BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 10 January 2022

Ini Jadual Saya Sendiri



Status ini dikongsi agar sesiapa yang berhasrat membuka rumah perlindungan bersedia dengan apa apa saja kemungkinan luar jangkaan. Bukan perjalanan hari tu licin dan sempurna. Mesti ada saja ceritanya.
.
Ketika solat subuh, sujud rakaat kedua seorang jemaah tumbang. Terus baring. Sebaik salam baru tengok. Rupanya lemah tak ada tenaga sebab tak berselera makan. Ada bagitahu, dah 3 hari tak dapat buang air . Mana nak buang air kalau tak makan. Sekadar minum air saja. ( keadaan ni tak bagus, menyebabkan badan tidak mendapat khasiat yang cukup untuk diri dan janin.) Jika dipakaa akan emosi.
.
Diizinkan berbaring sepanjang masa Kuliah Subuh. Sambil dipantau, mana tahu pengsan.
.
Habis kuliah subuh terus hantar ke klinik kesihatan agar dapat menerima rawatan , pergi bersama sama 2 rakan .
.
Uruskan penyediaan sarapan pagi. Nasi putih dengan telor berlada.
.
Uruskan ibu lepas bersalin berurut. Urutan lepas melahirkan anak agar sehat.
.
Selesai sarapan, pastikan pelatih mengerjakan solat dhuha.
.
Mula Kuliah Tafsir, pantau semua hadir.
.
Hantar 3 ibu ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan selepas melahirkan anak dan cek tahap kuning bayi bayi.
.
Hantar nenek yang mengurut pulang.
.
Waktu hampir tamat Kuliah Tafsir, seorang pelatih tiba tiba di serang sawan. Mata hitam tiba tiba pandang keatas , segera dibaringkan. 30 saat.
Rehat seketika.
Tiba tiba mengelupur macam haiwan kena sembelih. 1 minit.
Rehat penat masih belum sedar.
Tiba tiba datang lagi serangan, mengelupur sekuat kuatnya. 1 minit.
Berhenti dan rehat. 2 minit selepas itu baru sedar.
Telefon sister dan matron di Klinik Kesihatan. Tunjuk video masa berlaku serangan. Arahan hantar ke hospital.
Hantar ke hospital, Jabatan Kecemasan.
.
Jemput pelatih dari Klinik Kesihatan pulang.
.
Menyediakan makanan tengahari. Ikan siakap 3 rasa dan rangka ayam goreng tepung.
.
Kaunselor Penyusuan Laktasi datang menyantuni ibu ibu baru melahirkan anak.
.
Hidang makan tengahari kepada pelatih. ( sendiri tidak makan , pelatih didahulukan )
.
Solat Zuhur...
.
Memantau Taalim Zuhur.
.
Memantau semua hadir Kelas Fardhu Ain
.
Baru setengahari, petang belum tahu cerita apa yang akan berlaku.

.
Jangan persoalan perkara dalam hati. Riak , ujub , sombong adalah penyakit penyakit hati yang perlu dijaga. Itu antara diri dengan Allah yang Esa. Tak ada siapa boleh menjadi hakim untuk menghukum. Yang penting usaha berbuat kebaikkan sesama insan. Setiap kita adalah pendosa maka segeralah bertaubat.
.
.
Saya Adalah Pendosa,



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saya Seorang Blogger


Tak sangka blog saya ni sudah berusia12 tahun. Tulisan di dalam ni banyak manafaat bagi mereka yang suka membaca. Walaupun saya tidak ada menghasilkan buku, sekurang kurang ada laman yang ada ilmu saya kongsikan untuk dijadikan bekalan akhirat ,menulis yang baik baik, kata nasihat dan pengalaman hidup.



Dr Syukur Fahmi yang tolong buatkan blogspot saya bernama Field of Dream dan menulis kata pujangga. Beliau langsung membuat email untuk blogspot ini. Jadilah saya seorang blogger. (Terima kasih Dr Fahmi, jasamu sentiasa dikenang.)


Dengan email ini, saya gunakan untuk sign up facebook Mak Liza dan page Baitus Solehah. Dari tahun 2009 hingga kini dan akan datang. Bermakna setiap penulisan yang mendatangkan manafaat, pasti beliau sahamnya. Memang saya memastikan segala tulisan saya bukan sesuatu yang sia sia dan lagha.


Begitulah cara seseorang berbakti , melakukan kebaikkan yang berpanjangan. Malakukan amal jariah yang sentiasa mengalirkan pahala apabila kita di alam barzakh sana.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Aku Dan Dia Menjelang Usia Emas


Sejak awal perkahwinan lagi kami selalu bersama sama pergi kemana mana pun. Jarang kami berjauhan.Kami sama sama melalui susah payah melayari rumah tangga.




Kini telah lebih 37 tahun kami bersama. Dari asal hanya berdua, kembali duduk berdua. Alhamdulillh ada seorang anak yang belum berhasrat berumah tangga masih tinggal bersama. Anak anak lain pun tinggal berhampiran sekitar Johor Bahru kecuali anak nomnor 4 dan yang bongsu. Yang nombor tujuh hampir tamat belajar peringkat sarjana muda akan pulang semula sebaik tamat peperiksaan bulan Februari nanti.



Anak perempuan cuma dua orang. Dua dua berkahwin awal. Jadi anak lelaki yang banyak membantu di rumah. Semua anak mahu berbakti kepada ummi ayah. Masing masing dengan cara mereka sendiri.



Bila sama sama meningkat umur, beranjak ke usia emas, ada aktiviti bermanafaat dilakukan. Menyediakan makanan, pergi ke pasar membeli keperluan harian, menyampaikan ilmu, membimbing realiti kehidupan dan sebagainya kepada anak anak asuhan Baitus Solehah. Itu saja ruang lingkup kehidupan sekarang.


Sekali sekala pergi menziarahi sanak saudara untuk mengeratkan persaudaraan sesama insan. Apa yang dianjurkan sunah, dilakukan. Rasa gembira dan merasai zat nikmat kebahagiaan yang Allah beri ketika masih ada nyawa.







Makin meningkat usia, saling mengambil berat dan ambil tahu. Tak nampak kelibat satu sama lain mesti mencari. Saling mengingatkan jika melihat sedang santai, "dah solat?" sebaik masuk waktu. jadi terbiasa bertanya supaya tak leka. Ya la, dah tinggal berdua, kau pandang aku, aku pandang kau. 






Begitulah kehidupan pada baki usia yang ada ini. Tidak ada benda mahu dikejar melainkan melakukan apa yang Allah redha. Tidak ada apa lagi yang diimpikan melainkan mahu kematian di dalam rahmat Allah. Menjelani kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa selagi masih ada nyawa.


Kepada yang mengenali kami berdua, jika kami ada berbuat salah silap, terkasar bahasa, tersinggung rasa kemaafan kami pohonkan. Mudahkan urusan antara kita diakhirat sana.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.