru setahun, saya mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan rukun Islam ke 5, ibadah haji di Makkah.
Saya terima tawaran jemputan itu tanpa fikir panjang, saya doa, usaha, ikhtiar dan tawakal titipkan 7 orang anak yang masih kecil dengan pembantu rumah Indonesia dan adik. Anak sulung baru berumur 15 tahun dan anak nombor dua 13 tahun berada di Madrasatul Quran, Kubang Bujuk. Bermakna ada 5 orang anak lagi yang masih kecil berumur 11, 9, 7, 3 dan 1 tahun ditinggalkan di rumah.
Zaman ini belum canggih lagi, telefon cuma ada sebuah, ditinggalkan di rumah untuk kegunaan yang mengasuh anak-anak. 40 hari berada di Tanah suci, cuma sekali sahaja saya buat panggilan telefon untuk mengkhabarkan tarikh tiba di lapangan terbang, minta dijemput.
Nekad saya meninggalkan anak-anak yang masih kecil dengan adik dan pengasuh Indonesia telah menjadi motivasi kepada seorang kawan untuk mengerjakan haji. Anaknya cuma 3 orang, berusia 10, 12 dan 14 tahun. Mula-mula mendapat tawaran dari Tabung Haji, dia seperti mahu menolak kerana anak-anak anggapannya masih kecil. Tetapi hasrat menolak tawaran itu batal, apabila dia teringat kisah saya yang nekad pergi mengerjakan haji walaupun ada anak yang masih menyusu.
Katanya, "jika muna nekad pergi dengan meletakkan pengawasan keselamatan anak-anak kepada Allah beserta doa usaha ikhtiar tawakal, kenapa dia tidak boleh?"
Cerita saya itu menjadi motivasi dan mendorong untuk dia menerima jemputan mengerjakan haji pada tahun itu. Sebab itu perlu juga kita cerita aoa kita lakukan supaya ia menjadi motivasi dan panduan kepada orang lain. InsyaAllah.
30 tahun bukan suatu tempoh masa yang singkat. Ada manis, pahit, tawar, masam, masin dan payau. Semua telah dilalui dan dirasai. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dapat dilalui dengan sabar.
Hiasi rumah kita dengan taman-taman syurga. Ibarat rumah agam yang memiliki taman tergantung , air terjun yang mengalur turun.
Indahnya rumahtangga yang telah tersemai selama 30 tahun, dan moga-moga hingga ke syurga Allah bersama-sama.
Doa yang selalu dititipkan, moga dapat bersama-sama dijemput kembali ke hadirat Allah di dalam rahmatNya. Amin.
“seorang imam telah meninggal dunia dan lahir pula seorang imam yang lain”.
Maka berterusanlah usaha kita untuk melahirkan imam-imam.
Menyediakan hati untuk berjauhan dengan permata hati yang bongsu. Sudah terasa bibit pilu.
December 18, 2014 at 8:03am · Edited ·
16 tahun dulu, ketika permata hati yang sulong baru berumur 12 tahun lebih, kali pertama berjauhan, 3 bulan saya menangis dalam diam. Tengok selipar menangis, tengok baju menangis, tengok seluar menangis, tengok apa juga barang-barangnya saya menangis. Bila menangis automatik mendoakan kesejahteraan agar menjadi anak soleh.
Saya jadikan kisah ibu Imam Syafie sebagai panduan. Pengorbanan hati berjauhan dengan anak.
Lama saya tidak masak makanan kesukaannya.
Hanya 11 bulan selepas itu baru saya dapat bertemu. Ketika itu sistem pondok cutinya setahun sekali. Maka selepas daftar masuk bulan Syawal, akhir Ramadhan tahun berikutnya baru cuti sebulan. Puas saya menangung rindu, sehingga mendapat adik baru pun dia tak tahu,
Sudahlah ketika itu hubungan telefon bukan macam zaman ini. Telefon public hanya boleh digunakan seminggu sekali, itu pun jika tidak rosak. Maka seperti pungguk rindukan bulan saya menunggu suara anak ditalian telefon.
