BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 31 December 2009

Indahnya Hidup Bersyariat


Pada ulang tahun perkahwinan ummi yang ke 25 lalu, anak dan menantu ummi, Najdah dan Nasrum telah menghadiahkan sebuah buku kepada ummi. INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT, Tulisan Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Seronok ummi membaca buku ini.

Bukunya cukup menarik. Bagi ummi, sangat sesuai untuk semua orang, tak kira yang alim, atau baru nak mengenal. Isinya cukup ringkas dan padat. Sesuai untuk bacaan umum. Olahannya juga mudah difahami.

Yang menarik, semua helaian buku berkulit tebal ini adalah licin dan cantik. Ilustrasinya juga menarik, grafiknya juga hebat. Walaupun tiada huraian yang berjela, namun boleh dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Untuk tambahan, boleh dirujuk kitab Muktabar lain.

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunujukkan perkara yang realistik.

Buku ini memuatkan modul Fardhu Ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd ini dihasilkan daripada kolaborasi mantap Al-Fadzil Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM).

Dengan berbelanja RM55.00 untuk buku ini, ummi berpendapat ia sangat-sangat berbaloi dan  pasti tidak akan menyesal setelah memilikinya. Buku ini amat sesuai untuk rujukan institusi pendidikan di semua peringkat serta boleh dijadikan bahan tazkirah. Bertambah sesuai bila ia dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.

Isinya sangat ringkas dan padat.
Sesuai untuk menjadi rujukan cepat bagi mereka yang sibuk dan juga kepada anak-anak muda yang agak malas merujuk kitab-kitab muktabar.

Mengandungi 7 bab

Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa


Ummi suka dengan hadiah dari Najdah dan Nasrum ini kepada ummi, mungkin mereka rasa ia amat sesuai untuk dijadikan rujukan mudah di rumah kepada adik-adik dan dia sendiri. Semoga hadiah ini mendapat manafaat kepada semua orang termasuk kepada Najdah dan Nasrum. Dan terus berpanjang dijadikan bahan rujukan hingga ke anak cucu.

Terima kasih Najdah , Nasrum, Naimah dan Nu'man...semoga hidup kalian sentiasa di dalam rahmat dan aksih sayang Allah.



Impianku menjadi isteri solehah

Lukisan Hati Ku



Lukisan hati seorang ummi.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” [ Surah Al-Imran : 139 ]

Tiada manusia sempurna

Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.

Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.

Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.

Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.

Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.

“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?

Keampunan Allah

Wahai anak-anak yang terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat, bila kita bangkit dan ingin melakukan perubahan, ketahuilah bahawa yang mengampunkan kita adalah Allah SWT, bukan manusia.

Yang menentukan manusia itu kafir atau Islam adalah Allah. Yang mengira dosa pahala adalah Allah. Yang memberikan syurga neraka kepada kita adalah Allah.

Maka, berubahlah memohon keampunan-Nya. Jangan kita hirau pandangan manusia. Kita tidak meminta keampunan mereka. Jangan kita kisah hinaan mereka, bukan mereka yang mengampunkan kita.

Manusia, mereka mudah menyimpan di dalam hati. Tercalar, mereka simpan sampai mati. Bila kita berdosa, mereka sukar menerima kita kerana rasa dikhianati. Tetapi Allah, keampunan-Nya lebih luas dari kemarahan-Nya. Allah, sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Walau hamba-Nya membunuh 100 nyawa, atau lebih dari itu, andai hamba itu kembali kepada-Nya, maka Dia akan menerima.

Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 12.

Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?


Kepada penghina yang berdosa

Jangan sesekali kita rasa kita ini sudah sempurna. Hati kita ini, di hujung kekuasaan Allah SWT untuk membalikkannya. Jangan ingat, hari ini kita beriman, esok kita akan beriman lagi. Sepatutnya kita menjaga keimanan kita, dan menjaga pula keimanan kawan-kawan dan anak-anak kita. Bukan membiarkan mereka di dalam lubang kehinaan selama-lamanya.

Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”

Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu.

Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:

“Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”

Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.

Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.

“Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”

Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”

Ini kisah buat ingat-ingatan kepada yang suka menghina pendosa.

Dan ini kisah ketinggian maratabat seorang wanita...

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya)

Impianku menjadi isteri solehah

Wednesday, 30 December 2009

Rezeki itu Dari Allah


Hari ni,  jam 2.13 am dah terjaga, tapi bertangguh nak bangun, sekadar buka mata, lihat skrin laptop yang terletak di sebelah kepala. Tengok ada beberapa tetingkap yahoo masengger dari beberapa user halaqah. Oleh kerana mata masih rasa mengantuk , satu pun sapaan salam itu tidak dijawap. Memang begitulah selalunya, sebab itu dah tinggalkan mesej, kalau tidak ada jawapan, anggapkan orang nya tidor...melainkan yang mesej itu ustaz alhaudhie, kenalah ummi jawap, walaupun kadang-kadang tu, macam bermimpi.

Jam 3:30 am baru mampu bangun untuk bertaharah dan terus berwudhuk. Selesai bermonolog dengan sang Khalik, sambil menunggu waktu subuh, berhalaqah sebentar. Maintance forum. Lihat posting dan mesej di inbox halaqah dan email di yahoo.

Jam 7:00 selesai berdoa selepas solat berjamaah dengan zauj dan anak-anak, turun ke bawah, menyiapkan barang-barang yang Mahfuz ingin bawa balik ke kolej. Hari ini, Mahfuz berangkat kembali ke Seri Iskandar kerana hari Sabtu, 2 Januari 2010, pendaftaran pelajar senior di UiTM Seri Iskandar. Semester ini, Mahfuz tidak ditawarkan untuk tinggal di kolej kediaman kerana ada satu blok sedang dalam penyelenggaraan. Maka ramai pelajar lelaku semester 6 perlu duduk di luar, tinggal di rumah sewa. Itu sebab Mahfuz balik awal sedikit untuk mengemas rumah sewa.

Ummi bekalkan Mahfuz dengan dapur masak, rice cooker,  peralatan memasak dan bahan masakan. Ummi berikan juga Mahfuz bawa balik kereta sport Ford Link , kereta kesayangan ummi tu. Mahfuz lebih memerlukan kereta dari ummi yang lebih banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Mahfuz, walaupun lelaki, dia pandai memasak. Lebih gemar makan makanan yang dimasak sendiri dari dibeli di kedai atau gerai. Lauk yang dimasak dan dimakan oleh Mahfuz juga simple sahaja, nasi dan sayur. atau nasi dengan sambal dan ulam-ulaman. Tak ada ikan, tak ada ayam atau daging, tidak menjadi masalah Mahfuz untuk makan. Dia boleh hidp seadanya dari kecik lagi, makan apa yang ada.

Mahfuz memang jimat berbelanja. Belajar di UiTM pun tanpa biaya mana-mana, harap ummi ayah yang berikan. Sebab itu dia pandai berjimat dalam berbelanja. Memang ibu bapa perlu terapkan sifat jimat cermat dan hidup seadanya kepada anak-anak dari kecil lagi. Bukan ummi ajar mereka kedekut, tapi ummi ajar mereka bijak berbelanja dan berjimat cermat. Bijak menguruskan kewangan yang sedikit.Jadi bila dah terbiasa begini, mereka tidak menjadi gabra bila tiba-tiba kesusahan melanda dalam hidup. Ummi selalu berpesan jika, terputus bekalan, apa nak buat, jangan melatah, meminta ke sana ke mari. Bertenang dan berfikir, mencari jalan dan peluang rezeki.

Setiap menusia ada kemahiran, ada bakat , ada kelebihan yang boleh digunakan untuk mencari rezeki. Ummi masih ingat, selepas tamat hafalan 30 juzuk al-quran,bergelar al-hafiz, Mahfuz balik rumah tinggal bersama ummi untuk meneruskan pengajian akademik. Mahfuz yang tidak pernah bersekolah menengah bercadang untuk mengambil SPM tanpa memiliki PMR. Oleh kerana ummi memang tahu prosedurnya, maka mudah urusan untuk pendaftaran sebagai calon SPM selepas memohon secara rasmi kebenaran menduduki SPM dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semasa tinggal bersama ummi, sambil belajar sendiri sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM, Mahfuz mengajar kanak-kanak mengaji iqra' dan al-quran dari rumah  ke rumah. Berapa hadiah saguhati yang diberikan oleh ibu bapa tersebut, diterima dengan penuh syukur. Mahfuz tidak menetapkan bayaran apa-apa, terpulang kepada ibu bapa untuk memberikan sumbangan saguhati kepadanya.

Semasa di UiTM, Mahfuz yang tidak pernah belajar IT secara formal, boleh membuat design baju T. Dikenakan sedikit bayaran untuk kos cetak. Jadi duit yang terkumpul inilah, yang dijimat cermatkan nya untuk menampung kos sara hidup selain dari duit poket dari ummi ayah.

Sebab itu, bila Mahfuz meminta izin untuk berkahwin semasa belajar, ummi tidak banyak soal berkaitan rezeki, kerana ummi yakin setiap manusia memang telah ditetapkan oleh Allah sumber rezekinya. Yang penting hanyalah berusaha. Jika dalam berusaha itu melalui jalan ini, tidak ada juga ada rezeki, bermakna, bukan itu jalan rezekinya, kena usaha cara lain pula. Yang penting usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal.

Ummi bawakan satu cerita yang mungkin semua orang dah biasa baca, setakat baca tapi tidak menyakini. Moga cerita ini menjadi iktibar dan teladan buat kita semua berkaitan rezeki itu datangnya dari Allah SWT.



IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".  Semut pun menjawab: "Rezekiku di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut:  "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:  "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:  "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan hanya setengah biji gandum ".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:  "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"  Jawab Imam Suffian: " Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".  Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah pegajaran dari iman sang semut dengan iman manusia yang yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Maka ambillah iktibar dari kisah ini dalam kita berjalan menuju kepada Allah SWT.



Impianku menjadi isteri solehah

Tuesday, 29 December 2009

Di Sebalik Hari Asyura


Bercerita mengenai Hari Asyura, dari ummi kecik lagi dah biasa jumpa. Di kampong ummi, setiap tahun pasti diadakan sambutan hari asyura dengan membuat bubur asyura. Masa kecik ummi tak tahu apa itu hari asyura, yang tahu hanya buburnya sahaja. Ceritanya pun tak tahu sekadar cerita dari arwah mak, kata, masa zaman Nabi Noh, selepas banjir besar surut, mereka campur semua bahan makanan yang ada untuk dimasak dan makan beramai-ramai. Di kampung, Hari Asyura ini ini seperti menyambut perayaan hari kebesaran Islam.

Selalunya di kampung ummi, bubur asyura dibuat dari beras, kekacang, ubi -ubi dan sayur-sayuran. Semuanya dicampur, direbus dan akhir sekali masukkan rempah tumis dan santan. Rasanya macam orang sekarang buat bubur lambuk.

Kalau di rumah ummi sekarang, memang selalu buat bubur asyura. Anak-anak dan zauj suka makan bubur asyura ni. Ringkas. lagi pun memang zauj dan anak-anak makan apa yang ada dan tidak banyak komen jika hanya itu yang ummi masak. Selalunya,jika ummi buat bubur asyura, ummi buat pagi-pagi dan masak dalam 4 pot sukatan beras sahaja. Tapi bila dah siap jadi bubur, akan jadi satu periuk yang besar. Kiranya boleh makan untuk sarapan  pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jika ada tamu, lagi baik. Hantar pada jiran tetangga. Selagi bubur ayura tu tidak habis, selagi itulah ummi tidak akan masak makanan lain. Jadi zauj dan anak-anak sudah terbiasa dengan cara ummi, selagi makanan yang ada tidak habis, tidak akan masak makanan lain.




Memang zauj dah didik dari awal perkahwinan, masak ketika lapar, tidak semestinya kita masak ikut masa pagi, tengah hari dan malam. Jadi bila lapar kita masak, makan pun ketika lapar. Kembali cerita bubur asyura....

Ummi bawakan sedikit cerita dari kisah sejarah dan masyarakat berkaitan sambutan hari asyura ini.

MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni. Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar. Ini boleh menjalin dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Tempat menjalankan aktiviti ini selalunya di surau atau masjid-masjid kariah.




“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura. Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama.

Namun , ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya :
"Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya."  (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah?  Hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w..

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Berpuasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.Sabda Nabi s.a.w., " Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura.

Hari asyura pada kali ini jatuh pada hari Sabtu, 26 Disember 2009, dimana terdapat 3 undangan majlis perkahwinan. Maka bertembung dua keadaan di sini, meraikan jemputan dengan berpuasa di hari asyura. Ummi memilih untuk meraikan undangan perkahwinan. 

"Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Pendapat yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu Abdil Barr, imam asy-Syafie, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallalalhu alaihi wa Sallam bersabda: "Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu diundang, hendaklah dia memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa hendaklah dia mendoakan, dan jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan." (Hadis Riwayat Muslim, no. 1431)

Menurut Imam ash-Shanani, hadis ini menunjukkan wajibnya memenuhi undangan walaupun dia sedang berpuasa. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 732, Darus Sunnah)

Dan sebenarnya tidak ada perbezaan akan kewajiban untuk memenuhi undangan walimah sama ada dia sedang berpuasa atau pun tidak. Akan tetapi dibolehkan bagi mereka yang berpuasa untuk menghadirinya sahaja tanpa menyantap hidangan dan dianjurkan mendoakan orang yang mengundangnya.

Namun, jika dia mahu, dia boleh untuk memakannya, atau tidak memakannya. Dan jika dia membatalkan puasanya, puasa sunat yang ditinggalkannya tidak wajib diganti.

