BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 15 May 2009

CINTA YANG INDAH

CINTA itu datangnya dari perasaan, dan perasaan itu pula merupakan fitrah kurniaan-Nya, jadi tidak salah jatuh cinta asalkan tahu batasnya.

Jatuh cinta tidak salah. Perasaan cinta tu sebenarnya adalah anugerah. Yang salah apabila kita tidak tahu bagaimana untuk mengawal perasaan cinta dari menguasai dan beraja di hati kita.


CINTA itu sebenar satu anugerah yang paling indah.
Airmata yang datang bersama cinta itu sebenarnya sangat berharga kerana cinta dan airmata akan menghampirkan kita dengan SANG PENCIPTA ALAM. Dia yang menjadi tempat kita mengadu dan merintih.


CINTA ni kalau sentiasa indah, akan membuat kita lalai...
Kita akan leka , kita akan rasa seronok , tapi kita jauh denganNya...
Sebab itu, bagi ibu lebih gemarkan cinta bersama airmata walaupun sesama Makhluk,
kerana cinta dan airmata membuat kita tidak lupa siapa diri kita yang sentiasa bergantung padaNYA.

CINTA


Kalau tahu peria tu pahit,
Tidak ku gulai dengan petola,
Kalau tahu bercinta tu sakit,
Tidak ku mulai dari semula .

KERANA CINTA SEPERTI MANUSIA

Cinta itu seperti lahirnya seorang bayi. Kelahiran bayi juga tidak bersebab, tetapi apabila kematian berlaku mesti ada sebabnya.
CINTA ni kalau sentiasa indah, akan membuat kita lalai,Kita akan leka , kita akan rasa seronok , tapi kita jauh denganNya...

Sebab itu, cinta bersama airmata walaupun sesama makhluk, adalah lebih indah dan terasa nikmatnya, kerana cinta dan airmata membuat kita tidak lupa siapa diri kita yang sentiasa bergantung padaNYA.

ADAKAH CINTAKU BERSEBAB?

Setelah menghampiri usia emas, setelah pengalaman yang di lalui berkodi-kodi,perasaan yang ujud di dalam hati tetap sama, yang ada cuma rasa kasih, sayang dan cinta.

Kerinduan di hati ini sentiasa menggunung dan rela melakukan apa sahaja demi mengutamakan cinta. Cinta yang lahir dan berkubu di hati ini tidak pernah bersebab.




Zaman Dulu-dulu

Teringat zaman dulu-dulu, kampung di kawasan sawah padi, kalau memancing ikan haruan, umpannya mesti katak, atau lipan. Cepat je ikan haruan ni meyambar. katak tak payah beli,tangkap je di bawah-bawah tempurung di belakang rumah.

Kalau nak memancing ikan keli pulak, guna umpan cacing, lepas maghrib pasang umpan cacing,pancing tu letak tepi parit, hujungnya cucuk ketanah, pagi esok baru datang semula tengok,mesti ada ikan keli di mata kail.

Pancing ikan puyu pulak, guna umpan anak kerengga atau cacing, saiz kecik sikit.
Seronok memancing ni...lepas segala tension...tapi dulu memancing sebab nak jadikanlauk makan tengah hari atau malam...

Thursday 7 May 2009

Kisahnya bermula disini... 2

Ummi sebagai anak nombor 2,kakak nombor 1,adik ramai,kecik-kecik,bilalah ummi ada masa nak pergi belajar fardu ain melainkan ummi ikut kelas pengajian yang tak formal dengan orang - orang tua depan tok guru. Tu lah saja ilmu yang ummi dapat. Belajar ngaji Quran pun ummi tak sempat khatam kerana asyik jaga adik, masak,buat semua kerja rumah,mak ummi kan kerap beranak,adik kecik-kecik,lepas itu mana lagi ummi nak kena pergi sawah,tolong abah tanam padi.


Selepas periksa SRP,ummi terus tak pergi sekolah sebab cari duit pulak dengan tuai padi,jadi kuli orang,dengan duit tu ummi kumpul,beli buku sebab dapat masuk kelas sains dan ummi bercita-cita pulak nak duduk asrama,walaupun sebenarnya abah tak berkemampuan langsung nak hantar. Tapi ummi nak jugak,form 4 ummi pergi bersekolah di Pulau Pinang, St George Girl School,tak dapat duduk asrama,duduk dengan tok cik di Sg Pinang,jauh,berulang naik bas dan feri,lalu tepi kubur setiap hari sebab rumah tok cik kawasan kampung,pukul 6.oo pagi dah kena keluar,sebaik azan subuh,solat dan terus keluar rumah, tunggu bas awan untuk ke sekolah. Di sini ummi benar-benar terpaksa berdikari dan bergantung kepada keberanian diri sendiri. SIGS terletak betut-betul dibandaraya Pulau Pinang. Alhamdullilah ummi dapat melepasi dengan jaya kerana Allah Kasih Sayang Allah kepada ummi.


Di sini lah bermulanya,ummi mula menyimpan cerita,tidak meluahkan segala kesukaran ummi pada sesiapa kerana ummi tidak mempunyai teman, selalu bersendirian dalam apa jua keadaan, ummi sering bercakap dan mengadu hanya pada Yang Mencipta. Ummi tidak pandai nak berkongsi cerita dengan mak atau adik2,tak ada kawan di sekolah sebab pelajar-pelajar yang menuntut di SIGS semua anak orang berada bukan ada yang datang dari kampung macam ummi.