Ada yang buat saya tersenyum, bila saya belikan shampoo, dia tanya, "ummi nak shampoo , rambutnya mana?"
Semua pelajar pondok rupanya dibotakkan kepalanya, sebelum mula pengajian.
— with Ahmad Ali Aqbar.
Denda...meninggalkan sekali solat fardhu secara berjemaah tidak sengaja, baca surah kahfi atau tidak boleh sentuh komputer satu hari.
Ini adalah bentuk hukuman yang bermanafaat. Bukan bermaksud dia terpaksa kena baca quran sedangkan sepanjang cuti sejak lepas upsr mengikut kelas hafalan quran di madrasah. Ini surah tambahan selain surah-surah yang sedang dihafal.
Apabila lidah sering melafazkan qalam Allah moga ia menjadi pengawal dalam membentuk peribadi muslim yang mukmin. — with Ali Imran.
Alhamdulillah, visa untuk Ali Imran sudah diperolehi untuk urusan belajar di negera jiran. Kepada Allah aku bertawakal, diserahkan penjagaan Iman dan hayatnya walau dimana berada. La hau la wa la qu wata illa billahil azim.
#menjejak hati ibu Imam Shafie yang berpisah dengan anaknya ketika usia 12 tahun. Nostalgia terimbas kembali ketika berpisah dengan permata hati sulong 16 tahun yang lalu.
Kuliah Hikam pada 02/01/15. Tanda tanda kematian hati. Apabila hati dah suka maksiat, bangga dan menunjuk nunjuk melakukan perbuatan mungkar, benci nak melakukan kebaikkan, segeralah bertaubat dan carilah ubat untuk merawat hati.
Kuliah Hikam pada 02/01/15, bersamaan 11 Rabiul Awal, subuh Jumaat yang barakah. Al-Fadhil Dr Othman mensyarahkan kalam Hikmah Al Imam Ibnu Athaillah Askandary yang ke 48, ' Tanda tanda Kematian Hati.'
Sebelum hati mati, hati akan dijangkiti penyakit. Jarang kita dengar ada orang apabila hatinya ada penyakit ia akan segera merawat. Ramai orang sanggup merawat penyakit fizikal walaupun kos rawatan sangat tinggi tetapi tidak berusaha untuk merawat penyakit hati sedangkan kosnya hanyalah memperuntukkan masa melakukan solat, berzikir dengan penuh kusyuk dan melakukan kebaikkan.
Tanda tanda kematian hati apabila tidak merasa gundah, sedih apabila meninggalkan larangan Allah dan tidak menyesal apabila melakukan maksiat.
Hati itu telah mati apabila dia melihat yang haram, yang dilarang itu bagus, yang halal , yang disuruh Allah dan perkara sunah itu menyusahkan.
Hati yang hidup adalah hati yang merasa pedih dan pilu apabila mengerjakan maksiat, dan merasa tenang , bahagia, gembira apabila dapat melakukan ketaatan kepada Allah, kebaikkan dan kebajikkan sesama insan.
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabrani dari Abu Musa r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda tentang membayangkan hati yang hidup dan hati yang mati. Baginda bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menggembirakannya akan kebaikkan yang dilakukan dan merasa sedih apabila melakukan kejahatan, maka orang iu tergolong dalam golongan orang beriman."
Sebahagian intipati syarahan kuliah hikam subuh tadi.
Membilang hari, detik dan masa bersama, boleh lihat dia makan dan tidor. Air mata dah bertakung dipenjuru mata. Mesti kuat, perbanyakan doa dan harapan.
Perlu menoleh ke sirah semula untuk semangat dan kekuatan. Jika Nabi Ibrahim tega meninggalkan Sarah dan Nabi Ismail di lembah yang tandus tanpa sebarang bekalan, hanya meletakkan tawakal kepada Allah, begitu juga aku, sebagai ibu meneladeni kisah itu, mesti tega meninggalkan seorang anak jauh di perantauan hanya dengan meletakkan seluruh tawakal kepada Allah untuk memelihara kesejahteraan iman dan diri anak yang dikasihi.