Dari Jabir radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Jika salah seorang dari kamu diundang makan, maka hendaklah dia menghadirinya. Jika mahu, dia dibolehkan makan, jika tidak mahu dia boleh untuk meninggalkannya.(Hadis Riwayat Muslim, no. 1430)

Begitulah entri ummi hari ini...semoga bermanafaat buat semua pembaca budiman.


Impianku menjadi isteri solehah

Sunday, 27 December 2009

Anak didikku di SMKTUN


Dua hari ini sibuk menghadiri undangan perkahwinan. Semalam, undangan perkahwinan anak didik SMKTUN, dan bekas pustakawan. Abdul Hadi bin Azman pernah jadi Ketua Unit Penyelenggaraan,Pusat Sumber pada tahun 2003. Memang ummi sangat rapat dengan Abdul Hadi.

Tamat sahaja SPM, Abdul Hadi mendapat tawaran JPA melanjutkan pelajaran dibidang kejuruteraan di Perancis. Sebelum berangkat terbang ke Perancis,  Abdul Hadi  tolong create akaun email untuk ummi. Masa itu ummi memang masih buta IT dan internet. Abdul Hadi kata, kalau dah ada email ,nanti senang dia nak email ummi. Dengan password sekali dia buatkan. Akaun email itu ummi gunakan sehingga sekarang ini.

Ummi cuma ada satu ini sahaja akaun email. Aktif dan digunakan dalam semua urusan. Inilah hadiah berharga seorang anak didik kepada gurunya. Abdul Hadi seorang anak murid yang baik, bersopan santun dan amat menghormati guru. Walaupun seorang pendiam, namun Abdul Hadi belum pernah gagal untuk menziarahi ummi setiap kali Abdul Hadi balik bercuti di Malaysia pada setiap tahun.

Sebelum dia balik lagi dia dah maklumkan awal-awal tarikh bila dia akan sampai di rumah. Berapa lama dia berada di Malaysia. Dia yang selalu bertanya khabar ummi. Itu yang ummi rasa amat terharu dengan Abdul Hadi, hingga kan nak berkahwin pun, 6 bulan yang lalu dia dah khabarkan.

Seminggu sebelum balik, dia dah beritahu dan ingatkan tarikh kahwinnya, agar ummi tidaklupa. 2 hari sebelum bernikah, sekali lagi dia ym ingatkan agar datang awal , jam 11:00 pagi. Ummi memang datang awal, sempat bergambar dengan Abdul Hadi dan isterinya. Ummi kenal dengan ibu bapa dan adik beradik Abdul Hadi. Abangnya Hanif pun ummi pernah mengajar, semasa tingkatan 3, subjek geografi. Hanif berkahwin pada tahun lepas. Kini telah pun mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 bulan.

Adik Hadi pula,  Mohd Amin pun ummi kenal, walaupun ummi tidak pernah mengajar dia. Masa Amin di sekolah, setiap kali bertemu, pasti akan ditegurnya ummi. Kini Amin juga sedang belajar di Perancis bidang kejuruteraan.

Umur Abdul hadi baru 23 tahun, pada bulan November lalu, namun dah berumahtangga. Syukur, berkahwin usia muda. Memang sejak sekolah, ummi tidak pernah dengar Hadi mempunyai kawan atau istilah sekarang 'couple'. Setiap kali bertemu, selalu ummi tanya, "Hadi dah ada pasangan?" Pasti dia tersenyum dan jawap , "belum,cikgu." Bagusnya, bila bertemu sahaja pasangan yang sesuai, terus di bernikah. Ibu bapa memberikan sokongan kepadanya. Majlisnya meriah.


Bergambar dengan Abd.Hadi dan isterinya


Ummi mendoakan agar rumahtangganya sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan isteri solehah dan anak-anak yang soleh. Ini contoh anak didik ummi yang baik. Masih ramai lagi anak didik ummi yang baik-baik, seperti Fatimah Ahmady , Samira, dan Syazni yang kini bergelar doktor. Ada yang jadi jurutera, jururawat dan paling ramai guru.

Terkini, yang baru posting sebagai guru di SMK Desa Skudai ialah Aima Rashid bin Mohd Nor. Mohd Mudzafar telah pun jadi PTD di Putra Jaya. Dan ramai lagi yang kadang ummi terlupa namanya. Kalau lihat di friendster ummi, kebanyakkan yang jadi friends ummi adalah bekas anak-anak murid ummi dahulu. Tu yang payah ummi nak delete akaun friendster. Sebagai laman untuk interaksi ummi dengan bekas anak-anak murid ummi. Memudahkan mereka untuk bertanya khabar ummi dan mendapat khabar ummi. Semoga semua anak-anak didik ummi berjaya menjadi manusia yang Allah redhai.

Selama 20 tahun ummi sebagai pendidik, 15 tahun ummi mengajar di kelas pelajar normal, dan hanya 5 tahun kebelakangan ini sahaja baru ummi berubah rasa untuk mengajar di kelas pendidikan khas,anak-anak istimewa.


Impianku menjadi isteri solehah

Friday, 25 December 2009

Imran Berkhatan


 Dah 4 hari Imran berkhatan, tapi belum sempat nak bercerita di sini. Selalu sibuk dengan perkara lain, hinggakan cerita Imran berkhatan tidak dituliskan lagi. Balik dari mengikuti zauj berbengkel di Puteri Resort, ayer Keroh , Melaka ialah pada hari Isnin. Masa di Melaka, Imran mendapat alahan kulit. Mengalami kegatalan sehingga badan penuh dengan bintat-bintat pada kulit. Kulitnya timbul dan bengkak.

Hari Selasa 22/12/2009, selepas solat dhuha, ummi pun bersiap mahu ke Pusat Kesihatan UTM. Ummi perlu menjalani pemeriksaan darah. Keputusan darah dikehendaki oleh Jabatan Orthopedik,HSAJB pada temujanji 28/12/2009 ini. Ummi bawa Imran sekali, kerana kegatalan kulitnya makin teruk dan bengkak-bengkak di kulit tidak surut.

Kebetulan pada pagi Selasa itu, orang tidak ramai di Pusat Kesihatan. Cepat saja nombor ummi dan Imran dipanggil untuk bertemu doktor. Bila doktor memeriksa Imran, alahan yang dialami Imran adalah biasa sahaja. Ummi pun bertanya kepada doktor, bagaimana procedur untuk berkhatan di Pusat Kesihatan ini. Adakah perlu ditempah , dan mempunyai hari-hari tertentu?

Terus Doktor Omar, doktor yang bertugas memeriksaan kulit Imran yang gatal itu menjawap. " hari-hari boleh khatan, hari ni pun boleh, kalau mahu sekarang pun boleh," katanya.

Bila Imran dengar, terus dia bertanya, "nak berkhatan sekarang ,boleh ke doktor?"

Doktor Omar, "boleh, sila daftar di luar."