Sekolah tu rupanya sekolah terpilih, kembar Penang Free. Di sinilah ummi banyak belajar kehidupan.Sampaikan nak bayar yuran SPM pun ummi terpaksa mohon bantuan zakat dari Baitulmal. Tapi dalam susah payah,kesukaran, ummi tetap suka menolong kawan-kawan lama yang tak juga berduit nak sekolah. Ummi kongsi duit bayar SPM, ikat perut.Sebulan abah bagi ummi RM 5 saja. Ummi selalu ingat rezeki ku dari Allah bukan dari manusia. Apa usaha dan ikhtiar ummi ketika itu? Hanya Allah yang mengetahui...


Sebaik tamat periksa SPM,terus ummi kerja jadi orang gaji,(pembantu rumah kepada keluarga Pegawai Pelajaran Daerah Parit Buntar)macam bibik, dibayar RM 70 sebulan. Orang lain pergi belajar menaiplah, belajar memandu kereta tapi ummi cari kemahiran membuat kerja rumahtangga. Masa result keluar,ummi di hospital jaga anak saudara sakit. Tak ambil pun keputusan SPM, just abah tolong called kat sekolah tanyakan keputusan SPM.


Bila dah tahu keputusan SPM,dapat keputusan baik dari orang kampung yang lain, baru ummi pergi ambil slip,sebab masa tu ummi rasa rumah ummi dengan sekolah ummi di Pulau Pinang tu jauh,nak bayar tambang bas dan feri,semua nak guna duit sedangkan ummi dah target pulak nak masuk universiti. Sebab itu ummi tidak pernah lupa pada kemiskinan, kepayahan, kesukaran untuk meneruskan pelajaran, tok cik tadi walaupun bantuan pada ummi hanya sekadar memberi tempat berteduh,amat ummi hargai,ummi kenang sampai dia meninggal dunia,jauh di alam barzakh sana tetap ummi ingat,dan ummi berazam akan membantu sesiapa sahaja yang nak belajar.


Syukur,ummi berjaya masuk UTM. Walaupun miskin,papa kedana dapat juga ummi ke universiti dengan niat satu sahaja mencari Islam , yang ummi nak jadikan sebagai jalan hidup menuju akhirat.


Kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Pengasih,ummi dianugerahkan dengan seorang suami rupanya,yang dapat memimpin ummi sepanjang hayat. Disini bermula ummi dikurniakan dengan pelbagai kenikmatan. Dan dalam ummi nak ke puncak dugaan Allah makin besar,makin besar, makin getir,makin sukar. Ujian Allah dalam berbagai bentuk,bukan secara fizikal,jasmani,tapi dengan pelbagai cara di mana ada kelemahan kita, disitu ujian terbesar diberikan. ummi tahu ummi sedang diuji Allah,bukan ummi seorang tapi keluarga ummi juga terutama suami ummi. Ujian ini sebenarnya untuk suami ummi,Allah nak menguji ilmu yang dimilikinya,dikurniakan dia seorang isteri yang begini.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Kisahnya bermula di sini 1

Kiranya ummi memang insan terpilih dianugerahkan Allah hidup dikalangan orang berilmu. Apa yang ummi ada pada hari ini pun ,diperolehi dari pengalaman.


Di kampung ummi dibesarkan di kalangan orang-orang yang menuntut ilmu secara tidak formal just orang kata menadah kitab tapi tidak khatam, menuntut ilmu agama secara menadah kitab dengan seorang guru tua, seawal usia remaja ummi.Walaupun ketika itu tidak ada gadis sunti yang turut serta, hanya ummi seorang sahaja hadir berada di kalangan orang-orang tua.


Begitu juga ketika memasuki alam persekolahan,ketika kawan-kawan seronok memakai uniform skirt kembang, ummi berbaju kurung dan bertudung, dimarahi dan diejek langsung tidak peduli,semua itu adalah ilham Allah pada akal ummi yang tak tahu pun apa-apa. Ummi tidak bersekolah agama,tapi ummi mampu membaca tulisan jawi, begitu juga bila ummi ke sekolah menengah, kawan-kawan terkejut ummi tetap juga memakai baju kurung dan bertudung sedangkan mereka amat seronok kerana sekolah di bandar boleh bergaya sedangkan ummi ni tetap ortodok, kuno,tetap macam mak nenek kat kampung,pakai tudung ikat dagu. Ye lah masa tu mana ada jual brooch, kerongsang ,yang ada cuma emas,mahal, sedangkan ummi dibesarkan dalam keadaaan kemiskinan, papa kedana,pakai lampu minyak tanah,mandi air parit,petang-petang kena pergi sawah padi. Lumpur dan pacat adalah mainan ummi seharian. Belum lagi cerita, kena cari kayu api, angkut air parit untuk kegunaan dalam rumah, tadah air hujan untuk kegunaan memasak makanan dan minuman harian.

Epilog cinta seorang Hamba

Dimana aku mahu memulai kisah ini...mungkin dipertengahan atau dihujungnya? Kisah ini tanpa prolog dan epilog....kerana aku bukan penulis novel. Cumanya hidup ini penuh dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh untuk di lalui.


Dengan kesabaran, langkah-langkah kaki perlu berhati-hati agar tidak tersandung dan rebah. Untuk Allah mengangkat martabat manusia, meningkat makam, ujian -uijan yang dikurniakan perlu di lalui penuh ketabahan, kesabaran dan kekuatan.


Semoga apa-apa penulisan di dalam laman ini mendatangkan manafaat kepada pelayar-pelayar internet dan menjadi amal yang boleh menjadi bekalan di barzakh sana.


Tidak ada tempat bersandar dan berlepas melainkan kepada Allah Yang Maha Suci.