Hanya sirah Nabi yang memberi kekuatan dalam diri untuk kuat dan tabah, sebagai ibu mendoakan setiap detik. Biar jauh dimata tetapi sentiasa hidup dihati.
#perjuangan dalam menuntut ilmu.
Makin dekat harinya, makin sayu dan hiba. Bibik Harti pun sama
#Hati seorang ummi.
Walaupun berat dan payah, motivasi dan cita-cita mahu mentarbiyah anak menjadi orang berilmu, cita-cita mahu anak menjadi pewaris imam yang ada hari ini akan pergi ke alam baqa, maka hati ibu mesti lebih kuat dari hati anak. Ini penting kerana, anak itu akan jadi kuat dengan doa ibunya.
Ya Allah,jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang sentiasa taat dan patuh kepada perintahMu.
Permintaan Ali Imran malam tadi, "nak tidor sebelah ummi, boleh?" Malam akhir Imran di rumah, tidorlah dia dengan lena sebelah umminya. Lepas ni ntah bila lagi peluang ni dia dapat.
Jika orang tanya, "berapa tahun Imran, duduk memondok?"
"13 tahun"
"uiks...lamanya."
Perjuangan...perjuangan...mujahadah menjadi hamba yang Allah redha. Cita-cita yang mengharap keredhaan Allah.
Jadi ibu mesti kuat, walaupun menangis dalam senyap. Air mata sentiasa bertakung, hati sayu dan pilu disembunyikan dari pandangan.
#saat Imran naik kereta menuju ke airport, bibik menangis hiba dahulu. Bibik mengasuh Imran dari usia Ali Imran satu tahun. Kini usia Imran 12 tahun, nanti Julai 2015 baru 13 tahun.
Afdhal Zaaba Saat paling sedih.. Imran sendiri tidak dpt menahan air matanya..
Sepanjang perjalanan, bermula bimbingan dan tunjuk ajar. Tunjuk ajar cara-cara chek in bagasi, chek in diri, pemeriksaan diri sebelum naik pesawat, menaiki pesawat, aturan di pesawat, turun pesawat untuk isi borang pemeriksaan imegresen, sehinggalah tuntutan bagasi.
Ambik tiket untuk menaiki teksi. Pengalaman dan bimbingan ini penting untuk akan datang bila Ali Imran mahu pulang sendiri dari Surabaya ke Johor Bahru. Begitu juga untuk makan. Melihat menu yang sesuai terutama dari segi kesihatan dan kebersihan warung.
Itu belum lagi cerita tukaran ringgit malaysia ke rupiah. Jenuh ummi dia bercakap satu persatu...ibu adalah guru pertama kepada anak-anaknya.
#anak bongsu yang meruntun jiwa ibu apabila berjauhan.
Pelajaran fizik, ingat nak cerita tentang bagaimana fungsi pendoling, bentuk aero scape boleh mengangkat kapal tetbang kepada Ali Imran, kunun kunun nak ulang ingat semula subjek yang saya kibati suatu ketika dulu, sekalinya Imran yang cerita semula kepada saya siap dengan daya daya yang bertindak ke atas kapal terbang, daya tujah oleh enjin, daya angkat, daya graviti, dan lain lain.
Bila says tanya, "macamana Imran tahu?" Jawapnya, " Baca buku, tengok you tube."
Ha...budak umur 12 tahun, boleh fikir dan terangkan semula konsep fizik yang diaplikasi dalam kehidupan harian. Oleh itu, ibu bapa mesti selalu pantau apa bahan yang anak baca dan tonton agar ia adalah ilmu bermanafaat. Mungkin tidak digunakan waktu itu, tetapi kita tak sangka dia difikirkan dan disimpan dalam memori hingga satu saat ia diperkatakan.
Dalam perjalanan ke Pondok Lirboyo, naik kereta dari Surabaya ke Kota Kediri mengambil masa 4 jam. Jaraknya cuma 100 km lebih, jalannya seperti jalanraya persekutuan di Malaysia. Paling laju boleh dipandu cuma 60-80 km/j.
Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk putera bongsu bermanja. Titis-titis airmata telah berjuraian.
Bertemu salah seorang anak Pak Kiai di Pasentren Lirboyo.
Ali Imran, Haikal Ibn Latif, Othman Al-Banjari, Raden Mooks.
#Raden Mooks, Pak Mansur berpesan salam. ~Assalamualaikum ~
January 13 at 1:23pm · Edited ·
Malu disnap gambar apabila air mata anak pun tumpah jua. Sayu pilu menghambat jiwa lara. Hati ibu, tak payah dicerita. Kerana ilmu, mahu menjejak ibu Imam Shafie, melepaskan anaknya yang berusia 12 tahun menuntut ilmu. Ilmu ada dimana-mana, tarbiyah itu yang utama.
Bak kata Pak Kiai, ta'alim di dalam kelas itu cuma 2 jam aja, tetapi tarbiyah itu 24 jam. Bermula dari bangun tidor hingga tidor kembali. Bagaimana kehidupan yang membentuk akhlak Islami yang diamalkan dari ilmu yang dipelajari.
Ilmu tanpa amal tidak menjadikan kita berguna, amal tanpa ilmu menjadikan kita buta.
Qanaah itu harus dilalui bukan sekadar menjadi sebutan. Biarlah tidornya atas lantai, tidak enak tetapi penuh kudratnya mampu bangun malam daripada enak tidor dikasur empok, leka hingga matahari menjenguk sinar.
Kucupan ibu yang dalam hatinya sentiasa berdetak, "Ya Allah jadikan anakku ini anak yang dirahmati dan diberkati di dunia hingga akhirat. Permudahkan ia menuntut ilmu, jadikan dia seorang yang sabar dan tabah dan permudahkan jalan jalan menuju redhaMu."
Santri habis kelas untuk rehat. Suasana di persekitaran pondok. Tenang, damai bagai bayu sepoi-sepoi bahasa yang gemalai. Berkain pelikat dan berselipar. Ramai juga yang berkaki ayam.
Dimana -mana kelihatan mereka memengan kitab kecil untuk menghafal.
Makan berdua untuk akhir kalinya sebelum tinggalkan Ali Imran di sini. Kota Kediri.
Othman Al-Banjari added 2 new photos.
Santri ke sana sini berpelikat dan berjalan kaki. Aman dan nyaman kan Mak Liza ?
Ali Imran , insyaAllah akan jadi biasa nanti.
Pintu gerbang masuk. Tidak ada pengawal, pintu pagar terbuka lebar, yang cuma ada papan kenyataan BATAS JALAN SANTRI, maksudnya pelajar dibenar hingga sempadan ini. Tak ada yang fly atau lari atau ponteng. Allah Maha Melihat, Allah yang memegang hati mereka.
— at P.P. Hidayatul Mubtadiien Lirboyo Kediri.
January 13 at 8:11pm · Edited ·
Mula mula melihat macam pelik, hati tertanya tanya. "Boleh saya tahu kenapa kamu berjalan tidak beralas kaki?"
Fikiran saya mereka kehilangan sandal atau selipar atau tidak mampu beli selipar.
"Mudah begini"
"Tidak fikir apa apa saat masuk kelas atau masjid"
Hati saya jadi bersalah kerana bersangka. Saya perhatikan, ditepi jalan ada sepasang sandal terbiar, tetapi tidak siapa yang ambil atau menggunakan hak orang lain.
#mendidik diri lebih qanaah dan bersyukur.
Pagi dah hantar Imran ke biliknya, dah tinggalkan semua bagasi, dah jumpa kawan kawan sebilik Imran dari Malaysia, jumpa seorang anak pak kiai, dah lihat bilik dan kehidupan santri santri di sini. Dah banyak pesanan dititipkan pada Imran.
Dah kucup, peluk Ali Imran , dah basah niqab dengan air mata. Lepas tu terus pergi tinggalkan Imran memulakan kehidupan sebagai santri.