Ummi pun terus keluar menuju ke kaunter untuk memaklumkan tentang Imran mahu berkhatan. Dr.Omar yang sanggup buat. Sementara menunggu persiapan dibuat, ummi pergi menjalani ujian darah. Imran pula disuntik di lengan untuk mengurangkan rasa gatal ditubuhnya.

Lepas itu,ummi call zauj,bagitahu Imran akan berkhatan,dan minta balik rumah ambikkan kain pelikat. Imran datang bersama ummi ikut ke Pusat Kesihatan itu dengan berseluar track longgar dan T-shirt. Imran rasa suka sangat dapat berkhatan pada hari itu.

Memang sejak mula cuti sekolah lagi, Imran asyik tanya, bila nak khatan dia. Memandangkan zauj sentiasa sibuk, dan jadual rancangan masa cuti dah penuh, maka slot untuk Imran berkhatan tidak dapat di masukkan.

Sejak awal cuti sekolah lagi ada saja rancangan untuk berpergian. Pergi bercuti di resort menemani zauj sahaja 3 kali. Dari hari pertama cuti sekolah, menemani zauj ke Mahkota Hotel di bandar Hilir, Melaka. Lepas tu , Ibu Naimah bersalin, ada di rumah. Minggu berikutnya pergi ke Kedah dan Negeri Sembilan untuk meminang. 3 hari balik saja ke rumah, pergi ke Tiara Resort di PD untuk mengikuti program hari Keluarga FTI, dan kemudiannya ke Puteri Resort di Ayer Keroh. Bila tinggal di resort, ada swimming pool, pasti Imran akan mandi bersama-sama abangnya Omar dan Abdullah. Jadi tak bolehlah nak khatankan Imran.

Imran gembira mendengar bila doktor kata boleh berkhatan masa itu juga. Bila persiapan untuk berkhatan telah disediakan, Imran dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Ummi hanya duduk di luar menunggu. Imran tanpa ada rasa gerun, selamba sahaja berjalan masuk ke bilik rawatan.

Dari luar ummi mendengar Imran melolong  menjerit apabila disuntik ubat bius. Imran melolong dan menjerit tu  bukan kerana takut atau sakit, tapi memang dia suka menjerit, pura-pura sakit. Tak lama dia pun diam. Lebih kurang 15 minit, Ummi lihat Imran berjalan keluar dari bilik rawatan dengan berseluar track itu lagi. Zauj belum sampai lagi untuk bawa kain. Mujur seluar track itu longgar. Yang terpegunnya, Imran boleh selamba berjalan,macam tidak ada apa-apa berlaku pada dirinya.

Ummi terus pergi ke kaunter ubat , ambik ubat gatal dan tahan sakit Imran. Tidak lama, zauj datang, bawa kain. Zauj lihat Imran jalan mundar mandir di tepi kaunter ubat masih berseluar track. Zauj sangka Imran belum berkhatan. Bila ummi bagitahu Imran dah berkhatan, zauj terkejut. Lihat Imran boleh berjalan-jalan saja.

Selepas membuat bayaran berkhatan sebanyak RM 135, terus bawa Imran balik rumah. Teknik berkhatan Imran adalah menggunakan 'pengapit'. (Sunathrone yang baru dipasaran selama 6 bulan.) Bagaimana Sunathrone berfungsi sebagai khatan cara kini? Mula-mula Doktor break 4/5 of the alat yang ada di zakar, dan tinggalkan 1/5 of the ring which clamping the cut foreskin with the locking cuff mechanism fully secured. Ring tersebut akan ditanggalkan selepas seminggu.

Kiranya Imran anak lelaki ke 6 ummi yang berkhatan. Umur Imran baru 7 tahun. Amat berlainan dengan abang-abangnya. Langsung Imran tak ada rasa takut. Dan langsung tak ada Imran menunjukkan kesakitan. Semangat Imran kuat dan dia seorang yang berani. Tentu bila Imran besar, dia akan jadi seorang yang kuat semangat, tabah dan sabar. Setengah kanak-kanak, dengar berkhatan pun dah takut, lepas berkhatan, rasa sakit dan merengek-rengek. Imran selamba sahaja berjalan ke sana-sini. Tak ada langsung dia merengek minta dilayan atau merungut sakit. Sebaliknya dia masih suka bergurau dengan abang-abangnya dan gelak-ketawa . Makan pun makin berselera.

Abang-abangnya ada yang berkhatan ketika usia 7 , 5 dan 4 tahun. Ketika ummi mengkhatan abang-abangnya,mereka tidak sendirian . Abang sulong berkhatan saing dengan angah. Ketika khatan Baihaqi, dia bersaing sekali dengan Omar dan Abdullah. Abdullah yang termuda berkhatan, ketika usia 4 tahun. Bila ada kawan berkhatan sekali, mereka boleh berbaring di depan TV, dan tidak berjalan kemana-mana. Sangat berbeza dengan Imran ini. Suka berjalan kesana sini untuk bermain bersama-sama abang-abangnya.

Berkhatan dari sudut Islam

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong.  Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.


Hikmah Berkhatan Dari Tok Kenali


Berkhatan sememangnya diperintahkan dalam Islam, Rasulullah S.A.W dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.Ada satu cerita dari yang ummi temui di google tentang hikmah berkhatan dari Tok Kenali.

Alkisahnya…

Suatu masa seorang lelaki berjumpa dengan Tok Kenali dan bertanyakan kepada Tok Kenali menagapakah lelaki perlu berkhatan?  Lalu Tok Kenali membawakan pun memberinya sebiji buah pisang. Lalu disuruh lelaki tersebut makan buah pisang itu tanpa membuang kulitnya. Lalu dijawab lelaki tersebut “MANA SEDAP MAKAN SEKALI DENGAN KULIT!”. Lalu Tok Kenali memberikan jawapan, begitulah jua hikmah berkhatan bagi seorang lelaki.Pihak isteri pun tak selera makan sekali dengan “Kulit”. So, mana-mana anak yang belum dikhatan lagi tu khatanlah yea... Biar masa dia masih kecil, jangan dah besar, hingga dia rasa malu.

Ummi tahu, apa yang mendorong sangat keinginan Imran berkhatan adalah kerana mahu selalu dapat pergi ke Masjid atau surau dan solat berjemaah ditepi abang-abangnya. Jika dia belum berkhatan, selalu dia di arah bersolat disaf belakang sahaja.Semoga Imran bersama-sama abang dan kakak-kakaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.


Impianku menjadi isteri solehah

Wednesday, 23 December 2009

Kisah Pembantu Rumahku


Hari ini, selepas solat dhuha terus bersiap-siap pergi bank untuk membuat beberapa pembayaran seperti bil-bil kad kredit, bil elektrik, air, celcom, tmnet, dan  membuat bank draf untuk pembayaran levi pembantu rumah kepada Pengarah Imigresen Negeri Johor. Selesai urusan di Bank Rakyat, bergegas dengan angah menuju ke Johor Bahru untuk membaharui permit serta menyerahkan pembayaran secara belian cek di Bank Rakyat tadi tu di Jabatan Imigresen. Adalah pula sketsanya terlakar di sini. Boleh baca di Forum Halaqah.net "Birokrasi Jabatan Perkhidmatan Awam".

