BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label fardu kifayah. Show all posts
Showing posts with label fardu kifayah. Show all posts

Monday, 13 July 2020

Buat Orang Gembira






Buat Orang Gembira

.

Selesai ambik ubat di Farmasi Poliklinik Pakar HSA, terus naik grab ke UTC Kotaraya. Nak selesaikan urusan pendaftaran kelahiran Saed.

PKP semua urusan kena ikut SOP. Pintu laluan masuk ditetapkan pintu tertentu. Bukan semua pintu dibenarkan masuk.

Apabila masuk, sudah nampak panjang barisan untuk urusan JPN. Bila  azan berkumandang, saya keluar barisan pergi ke Masjid AnNur. Solat zuhur. Rupanya operasi di JPN mula pukul 2.00 petang. Pukul 1 hingga pukul 2, waktu disinfeksi. Patut barisan tidak bergerak.

Selesai solat dan merehatkan tubuh, pukul 2.12 petang saya menuju ke JPN. Pengawal tidak membenarkan masuk, kena turun ke lobby untuk berbaris dan ambil nombor.

Pergi ke lif bertembung dengan seorang warga emas. Saya menyapa, “nak kemana?”

“ saya nak ke Pejabat Agama, mohon bantuan bayar denda. Kad pengenalan hilang. Dapat Bantuan PKP tapi tak boleh ambik. Jadi kena buat kad pengenalan dulu. Tapi kena bayar denda nak buat kad pengenalan. “

“ berapa kena denda bayar?”

“ RM 60.00”

“ jauh tu nak ke sana. “

“ itulah, dah kaki sakit.”

Saya salam dan menyelit sesuatu dalam gengaman. “ tak payah ke Pejabat Agama. Terus pergi semula ke pejabat pendaftaran tadi, bayar denda dan terus buat kad pengenalan. Penat nak ke sana sini. Nanti lambat siap kerja. “

“ eh, apa ni. Terima kasih. Moga Allah mudahkan urusan awak.”

Saya terus berlalu masuk lif dan turun nak berbaris semula. Sampai di lobby, nampak barisan tak bergerak. Saya maju ke kaunter untuk bertanya. Saya takde temujanji. Tunjuklah surat yang berkaitan. Terus diberikan nombor untuk naik ke JPN.

Segera naik lif. Berbaris di pintu masuk. Ini kali ke  4 saya di ambil suhu badan. Ada 36, 36.4, 36.1, 36.3.

Pergi sekali lagi ke kaunter pertanyaan. Cerita pendek. Di rujuk ke kaunter serahan. Cerita panjang dan tunjuk laporan polis.

Dipanggil semula untuk melengkapkan dokumen. Semasa menunggu serahan, eh ...bertemu sekali lagi dengan warga emas yang nak buat kad pengenalan hilang. Dia yang kenal saya. Saya ni memang tak ingat rupa.

Warga emas tu menegur saya. Masih ucap terima kasih tak berhenti henti. “ terima kasih ya , mudahkan urusan saya. Dah buat kad pengenalannya, tunggu serahan saja lagi. “

Dikeluarkan beberapa barang dari beg, berus gigi, ubat gigi dan bedak. Diberikan kepada saya. Baru beli.

“ eh kak, tak payah. Saya bukan nak balasan. Kakak perlukan barang ini, tak payah lah beri saya. Terima kasih. “

“ moga Allah panjangkan umur puan, dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan puan dan keluarga. Terima kasih ya.”

Berkali kali ucap terima kasih. Dah nak keluar pun ucap lagi. Saat seseorang amat memerlukan pertolongan , ia datang , maka amat dihargai.

Mengembirakan orang...

Mak Liza


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Baitus Solehah: Permohonan Daftar Masuk





Permohonan Daftar Masuk Baitus Solehah
===============================

TIDAK ADA BAYARAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN BULANAN SELAMA TINGGAL DI BAITUS SOLEHAH kecuali bayaran untuk pengurusan uri dan urutan selepas melahirkan anak. 

Makan minum tempat tinggal, bil rawatan selepas melahirkan anak, kos pengangkutan pergi balik ke klinik dan hospital ditanggung sepenuhnya oleh Baitus Solehah. 

.

Syarat Permohonan diterima masuk ialah,

1. Perempuan / remaja yang mengandung tanpa suami.

2. Memohon Masuk dengan sukarela tanpa paksaan mana mana pihak. 

3. Tidak terlibat dengan jenayah

4. Tidak terlibat dengan dadah

5. Keluarga dan pelatih Sedia mematuhi peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa selama tinggal di Baitus Solehah


1. 2. PERSEDIAAN SEBELUM MENDAFTAR MASUK

1. Sila bawa pakaian harian sendiri yang menutup aurat.

2. Pelatih diwajib berpakaian menutup aurat setiap masa

3. Berpakaian sopan, longgar,tidak nipis/jarang.

4. Sila bawa tuala, selimut, kain batik dan telekung.

5. Sila bawa perawatan / mandian diri sendiri

6. Tidak membawa sebarang barang berharga

7. Tidak dibenarkan membawa telefon tangan sendiri dan laptop atau sebarang gadjet

.
.

PERATURAN TINGGAL DI BAITUS SOLEHAH

2.1. Tempoh tinggal di Baitus Solehah ialah selama 6 bulan dari tarikh daftar masuk.

2.2. Selepas tamat tempoh 6 bulan, waris boleh menjemput pelatih dan anaknya keluar bersama sama.

2.3 Dilarang keluar dari kawasan Baitus Solehah tanpa izin daripada penyelia.

2.4 Pelatih tidak dibenarkan keluar sendirian sepanjang tempoh menduduki rumah perlindungan ini.

2.5 Diwajibkan BERPAKAIAN menutup aurat semasa berada di Baitus Solehah.

2.6 Dilarang memasuki ruang –ruang tertentu tanpa izin.

2.7 Dilarang membawa keluar apa-apa barang/ peralatan milik Baitus Solehah kecuali yang diberikan.

2.8 Dilarang membawa telefon bimbit sepanjang berada di BS dan sekiranya ada, telefon tersebut perlu diserahkan kepada penyelia untuk disimpan.

2.9 Dilarang membawa peralatan tajam seperti pisau, gunting dan sebagainya.

2.10 Dilarang membawa barang-barang peribadi lain kecuali ;
- Pakaian yang menutup aurat.
- Keperluan mandi dan membasuh.
- Keperluan solat.

 2.11     Pelawat hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu.  Penyelia berhak melarang pelawat memasuki kawasan Baitus Solehah jika tidak ada temujanji.

 2.12  Hanya tetamu yang mempunyai pertalian keluarga sahaja yang dibenarkan untuk melawat pelatih dengan izin penyelia.

 2.13 Tetamu dilarang masuk ke bilik-bilik pelatih.

 2.14 Pelatih hendaklah mematuhi arahan dari masa ke semasa dan mengikuti semua aktiviti yang diadakan.

 2.15 Pelatih hendaklah mengikuti segala program yang diadakan samada di dalam atau di luar BS.

2.16.  Pelatih hendaklah menjaga semua peralatan yang dibekalkan dan menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik.