Petang tadi ajak zauj pergi tengok Imran. Naik bas pendek ( macam bas tahun 70an di Malaysia) kemudian jauh menapak jalan kaki. Jauh berjalan pun sanggup, nak tengok permata hati jalani kehidupan baru.
Dapat jumpa Imran, jalan selamba berkaki ayam, berpelikat macam di rumah. Senyum senyum...
Dah boleh suaikan diri, dah rasa best. Takde tilam, takde bantal cuma dibekalkan sehelai selimut yang Imran selalu gunakan di rumah. Saya dah tak menangis, cuma cium Imran lama lama. Tiba ayah Imran, wah...ayah pulak yang sayu.
#sapa kata ayah tak sedih, cuma tak tunjuk saja.
January 14 2015
Terasa malam yang panjang. 2, 3 kali terjaga, lihat jam baru pukul 10.38, 11.50 dan 12.45. Rasa macam lama dah tidor. Tanpa disedari, telah terbetik kerinduan. Bagaimana sang ibu mahu meneruskan kehidupan di hari hari seterusnya? Seperti bumbung atap yang tiris, bantal ini basah!
#malam pertama Ali Imran tidak ada disebelah sejak dilahirkan. Jika sebelum ini,saya yang pergi bermusafir sehari dua tidak terasa apa apa, kali ini usianya menginjak remaja, perjuangan dalam menuntut ilmu, perjalanannya menuju keredhaan Allah bermula.
Benar jangkaan hati, jadi ibu mesti kuat. Dah sampai airport Juanda Surabaya, nampak miscol dari Ali Imran mengunakan telefon umum di biliknya. Saya col back. Apa yang didengar ialah sedu sedan tangisan Imran.
Hati ibu, bila dengar tangisan si anak mesti airmatanya berderai jatuh. Jika tidak kuat, rasanya mahu patah balik semula ke Kota Kediri untuk jumpa Imran dan bawa balik. Tapi ia bukan jalan keluar. Imran bukan anak manja.
Dia mesti dilatih agar kuat dan tabah. Ini pertama kali dan hari pertama masuk kelas. Mesti terasa kejutan budaya terutama bahasa dan cara belajar. Tidak ada sesiapa pun yang tidak gementar melalui hari pertama yang luar dari kebiasaaan.
Sedangkan Rasulullah pun kali pertama di datangi malaikat Jibrail, Jibrail memeluk dan menyuruh ' bacalah', rasa gementar sehingga berbaring dalam selimut apabila pulang ke rumah.
Apatah lagi kita ini manusia biasa. Maka ia menjadi pengalaman indah yang akan jadi bahan sendaan suatu hari nanti. Anak lanang menangis hiba.
Disinilah peranan ibu yang tidak boleh lemah, sayu pilu hiba yang menghambat jiwa menyebabkan dengan mudah termakan pujuk rayu dan mengalah. Dan kita tidak akan kuat jika tidak ada penyerahan diri kepada Allah.
"Ya Allah hingga di sini pengasuhan terhadap amanah yang Engkau anugerahkan kepada aku, dengan doa dan tawakal kepada Mu mengharap rahmat dan kasih sayangMu memelihara kesejahteraan Imran walau dimana pun Imran berada."
Rawannya hati seorng ibu, tidak siapa dapat mengubatinya melainkan Allah. Hanya dengan mengingati Allah, jiwa yang gundah menjadi tenang. Mengadulah kepada Allah, luahkan dalam munajat dengan Nya yang Maha Mengasihani.
#dah mula melihat lihat tiket ke Surabaya. " Tenang dan damaikan jiwa puteraku didalam rahmatMu."
Panduan untuk ibu-ibu yang akan berjauhan dengan anaknya kerana tuntutan mencari ilmu. Tidak ada ibu yang tidak berhati rawan dan hiba apabila anaknya berada jauh dari depan mata. Memang jika boleh nak anak sentiasa depan mata, tapi sampai bila?
Mahu atau tidak, suatu hari nanti kita kena lepaskan juga anak tu menjalani kehidupan realiti berada jauh dari kita kerana menuntut ilmu. Samada usia masih remaja atau pemuda, tetap kena pergi juga. Cepat atau lewat.