Permit pembantu rumah ummi baharui untuk setahun lagi hingga 1 Januari 2011. Bibik Sugiharti ini dah hampir 6 tahun bersama ummi. Bermakna dengan pembaharuan permit, masuk 7 tahun lah. Memang lama juga Sugiharti tinggal dengan ummi.

Ummi mulai bersara pada 1 Jun 2010. Ummi telah diberikan cuti sakit sejak 23 Julai 2009. Dah 6 bulan ummi di rumah. Tahun lepas, ummi sakit, diberikan cuti lebih 6 bulan juga.Tahun depan pun, mulai 1 Januari 2010, ummi diberikan lagi cuti sakit sebagai persediaan untuk pembedahan yang akan dilakukan pada bulan Februari. Ramai juga bertanya, kenapa ummi masih perlukan pembantu rumah, sedangkan anak-anak ummi dah besar-besar.

Pembantu rumah diperlukan untuk membantu ummi buat kerja rumah. Menguruskan kerja-kerja rumah tangga yang ummi tidak mampu buat kerana keterbatasan ummi  bergerak.

Ummi telah memiliki 3 orang pembantu rumah dalam tempoh 12 tahun kebelakang ini. Sejak tahun 1997, ummi telah mula mengambil pembantu rumah Indonesia.Bermula selepas kelahiran anak ke 7, Omar Abdul Aziz.

Pembantu pertama bernama Saodah berkhidmat sehingga tahun 2000. Pada tahun ini ,ummi pergi mengerjakan haji kali pertama dan ummi amanahkan pembantu rumah ini untuk menjaga anak-anak ummi. Dia sangat baik dan menghargai jasanya, semasa di tempat mustajab doa, ummi sentiasa mendoakan dia agar di murahkan rezeki. Semasa bekerja dengan ummi, waktu ummi keluar bekerja , dia buat kerja  di rumah ummi, pada waktu petang , ummi telah ada di rumah, ummi carikan kerja part time untuk dia, membersihkan rumah kawan-kawan ummi. Setiap hari ada saja permintaan dari kawan-kawan untuk mengambil dia bekerja. Pendapatannya sebulan sahaja mencecah RM 1000. Ummi tak usik mana-mana pendapatan dia bekerja luar. Semua ummi berikan kepada dia. Setelah tamat tempoh, dia balik ke Indonesia dan telah mampu membeli sawah padi, membina rumah yang baik dan memiliki lembu kerbau.

Pembantu yang kedua, bernama Raudatul Jannah cuma sempat bekerja setahun sahaja kerana sakit. Semasa sakit, ingatkan cuma demam biasa, ummi hantar ke hospital swasta( hospital pakar puteri), namun bila penyakit yang dihidapi dapat dikesan, doktor hospital ini telah memanggil ummi supaya dipindahkan ke hospital kerajaan kerana kos rawatan amat tinggi. Selama 2 hari berada di hospital ini, kosnya mencecah RM 4500, dan ditanggung oleh ummi.

Bila dipindahkan ke hospital kerajaan, oleh kerana warga asing, walaupun ditempatkan di wad kelas 3, charge yang dikenakan adalah kadar kelas 1 , maka  kos sehari mendapat rawatan di hospital kerajaan juga jadi tinggi. Nak buat macamana dia sakit. Setelah tinggal dihospital Sultanah Aminah selama 56 hari, arahan kementerian kesihatan, pembantu rumah ini, perlu dihantar pulang ke Indonesia. Sebaik sahaja selesai pembedahan plastik, setelah semua dokumen perjalanan disediakan , pembantu ini dihantar ke imegresen untuk urusan balik ke Indonesia. Sebenarnya sekiranya diizinkan oleh kerajaan Malaysia ummi masih lagi ingin membantu rawatan sakitnya, namun undang-undang Malaysia telah mengarahkan Raudatul Jannah dihantar pulang ke negara asal atas sebab faktor keselamatan kesihatan. Jumlah kos rawatan di hospital HSAJB juga tinggi , melebehi RM 5000. Semua kos hospital dan penghantaran pulang ditanggung oleh ummi. 8 bulan dia balik ke Indonesia, ummi mendapat khabar dia meninggal dunia di sana.

Ummi juga mendapat khabar dari saudara nya bahawa sepanjang dia sakit, dia tidak putus-putus berdoa dan bersyukur atas pertolongan ummi membayar kos rawatan di Malaysia yang mencecah RM10,000 dan layanan baik ummi sepanjang masa di sakit menerima rawatan. Sentiasa dia mendoakan kemurahan rezeki ummi. Syukur, doa orang sakit di kabulkan oleh Allah SWT.

Setelah itu, ummi ambil seorang lagi pembantu rumah menggantikan Raudatul Jannah. Pembantu ini  bernama Sugiharti telah bekerja dengan ummi dari tahun 2004 hingga kini , sudah masuk tahun ke 7. Walaupun ummi tidak ada anak kecik, tapi ummi tetap perlukan pembantu untuk menguruskan rumah ummi disebabkan keadaan kesihatan ummi kini.

Semua pembantu rumah ummi baik-baik dan berakhlak mulia. Walaupun ketika mereka datang, bersolat pun mereka tidak tahu, apatah lagi bab menutup aurat, namun, bila tinggal bersama ummi, perkara pertama ummi tanya ialah solatnya. Ummi sediakan telekong, dan ajar bersolat. Ummi sediakan semua keperluan diri dan ajar dia agar sentiasa bertudung, menutup aurat ketika suami dan anak-anak bujang ummi berada di rumah. Ummi ajar cara penyediaan makanan ikut feqah, seperti semua ikan atau sayur, selepas di cuci, perlu ditos. Ajar cara mencuci air kencing jika ada anak-anak yang terkencing di lantai jubin. Tunjukkan juga cara mencuci pakaian menggunakan mesin cuci agar kesucian pakaian terjaga.

Kesemua mereka bersifat amanah dan jujur serta memantuhi arahan serta peraturan. Mereka juga tidak mengambil kesempatan di atas layanan baik ummi pada mereka. Ramai kawan-kawan ummi bertanya, macamana ummi boleh memiliki pembantu rumah dalam jangkamasa yang lama dan tidak berlaku sesuatu yang buruk kepada keluarga dan harta benda ummi. Ummi jawap senang saja, " jangan anggap pembantu rumah seperti orang gaji, tapi anggap pembantu rumah seperti saudara sendiri." Setiap kali ummi bercuti atau berziarah, atau balik kampung, ummi tidak pernah tinggalkan meraka. Ummi bawa kemana saja ummi pergi. Pembantu rumah ummi jadi macam  kawan ummi.