2.17.  Pelatih hendaklah menjaga kebersihan bilik tidor, bilik air,dapur, musallo dan kawasan disekitarnya.

2.18.  Pelatih tidak dibenarkan meninggalkan BS tanpa kebenaran penyelia.

2.19. Pelatih hendaklah menyerahkan barang-barang terlarang yang dibawa kepada pihak pengurusan.

2.20. Sekiranya pelatih melanggar peraturan seperti meninggal Baitus Solehah tanpa izin, keluar kemana mana tanpa memaklumkan kepada pengurus atau penyelia Baitus Solehah, Baitus Solehah tidak bertanggungjawap atas keselamatan diri dan anak. Satu laporan polis akan dibuat untuk rekod melanggar peraturan Baitus Solehah. Ini termaktub di dalam akujanji ketika daftar masuk Baitus Solehah. 
 
.
.

3. PERATURAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Waris menguruskan sendiri uri selepas pelatih melahirkan anak. Sekiranya waris tidak dapat melakukan, perkhidmatan menguruskan uri disediakan dengan bayaran RM 50.00.

2. Baitus Solehah tidak menyediakan perkhidmatan bertungku, jamu, bekung dan minuman herba untuk ibu selepas melahirkan anak.

3. Perkhidmatan urut selepas bersalin disediakan dengan kadar bayaran  RM 150.00. Perkhidmatan Urutan adalah pilihan. Waris yang mahu pelatih mendapat perkhidmatan urutan selepas melahirkan anak perlu menyediakan bayaran ini. 

4. Bayaran mengurus uri dan perkhidmatan urutan perlu dibayar kerana melibatkan tenaga luar, bukan dikendalikan oleh Baitus Solehah. Baitus Solehah cuma membantu sahaja. Sebab itu perkhidmatan ini perlu dibayar kepada yang menguruskan. 

.

Peraturan Khusus :

1. Pelatih mesti rela hati tinggal di Baitus Solehah dalam masa yang ditetapkan. Tidak dipaksa oleh sesiapa untuk tinggal di Baitus Solehah. 

2. Untuk daftar masuk, boleh datang sendiri tanpa waris tetapi untuk daftar keluar mesti ada waris yang menjemput. 

3. Bagi yang mendaftar tanpa waris, Mesti membawa laporan polis yang menyatakan rela hati  tinggal di Baitus Solehah selama tempoh yang ditetapkan.

4. Bagi pelatih bawah umur 18 tahun, waris mesti membuat laporan polis , aduan kes anak mengandung luar nikah. 

.

Nota penting: Baitus Solehah tidak menyediakan perkhidmatan penyerahan anak angkat .

.
PERINGATAN :

Sekiranya melanggar peraturan, tidak cukup tempoh 6 bulan tinggal di Baitus Solehah , seperti memohon keluar awal sebelum cukup tempoh 6 bulan atau melarikan diri , denda dikenakan dengan membayar RM 5000.00 kepada Baitus Solehah.

Sekiranya denda tidak dijelaskan, Baitus Solehah akan membuat laporan polis dan mengajukan tindakan selanjutnya kepada pihak guaman. 


Disediakan Oleh,

Pengurus Baitus Solehah,

Mak Liza
11/07/2020

#BimbingTaubatBerubah

#SelamatkanDuaJiwa





Impianku menjadi isteri solehah,
 selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 24 October 2016

Rezeki Bukan Sahaja Harta




18 tahun menunggu akhirnya doa yang tulus diperkenankan Allah. Itu yang Allah takdirkan. Bersabarlah wahai ibu ibu. Jangan berduka cita apabila hajat dan permohonan kamu belum dikabulkan.

Ketika saya menunggu keputusan peperiksaan SPM, abah meminta saya membantu kawannya yang baru mendapat cahaya mata. Isterinya baru melahirkan anak selepas 18 tahun berkahwin. Ketika kawannya berkahwin, saya baru berusia 1 bulan.

Bersabar, berdoa dan berusaha. 6 tahun selepas berkahwin mereka mendapat anak angkat keturunan cina. Putih melepak, bermata sepet. 6 tahun selepas itu mereka menerima lagi seorang anak angkat berketurunan benggali. Cantik macam pelakon filem hindi. Teringat saya, kakak tak nak dukung adiknya, kakak kata, "macam taik cicak, atas hitam bawah putih"

Usaha sedekah, berjariah, akhirnya dikabulkan Allah permohonan untuk mendapat anak sendiri. 18 tahun sabar dengan doa. Lahir seorang anak perempuan. Fatin Adibah binti Yahya. Saya menjadi pembantu rumah sementara hingga keputusan peperiksaan SPM diisytiharkan. Allah Maha Mengetahui bila masanya doa dan hajat itu diperkenankan. Selepas keputusan peperiksaan diumumkan saya melanjutkan pelajaran di universiti. Tahun kedua, usia 19 tahun saya berkahwin dan usia 20 tahun saya sudah mendapat anak pertama. Rezeki manusia berbeza. Ada rezeki anak, ada rezeki harta, ada rezeki tubuh yang sehat, rezeki jiwa yang selalu tenang, rezeki mendapat sahabat yang baik baik dan lain lain lagi.

Jangan putus asa, jangan berasa jemu untuk berdoa, Nabi Allah Zakaria berdoa selama 90 tahun agar dikurniakan anak. Alhamdulillah, ketika usia isteri baginda melebehi 100 tahun barulah mengandung.

Jadi usah merasa gundah, ketika masih berdua, banyakkan ibadah. Allah beri peluang untuk beribadah dengan kyushuk dan tawadhuk.

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 30 March 2015

Apakah Yang Mendorong Untuk Saya Berkhidmat Untuk Ummah?


Makan Berjemaah Dalam Dulang
Apakah Yang Mendorong Untuk Saya Berkhidmat Untuk Ummah? Adakah Saya menyesal dengan Keterlibatan ini?

Ketika saya merancang untuk bersara awal, langsung tidak terlintas dalam fikiran saya untuk mengasaskan Baitus Solehah atau berkhidmat untuk ummah. Saya membuat keputusan untuk bersara awal kerana keadaan kesihatan saya.

Sebelum membuat pilihan untuk bersara, 3 tahun berturut-turut saya mendapat cuti sakit selama 180 hari dalam tempoh satu tahun. Saya telah menjalani beberapa siri pembedahan sendi kaki dan masalah jantung.

Saya fikir, jika terus berada dalam perkhidmatan awam, tetapi selalu sakit, ia merugikan pihak lain terutama kerjaya sebagai pendidik, nama dalam senarai perjawatan tetapi sering cuti sakit. Adalah lebih baik saya bersara, kekosongan jawatan boleh diisi oleh orang lain.

Sebaik saya bersara, masa saya difokuskan sepenuhnya bersama laman sesawang halaqah.net. Di sini saya kasih dan sayang ditumpahkan. Menyantuni para pelayar halaqah.net yang terdiri dari pelbagai golongan. Setiap mereka mempunyai masalah dalam latar yang berbeza. Masalah para isteri bekerjaya, poligami, siswa siswi, pendidikan, ibadah, tauhid, akhlak, termasuk remaja.

Dalam selitan ribuan masalah yang dikongsikan ada remaja yang terlanjur. Mereka meluahkan kepada saya masalah yang dihadapi. Permulaan, saya mencadangkan mereka ke rumah perlindungan lain. Namun kebanyakkan rumah perlindungan agak tertutup dan selalu penuh. Ditambah pula untuk tinggal di rumah perlindungan mereka perlu membayar sejumlah kos.