Dan kita sebagai ibu ni bagaimana? Hiba memang hiba. Tidak kiralah ada anak seorang atau ada anak sepuloh. Tidak kira juga anak pertama atau anak kesepuloh. Hiba dan rawannya sama saja. Gundah gulananya sama saja. Saban wantu, menangis teringatkan anak tu. Ingat segalanya. Tengok tuala mandinya, tengpk bajunya, nampak seluar track yang selalu dipakainya akan menyebabkan air mata hiba mengalir tanpa diminta. Bak untaian mutiara yang terputus, jatuh berderai satu persatu dan mengalir laju.
Zaman dulu takde laman yang boleh kita kongsikan pengalaman. Cuma catat dalam dairi atau terbitkan buku. Zaman ini ada laman web yang boleh kita kongsikan sebagai panduan.
Jika orang kata saya ni ibu yang gembeng, memang ya. Menangis tak henti-henti sebaik balik meninggalkan anak di pasentren semalam. Dalam kereta menuju airport saya menangis sepanjang perjalanan. Niqab saya basah lencun. Di airport saat menunggu tu saya menangis. Saat nak tinggalkan bumi Surabaya. Dalam kapal terbang, waktu kapal terbang mula terangkat. lagi saya menangis. Sepanjang penerbangan saya menangis sampai terlena seketika. Terjaga semula saya menangis tersedu-sedu.
Turun kapal terbang menangis, naik kereta balik rumah menangis, sampai di rumah lagilah menangis hiba dan sayu. Nak makan menangis, solat menangis, nak tidor menangis lagi. pagi ni pun menangis lagi tengok almari pakaiannya, tengok barang-barangnya termasuk bila terlihat berus giginya yang tersusun rapi dalam almari.
Apa saya buat waktu menangis tu? Adakah saya merintih duka? TIDAK. Dalam hati saya sentiasa berdoa , bermunajat dan bermonolog. Saya berbicara dengan Allah. Allah Tuhan yang saya sembah, yang anak saya sembah, Tuhan yang satu agar mendamai dan menenangkan anak saya dalam kasih sayang Allah. Saya sentiasa memohon keampunan untuk diri saya dan dirinya, memohon anak saya dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menuntut ilmu. Memohon Allah mengurniakan hikmah, kebijaksanaan, kecerdikan, mudah faham, mudah ingat dan mudah hafal setiap ilmu yang dipelajari dalam rahmat Allah. mohon Allah pelihara keselamatan dan kesejahteraan iman dan dirinya walau dimana berada. Mohon dijauhi segala perkara mungkar dan maksiat yang berada dimana-mana. Tidak ada sesiapa yang dapat melindungi dirinya dari terjebak melainkan Allah jua.
Berdoalah dalam penuh harapan, dalam juraian air mata kerana kita tidak punya daya upaya melainkan mengharap pertolongan Allah. Jiwa anak kita resah, rindu dan hiba juga, maka kita minta Allah tenang dan damaikan dia. Kita tidak mampu nak peluk dia, maka kita mengharap Allah membelai dan mendakap dalam kasih sayangNya. Sungguh, dengan begini saya dapat mengubati hati kita yang rawan ini. Jangan disembunyikan tangis kita, jangan ditahan air mata kita, biarlah kita menangis sepuasnya sambil kita bermunajat kepada Allah. Jadi ibu, jangan sekali-kali kita lalai dan lupa Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, moga-moga ALlah jaga segala-galanya untuk kita.
Hingga bila mahu menangis? Hingga bila-bila, kerana kita punya hati basah yang sarat dengan kasih sayang.
Panduan saya satu saja, jadi ibu mesti kuat, barulah anak kuat dan kita tak boleh cepat mengalah dengan apa jua alasan jika tidak memudaratkan.
Anak tu muda lagi, banyak yang dia hadapi, kejutan budaya, kejutan persekitaran, kejutan bahasa , jadi kita sebagai ibu tak boleh lemah apabila dia kata nak balik rumah, nak duduk rumah.