Setiap tahun mereka dapat bonus juga. Dapat elaun tambahan. Mereka bekerja di rumah mengikut masa yang mereka senangi, jadi mereka tidak merasa sebarang tekanan. Yang pasti kerja mesti siap, rumah mesti kemas dan bersih. Sejak mula pembantu bekerja di rumah ummi, mereka akan bangun setiap hari sebelum jam 5:00 pagi. Mereka bijak mengatur masa, jadi bila petang jam 2:30 masa menonton Sinetron, kerja rumah dah selesai. Kadang ummi lihat, sambil menonton TV, mereka melipat pakaian.

Tahun 2008, sekali lagi ummi pergi menunaikan haji. Ummi hanya amanahkan pembantu rumah ini sahaja untuk menjaga rumah dan anak-anak ummi. Syukur semuanya selamat.

Sekarang pembantu inilah yang akan menolak kerusi roda (wheele chair) jika ummi ingin bershopping ke Jusco atau Gaint. Ummi mampu memandu kereta, tapi untuk berjalan, jarak yang ummi mampu berjalan agak terbatas. Setelah anak-anak ke sekolah, ummi tinggal di rumah bersama pembantu dan cucu sahaja lagi. Inilah secebis kisah pembantu Indonesia yang baik, dimana pembantu itu jadi baik apabila majikan nya melayan dia dengan baik juga.

Oleh kerana pembantu ini, melakukan tugas-tugas yang sepatutnya ummi lakukan , maka gajinya ummi yang bayar. Memang benar, suami sepatutnya sediakan pembantu untuk isteri, maka gajinya suami yang bayar, tetapi ummi lebih suka membantu meringankan beban tanggungan suami, maka gaji pembantu rumah ummi yang bayar. Keluarga ummi besar, maka perbelanjaan juga besar. Suami isteri perlu saling bantu membantu antara satu sama lain demi keharmonian dan kebahagiaan yang sama-sama nikmati.

Semoga rumah tanggaku, suamiku,anak-anakku serta sesiapa yang tinggal bersama-samaku di dalam rumah ini sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang dan redha Allah SWT.


Impianku menjadi isteri solehah

Tuesday, 22 December 2009

Membina Poligami bertaqwa


Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan asas utama bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan mereka. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

Dari awal-awal lagi hendaklah seorang lelaki atau perempuan ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Seorang lelaki yang sejati wajib mencari perempuan Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa, sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Begitu juga jika seorang suami itu ingin membina sebuah lagi keluarga, mestilah memilih perempuan yang beragama, berakhlak mulia dan bertaqwa. Rasanya memilih isteri kedua dan ketiga kena lebih berhati-hati supaya rumah tangga yang sedia ada, aman bahagia tidak pula musnah atau porak peranda. Sebolehnya rumah tangga yang akan dibina itu akan menambahkan lagi kebahagiaan yang sedia ada. Hidup bertambah harmoni walaupun mempunyai 2 atau 3 keluarga yang perlu dikendalikan.

Banyak mana pun rumahtangga yang dibina, biar lah rumah tangga yang bertaqwa, hidup dalam harmoni, berkasih sayang dan yang penting sentiasa berada di dalam redha , rahmat dan kasih sayang Allah.

Apabila rumahtangga yang dibina itu mempunyai iltizam dengan Batas-Batas Islam, maka hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak. Walaupun untuk perkahwinan kedua atau ketiga atau keempat, pembangunannya mesti berasaskan syariat Islam.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

Membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami dan isteri-isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

Tujuan dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu mana-mana suami, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka yang kedua atau ketiga atau keempat sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Semua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu mana-mana pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikkan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara semuanya. Semuanya ini mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Dalam membina rumah tangga bahagia mesti ada suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami dan isteri-isteri, maka lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga-rumahtannga . Rumahtangga -rumahtangga ini menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isteri-isterinya dan yakinlah ia bahawa isteri-isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isteri-isterinya. Demikian juga sikap isteri-isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda semuanya.

Apabila kehidupan rumahtangga suami dan isteri-isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

Suami dan isteri-isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:

‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

Akhirnya kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Bergaul baik dengan antara suami dengan isteri-isteri dan anak-anak , di mana semua anak-anak dan isteri-isteri makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuan seorang suami.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Sekian entri ummi kali ini,bagaimana untuk membina rumahtangga-rumahtangga poligami yang bertaqwa.



Impianku menjadi isteri solehah

Monday, 21 December 2009

Ganjaran Bonus Dari Allah


 BismillahirRahmanirRaheem

 Kring...kring...

"Assalamu 'Alaykum WaRahmatullahi WaBarakatuh."

"W'salam WaRahmatullahi WaBarakatuh."

"Apa khabar?"

"Alhamdullilah, Baik sahaja."

"Ni saya...., dari Sarawak, ada hajat ni...minggu depan ada  majlis konvokesyen di UTM, dah cari tempat untuk menginap, tapi semuanya dah penuh. Di mana ya, nak cari tempat menginap lain?"

"Oh...tak payah susah-susah nak cari tempat menginap, bermalam sahaja rumah kami ni, tak ada masalah pun, boleh sahaja datang."

"Ya ke? Nanti menyusahkan pula. Segan nak susahkan orang dan mengganggu orang."

"Eh...tidak lah, jemput saja,silakan...Kami tidak rasa disusahkan, sebaliknya kami rasa gembira ada tamu sudi menginap rumah kami."

"Terima kasih kerana sudi menerima kami, InsyaAllah , bila kami sampai, kami maklumkan. Semoga Allah jua yang membalas jasa baik menerima kami sebagai tamu."

Begitulah sedikit sebanyak perbualan ummi bila ada tamu yang memerlukan tempat menginap bila ada urusan di sekitar Johor. Ummi tidak hadapi apa-apa masalah dalam menerima tamu, sebaliknya ummi rasa disayangi Allah kerana memberikan peluang untuk menerima ganjaran bonus dari Allah.

Apa yang dikatakan ganjaran bonus dari Allah? Hidup dan kehidupan kita berjalan seperti biasa, bangun pagi, melaksanakan suruhan Allah, melayan suami dan anak-anak sambil berzikrullah, memasak, mengemas rumah. Ini adalah ibadah jika melakukan ikhlas kerana Allah bukan kerana rasa tanggung jawap sebagai isteri dan ibu. Banyak mana  ganjaran yang Allah beri adalah rahsia Allah. Sikit atau banyak , ada atau tiada adalah dalam urusan Allah. Tiap hari kita buat , maka jika tiada tambahan kerja , nilainya mungkin sama.

Tetapi, dengan kedatangan tetamu, selain kita buat kerja-kerja harian, kita extra dengan memulia dan melayan tetamu. Bukan kah ini ganjaran bonus dari Allah? Siapa yang menggerakkan hati tetamu tadi untuk datang bertamu dan menginap di rumah kita? Maka bila ada tamu datang samada di undang atau tidak, mulia dan layan tetamu sebaik mungkin. Ini adalah ganjaran bonus dari Allah untuk kita beribadah kepadaNYA.

