 |
| Anak Dari Zuriat Sendiri |
Penulisan saya ini akan membuat ramai
sentap, tidak setuju dan mungkin akan menimbulkan kontrovesi. Saya
berharap pembaca berlapang dada, meraikan pandangan saya dan jika tidak
setuju, abaikan. Saya hanya memberikan pandangan dan cadangan.
Antara anak sah taraf dengan anak tidak sah taraf. Kenapa ramai yang
memohon anak angkat tidak sah taraf tetapi tidak berusaha mendapatkan
anak dari sebuah perkahwinan yang sah. Anak yang jelas keturunannya.
Sedangkan poligami itu dibenarkan oleh Islam.
Memanglah kita
tidak tahu rezeki Allah tu ada atau tidak apabila berpoligami, sekurang
kurangnya kita telah berusaha mendapatkan melalui jalan yang diredhai
Allah. Yang dah memiliki, sila teruskan. Saya memberi pandangan pada
yang akan ada sekarang. Tak perlu khuatir atau resah jika suami
berpoligami kerana suami kita adalah pinjaman semata mata. Allah redha
berpoligami tetapi Allah haramkan zina.
Usahalah dapatkan anak
secara halal dijalan yang Allah redhai. Galakkan suami berpoligami jika
benar benar mahukan anak supaya jelas keturunannya. Jika usaha ini tidak
berjaya juga, redhalah dengan takdir yang telah tetapkan. Sunyi dan
sepi tu indah jika kita banyak memanafaatkan dengan jalan yang benar.
Rezeki Allah luas.
Baitus Solehah tidak menggalakan anak anak
diserahkan kepada keluarga angkat kecuali kes terpencil. Biarlah ibu
kandung memelihara sendiri. Fenomena anak angkat dibuang apabila
meningkat remaja makin berleluasa. Sila rujuk laman web
#WargaPrihatin.
Cabaran mengasuh dan mendidik anak sangat besar, tambah tambah anak
anak yang tidak jelas nasab dan keturunan. Itu sebab ada setengah ibu
bapa angkat berusaha mendidik dengan menghantar mereka ke madrasah atau
pondok pondok tahfiz dengan harapan iman, amal dan akhlak dapat dibentuk
menjadi mukmin sejati. Ya, ada yang berjaya, ada yang terkandas.
Bukan mudah, bukan mudah. Yang terkandas, gagal akan merasa putus asa
dan akhirnya dengan mudah mereka dilemparkan seperti sampah. Dan
berulang semula keturunan zina dari pemuda tersasar, terabai yang
dibuang oleh keluarga angkat. Bukan salah mereka menjadi begitu.
Sedangkan orang yang tidak pernah mengenal islam pun boleh terpilih
menjadi pemuda mukmin, bagaimana pula anak anak yang dilahirkan Islam
menjadi pemuda yang tersasar.
Ibu kandung, walau apa pun jadi
pada anaknya, dia tidak akan buang anak yang tersasar. Dia sedar dirinya
pun pernah tersilap, dia akan selalu mendoakan anaknya, akan selalu
bersabar dan selalu mengadu pada Allah. LAMBAT laun, rintihan hatinya
akan didengar dan diberikan taufik dan hidayah kepada anaknya untuk
berubah.
Wahai para isteri, jadilah serikandi memperjuangkan
agama. Kita tidak mampu berdakwah, mengajak orang mengESAkan Allah,
bantulah suami kita untuk mendapatkan zuriat secara yang halal. Para
isteri kenal suami masing masing. Kenal masalah suami. Jika kepayahan
mendapat anak kerana sperma suami tidak ada benih, takdelah saya
mengalakkan poligami. Poligami bukan satu cara menyelesaikan masalah
mendapatkan zuriat.
Namun suami boleh mendapatkan anak jika
mengambil ibu tunggal yang mempunyai anak. Anak tiri boleh menjadi
mahram, boleh diperlaku seperti anak sendiri. Jika anak angkat, tetap
ada batas batas terutama jika anak itu tidal disusukan oleh isteri
ketika masih bayi.
Maaf, jangan kecam atau hentam saya wahai para
isteri. Saya sekadar memberikan pandangan, abaikan jika tidak setuju.
Tidak usah sentap atau marah. Mohon maaf ya.
#saya fikir lebih 100 kali nak menulis dan post perkara ini, sekiranya ramai hentam dan kecam. Saya padam post ini.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.