Padahal kemana pun kita hantar anak, samada jauh atau dekat, anak mesti belajar untuk meneroka kehidupan sendiri dengan panduan, bimbingan kita dari jauh.
Banyakkan baca kisah sirah, kisah teladan ibu ibu yang melahirkan ulama' hebat.
Jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga kita, anak kita dan keluarga kita dalam rahmatNya.
#caption gambar, batu batu untuk meniti selepas berwudhuk di pasentren. Tak perlu alas kakikan?
Hari ini ramai antara kita sebuk membuat persediaan masa depan samada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak dengan menghambat mereka agar belajar-belajar dan kejar cita-cita untuk mejadi orang yang berjaya. Berjaya yang bagaimana? Berjaya dengan memperolehi kejayaan cemerlang, gemilang dibidang akademik dan meminggirkan persediaan akhirat. Ada yang sanggup mencutikan anak-anak yang akan ambik UPSR atau sewaktu dengannya dari menghadiri sekolah agama agar lebih fokus kepada peperiksaan akademik.
Ingatlah, masa depan yang kita sediakan itu paling utama ialah masa depan di alam barzakh. Berapa ramai antara kita menyediakan bekal untuk diri kita dan anak-anak kita bekalan masa depan di alam barzakh?
Jadi jika kita mahu anak-anak kita berjaya, masukkan juga persediaan masa depan mereka selain masa depan kat dunia tetapi masa depan di alam barzakh. Berjaya kebaikkan di hujung nyawa, maka berjayalah di alam barzakh. Bahagia alam barzakh adalah tanda bahagia kekal abadi di akhirat sana.
Sebak. Ketika kuliah hikam subuh tadi, syarah kalam hikmah Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary yang ke 64, " Cara Mensyukuri Nikmat Allah dan Faedahnya", Dr Othman tiba tiba berhenti seketika, tidak dapat meneruskan bicara kerana sebak dan menangis. Terkenang kembali kehidupan santri di Pondok Pasentren Lirboyo.
Sebenarnya ketika kami ke Pondok Pasentren Lirboyo, banyak perkara yang membuat diri merasa insaf dan kerdil. Tertanya tanya dimana syukur yang kita sering lafazkan? Melihat kehidupan para santri dan pak kiai yang qanaah dibandingkan kehidupan harian kita yang sentiasa cukup dan berlebihan.
Dalam zaman kita yang maju, yang moden, masih bertahan satu pusat pembelajaran yang mengekal kaedah penggajian secara tradisi. 1 abad, 100 tahun lebih pusat penggajian ini berkembang yang mempertahankan kaedah klasik yang berlandaskan sunnah. Tidak ada percampuran lelaki dan perempuan. Para santrinya redha dengan kehidupan yang dilalui.
Sebuah tempat yang damai dari hiruk pikuk kota, kehidupan luar hanya terpisah disebalik tembok. Menjadi santri yang hidup seadanya. Banyak syukur dari mengeluh. Tidak ada sekelumit rungutan akan peraturan yang ditetapkan, bahkan mereka melihat ia satu kebaikkan dan kemudahan dalam menuntut ilmu agar diberkati.
Mandi dari air kolah, tidor berlantai simen, tidak ada tilam empuk jauh sekali katil. Kebanyakan santri berkaki ayam ke sana sini. Mudah. Menjadikan kaki lima bangunan bersih. Ada tempat mencuci kaki sebelum naik atau masuk ke kelas. Bangunan batu konkrit dua tingkat, dalam kelasnya santri belajar duduk bersila menadah kitab. Kitab dibaca ayat demi ayat, baris demi baris dalam bahasa arab dan diterangkan dalam bahasa jawa halus.
Keberkatan dan keihklasan pengasasnya menjadikan ia pusat penggajian ribuan santri. Masih bertahan dengan kaedah klasik zaman penubuhan 1910, hingga hari ini.