Satu yang Allah lintaskan dalam hati saya, 'kenapa Allah beri hadiah kepada saya, dan saya nak berikan hadiah itu kepada orang lain?' Sebenarnya Allah datangkan masalah kepada remaja itu, dan ia diceritakan kepada saya untuk bantuan, adalah hadiah Allah kepada saya jika saya ada usaha membantunya. Dia datang berkongsi masalah dan meminta untuk dibimbing bertaubat. Jadi kenapa saya tak nak bantu dia?

Ini adalah sebahagian usaha dakwah juga. Usaha membimbing orang orang yang ingin bertaubat dan berubah. Ya, mereka dah melakukan kesilapan, mereka sudah terlanjur hamil, apakah pintu taubat sudah tertutup untuk mereka?

Jenuh kita berdakwah dengan pemuda pemudi dengan mengajak solat, mengajak tutup aurat dan sebagainya, tapi mereka tak nak sebab hati belum terbuka nak berubah. Sedangkan remaja yang sudah terlanjur ini, mereka yang dah insaf, tersedar akan salah silap mereka, mereka datang kepada kita, kenapa kita tak nak bimbing dan tarbiyah?

Apabila mereka datang kepada kita untuk minta dibimbing bertaubat dan berubah, sudah pasti kita akan mulakan dari akidahnya, fardhu ainnya dan akhlaknya. Kita tanam semula iman dalam jiwanya, kita ajar semula taharah, wudhuk dan solatnya. Kita ajar dia membaca al-quran agar jiwanya yang resah kembali tenang. Kita ajak dia untuk menutup aurat dengan sempurna dan kita cuci hatinya agar bersih bagi menghasilkan akhlak mulia.

Alangkah mudahnya jalan-jalan untuk saya berdakwah. Tanpa perlu saya keluar dari rumah. Atas peluang yang Allah beri inilah saya terima remaja terlanjur untuk dibantu dan dibimbing. Selain membantu menutup aibnya dan menjaga maruah keluarga.

Bermula dengan satu orang, dan satu orang sehingga dalam satu masa ada 3 orang menceritakan masalah yang sama. Saya pula suka menulis dan berkongsi kisah mereka untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat. Saya berfikir, kenapa tidak saya war-warkan usaha untuk membantu lebih ramai remaja bermasalah begini? Dan nak buat kerja ini mesti ada ilmu dan pengetahuan. Saya mula bertemu beberapa pihak tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan kesihatan, makanan dan keselamatan penghuni Baitus Solehah. Kertas kerja penubuhan Baitus Solehah saya siapkan dengan mudahnya setelah mempunyai pengalaman awal sebelumnya.

Arus kehidupan zaman ini yang telah jauh menyimpang dari ajaran agama telah menggalakkan perzinaan. Lebih ramai remaja terlibat. Yang menanggung akibatnya perempuan, yang terlepas lelaki. Yang perempuan pulak, selagi tidak ada kesan dan akibat, sudah pasti berzina itu menjadi rutin dan santapan harian. Hanya kerana telah hamil, baru mereka sentap dan tersedar. Hamil tanpa suami adalah pengalaman paling kejam untuk mereka lalui. Apabila sudah hamil, fikiran mereka keliru, emosi bercelaru dan potensi untuk mereka bertindak luar biasa adalah tinggi. Mereka jadi takut dan mula sedar akan kesilapan. Mereka mula mencari iman.

Usaha atas iman inilah yang saya usahakan,menyelamat, membimbing mereka mereka yang telah tersungkur untuk bangun semula. Tak kan kita nak biar dia terus terguling setelah tersungkur tadi.Dan inilah peranan kita dalam ummah.

Kita mesti prihatin dan ambil peduli dengan ummah yang makin rosak, jika kita tidak bantu. Yang membuat jalan-jalan menghampiri zina ramai dan aktif, bermakna manusia makin ramai yang rosak, dan jika yang telah rosak kita tidak selamatkan bagaimana nanti dunia dipenuhi oleh mereka yang rosak sahaja.

Menyelamatkan, membimbing dan mentarbiyah mereka yang insaf dan sedar adalah salah satu usaha dakwah juga. Allah beri peluang untuk kita beramal soleh. Kenapa tak nak rebut? Ini sebenarnya jalan jalan menuju keredhaan Allah. Rebutlah peluang ini...

Sekelumit pun tidak ada rasa kesal dalam jiwa saya untuk membantu mereka yang ingin bertaubat dan berubah.

Kenapa saya usahakan Baitus Solehah tanpa sebarang bayaran? Ini memenuhi kehendak dakwah. Jika saya kenakan bayaran, bagaimana mereka yang tidak mampu biaya dan tidak ada duit? Bagi saya jihad saya kecil saja, saya tidak pertaruhkan nyawa di medan perang. Jihad saya cuma sedikit keselesaan dan privacy. Saya usahakan mengikut kemampuan, memanafaatkan segala sumber yang ada untuk membantu ummah.

Ini saja jalan-jalan mudah untuk saya menuju keredhaan Allah. Maka saya berharap Allah kurniakan kepada saya keelokkan pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaanNYA. Terhindar dari fitnah yang merosakkan dan mendukacitakan.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta, kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 29 March 2015

Bekas Pelajar Ma'ahad Tahfiz Hamil Tanpa Suami


Beranak Tanpa Suami

Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma'ahad Tahfiz. Allahu akbar...

Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berzina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu zina itu dosa besar.

Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz telah berzina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma'ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?

Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.

Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma'ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.

3 tahun berada di Ma'ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah. Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma'ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.

Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma'ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma'ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.

Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.

Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berzina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.

Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz bra pun bertambah. Yang lama sempit.

Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar,labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya. Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu...

Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan dirogol sebaliknya memang melakukan zina suka sama.

Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan zina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu. Saya perhatikan anak matanya yang meliar," Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu." Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.

Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma'ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma'ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa . Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawap untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.

Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma'ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam. Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Ini menakut dan mengusarkan. Pertahanan bagaimana lagi untuk menepis syaitan dan iblis dalam menyesatkan keturunan Adam. Zina yang berleluasa akan mewujudkan satu generasi. Generasi yang bagaimana bentuknya, Allahu a'lam.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 18 October 2014

Teruslah Berbuat Kebaikkan


Teruslah bantu orang lain
Memulakan langkah untuk suatu kehidupan baru bukanlah mudah. Ia perlu sokongan bukan sahaja kewangan tetapi sokongan rohani dan emosi.

Bukan mudah seperti kita semua mendapat kerja baru. Cari kerja, hadiri temuduga dan mulakan kerja.

Ramai yang mempersoalkan kenapa Baitus Solehah masih membenarkan pelatih yang telah 3 bulan melahirkan bayinya masih berada di sini. Mudah sahaja cadangan, "suruh aja mereka keluar cari kerja." Atau " Wah bestnya, duduk rumah jaga anak, semua benda orang support."

Kita tidak berada ditempat mereka yang trauma dengan kisah kejam yang terpaksa mereka tanggung. Ditambah lagi apabila tidak mendapat sokongan keluarga. Ada keluarga yang asyik suruh beri anak tu pada keluarga angkat. Ada keluarga yang langsung tidak mahu menjemput walaupun anak itu telah bertaubat dan berubah. Keluarga masih memikir yang anak mereka tu jahat, tidak dapat dikawal dan telah mengaibkan keluarga.

Apakah ada manusia yang tidak pernah buat silap? Apakah ada insan yang sempurna, terhindar dari melakukan kesalahan dan dosa. Allah telah menyediakan satu peluang iaitu taubat. Pintu yang paling luas tanpa ada sempadan ialah pintu taubat. Dengan sifat Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat, siapakah kita untuk terus-terusan menghukum mereka.