Ibadah tidak semestinya dalam bentuk mengerjakan yang khusus sahaja, berakhlak mulia, bersabar, berkata benar, membantu manusia lain yang kesusahan, bersedekah dan lain-lain kebaikkan adalah dikira ibadah juga. Hatta berziarah untuk mengeratkan silaturahim juga dikira ibadah.

Berbalik semula kepada melayan dan memuliakan tetamu, disini ummi letakkan satu artikel dari Pusat Pembangunan Pondok Berhad (epondok) untuk santapan dan ingatan kepada kita bagaimana sebaiknya melayan dan memuliakan tetamu yang singgah ke rumah kita. Jangan sekali-kali kita menolak kehadiran tetamu, kerana menolak kehadiran mereka ibarat menolakkan ganjaran bonus yang Allah berikan.

SETIAP individu pasti pernah didatangi tetamu. Tetamu yang datang berkunjung ke rumah pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu. Islam amat menitikberatkan hubungan antara sesama manusia.

Justeru, sejak daripada awal Islam menggariskan adab bagi memuliakan tetamu ke rumah.

Tetamu yang datang adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab ke atas tetamu selama berada di rumahnya serta wajib menafkahkan sebahagian rezekinya buat tetamu itu.

Dengan menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya, ia menjadikan seseorang Muslim itu memiliki iman yang sempurna apatah lagi tetamu itu saudara seagama.Namun, tetamu bukan Islam turut mendapat layanan yang sama daripada tuan rumah beragama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).

Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik.

Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan. Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27).

Hakikatnya, amalan menghormati tetamu bukan saja menunjukkan ciri-ciri perilaku terpuji, malah berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:
- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis
- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.
- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.
- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.
- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.
- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.
- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.

Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqaan, ayat 67).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Keadaan ini adalah bagi mengelak perasaan terbeban tuan rumah. Amalan yang pada awalnya dikira sebagai amalan yang mulia, tetapi jika ia berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, ia dikhuatiri akan menimbulkan suasana tidak selesa malah boleh menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.

Dalam konteks yang lebih besar lagi, rakyat sebuah negara yang diiktiraf sebagai antara negara Islam contoh, seharusnya kita rakyat Malaysia sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada khalayak yang berkunjung ke negara ini.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang di negara ini. Sifat ringan mulut memberi bantuan apabila diajukan soalan oleh tetamu negara dan disertakan dengan senyuman adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia.

Sesungguhnya tetamu mengundang rahmat daripada Allah s.w.t ,menghilangkan dosa penghuni rumah dan menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan tetamu menurut tuntutan Islam.


Impianku menjadi isteri solehah

Sunday, 20 December 2009

Hari Keluarga FTI -Sukaneka dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan


Bertepatan dengan objektif Hari Keluarga ini untuk menjalin ukhuwwah, saling kenal - mengenali antara ahli-ahli keluarga dan staf Fakulti Tamadun Islam, UTM dan merapatkan silaturahim serta mewujudkan perasaan kasih sayang antara staf pengurusan dan kakitangan akademik bersama keluarga, maka berbagai aktiviti dirancang agar hubungan itu terjalin. Antaranya mengadakan sukaneka berbagai kategori dalam ahli keluarga.

Acara itu walaupun dibahagikan kepada beberapa kategori, tetapi masih terbuka kepada setiap orang dalam kategori itu.Contohnya acara bagi kaum muslimah, perempuan tidak dikhususkan kepada ibu-ibu sahaja atau gadis sahaja atau staf perempuan sahaja. Semua perempuan boleh masuk.Dalam acara lontar bola dalam bakul, semua boleh melontar bola untuk memasukkan kedalam bakul.Ummi yang uzur,sakit kaki pun memberikan sokongan dengan turut mengambil bahagian.


Ummi turut menyertai dalam acara lontar bola dalam bakul

Bukan senang nak lempar bola dalam bakul ni, bola tu asyik melantun ke tepi sahaja sebab bola yang digunakan adalah bola tennis. Bukan kalah atau menang yang kita utamakan tetapi kerjasama, toleransi dan berakhlak baik terhadap semua orang itu lebih utama. Memberikan laluan, memudahkan urusan, tiada bantahan pada sesuatu yang boleh kita bincang adalah akhlak mulia.


Sakit kaki, jalan dipimpin pun,ummi nak juga berikan kerjasama dengan acara mereka telah rancangkan.

Begitu juga dengan acara lontar bowling, lontar bola pada susunan air dalam botol. Semua ambik bahagian. Sambil menunggu giliran, boleh berbual-bual. Masa nama di sebut dipanggil, kita akan kenal ini isteri siapa, ini anak siapa. Bukan kah itu satu cara untuk mengenali ahli kelaurga staf?

Untuk acara gubahan bunga, walaupun tidak semua tahu perlu bawa bunga dan bahan dari rumah, namun penyertaan tetap ada, dengan mencari bahan-bahan disekitar resort sahaja atau bahan buangan. Ummi nak sertai dengan gunakan pasu bunga dari botol air mineral yang terbuang. Mama Hanif guna sabut dan bunga-bunga yang dikutip ditepi jalan  raya. Akhirnya walaupun hanya 3 penyertaan, namun kerjasama yang diberikan pada setiap acara itu lebih bermakna.

Dalam acara 'Tresure Hunt' kerjasama sesama staf untuk mendapatkan benda yang tersenarai itu lebih bermakna. Sama-sama berusaha untuk mendapat barang-barang tersenarai dalam list tidak kira kat darat,atau dalam kolam mandi. Sama-sama berhujan , berpanas dan terjun kolam. Bukan kah ini mengeratkan ukhuwwah?


Yang paling seronok ialah acara pancing ikan atas darat. Sampai 3 trip kena buat kerana penyertaan yang ramai. Terbuka kepada semua keluarga. Ini gambarnya. Sapa dapat pancing ikan paling banyak dan harganya tinggi, itulah pemenang. Setiap ikan ada harga. Jadi pemenang bukan bergantung kepada jumlah atau bilangan ikan yang dapat dipancing tetapi harga ikan yang dapat dipancing. Memang ikut nasib sebab masa pancing tu ,mana tahu setiap ikan berapa harganya. Label harga disebelah bawah ikan, memang tak nampak. Dalam acara ni, samada suami, isteri atau anak-anak bergilir memancing, yang lain tu kumpul ikan dalam bekas.


Acara memancing ikan atas darat.Setiap ikan ada harganya.


Acara untuk anak-anak, larian bawa straw, kena cekap bawa getah dengan straw digigit dimulut dan meletakkan kat mulut botol tanpa guna tangan. Acara bergerak dengan mengerakkan batu bata pun dapat sambutan, nak lihat siapa kuat dan tabah untuk tamatkan hingga ke garisan akhir. Ada yang tabah , ada yang syahid ditengah jalan kerana tangan berdarah angkat batu bata tu.