Hanya mereka yang kuat , bersedia menjalani hidup qanaah mampu berada di sini. Yang mengharap keselesaan, yang mengharap privacy, yang mengharap dilayan tidak layak. Semua benda hak bersama. Seorang beli sepinggan nasi 5000 rupiah, makannya 3 orang padahal nasinya cuma sejemput berlauk tauhu dan tempe. Inilah yang dikatakan keberkatan. Lapar sama sama , kenyang sama sama. Tidak ada yang pentingkan diri sendiri.
Sungguh, balik Malaysia, berada di rumah sendiri, rasa hipkroritnya syukur kita kepada Allah kerana kita tidak pun sangguh melalui kehidupan begitu. Kita sering merungut atas layanan yang tidak ikut spec. Lauk tak sedap, bantal keras, cuaca panas, kipas angin tak laju, jalan jem, kena jalan jauh dari tempat letak kereta. Kita payah nak bersyukur dengan nikmat Allah berikan hari ini.
Sebenarnya kita tidak akan mampu menghitung nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita apabila kita tidak melihat kehidupan qanaah orang lain. Maka hidupkan hati supaya ada rasa syukur dengan melihat kehidupan daif orang lain. Akan terbit rasa kerdilnya diri ini dibandingkan santri santri yang melalui mujahadah kehidupan penuh kesabaran.
2 hari ini rasa lega apabila mendengar suara Ali Imran. Dibenarkan menggunakan telefon umum yang dikhaskan dalam bilik penginapan. (sedap dengar istilah penginapan, sedangkan keluasan bilik itu cuma sekitar 3 depa lebar, 5 depa panjang) keluasan bilik sebegitu untuk menempatkan 15 orang. Kipas pun tak ada. Makanya bilik itu lebih kepada bilik persalinan dan penyimpanan bagasi dan pakaian. Sebahagian dari mereka tidor di masjid atau kaki lima bangunan sahaja. Itu pun mereka syukuri kerana diberi peluang untuk menadah kitab di sana.
Suara Imran kedengaran ceria. Tidak lagi suara sebak menangis rindu. Dah boleh adaptasi kehidupan dan kerinduan berjauhan dengan ummi dan ayah.
"Imran dah makan?"
"Dah."
"Makan apa?"
"Makan nasi."
"Lauk apa?"
"Lauk tempe, sambal dan terung."
"Berapa ribu harganya?"
"Tak tahu, kawan tolong bayarkan guna duit Imran. Makan kongsi dengan dia."
Subhanallah, masyaAllah...Bukan semua pelajar disana tu orang berada. Majoriti orang seadanya. Yuran penggajian sangatlah murah, begitu juga dengan yuran asrama.
Nikmat Tuhan manakah yang tidak kamu syukuri?
Tarbiyah pertama yang dilaluinya. Mandi guna air dari kolah (sudah pasti semua orang guna kain basahan). Tidor tanpa tilam (ini memang sudah biasa di rumah), takde kipas, makan kongsi ramai-ramai dalam talam.( dah biasa di rumah, cuma kuantitinya berbeza, boleh tambah).
"Imran dah masuk kelas?"
"Dah, masuk kelas persediaan dulu. Nanti ada ujian untuk dimasukkan ke tahap berapa."
Alhamdulillah, Imran memang boleh menulis tulisan jawi dan membaca jawi. Moga-moga Allah mengurniakan hikmah, kebijaksanaan, kecerdikan, mudah faham, mudah ingat dan mudah hafal setiap ilmu yang dipelajari.
Nama saja Pondok tetapi kemudahan asas disediakan sebaik-baiknya. Ada pusat kesihatan, ATM dan kedai makan di dalam kawasan Pondok Pasentren supaya santri tidak perlu keluar dari kawasan berpagar. Yang tidak ada cuma pengawal keselamatan. Cukup papan tanda yang tertulis, 'BATAS JALAN-JALAN SANTRI'. Tak ada yang nak keluar tanpa izin, nak fly atau nak melanggar larangan kerana tarbiyah mereka, ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KAMU KERJAKAN. Tarbiyah Ihsan yang sukar kita amalkan. Aklak kita terdiri melalui Islam, Iman dan Ihsan.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.