Mana ada insan yang rela untuk terus tinggal di rumah perlindungan melainkan dia memang menyerahkan diri untuk terus 'berkhidmat' semata-mata mencari redha Allah. Mereka pun nak hidup seperti orang lain, memiliki dan dimiliki. Tapi mudahkah? Mereka masih trauma, takut tersilap kali kedua, maka mereka bersabar dalam memilih pekerjaan agar tidak tersasar lagi. Keadaannya berbeza jika mereka mendapat sokongan keluarga.

Sangat gembira apabila seorang pelatih telah ditawarkan pekerjaan. Ini bermakna dia boleh memulakan kehidupan bersama bayinya. Namun adakah siapa memahami, untuk memulakan langkah perlu ada sokongan. Cuba imbas semula, mula-mula anda mendapat pekerjaan dulu, belum pun dapat gaji, bagaimana anda memulakan untuk mendapat tempat tinggal, pengangkutan ketempat kerja, pengasuhan bayi dan lain-lain? Apakah semua ini hanya kun fa ya kun? Apa yang mereka perlukan selain sokongan moral, emosi, jasmani dan rohani?

"ummi tu suka bagi lemak kat pelatih, duit poket nak pergi klinik pun ummi kasi untuk mereka beli jajan."

Ada ke jajan jual kat klinik? Kat klinik tu cuma jual air, buah potong, kerepek pisang atau ubi dan roti. Tak boleh ke, mereka membeli kerana teringin tengok orang kerusi sebelah makan kerepek pisang atau jambu batu.

Kalau ummi tak beri duit poket, mereka nak beli dengan apa? Mereka bukan ada duit. Duit simpanan jauh sekali. Harapkan keluarga beri, menjenguk pun jauh sekali apatah lagi nak beri duit poket lagi.

Keluarga mereka tak sama dengan kita, dari kecil sudah ada buku akaun sendiri, ada simpanan peribadi.

Oleh itu bantulah mereka yang mahu memulakan kehidupan baru ini. ramai yang tahu apabila diri hamil, mereka telah berhenti kerja dan tinggal di rumah perlindungan tanpa pengetahuan keluarga. Namun akhirnya, keluarga akan tahu juga apabila dimaklumkan. Ada keluarga yang terkejut dan dapat menerima dengan redha, dan ada keluarga yang tahu membuang terus dari memori mereka seseolah anak tu tak pernah ujud.

Ada pelatih yang menghargai dan rasa terharu dengan sokongan yang kita berikan, katanya, tak tahu bagaimana nak balas budi. Saya cuma kata, saya lakukan ini kerana Allah, di sini ada redha Allah, saya tak nak apa-apa dari kamu. Saya cuma mahu kamu terus mentaati Allah dan tolong orang lain pula. kamu ingat kebaikkan orang yang kamu terima, maka kamu teruskan melakukan kebaikan pada orang lain pula.

Jika kita semua terus menolong orang kerana ingat, ada orang pernah tolong ketika kamu susah dahulu, maka kerja kebajikan ini akan terus berjalan hingga hari kiamat. Saya nak kamu tolong orang lain pulak pada masa akan datang. Saya akan mati, dan dah tak dapat tolong orang lagi, jadi kamu yang akan meneruskannya. Kamu akan meneruskan kerja baik dari didikan dan tarbiyah ummi.

Itu saja pesanan saya pada mereka yang terharu dan menghargai masa-masa berada di Baitus Solehah. Yang ambil pengajaran dan pelajaran akan menghargainya, mana yang terasa Baitus Solehah telah mengongkong dan menyekat kehendak nafsu mereka akan merasa lega bila sudah keluar bebas dari Baitus Solehah.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 29 May 2013

Baitus Solehah : Ada AmanahNYA

Tazkirah Subuh

Jam 5.30 semua sudah berkumpul di ruang utama untuk solat berjemaah. Selesai salam dimulakan dengan istigfar dan berakhir dengan zikir dengan mengucap kalimat tauhid “Laa ilaaha illallah” (tiada yang patut disembah kecuali Allah) kemudian diiringi doa oleh imam.

6.30 mulai Tazkirah subuh yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman. Pagi ini Muhammad Nur Iman mengupas tentang Rukun Iman, 6 perkara.

Dimulai dengan percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Rasul, Percaya kepada kitab, Percaya kepada Kiamat dan Percaya kepada qada-qadar. Di kupas halus agar mudah difahami oleh penghuni baru mengenal Islam.

Alhamdullilah, ada soalbalas ditanya sekiranya kurang jelas.

Penyampaian tazkirah sehingga pukul 7.15 pagi.

Kemudian disambung dengan slot TV9 Tanyalah ustaz yang berkisar tentang Si Tanggang Moden, kisah tanggungjawap anak terhadap ibu bapa.

Syukur kepada Allah kerana sentiasa memudahkan urusan mendidik penghuni yang mahu kembali ke jalan Allah. Amat mudah mendidik sekiranya hati-hati itu sendiri terbuka dengan sinaran nur illahi.

Moga-moga hati mereka sentiasa terbuka dengan limpahan nur rahmat Allah Ta'ala.

Selesai slot Tanyalah Ustaz barulah mereka bangun untuk menyediakan santapan perut agar memiliki kekuatan fizikal.

Indahnya hidup bersyariat dan berkasih sayang di Baitus Solehah. Moga-moga bi'ah ini mereka bawa bila keluar nanti.


Syukur tidak terkira, rupanya orang yang memang ikhlas kembali ke jalan yang lurus, Allah mempermudahkan ingatan dan hafalannya. Belajar sudah masuk iqra 3 walaupun baru 3 hari, al-fatihah sudah hafal dan pagi tadi saya semak bacaan tahaiyat akhir.

Sudah lancar bacaan tahiyat akhir. Rukun solat 13 perkara, cuma 2 rukun saja yang wajib dibaca, iaitu alfatihah dan tahiyat akhir. Maka ini permulaan yang dibimbing supaya sempurna solatnya mengikut rukun.

Alhamdullilah...begitu rupanya jika hati disirami 'nur illahi'. Nampak 'nur illahi' diwajah dan hati mereka.

Bak kata seorang Muridin,

Yang datang kepada Baitus Solehah itu adalah kurniaanNya ..yang datang kepada Baitus Solehah itu adalah amanahNya ...KehendakNya jualah ..Kerana Dia Maha Berkehendak lagi Menentukan ..KehendakNya yang tiada putus lagi kehendakNya yang tidak bersebab ..isnad (sandaran) pada sebab hanyalah pada manusia jualah ..illat syariat pada pandangan orang kebanyakkan tetapi bukanlah pada illat hakikat ..bukanlah disebabkan dosa yang dilakukan mereka itu tetapi kehendakNya jualah mereka di Baitus Solehah.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 18 May 2013

Pendidikan Di Baitus Solehah



Masukkan telekung dalam mesin cuci
Telekung di sidai
Hari ni penghuni Baitus Solehah buat kerja amal, dibawa pergi kutip telekung kotor di Surau shopping kompleks AEON dan menggantikan dengan telekung yang bersih untuk kegunaan pengunjung shopping kompleks mengerjakan solat.


Projek Cuci Telekung

Sampai rumah, mereka terus masukkan dalam mesin cuci. Dicuci menggunakan mesin cuci saja, tapi itupun sukar untuk ramai orang melakukan. Inilah salah satu kaedah pendidikan di Baitus Solehah, mendidik mereka agar suka melakukan kerja-kerja kebajikan.

Masa perlu dijihad untuk keluar melakukan kerja-kerja kebajikan, dan jihad membuang rasa malu untuk buat kebaikkan. Perkara asas ini pun perlu dididik bagi mereka yang belum biasa melakukanya.


Aktiviti ini perlu supaya penghuni tidak merasa tertekan dengan takdir yang dilalui. Nasi sudah menjadi bubur, tidak boleh kembali menjadi beras.

Biar air mata darah yang mengalir sekali pun perkara sudah berlalu tidak mungkin kembali.

Kaki perlu terus melangkah, ibarat perahu sudah di tengah sungai yang alirannya deras, terasa sangat kejam apabila kita terpaksa menempuh sungai yang aliranya deras. Tapi apa nak buat lagi. Supaya tidak tenggelam, kita kena kayuh perahu tu agar mudik di muara dengan selamat.

Baitus Solehah mendidik mereka melakukan kerja kebajikan agar apabila mereka keluar nanti mereka bukan
saja telah mendapat suntikann jiwa, santapan rohani sebaliknya tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan sebagai bekalan di barzakh. Selagi ada peluang bertaubat, mereka akan rebut peluang tu. Kesilapan masa lalu menjadi satu mimpi ngeri yang memang bukan mudah nak delete seperti kita menaip di laptop.

Persediaan menghadapi SPM

Baitus Solehah bukan saja melindungi mereka sekadar menyediakan makan dan minum sehingga melahirkan anak, tetapi turut juga memberikan pendidikan rohani, melaksanakan ibadah secara berjemaah , menguruskan kerja rumahtangga tetapi turut membimbing dalam akademik.

Hidup perlu diteruskan. Sekiranya mereka ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih baik, mengapa tidak diberikan peluang itu?



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 4 March 2013

Kemana Kaki Mahu Melangkah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Sebuah sketsa kehidupan. Seorang wanita dinikahi 20 tahun lalu di sebuah negara Timur Tengah. Apabila tamat pengajian, isteri dibawa balik ke Malaysia dengan seorang anak perempuan istimewa (palcy celebral).


Setelah usia anak gadis ini 19 tahun, bapanya telah 2 kali menceraikan isteri tetapi rujuk kembali. Setelah begitu lama bermastautin di Malaysia, masih belum mendapat taraf warganegara kerana kecuaian si bapa.


Bilangan anak makin bertambah kepada 4 orang. Kini ibarat gantung tak bertali, tidak tahu dimana mahu mengadu. Dengan anak istimewa, dengan diri yang berstatus warganegara asing, tidak boleh bekerja kerana status diri dan mempunyai anak istimewa, kemana diri mahu dibawa.


Anak nombor 3 seorang lelaki, berusia 15 tahun, tetapi jiwanya telah cedera, emosi terdera, makin gelap rasa dunia. Hanya Allah harapan yang ada.


Saya dipertemukan pada petang tadi dengan wanita-wanita ini. Memang dengan qudrat dan iradat Allah Ta'ala. Dengan izin Allah yang telah menggerakan hati saya dan hati mereka.


Sebelum bertemu wanita-wanita ini saya tergerak hati untuk menyemak kertas kerja Baitus Solehah Loving Centre. Dalam syarat kemasukkan saya telah mengubah kepada beberapa pindaan:

1. wanita (tiada had umur)
2. beragama Islam dan bukan beragama Islam.
3. warganegara dan bukan warganegara
4.bukan warganegara wajib memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit tinggal di Malaysia.
5.Tiada tempoh masa tinggal di Baitus Solehah.
6.Mangsa gejala sosial seperti penderaan, penganiyaan, pengabaian rumah tangga, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
7.Bebas dari kes undang-undang.
8.Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan untuk taubat nasuha

Selesai pindaan, kertas kerja di cetak dan bercadang akan ke JKM apabila selesai urusan Pendafatran Pertubuhan.


Yang membuat saya terkesan, secepat itu Allah telah menghantar mereka yang bukan warganegara untuk menjadi penghuni Baitus Solehah. Tanpa tahu ke arah mana di tuju, pertemuan kami menjadi rahmat kepada dia. Menangis berjurai air mata kerana rasa bersyukurnya dia ada tempat untuk dirinya , anak istimewa nya berlindung tanpa tahu sampai bila.


Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan? Saya hanya merancang atas gerakkan hati dari Allah. Dan semua ini adalah perancangan Allah yang diilhamkan.


Untuk dia pulang ke negara asal, tidak berdaya untuk berpisah dengan anak-anak yang berstatus warganegara Malaysia. Mahu tak mahu terpaksa menetap di Malaysia, perbaharui visa setiap tahun, tetapi tidak boleh bekerja mencari nafkah.


Sayu, hiba dengan nasib wanita-wanita pilihan yang kuat tabah dan sabar menghadapi ujian Allah Ta'ala.


Sekurangnya dengan kemahiran berbahasa arab dan mahir al-quran, Sudah pasti dia mampu untuk mengendali kelas pengajian Al-quran di Baitus Solehah nanti paling kurang untuk penghuni lain di Baitus Solehah.


Wanita kedua yang ditemui pula, bukan warganegara juga, mempunyai 3 anak yang bukan warganegara tetapi menetap di Malaysia.


Kelebihan dari yang pertama, mempunyai pekerjaan untuk menyara 3 anak. Diceraikan 2 kali, rujuk semula oleh bekas suami tetapi kini ditinggalkan gantung tak bertali.


Usia anak antara 1 tahun hingga 3 tahun. Jerit payah suami tidak menguruskan kewarnegaraan anak-anak maka setiap 3 minggu kena berurusan dengan pihak imigresen.


Jika ikut perintah suami, takpayah berurusan imigresen, tinggal saja secara illegal di Malaysia. Habis tu bagaimana dengan pendidikan anak-anak? Bagaimana urusan perawatan jika ada masalah kesihatan.


Teramat sayu dengan tindakan suami dan ayah yang begini. Tanpa pekerjaan, tiada nafkah untuk isteri dan anak-anak, hutang sana sini untuk menyara anak, selama mana saudara mara boleh bantu?


Rumah yang disewa sudah diberikan notis agar dikosongkan. Kemana kaki mahu melangkah angkut anak-anak yang masih kecil?


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Semua ini adalah urusan Allah yang mengerakkan hati-hati manusia.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 27 February 2013

Sebungkus Tisu dan Sepasang Stokin



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makan di warung bersama wanita buta
Pada 22 Februari , saya telah memaparkan cerita ini di fesbuk saya.

Kita sedang duduk dimeja sebuah restoren, makanan depan mata ialah ikan siakap kukus, udang goreng tepung , tomyam dan kailan goreng ikan masin.

Sedang kita makan, datang seorang buta bawa tisu, tisu tu harganya seringgit saja, apa yang kita buat?

"ishk...tak senang nak makan, asyik nak meminta saja"

Cuba bandingkan harga tisu tu cuma RM 1 je dibandingkan harga makanan yang kita kena bayar . Rugikah RM 1 yang kita keluarkan untuk beli tisu tu?

Adakah kita tahu, mungkin orang buta tu memang didatangkan oleh Allah untuk menguji keimanan kita? Adakah kita lupa tanggungjawap kita untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sebab tu orang kaya suka makan tempat elit-elit supaya tidak diganggu oleh pengemis atau budak2 minta derma.

Tahukah kamu budak-budak tu bukan suka buat kerja tu, tetapi Allah memang dorongkan mereka untuk menguji kekayaan yang kamu miliki. Adakah saja-saja orang nak datang menyuap tangan untuk dapat sesuap nasi.

Masih terungkap dalam fikiran saya suatu nasihat, nak buat kerja amal kena ada dana sendiri?

Baik, jika saya kena buat bisnes untuk membolehkan saya buat kerja amal, tentu saya fokus dalam bisnes supaya untuk dapat keuntungan, habis siapa nak fokus dan uruskan kerja kebajikan?

Jadi apa salahnya saya fokus buat rumah perlindungan, dan anda bantu dari segi dana. Bukan banyak pun, jika ramai sumbang sedikit, jadi banyak juga. Dan anda tetap dapat saham yang dilaburkan tu diakhirat sana. Adakah anda fikir Allah tak pandang sumbangan anda tu? Sikit pun jika ikhlas, ia akan jadi gunung diakhirat sana.

Saya pun tak suka meminta-minta tapi saja nak ajak anda sama-sama lakukan kebajikan ikut ukuran yang mampu walaupun 10 sen saja. Ingatlah harta yang kita miliki tetap ada hak orang lain.


Dan kerana cerita di atas ini yang berlaku semalam.


Oleh kerana tulisan di atas adalah ilmu yang saya kongsikan, yang saya taip sendiri,olah sendiri maka saya ingat. Cerita perihal ketika kita makan di restoren atau warung, dengan hidangan siakap kukus, udang goreng tepung , tomyam dan kailan goreng ikan masin terhidang atas meja, tiba-tiba didatangi seorang buta menjual tisu. Tisu tu cuma RM 1 saja.

Apakah tindakan ramai orang apabila berlaku situasi begitu?. Yang rasa terganggu dengan kehadiran mereka pasti ada yang merungut, " iskh..nak makan pun tak senang",atau "takpe tisu masih banyak, lagi pun tisu disediakan kat sini."

Cubalah bandingkan dengan harga makanan depan mata tu dengan harga tisu, apalah sangat dengan RM1 , walaupun tisu dah belambak kat dalam begtangan atau poket. belilah...Tak nak tisu tu, boleh beri pada orang atau letakkan dalam kereta, mana tahu boleh juga lap apa yang tertumpah dalam kereta.

Belilah , cuma RM 1 saja. Mereka bukan hina datang meminta-minta, mereka berniaga, menjual sesuatu barangan.

Mereka mencari rezeki halal, mereka cuma ada modal kecik, jadi cuma mampu menjalankan perniagaan jual tisu. Apa salahnya kita bantu beli dagangan mereka. Kalau saja-saja beri RM1 tentu mereka tak nak terima duit RM 1. Makanya baiklah beli tisu tu dulu, ada akad, dan selepas tu tak mahu ambik tisu tu, berikan dengan hormat pada mereka dengan kata, saya sedekahkan tisu ni.

Inilah namanya bantu membantu sesama muslim.

Kiranya baru 4 hari lepas saya menulis, hari ni saya diuji dan alhamdullilah saya tersedar kerana teringat tulisan saya ini.

Ketika saya duduk menunggu pekerja mencuci kereta NAZA milik suami di sebuah 'car wash' datang seorang lelaki dengan beg besar sandang di bahu, ditangan terdapat beberapa helai stokin.


6 pasang berharga RM 10
Dia datang mendekati saya dan menawarkan stokin dengan harga 6 pasangn RM 10. Mulanya saya nak jawap, masih banyak stokin di rumah, tetapi saya teringat akan tulisan tentang penjual tisu, saya beristigfar, masyaAllah...aku diuji dengan apa yang aku sampaikan pada orang lain.


Terus saya beli stokin tu 6 pasang RM 10. Apalah dibandingkan nilai RM 10, jika dia datangkan atas perintah Allah untuk menguji aku. Dia datang berniaga cara betul.


RM 10 dibandingkan aku sedang mengupah orang cuci kereta NAZA. Dan juga aku baru pergi bank bayar hutang rumah. Aku baru keluarkan duit dari ATM. Sebelum tu lagi awal pagi aku pergi klinik untuk menerima suntikan, satu dos harganya RM 85. Semua yang dikeluarkan adaalh untuk keperluan diri, maka dimana duit yang aku belanjakan untuk orang lain?

Cuci kereta


Rasa tersandung hati . Jika saya tak beli stokin tu, nescaya berhari-hari saya akan rasa tak tenang kerana hari ni aku tidak membantu seseorang yang sedang mencari rezeki halal.

Dan sebagai denda untuk diri kerana hampir tewas dengan sifat bakhil, nak berkira sangat duit RM 10 tu, segera saya balik rumah. Masak lauk dan hantar hidangan tengah hari kepada 3 orang pekerja Indon sedang mengecat di rumah sebelah.

Begitulah cara atau kaedah untuk melawan sifat bakhil selain beristigfar, mohon ampun kepada Allah.

Ini sama juga bagaimana untuk memupuk sifat ikhlas dalam apa jua perbuatan dan tindakan kita. Lagi rasa tak ikhlas, lagi kita lakukan dimana akhirnya tujuan kita akan berjaya.

Rasa bersyukur kerana ALlah masih sayang dan beri peluang untuk cepat tersedar dari bisikan syaitan. Jika Allah tak sayang dan tak pandang, boleh jadi kita akan terus lalai dari melakukan kebajikan.

Kerana ada iman, maka kita suka dan cinta melakukan berbanyak-banyak kebaikkan dan kebajikan.

Itulah kesinambungan ayat-ayat di dalam al-quran , sering digandingkan "beriman dan beramal soleh ( melakukan kebajikan)".






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 14 February 2013

Saya Berjiran Rumah Anak Yatim dan Anak Miskin




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rumah Anak Yatim dan Anak Miskin BAAYam
Nampaknya Rumah Anak Yatim BAAYam telah pun ada penghuninya. Gembira saya .

Saya berjiran dengan Rumah Anak Yatim BAAYam, baru je sehari. Masa saya pergi ke Perak tempoh hari , rumah tu belum ada penghuni, hari ni dah ada.

Anak-anak sekitar usia 7 hingga 14 tahun.

Boleh saya merancang sesuatu untuk anak-anak ini. Jadilah, saya tak upaya nak buka , rupanya Allah datangkan ia hampir kepada saya.

Mesti Allah nak suruh lakukan sesuatu. "Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"


Sebenarnya sesiapa yang dikurniakan anak Yatim adalah bonus. Memiliki anak yatim untuk dipelihara juga bonus, berdasarkan sabda Rasullulah,

"Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah. Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).


Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.


Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Tuesday, 11 December 2012

Peta Luka Dunia Islam


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Kita di Malaysia, boleh terus ikuti perkembangan umat di Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya tetapi jangan kita lupa dan tanya diri apakah usaha aku untuk membantu mereka.


Sejauh mana sekali pun risau dan prihatin perihal isu Gaza, pastikan berkemampuan untuk berjuang mengangkat selimut di awal pagi bagi menggarap pertolongan dan kasih sayang Ilahi...


Yang penting, setiap malam jangan lupa berwudhu sebelum tidur, bangun di awal pagi dan solat subuh berjamaah.


Ya, berjihad untuk bersolat subuh berjamaah di masjid wahai teman...

Dari Abu Hurairah ra, menyatakan bahwa Rasulullah bersabda, yang artinya ,” Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhan-nya saat ia sujud. Karena itu perbanyaklah berdoa saat itu ,” (Hadith riwayat Imam Muslim)


Kita akan termasuk di kalangan orang yang rugi miski pun sangat bersemangat untuk berjuang sekiranya gagal bangkit awal untuk mendekatkan diri denganNya...


Apabila bermunajat kepada Allah swt, seelok-eloknya kita meluaskan skop hajat kita untuk kebaikan kepada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat dan masyarakat, negara sendiri dan juga kepada umat sejagat.


Isu Palestin adalah isu perdana umat di abad dan di saat ini. Namun sertai sama doa kebaikan untuk umat islam di Syria, Rohingya dan di dunia antarabangsa lainnya serta di watan sendiri.

Semoga kita dipilih Allah swt sebagai pencinta kebaikan dan pendokong kebenaran sebagaimana generasi yang unggul di zaman awal kemunculan cahaya al haq.


Isu Gaza dan Palestin bukanlah sekadar pemasalahan kekejaman dan kezaliman Israel kepada penduduk Gaza semata-mata.


Banyak perkara lain yang boleh dikongsikan selain daripada anak-anak dan wanita yang terkorban mahu pun masjid dan kemudahan awam yang dibom.


Dalam usaha beberapa NGO pergi ke Gaza, masih ada juga suara-suara sinis yang mempertikaikan.  Ini saya paparkan ayat-ayat tersebut buat kita renung dan fikirkan.


Isu mempertikaikan kenapa  pergi ke Gaza


Bagi saya isu Gaza ini adalah isu sejagat, isu umat yang mengaku dirinya Islam. Palestin bukanlah isu bermusim, bukanlah isu biasa tetapi Palestin adalah isu saudara kita, isu saudara seakidah kita, isu kita bersama.


Misi Solidariti Gaza
Semua pergi sana dengan duit poket sendiri, jadi kenapa mahu dipersoalkan. Bukan guna duit  sapa-sapa. Ini di tulis sendiri oleh salah seorang peserta yang pergi bersama NGO Aman Palestine.


Adakah kamu ingat aktivis yang pergi ke Palestine tu ditanggung oleh persatuan, NGO atau duit sumbangan orang ramai?  Jangan ada sesiapa terfikir duit sumbangan Bantuan Palestine tu untuk biaya aktivis ke sana. Aktivis yang pergi ke sana bayar sendiri tau. Setiap peserta Misi Solidariti Gaza menggunakan wang sendiri.

Seperti baru-baru ini ( pada 6 disember 2012), 120 aktivis pergi bersama Aman Palestine. Mereka pergi dari KLIA  transit di Bangkok sebelum tiba di Kaherah. Kos yang mereka belanjakan setiap seorang ialah RM 7500.


Ini tulisan seorang aktivis yang ikut serta, kenapa perlu bayar sebanyak RM 7500, kenapa duit tu tak disedekahkan saja terus ke rakyat Palestine.

Ada yg bertanya kenapa perlu bayar rm7500. Kan lebih baik sedekah jer. Ini jawapan saya sendiri, pandangan saya yg tak seberapa:-

1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita peruntuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.

2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah satu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, Tunisia, Libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia. 

3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar. 

4) RM 7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di Gaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing? 

This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Gaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai.

Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu.

Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka. 

Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.

5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.

Kembali komen saya dengan saudara yang mempertikaikan mereka yang pergi ke Gaza.


Samakah berkirim salam dengan berziarah? Apa sunnah Rasullulah SAW? Galakkan menghubung silaturahim, galakkan saling berziarah dan galakkan bantu membantu.


Cuba ambil contoh yang baik, ambik yang sangat-sangat bermanafaat untuk membina generasi akan datang.


Bila kita pergi ke Gaza, kita akan dapat lihat cara kehidupan mereka di sana, kita akan bersemangat untuk membina generasi itu. Generasi bagaimana? Adakah generasi yang asyik main game, mengadap komputer setengah malam, setengah hari atau generasi yang suka merayau-rayau di shopping kompleks?


Anak-anak Gaza sedang menghafal Quran
Bila kita pergi ke sana kita dapat lihat sendiri bagaimana al-quran tu menjadi bertih dimulut. Kita jarang jumpa dimana-mana bahagian dunia yang ramai para Huffaz melainkan di sana. Generasi mereka unik. Anak-anak dari kecik lagi sudah disajikan dengan al-quran untuk dihafal. Mereka adakah program cuti musim panas untuk menghafal Al-Quran. Ada yang boleh menghafal quran dalam tempoh 2 bulan.

Ini tulisan seorang aktivis yang kerap pergi ke Gaza. Misi kali ini, beliau tidak dapat pergi, dan dihantarnya dua orang anak beliau bernama Zaid. Dua Zaid ke sana mengikut MSG bersama Aman Palestine.

Dr Zainur Rashid Zainuddin ~ Rahsia dari Gaza.....
Di antara sebab saya mewakilkan anakanda Zaid ke Gaza adalah untuk dia menyaksikan sendiri situasi yang ada di bumi istimewa ini.

Rahsia 1 :
Pada musim panas tahun 2011, kira-kira 15,000 remaja dan para pemuda telah menyertai program tahfiz musim panas (3-4 bulan). Sebahagian daripada mereka (kira-kira 3,000+) telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh tersebut (3-4 bulan).

Rahsia 2 :
Anakanda Zaid telah bertemu dengan pemuda sebaya dengannya yang bernama Yusof (19 tahun) yang telah menyertai program tersebut. Yusof amat berbangga dengan sistem pendidikan yang ada dan beliau sendiri telah menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh 2 bulan (beliau menghafaz 10 muka surat al Qur'an sehari)

Tambahan - Anda harus faham bahawa remaja dan anak muda di Gaza ini juga adalah pelajar-pelajar menengah atau universiti yang mempelajari bidang akademik yang lain (bukan hanya tahfiz al Qur'an).

Mereka bukan sahaja menghafaz al Qur'an dan hadith semata-mata bahkan mereka menghayati ajaran-ajaran al Quran dalam kehidupan nereka.


Satu perkara lagi yang dapat diperhatikan  di Gaza ialah orang-orang lelaki,pemuda dan remaja  menunaikan solat fardhu berjemaah. setiap waktu.

Di negara kita ni, kat sini berapa ramai yang mahu solat berjemaah tiap waktu walau rumah depan surau?


Berapa saf solat yang dapat didirikan oleh para jemaah di  surau dan masjid tiap waktu? Samakah keadaan kita kat sini dengan kat sana?

Janji Rasulullah
Nabi s.a.w telah memberikan berita gembira kepada kita tentang kemuliaan tempat ini. Antaranya dalam satu hadith baginda yang bermaksud “ Akan berterusan ada sekolompok dari umatku yang berjuang diatas kebenaran dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh golongan musuh”. Para sahabat bertanya dimanakah mereka wahai Rasulullah. Baginda menjawab “ Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

Hadith ini telah mendorong generasi dahulu berjuang untuk membebaskan Al Quds dan bumi Palestin keseluruhannya dan ia juga telah memberi kekuatan untuk mereka di Palestin menjadi barisan hadapan umat ini berjuang mempertahankannya. Mereka juga berharap agar saudara-saudara mereka yang berada diluar Palestin berusaha memahami hadith ini dan tidak membiarkan mereka bersendirian berjuang menentang penjajahan Israel yang sedang berlaku sekarang.


Siapa saudara mereka di luar Palestine? Bukankah kita ini, saudara seakidah? Adakah kita sanggup biarkan mereka sendirian berjuang pembebasan al-Quds? Atau sebenarnya ramai tak tahu isu, hak dan tanggungjawab untuk membebaskan al-Quds yang ada terqalam dalam al-quran.

Kita kata kita jadi al-Quran dan sunnah sebagai rujukan, nah ini memang yang terqalam dan al-Quran dan dalam sabda Rasullulah. Ini adalah isu sejagat...isu universal...


Kalau nak tahu lebih banyak rahsia tentang Gaza ... jom kumpul duit untuk ke Gaza pada misi-misi akan datang ye !



Sumber rujukan:  Dr Zainur Rashid ZainuddinAman Palestine, Farrah Adeeba , Aman Palestine Mesir


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 3 December 2012

Oh! Dinginnya Subuh



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.


Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.


Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.


Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.


Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.


Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.



Ketika rombongan syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan shalat Subuh di salah satu mesjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentara Israel berhenti dan melihat sebentar ke arah dalam masjid.

Lalu tentara Israel itu langsung pergi, maka syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya, "apa yang kamu  lakukan tadi?"  

Jawap tentera Israel itu, "saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir shalat Subuh di masjid." 

Syaikh Maulana Tariq Jamil merasa keheranan dan bertanya: "kenapa ?"  

Tentara Israel pun menjawab: " di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk shalat Subuh berjama'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jama'ah shalat Jum'at,maka, saat itu Israel akan hancur. tetapi  tadi saya lihat di masjid tadi, jumlah orang Islam yang datang untuk shalat Subuh berjama'ah masih sedikit. Maka, hati saya tenang, karena ummat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami." 




Allah swt akan memberi perlindungan bagi mereka yang bersolat subuh. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari


Indahnya fajar yang terbit di subuh hari
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.


Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?


Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.




Anak-anakku….Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki….


Wahai anak-anakku ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu muslim pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.


Dan solat subuh berjemaah secara istiqomah juga menjadi indicator untuk menempatkan diri dalam barisan tentera mujahidin di Palestine.


Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.




سُوۡرَةُ الفَجر

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡفَجۡرِ (١)







Sumber dan Sumber ini.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 1 December 2012

MASJID AL-AQSA yang sebenarnya



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tahukah anda semua yang mana satu Masjid Al-Aqsa?

MASJID AL-AQSA yang sebenarnya adalah seperti yang dipaparkan dalam video ini. Jangan kita salah menyebarkan dan menyampaikan kepada generasi akan datang yang mana satu sebenarnya masjid Al-Aqsa yang dinyatakan dalam hadith Rasullulah. Lihat dengan teliti perbezaannya.




Di Masjid Al-Aqsa ini Nabi Muhammad SAW singgah ketika melaksanakan Isra' Mikraj dan Nabi Mengimami solat berjemaah bersama 25 orang Rasul dan lebih dari 160000 Nabi.

Tujuan utama CNN media Yahudi menyamarkan masjid Sakhrah sebagai masjid Aqsa adalah agar Yahudi boleh menghancurkan al-Aqsa sebenar dan membangunkan Solomon Temple (Kuil Sulaiman) pada bekas runtuhan Al-Aqsa.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 21 November 2012

Doa Untuk Gaza



Sejak saudara mara di Gaza dan Palestine dibedil dan diserang dengan roket dan peluru, hati kecil saya menangis. Air mata sering tumpah tiap kali terbayangkan mereka. Tidak kira masa dan lafaz doa saja yang mampu dihulurkan.


Semoga mereka mendapat pertolongan dari Allah Yang Maha Perkasa. Keimanan mereka diuji begitu hebat sekali. Mereka -mereka adalah insan-insan terpilih yang sangat hebat.




GAZA menangis lagi... Bantulah mereka walaupun hanya dengan berdoa...

DOA UNTUK GAZA

Hasbunallahu wa nikmal wakil
ya zal jalali wal 'izzah Allahumma anqizil muslimin fi ghazzah
Allahumma kun lahum 'aunan wa nashira
Allahumma robbana 'azza jaruka wa jalla tsana'uka wa taqaddasat asma'uka
Allahumma la yuraddu amruka wa la yuhzamu junduka
Subhanaka wa bihamdika
Allahumma 'alaika bil yahudiz zolimin
Allahumma munzilul kitabi mujriyas sahabi hazimil ahzabi
Ihzimhum wa zalzilhum
Allahumma arina fihim 'aja'iba qudratika qatalatar rusuli wal anbiya'i zolamatal 'uzzalil abriya'i
Allahumma Harriril muslimina fi Ghazzah Ya zal jalali wal 'izzah
Allahumma fukka asrahum wasyfi maridhahum waksyif kurbatahum
Allahumma baddil khaufahum amna ya zal jalali wal 'izzah
Allahumma a'izzal islama wal muslimin wa azillasy syirka wal musyrikin wa dammir a'da'ad din wahmi hauzatal islami wajma' kalimatal muslimin 'alal haqqi ya rabbal 'alamin
Allahumma anjil mustad'afina minal muslimina fi kulli makanin
Allahumma ashlih ahwalal muslimina fi filasthini wa fil 'iraqi wa fi kulli makanin
Allahumma allif baina qulubihim wahdihim subulas salami wa akhrijhum minaz zulumati ilan nuri ya zal jalali wal ikrami wal 'izzah

Terjemahan

Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung. (2 kali)
Wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan (2 kali)
Ya Allah! Selamatkan umat islam di Gaza. (2 kali)
Ya Allah! Jadilah Engkau bagi mereka sebagai Penolong dan Pembantu. (2 Kali)
Ya Allah, Tuhan kami! Akan mulialah jiranMu dan agunglah kepujianMu dan sucilah nama-namaMu
Ya Allah! TakdirMu tidak dapat ditolak dan askarMu tidak dapat ditewaskan

Maha suci Engkau dan dengan kepujian bagiMu
Ya Allah! Kami serahkan kepadaMu untuk menghukum Yahudi yang zalim.
Ya Allah! Tuhan yang menurunkan kitab suci, yang menggerakkan perjalanan awan, yang mengalahkan tentera Ahzab (Khandaq).
Ya Allah! Kalahkan mereka dan goncangkan mereka
Ya Allah! Tunjukkan kepada kami hukumanMu ke atas mereka dengan satu keajaiban KekuasaanMu, terhadap (Yahudi) pembunuh2 para Rasul dan Nabi, penzalim2 pihak yang tidak bersenjata dan tidak melakukan kesalahan.
Ya Allah! Bebaskan umat islam di Gaza, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan
Ya Allah! Pecahkan rantai gari mereka dan sembuhkan pesakit mereka dan hilangkan bala bencana yang menimpa mereka.
Ya Allah! Gantikan perasaan takut mereka menjadi perasaan aman damai, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan.
Ya Allah! Muliakan islam dan umat islam. Hinakan syirik dan golongan musyrikin. Hapuskan musuh agama. Berilah perlindungan kepada kelompok islam. Satukan kalimah umat islam di atas kebenaran, wahai Tuhan semesta alam.
Ya Allah! Selamatkan golongan tertindas dari umat islam di setiap tempat.
Ya Allah! Baikilah keadaan umat islam di Palestin, dan di Iraq dan di setiap tempat.
Ya Allah! Satukan antara hati-hati mereka, tunjukkan kepada mereka jalan-jalan keselamatan, keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan penghormatan dan keagungan.





Untuk lihat melalui You-tube, klik  VIDEO



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.