 Omar menyertai acara berjalan dengan 3 bata.
Akhirnya Omar dapat tempat pertama.


Seronok juga apabila penyertaan dalam Program Hari Kelurga ini, ramai keluarga terlibat. Menurut sumber dari Pengarah Program, dari semua staf FTI yang ada, hanya satu staf akademik sahaja tidak dapat hadir kerana kematian saudara di kampung. Yang lain semua datang dan melibatkan diri, dan hanya  3 atau 4 staf sahaja tidak bawa kelaurga kerana ada hal lain.

Syukur, setakat ini sejak zauj bersama jabatan ini, jika tidak ada masalah uzur syarie, zauj memang hadir dan bawa keluarga bersama. Ada juga beberapa kali zauj tidak ikut program kerana ummi sakit atau ada hal lain yang lebih afdal di dahulukan. Sekian entri ummi kali ini. Adalagi tulisan ummi berkaitan kecemerlangan anak-anak dalam laman Permata hati berkaitan majlis penyampaian hadiah yang di adakan pada malamnya. Di sini ummi cuma memaparkan beberapa gambar berkaitan acara penyampaian hadiah disebelah malam Hari Keluarga FTI.


Abdullah menerima hadiah untuk pemenang acara larian straw



Imran pun dapat naik ke pentas ambikkan hadiah ummi ,
menang tempat ke tiga acara gubahan bunga.




Omar dapat hadiah pemenang pertama acara
berjalan atas batu bata,
dan acara mewarna kategori bawah 12 tahun. Omar juga dapat
hadiah kecemerlangan UPSR tahun 2009 yang baru lalu.



zauj menyampaikan hadiah di malam majlis kecemerlangan staf.




ummi dengan staf sokongan FTI



 
ummi di tingkat satu Tiara Beach Resort



Ni kat tingkap bilik



Impianku menjadi isteri solehah

Friday, 18 December 2009

Hari Keluarga FTI

Gubahan Yuni-Emran



Semalam dari JB,ummi naik bas UTM bersama zauj, Imran,Elya dan beberapa kakitangan FTI dan anak-anak kakitangan FTI ke Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan. Turun dari rumah sebaik selepas solat zuhur ke FTI,UTM untuk menunggu bas. Jam 2.30 bas tiba,naik dan terus bergerak menuju ke Negeri Sembilan.

Jam 4.05 petang bas berhenti di R&R Pagoh untuk minum dan solat asar. Oleh kerana ummi tergesa-gesa naik kereta Elya dari rumah tadi, ummi tertinggal tongkat ummi. Bila berhenti di R&R ni, agak sukar sedikit untuk ummi bergerak terutama R&R ini tinggi dan perlu naik tangga. Elya yang pimpin ummi jalan. Bila naik tangga, zauj yang bantu,sama seperti ummi nak naik atas bas, zauj kena bantu ummi naik.





Kaki memang sakit tetapi kekuatan dalaman yang membantu ummi bergerak menuju ke surau di R&R Pagoh untuk bersolat asar secara qasar. Selesai solat asar, naik bas dan meneruskan perjalanan ke PD. Tiba di Telok Kemang, berhenti di Restoren Zainika untuk makan malam. Selesai makan, terus check in di A1 - 17. Walaupun hanya Aras 1 , tapi ummi naik guna lift.

Ummi dengan anak-anak duduk satu bilik duluxe. Bilik ini agar besar, lengkap TV, peti sejuk,air-corndition,ada 2 twin bed,kabinet dapur dan setty ruang tamu. Memang selesa untuk ummi yang mempunyai keluarga besar. Bibik dan Elya (anak angkat ummi) , dapat satu bilik lain.
Zaujku

Pagi tadi, jam 7:30 pagi dah pergi bersarapan di Restoren Zainika.Sarapan nasi lemak. Masa sarapan, jumpa Dr. Tamar, Ustaz abas, Ustaz Puhad,Ustaz Aminuddin dan keluarga masing-masing.Borak sekejap , terus balik bilik semula untuk mengikuti program hari Keluarga seterusnya. Jam 9:30 pagi ada acara mewarna untuk anak-anak bawah 9 tahun, jam 10:00 acara gubanhan bunga untuk isteri-isteri dan Staf FTI, dan 'Tresure Hunt' untuk staf lelaki FTI.

Zauj bersama urusetia Hari Keluarga FTI




Ummi dengan para isteri dan keluarga FTI

Imran masuk acara mewarna , ummi masuk acara gubahan bunga dari sumber terbuang,dan sepatutnya zauj masuk acara 'Tresure Hunt' tetapi zauj kata kakinya sakit, Ali Mahfuz yang ganti dirinya. Sselesai acara pada jam 11:45 , terus pergi makan tengah hari di tempat yang sama. Sementara zauj dan anak-anak lelaki bersolat Jumaat, sempat ummi menulis di sini.


Imran dengan kertas lukisan yang telah diwarnakan.

Gambar yang diambil dalam acara pagi tadi.



Bunga yang ummi gubah hasil dari bahan buangan sahaja.




Gubahan oleh Mama Hanif -tempat kedua



Angah




Abdullah Mubarak



Omar Abdul Aziz



Bibik dengan cucu ustaz Puhad

Acara petang pula terdiri acara Sukaneka.Acara memancing ikan atas darat, bowling (baling bola tampar ke  botol air), masuk bola tennis dalam bakul dan acara untuk permainan untuk anak-anak lelaki bawah 12 tahun. Ummi masuk acara bowling dan acara baling bola tennis dalam bakul. Memang adat dalam permainan ada menang dan kalah. Ummi menyertai sekadar memeriahkan dan memberikan sokongan kepada program yang zauj kendalikan.



 Ummi dengan isteri-isteri staf FTI


Angah masuk acara 'Tresure Hunt' dapat tempat kedua, Abdullah Mubarak masuk acara 'Straw' dapat tempat pertama, Omar Abdul Aziz masuk acara 'Gerak Batu Bata' juga dapat tempat pertama.

Zauj dilantik sebagai pengarah Program Hari Keluarga kali ini. Tambahan penyertaan staf FTI kali ini amat menggalakkan. Semasa menunggu sesuatu acara, para isteri staf dapat berbual mesra dan saling berkenalan dengan isteri staf baru. Kebanyakkan semua bawa anak-anak, tidak kira anak dara, anak bujang atau anak kecik. yang bawa cucu pun ada. Ummi tak bawa cucu,sebab ayah ibu Naimah tidak izinkan.


Sampai garu songkok zauj kepenatan...

Syukur, objektif program tercapai, penyertaan keluarga staf yang ramai, dan ahli keluarga staf saling berkenalan dan bermesra antara satu sama lain.

Begitu lah cerita nya,  percutian ummi kali ini. Bercuti sambil menemani zauj mengendali Program Team Building untuk staf-staf FTI, disekalikan dengan Program Hari Keluarga.

Impianku menjadi isteri solehah