Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, saya mulakan bicara...
.
Saya ok je kalau orang tak suka saya teruskan Baitus Solehah. Saya bukan ada apa apa kepentingan terhadap Baitus Solehah.
Baitus Solehah bukan organisasi keluarga saya yang berasaskan keuntungan. Saya dan keluarga mengusahakan Baitus Solehah atas dasar kebajikan. Mengusahakan kerana mencari keredhaan Allah semata mata.
Tidak ada apa apa pelaburan keluarga yang merugikan sekiranya Baitus Solehah ditutup. Kami mengusahakan Baitus Solehah atas dasar menyelamatkan ummah.
Maka jika tidak setuju apa yang kami lakukan, tidak setuju dengan peraturan yang kami buat demi kebaikan, tidak mengapa.
Kami buat peraturan kerana kami yang berhadapan dengan seribu satu macam karenah pelatih di sini. Karenah waris dan penjaga , dan berhadapan dengan seribu tipudaya pelatih juga.
Tidak jujur di dalam memberikan maklumat dan mematuhi peraturan.
Sukakah anda dipermain mainkan?
Sudahlah kami berhadapan dengan pelbagai karenah pelatih sekarang ni yang mereka memang ada masalah sosial, adalah pulak dikalangan anda yang tidak senang apa yang Baitus Solehah usahakan. Memprovoke sesuatu yang tidak selari dengan syariat, menikam belakang dan memutar belitkan cerita.
Baitus Solehah ini adalah rumah perlindungan bukan homestay dan bukan asrama yang menjanjikan anda dilayan bagaikan puteri.
Baitus Solehah bukan mahligai yang pelatih impikan dapat tinggal dengan selesa. Siapa tidak tertekan, semalam boleh pegang handphone 24 jam di tangan, apabila tinggal di Baitus Solehah untuk dapat pegang telefon seminggu sekali pun belum tentu. Tertunggu tunggu bilakah keluarga nak telefon.
Selama ini bebas keluar masuk rumah tanpa memaklumkan kepada emak bapa kemana nak pergi. Di sini mahu keluar kelas, mahu ke tandas, mahu makan pun mesti minta izin.
Indah khabar dari rupa?
Siapa yang menjanjikan sesuatu yang indah di Baitus Solehah?
Disini cuma ada taman syurga. Kelas pengajian dan majlis zikir. Semua pelatih wajib hadir . Tidak ada yang terkecuali.
Siapa yang menjanjikan mereka dilayan seperti mentua melayan menantu dalam berpantang?
Nak selesa tidor di kasur yang empok, tak nak ramai ramai dalam satu bilik, tak nak bekerjasama, tak nak buat duty harian, jangan mohon masuk Baitus Solehah. Nak kebebasan jangan datang ke sini.
Baitus Solehah tidak pernah menjanjikan apa apa selain memberi santapan rohani setiap hari. Bangun awal untuk mengerjakan solat tahajud, solat taubat, solat witir. Solat berjamaah di awal waktu. Melakukan solat dhuha untuk meraih kemewahan rezeki dari Allah. Zikir alkautsar untuk memohon petunjuk jalan jalan kebaikkan. Zikir al mathurat untuk memohon dilindungi dari kekufuran, seksa kubur dan kefakiran.
Baitus Solehah cuma menjanjikan ketenangan hati bagi mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan baring. Itu saja.
Tidak ada paksaan untuk tinggal di Baitus Solehah.
Saya kecewa melakukan kebaikkan sesama manusia? Tidak , sebab saya melakukan kerana mencari redha Allah.
Saya marah apabila ada manusia yang tidak suka apabila kita melakukan kebaikkan sesama manusia.
Saya merajuk dengan manusia? Tidak. Sebaliknya satu takut peluang untuk saya melakukan kebaikkan disempitkan Allah kerana saya banyak buat dosa. Saya banyak buat silap tanpa saya sedari. Ya lah, buat kerja dengan manusia yang melibatkan hati dan perasaan.
Maka saya tidak hairan, berapa buahlah rumah perlindungan yang bertahan lama kerana dek manusia lancang yang suka melihat salah orang. Salah orang yang memang buat salah dia tidak nampak, salah orang yang mahu buat baik dia nampak dan dibesarkan.
Ok, setakat ini, saya sudahi dengan memohon maaf kepada semua sahabat budiman yang baik hati, yang menyokong dan membantu Baitus Solehah, follower Baitus Solehah. Assalamualaikum...
.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Impianku menjadi Isteri Solehah,
Selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment